Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 Februari 2010

Bertegas Perkara 152

Kadangkala saya sendiri merasa terpukul, kenapa mesti sanggup bersusah payah mempertahankan BM, lagipun ia bukan bahasa ibunda saya? Kenapa perlu berhadapan dengan kutukan dan kritikan bangsa sendiri hanya semata-mata mempertahankan bahasa orang lain?

Seterusnya >> sini

HYDROXYCUT

Jgn pelik...ni bukan entri Jualan Produk Pemakanan atau jual dadah ..Pada yang keluar masuk gym , aku rasa diorng mesti penah tengok alien ni di dalam pusat kecergasan tu.

Meh aku cita sikit pasal menda ni...Ni dari sudut aku la ..Aku berani cerita sebab aku penah gunakan dulu..OK..Hydroxycut ni adalah suppliment yang dimakan oleh sesetengah atlit bina badan untuk mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan..

Harga di pasaran Malaysia mmg mahal kecuali kalau beli secara online , boleh dapat murah..

Berkesan atau tidak ? Bagi aku , kalau makan suppliment ni di samping senaman yang berterusan , mmg menjadi..Ada dua tiga orang kawan aku yang aku syorkan juga menjadi..Tetapi !! ..haaa..aku amik tu dikala usia aku belum menjejakkan kaki ke usia 30 an...Yakni di mana tahap metabolisma aku masih tinggi...Kalau sekarang ? hehee..meh aku cita..

Di botol tu ada tertulis , disyorkan terlebih dahulu dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum amik..Ini bermakna , sesiapa ada penyakit seperti darah tinggi ,lemah jantung , sakit buah pinggang adalah tidak digalakkan mengambilnya sama sekali !! ..

Kenapa ?? Bila makan ubat tu , degupan jantung akan menjadi pantas ...Badan mula berpeluh ..Tekanan darah akan naik..Nak tido malam pun susah..Semua ini adalah kesan dari pengambilan suppliment tersebut..Digalakkan sama sekali meminum air yang banyak..

Hasilnya ?? Kalau yang muda tu , insyaAllah jadi...Yang dah berusia , kurang sangat menjadinya..
Ini kerana faktor yang aku sebut tadi...metabolisma dan juga senaman ...

Kalau tak silap aku , tahun lepas , KEMENTERIAN KESIHATAN telah menarik semula kebenaran penjualan HYDROXYCUT di pasaran kerana terdapat kes kematian ..Kalau tak silap aku di Singapura..Sila baca di sinii ..


Terpaksa amik gambar orang lain..nak tunjuk badan sendiri kang , blog aku kena banned lak..hahahah
Kalau sekarang ni , korang tanya aku...ok tak amik alien tu ? Aku sama sekali tidak mengalakkannya..

Kesimpulannya , jika nak kurus , amalkan diet yang seimbang dan senaman yang berterusan..Jgn fikirkan kurus tapi fikirkan kesihatan anda...

Bagaimana pula dengan produk produk yang ada di pasaran sekarang ni ? Kalau korang bijak , korang boleh fikir sendiri...Semua tu datangnya dari bahan yang sama...semua dari makanan yang mempunya kalori / lemak / karbohidrat / protein / zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan..cuma dah tak original sebab bercampur dengan bahan kimia ...camana ada bahan kimia ? kalau takda , camana leh tahan lama barang tu kan ?? Pastu kena bersenam jugak kan ? Tak da maknanya la gitu...

Lebih baik amik yang original yang dicipta oleh Allah dan sederhana dalam pemakanannya..Yang penting , bersenam dengan cara yang betul..

Kenapa aku keluarkan entri ni ? sebabnya tadi ada seorang kawan di FB aku ada menanyakan pasal ni...Dia dah beli tapi tak dimaklumkan sebenarnya bahawa produk ni dah di banned....hurmm..

Melayu Dan Mamak Penang

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.

Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.

Seterusnya >>> sini


Terpengaruh !!

Aku take 5 jap dalam kul 10 malam tadi sebab ada cerita menarik sedang menanti..hehehe..Aku dah lama tak tengok tv..Jadi malam ni aku luangkan sedikit masa aku dengan layan citer Transporter 3 ..

Aku tengok cite ni sebab pelakon utama dia ni ha...John Statham..Jaguh seni mempertahankan diri , kickboxing..Walaahh...Dia jugak seorang model ...Memang layakkk..

Bila cita tu dah start , aku pun layan gitu gitu je la..Time gaduh , dia bukak baju..aku pulak tak tahan tengok !! ...Haaa...jgn pk bukan bukan..aku bukan gay beb ! ..Maksud aku tak tahan tu , dari segi ketul ketul badan dia tu haaa...Kering giler tuuu beb..Korang ingat senang ke nak dapat kering gitu ???? Korang cuba tgk kulit korang tu...Haaa..ada lemak bertakung kan ...Nak dapat kering ni , korang kena diet giler babas punya...bukan senang woo...

Cuba tengok potongan otot otot dia tu..perghhh..menangis siuttt....adoi...


Otot perut dia mmg cantik ! Mmg layak jadi model Tommy Hillfiger .. Bukan senang nak dapat otot perut gitu...Paling tidak sehari korang kena buat sit up atau crunch tak kurang dari 1000 kali beb ! ...Tu belum lagi bab berworkout ! ...mau merangkak balik umah ...

Aku tak tahan tengok dia , terus aku kuarkan bench aku , dumbell..sambil tengok cite tu aku layan sit up ngan biceps..hahahahaha....tak pasal pasal aku kena mandi tengah malam sebab berpeluh !!

Padahal petang tadi baekkk punya aku sebat nasi kandaq n ayam madu ...huhu...hancusss..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI