Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 14 Februari 2010

PENCARIAN TOP100 WANITA FB BEN ASHAARI

Jawapan para peserta dah ada !! Dah dikeluarkan pun..hehhe..termasuk juga soalan no 2 ...huhu..

Untuk membaca jawapan para peserta , sila klik

Manakala untuk membaca soalan seterusnya , sila klik

Semoga anda semua terhibur ! Jangan lupa undi rakan rakan kita ye...terima kasih ....

CUTI CUTI MALAYSIA

Semalam , bermula cuti panjang rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina..- AUMMMMM..hehhe..Tahun Harimau Belang..walaaahh...aku lahir tahun Naga...heheh..suke suke...Orang lain kalut g bercuti atau balik kampung , aku lak kalut g tolong adik ipar aku pindah umah..Pindah ke rumah baru dia..kat Sg Buloh..

Sewaktu perjalanan ke rumah dia nun di Gombak , aku tengok jalan ke Pantai Timur sesak ! Waaa...awat lak diorg balik time time gini ? sah sah ramai berpusu pusu...Jalan tu lak menuju ke Cameron Highland....aku rasa mmg ramai nak ke sana time ni..Nak ke Terengganu atau Kelantan , aku rasa ramai dah bertolak subuh tadi...

Aku terdengar kat radio mengatakan ada kemalangan kat Bentong..3 bijik kereta terlibat ..waa..mmg abis la sesak....jangan kata 3 bijik , sebijik pun dah leh buat jammed giler..

Malam sebelum tu , aku tido lewat..dalam kul 4 pagi..sibuk mengemas blog aku...persediaan untuk mengeluarkan jawapan jawapan peserta..hehehe..Kul 6 lebih bangun subuh, pastu tido sat...dalam kul 8 pagi tu selepas makan pagi ..makan karipap panas bersama kopi o..haaa....kan sedap tu...barulah bertolak g...

Sampai sampai...lori pun tak de lagi neh....menurut suami adik ipar aku tu , dia dah call..baru bangun tido si dreba lori tu..hahaha...tak pe la..layan tv je la sat..Tak lama kemudian..sampai...aku dengan penuh rajinnya mengangkat barang barang yang berat..huhu..

Ingat ringan ke tu....isi buku tu...

Ni boss aku..huhu.sian dia..pp dia tu tah kena apa tah...sejak kat hospital ari tu..cam melecet..sapa tau camana nak ilangkannya ?? Mesti para ibu ibu tau neh..menurut bapak si ammar ni , kena g klinik pakar ..klinik biasa takde ubat..


Ni la ibu si ammar yang juga adik ke wife aku...

Ni rumah baru mereka...Cantik ...aku suka tengok tandas dia ..cantik je dinding je..hehehe..

Selesai angkat barang , rehat n solat ..Pastu tuan rumah ajak g makan..hehehe..lapaq neehh...aku on je la...Sampai kat restoran tu , aku bernafsu gile tengok makanan..semua aku suh amik..hahahahha....Kata orang belanja kan..so amik je la...hehehe..Aku tengok wife aku dah semacam..Aku tau apa dalam kepala dia tu..hahaha....Selesai makan , aku g bayar..hehe...mmg la niat suami adik ipar aku tu dia nak belanja sbb kitorang g tolong tapi aku tak sedap hati sebab aku yang paling banyak makan !!! Ayam goreng , ikan pari , ikan keli , sup ekor , apa lagi..nasi tambah..hahahaha...adalah wajib aku yang membayarnya....sendiri mau ingat la kan...lagi pun sian gak kat dia , baru pindah umah,.banyak nak kena bayar....Apa la sangat nak bayar makanan tu kan...Bagus tak aku ??? Haaa...

Dalam kul 4 petang gitu...baru sampai putrajaya..huhu..penat n ngantuk sekali....ZZZZzzzzzzzzzzzz terus akuuuu

PUSINGAN SARINGAN TAMAT - RAMAI BAKAL TERKELUAR

"PENCARIAN TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI " akan melabuhkan tirainya buat kali pertama , tepat jam 8 malam ini ..Bukan dah abis la..cuma pusingan saringan dah abis...jawapan dah diantar dan aku dah pun sedia untuk dipamerkan kepada semua pembaca bagi mengundi jawapan jawapan yang kreatif baginya...Bukan bergantung pada jawapan tu betul atau salah tetapi yang kreatif dan bijak ber'kata-kata'...kira pandai mengayat la neh..hehehe

Baru seminggu aku jadi penganjur , boleh dikatakan ..hurmmm....hurmmm..seronok ...disebabkan kegigihan melihat kawan kawannya berusaha mencari jawapan jawapan yg kreatif..berbeza dengan yang lain..sebab tu jawapan dikeluarkan serentak..heheh...

Selain seronok , aku jugak pening kepala skit skit dengan peserta yang menarik diri di saat akhir..nasib baik ada yang nak masuk di saat akhir..kira dapat la gak mencukupkan 100 orang peserta...100 ni pun banyak dah ...tamo lebih lebih...leh pengsan aku wooo..Tak pe la kan ..nak wat camana..lagi pun semua ni sekadar satu bentuk hiburan..

Soalan yang diberi seminggu sekali namun masih ada juga yang pening pening lalat nak jawab..hahahaha...soalan mudah tapi ada muslihatnya..

Soalan yang aku bagi sebenarnya hanyalah melibatkan diri sendiri..Peserta hanya perlu meneliti sedalam dalamnya , siapakah dia sebenarnya dan bagaimana dia nak menerangkan kepada orang lain siapakah dia di kaca mata dia sendiri ! Bukan mudah tau ! Biasanya orang lain yang menilai dirinya tapi kali ni dia sendiri yang perlu menilainya..heheh..

Pengundian pula , aku ingat boleh la undi berkali kali tetapi rupanya tidak..aku sendiri pun tak perasaan boleh undi sekali je sehari..hehe...maksud aku , sorang tu boleh undi peserta tu sekali je..mungkin aku nak ubah kepada satu pembaca boleh undi ..ermmm 3 orang peserta berlainan..hehehe..baru meriah..Tengok la camana nanti...hehe

Selain dari mengenali diri sendiri , peserta juga perlu mendapatkan kepercayaan pembaca dan juga penyokongnya yang terdiri dari kawan kawan , ahli keluarga terdekat ( yg online je ) bagi memancing undi mereka...Haa..part ni susah ..kenapa ? Ada peserta yang agak malu dan ego nak minta bantuan !! ...Hehehe...masa ni laaaa kena belajar ...Serius ..mmg susah nak tarik kawan kawan di FB membaca status kita..berapa kerat sangat laaa yang nampak status kita tu bila kita up kat FB..

Cara nak tarik perhatian ialah dengan tajuk status peserta..mesti mampu buat dia tertanya " apakah dan kenapakah " ...haaa...bukan mudah wooo....aku sendiri yang buat forum soaljawab memula pun takde orang nak layan..hahahha

Akhir kata , hehehe...mlm ni bakal terjawab siapakah yang tinggal bagi meneruskan perjuangan ..Soalan berikutnya , pasti membuatkan peserta garu kepala...Sangat mudah tapi susah...hehehehe..walaaahhhh
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI