Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 20 Februari 2010

Apa Yang Korang Nak Sebenarnya ?

Ada sorang kawan aku bercerita tentang kehidupannya...Siang dia kerja , waktu pejabat..Malam , dia buat kerja sampingan..Aku tanya dia , kenapa dia buat begitu sedangkan gajinya dan isterinya tinggi..Dia jawab untuk masa depan..Walaupun gaji dia tinggi , tapi masih tak setaraf dengan isterinya..

Yang memeningkan kepalanya ialah sikap isterinya yang sukar nak memahami.Adakalanya dia ok dan adakalanya tidak..Bukan dia nak sangat kerja sebelah malam tu ..Mana ada orang nak kerja siang malam ?? Disebabkan isterinya selalu menarik muka masam , maka dia pun berenti kerja sebelah malam tu..

Emm..Aku faham maksud dia..Dia hanyalah seorang pegawai pemasaran biasa yang bekerja di sebuah syarikat jualan langsung ,secara kontrak...Dia risau bila bila je boleh ditamatkan kontraknya .Berlainan pula dengan isterinya yang mana seorang pegawai kerajaan .Sudah pasti terjamin kerjayanya..

Dia menceritakan kepada aku yang dia berbuat begitu kerana perlu ada satu jaminan pada masa depan dia dan keluarganya.Buat masa sekarang segalanya tampak mudah kerana mereka masih belum ada anak lagi..Siapa tau tiba tiba dia ditamatkan kontraknya dan kebetulan pula isterinya mengandung ? Bagaimana nak teruskan kehidupan ? Nak mencari kerja baru sudah pasti susah memandangkan umurnya yang dah semakin meningkat..

Lalu aku cadangkan dia membuat kerja sampingan melalui internet memandangkan terlalu banyak peluang perniagaan ..Dia kata memang dia dah buat sekarang ni ..cuma yang buat dia lagi tensen ialah isterinya masih lagi tarik muka masam ..Sebab selalu tidur lewat ..Dia kata nak buat camana memandangkan dia hanya ada masa sebelah malam saja untuk melihat perniagaannya manakala di sebelah siangnya sudah tentu sibuk dengan perkerjaannya itu..

Kalau dulu dia terpaksa keluar malam untuk mencari rezeki tetapi sekarang ni , hanya depan muka je ..masih lagi tidak puashati ??? Dia kata dia bukan nak sangat buat semua ni tetapi dah kehendak hidup..Dia boleh je makan banyak tu je tapi isterinya ? Masa depannya ? Haih..

Serba salah dia dibuatnya..Kalau asyik tidur je pun kene berleter , cari rezeki pun kene berleter , susahlah ....takkan nak berkepit jer 24 jam ? Bagi isterinya ok la...dah secure ...jika apa apa terjadi , orang akan salahkan suaminya..atau paling tidak pun orang akan kata makan hasil bini !
Dia tak nak jadi lelaki dayus begitu ! Sebab tu dia kata sekarang ni , dia berjaga setiap malam demi 'hasil tanamannya' itu !!! ..Dia yakin satu hari nanti akan berbuah dengan lebatnya..Dan pada ketika itu , dia rasa barulah isterinya tu tersenyum ....Dia kata ibarat menanam durian , biarlah berpuluh tahun baru nampak hasilnya ...

Aku hanya mampu tersenyum...Aku terfikir jugak ...Apa perempuan nak sebenarnya ? Kasih sayang ? Perhatian ? Sedangkan bila mereka sibuk , pandai pulak mereka kata nak cari rezeki untuk bantu keluarga sedangkan itu semua tanggungjawab suami tetapi bila suami melakukannya mereka kata mereka diabaikan ???? Camana tu ?

Tak mungkin dapat memuaskan hati orang ! Bersyukur dengan nikmat yang ada tetapi ada yang terlupa .... nun diluar sana ..ramai lagi yang senasib atau lebih teruk lagi nasibnya ..Alhamdulillah..Bagi aku apa saja yang bakal datang , aku perlu tempuh dengan tabah..Baik atau buruk , aku tetap akan laluinya kerana nun dibawah sana lebih dasyat lagi azab yang sedang menanti ...

Bersyukurlah....bersyukur pada Allah kerana kita masih mampu menghirup udara yang segar , menikmati keindahan pagi yang tenang malah bisa makan apa saja yang diinginkan ..Dugaan yang kita hadapi ini hanyalah kecil saja .. Semua dugaan itu tandanya Allah menguji ketabahan iman kita yang mana ganjarannya di akhirat kelak..InsyaAllah ...

Bila semuanya nak disuap ..

Tempohari aku ada berYM dengan seorang sahabat lama..Dia ada menanyakan satu soalan pada aku berkaitan dengan ASB..Dari cara pertanyaannya aku tak pasti samada dia bertanya atau lebih pada perli..Aku biarkan je..

Aku jawab pada dia yang aku tidak lagi menyimpan dalam ASB setelah mengtahui hukum menyimpan wang didalam ASB..Lalu dia bertanya pada aku kenapakah hukumnya begitu ? Aku dengan selamba je jawab , carilah dalam internet..Ada rujukan dari sebuah laman web yang mana pengelolanya sangatlah terkenal di Malaysia ini dan beliau arif dalam bidang ekonomi Islam.

Jawapan dari sahabat aku itu amatlah mudah ...' MALAS ' ...ermm...Aku pantas membalasnya dengan menulis padanya begitulah lumrah manusia sekarang.Semuanya nak disuakan kedalam mulut..Dia hanya perlu mengangakan mulutnya saja..Kalau boleh pun dia tak nak nganga , terus je letak kat usus peruttu ..senang cita...

Aku cukup pantang bila orang menjawab malas..kalau benar ketika itu dia berada di luar pejabat atau tidak online internet waktu itu , tak mengapalah .Tapi ni tidak , kalau dia boleh berYM ketika itu sudah tentu dia boleh meng'google' mencari jawapan..Bila jumpa jawapan , amik jawapan dan rujuk pada yang arif pula...Aku bukan suruh dia telan bulat bulat ! ..

Para pembaca sekalian..aku yakin korang semua mempunyai taraf pendidikan yang tinggi atau ada akal yang bijak sekali untuk membezakan yang mana sahih dan yang mana palsu..Jgn terlalu pantas menjawab MALAS terhadap soalan..Amatlah malang sekali jika kegunaan teknologi maklumat ini digunakan sepenuhnya untuk berhibur atau untuk membuat assigment..

Amatlah malang kerana maklumat berada dihujung jari anda !

Bila mereka dewasa ..

Bila jejak je zaman remaja , perkara pertama yang timbul dalam kepala otak ialah ...


Maka terasa la diri tu dah bijak macam ..

Padahal tak sedar sebenarnya awak tu masih lagi ....

Bila ditegur perangai tu , mulalah ..


Sikit sikit kata mak bapak nak ..


Padahal mak bapak korang tu ..

Kalaulah mak bapak korang tu jahat sangat , dari kecik lagi diorng dah ..

Hurm...Ni umur baru

Dah berlagak macam ..


tapi bila ngan boyfriend atau girlfriend lak , korang ..

..
masa manis boleh la ...


bila time ni ??

Atau
baru laaaa korang nak cari balik

atau

Haaaa..tu kira nasib baiklah korang sempat

kalau tak sempat ?

Camana ?
Bak kata

FIN


Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sailfulislam.com

Kalau Dah Kaya Tu...

Ada sekali tu aku g ziarah kawan aku ...Kawan aku ni seorang cikgu kat satu sekolah anak anak orang kaya..kat area KL ni la..Dia bagitau kawan dia nun depan umah tu seorang cikgu yang dah loaded...kaya maksud aku tu..Aku pun jengok kan pala aku ke luar rumah...Nampak la ada sebijik MPV dan BMW depan rumah..Dia kata kawan dia tu cikgu gak..Tapi mampu pakai keta mewah lagu tu...

Aku terkejut beruk la..cam kat bawah ni haaa..


Biar betul ??? Dia kata orang tu jadi agen insuran kat sekolah dia termasuk sekolah sekolah di sekitarnya..oooo la la..patut laaa...

Dia kata setakat nak dapat RM10K sebulan tu senang senang jer..Tapi yang tak bestnya dia ada cerita , kat sekolah pun ngajar cam ala ala kadar jer..Setakat Guru Besar tu senang senang je dia lawan..Yelah , orang dah banyak duit...

Haa..part ni aku tak berkenan skit..Bukan apa..baru banyak duit , dah besar kepala..kalau tamo , jgn kerja..Berenti je jadi cikgu..Ramai lagi nak kerja tu...Aku cakap gitu kat kawan aku tu..dia senyap jer..Hurm..

Tak la..manusia...Baru mewah skit dh besar pala..tnjuk hero...Ada cam sorang kawan lama aku...Haa..dulu skit punya mewah hidup...keje ngan syarikat saham..Pastu kawin ngan anak orang kaya...Skang dengar cita dah jadi duda...Pasal apa ? Dah tak kerja..sebab saham dah tak laku...Tapi nasib baik la tak berlagak sangat orangnya..Kira ok lagi la..

Apa yang aku nak sampaikan ialah , kita ni tak tau berapa lama kat atas nun...bila bila je boleh
jatuh tersungkur !!! Masa kat atas tu janganlah sombong ..Sekejap je Allah boleh tarik balik tauuuuu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI