Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 24 Februari 2010

Diorg ni bodoh atau buat buat bodoh ?

Aku skang berada di sebuah restoran Nasi kandar Al-Maju untuk menikmati makan malam..hurm..Ada spesis spesis yang aku rasakan teramatlah tak berakal pun ada di sini..Diorng ni tak sedarkah ni tempat makan ? BOLEH DIORG BANTAI HISAP ROKOK ? Eloooo ...Tak sedar ke ada orang lain kat sini ??? Kalau nak mati , g mati sorang sorang ...haihh

Aku perasan diorg seolah baru abis bersukan...Ni sah sah keje gomen...Bengong tak sudah...Bersukan tapi merokok ! Apa kejadahnya semua ni ?? Aku nak makan pun dah putus nafsu....Nasib baik kena bayar..kalau tak lama dah aku cabut...

Kedai ni pun satu hal...letak la tanda dilarang merokok kat sini..Haih.....

Gaykah aku ???

Anonymous said...

ko ni..dah kawen...tp perangai masih macam sama je..mmg dah dasar GAY...add lelaki yg ko rasa ensem...selebet la ko ni...tunjuk body sana sini??ko xrasa berslah ke dgn bini ko??buat top 100wanita la konon..nak cover diri ko tu GAY kan??

ko ni mmg memalukan kaum adam..GAY paling jijik...selebet gay lord!!!

Aku terkejut aku dapat komen ni kat blog aku yang mmg khas untuk R N D .... Hahahaha...aku tak sangka ada jugak lalat tahi singgah kat situ....Nasib baik aku kunci pintu komen blog yang lain...kalau tak ??? Bersepah tahi siuttt....hahahahha..aku tak sangka tul..

Camana dia boleh anggap aku gay ???? Dia kata aku add lelaki yang aku rasa hensem ?? hahaha..bengong...dia tak sedar ke yang aku add tu semua kawan aku jer ?? Adoiyai....kalau ikut hati aku , mau aja aku add semua perempuan....tunjuk bodi sana sini ?? tu sazali tu ? Ronaldo tu ? ok jeee..tak gay pun diorng....hahaha..sekolah tak abis neh ..mau gak aku bagi dia makan maggie goreng buatan aku ....hahahahha

Apa masalah dia pon aku tak tau...

Salah siapa ?

GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.

Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Agensi

Aku ternampak artikal di dalam suratkhabar online ..Memula tu aku tamo la nak nak jadikan entri tetapi aku ternampak ada satu blogger dah bangkitkan isu ni maka teringin aku nak keluarkan gak...Bukan nak tiru tapi aku teringat sesuatu..

Aku rasa majoriti lelaki tak nafikan perkara tu..Kalau nak tau , sebenarnya tempat tempat tu laaa syaitan suka lepak....selain kat punggung tu haa...serius aku cakap....mmg tempat syaitan lepak...Kebanyakkan lelaki bukan nak sangat tengok ..Yelah , benda sama..bukan ada ukiran khas ke apa kan...Atau siap letak batu delima mahupun berlian...Sama jee...Orang orang yang suka tengok semua adalah orang orang yang jarang berzikir , beristighfar mahupun berpuasa...Jadi syaitan mudah memperdayakan mata manusia lebih lagi lelaki...

Sama gak ngan mulut mahupun telinga...Kalau mata suka tengok kat tempat tempat gitu , camana lak ngan mulut yang suka mengumpat , memfitnah , mencaci ? Adakah mmg lumrahnya gitu atau sebab digoda syaitan ? Ubat nak menghindari semua tu apa dia ? Haa..mcm aku kata tadi la...g check kat atas tu ..

Perempuan pun sama...Jgn la nak kelentong ! ...Jgn ingat lelaki je suka cuci mata ...ramai perempuan pun suka gak cuci mata..diorng suka tengok susuk tubuh lelaki ...Kena yang jenis kental , muda , berbadan sasa , kacak tu sudah pasti laa...mula la curik curik pandang...mmg la tak seteruk lelaki tapi still pandang gak kannnn...haaa...

Cuma perbezaan pandangan lelaki ngan perempuan tu adalah samada pandangan bernafsu atau tidak je...Aku rasa perempuan lebih pada suka nak tengok atau teringin nak tengok berbanding lelaki yang mmg senantiasa tengok...haaa...kalau tak tengok nanti kata gay lak kan ?? Kata tak normal la pulak...

Jadi , jgn la pelik kalau lelaki dok tengok awak ( perempuan ) macam nak makan tu ...pakat pakat tengok badan tu...tengok pakaian...kalau bertudung tu , pastikan la benar benar menutup aurat..jgn kepala je tutup ! tang lain cam nak bungkus nangka jeee...ketat macam nak kasi koyak je baju tu...'Setan' mana laaa tak tengok kalau dah lalu depan mata ngan pakaian gitu...Cuba pakai sopan..benar benar mengikut lunas Islam...aku rasa , lelaki tak lalu nak tengok..malah jauh sekali nak ngorat...Selamat laaa wanita...

Akhir kata , pk la mana terbaik n mana korang nak...nak bagi 'free' atau nak jual mahal ??

Sejenak teringat ..

Tiap kali aku ke masjid indonesia ( terletak berhampiran dengan Hentian Putra dan The Mall..paling hampir denga stsn komuter PWTC ) untuk bersolat Jumaat pasti ada seorang pengemis disitu..

Seorang lelaki tua...nak kata cam melayu tak pasti lak aku..tapi benar benar sebak aku melihatnya..Semasa aku lalu , dia duduk atas lantai laluan pejalan kaki...terdapat mangkuk plastik didepan dan didalamnya terisi dengan duit..

Tadi bila aku lalu , dia ada ..terdetik dalam hati aku...ermm...pakai kopiah, duduk kat sini...mintak sedekah...tapi tak masuk dalam masjid untuk solat...iskh...islam ke dia atau sekadar meraih simpati ?

Selepas bersolat , aku terus keluar...aku antara yang awal keluar..depan aku ada satu pakcik yang menyerupai pengemis tadi..

Rupa-rupanya dia bersolat sekali..Astaghfirullah al-azim...berdosa aku fikir bukan bukan terhadapanya...ermmm...Dari cara dia jalan , seolah dia dah tua..tak larat..ermm....

Tak pe la..lepas ni aku jumpa dia lagi..aku akan bersedekah pada nya...kerana Allah..

Bukannya apa, bila aku tengok orang tua ni...lebih lagi lelaki...aku teringat pada ayah aku...kesian kat dia ...

Dari aku kecik sampai skang...dia tak abis abis kerja...apa saja yang boleh mendatangkan duit , dia akan buat..cara halal la..mcmana dia cari duit , dia pasti ada kat rumah..tak pernah langsung tak balik rumah !

Pernah dulu semasa aku sekolah rendah..aku teringin kasut bola..harga dia beratus ringgit...tahun 80an..bykkan la..harga beratus tu , tinggi nilai dia..aku beriya nak sangat...yela..aku bukan jenis meminta tapi bila aku minta , ermmm..harga mmg mahal..bukan jenis tengok brand pun..

Ayah aku ajak aku g pejabat dia..masa tu dia guna van vanette..aku ingat lagi..aku darjah 6..sampai kat opis dia..dia suh aku tunggu jap...dia masuk kedalam..tidak lama kemudian dia keluar...aku tanya la kenapa ? dia senyum je...jumpa kawan..

Akhirnya aku dapat apa yang aku nak..ermm..tapi aku tak gembira sangat selepas aku mengetahui rupa-rupanya ayah aku pinjam duit dari kawan dia ..ermmmm...setiap kali aku ingat setiap kali tu aku menitis air mata..sampai skang...

Bukan mudah mencari duit yang halal ! aku dah pernah rasa ..betapa hidup tak berduit ..n betapa susah tak berduit...yang haram itu mudah tapi yang halal ??

Sebab tu setiap kali aku tengok lelaki tua berkerja keras , aku pasti teringat ayah aku tu..

Semoga Allah mengampuni dosa dosa kedua orang tua ku ....amin...

Wanita Bila Putus Cinta

Cinta bagi wanita adalah sesuatu yang amat suci...betui takkk akak akak dan adik adik sekalian ??? ..Bagi lelaki ??? Satt...ni tajuk khas buat wanita...untuk lelaki sat g penutup..

Jangan boring ek ngan tajuk cinta ni... Aku pilih tajuk ni sebab cinta wujud didalam hati semua spesis di dunia ini...Sapa kata binatang tak bercinta ??? Haa...kalau diorng tak bercinta , tak berpasangan la diorg..kalau tak bercinta , tak bergaduh la ngan jantan lain sebab nak berebut betina ! ...Semuanya kerana cintaaaaaa...CINTA !! C.I.N.T.A...I lap u , u lap i..hehe..

Disebabkan sesucinya cinta itulah wanita akan menjaganya dengan sepenuh jiwa raganya..Cerita paling best melibatkan CINTA yang penah aku tengok ialah BOBBY...aku rasa ramai tengok citer ni..Mmg dasat la kisah percintaan diorng...TITANIC , aku tengok tak penah abis..hahaha..panjang giler..bila nak ending jer , aku dah 'ending' dulu....tapi apa pun , lagu dia mmg best..hehe..

Pasal cinta jugak la aku dengar macam macam kes...Tergadai sana sini...Kena belasah sana sini..Bergaduh sana sini..Ni semua gara gara dapat jantan cam ermm...virus H1N1...aku rasa virus tu pun baik gak dari spesis jantan tak berguna ni..

Tu baru bercinta dah hardcore...cuba kalau putus cinta ?? Bayangkan camana tertonggengnya perempuan tu ? Haaa...berbulan tak mo makan...Bukan sebab nak sangat kat jantan tu tetapi mengenangkan masa yang dah dihabiskan , keluarga atau adik beradik yang dah kenal laki tu..tu tak termasuk kawan kawan satu malaysia dah kenal bf dia tu...haaa....malu pun ada ...Diulangai yer...bukan nak sangat kat jantan tu yerr...haaa..ramai lagi ada ...

Nak mulakan yang baru bukan mudah...nak kenal dari A sampai la ke Z ...baru sampai N , dah tak serasi...cari baru lagi...Tu nasib baik cari baru....Kalau tukar selera terus ???? Mau tak kempunan lelaki bila awek awek gini diusung dek satu spesis ! Huhu..banyak skang ni...Bila tanya diorng , senang cite !! tak payah risau nak kena tangkap basah , tak yah risau termengandung atau tak yah pening sebab putus cinta...Bab belasah aku tak sure la..sebab ada cerita mengatakan spesis 'lelaki jadian' ni lagi cemburu dari 'lelaki kebinatangan' ...Aku ? Aku lelaki sejati lagi macho yer ..ahaks..

Kesimpulannya , wanita ni bila bab bercinta pasti akan beri 100%...Nasihat aku..bagi je 10% ...70% simpan untuk diri sendiri...baki tu ? kalau dah nikah baru bagi...hehehe...jgn percaya sangat kat laki nehh....

Artis Memerlukan Gossip Tapi Perlukah Kita Bergossip Tentang Mereka ?

Artis dan gossip , mmg tak dapat dipisahkan...Kalau dipisahkan pincanglah mereka...hehehe...Kalau artis tu dah popular , diorng tak kisah la..Yang baru baru nak naik ? Ok ok..aku tamo bicara tentang artis ...aku tk kenal pun sapa sapa artis dalam Malaysia ni..Diorng je kenal aku....eh...silap....Diorng laaagii tak kenal aku..malah jauh sekali nak berkenalan ngan aku..kan artis kan...

Apa yang aku nak bicarakan ialah gossip gossip yang boleh mengaibkan artis ni dan gossip tu lak leh jadi topik hangat di suratkhabar atau majalah hiburan..Aku tak kisah pasal semua ni tapi aku hairan kenapa kita ni leh join sekali bergossip pasal artis artis ni ? Tu yang pelik tu...kat kedai kedai kopi , kat bowling centre ,kat panggung wayang dan paling tak best sekali di blog blog individu ! Malah ada siap boleh paparkan cerita terkini pasal artis ..haih...kot nak bagi laris blog pun jangan la jual cerita artis gitu...kalau yang baik tu , alhamdulillah la...membantu..kalau cerita tak best ? Contoh kes dadah ke...ditangkap khalwat ke ...belum lagi dijatuhkan hukuman , dah tersebar macam macam gossip...Ermm...sapa yang berdosa sapa yang dapat pahala ?

Yang tak kisah tu sebab tak nampak dosa tu camana..tau apa yang bakal diazabkan disebabkan dek dosa tu tapi tak kisah sebab nanti taubat la ek...Tu pun kalau sempat..

Cuba la kreatif skit wahai pemilik blog gossip ni...Mmg orang suka baca ...blog dapat hits...tapi berpada pada la...cerita la yang baik...yang tak baik tu jgn la paparkan...Mana tau masa tu dia dah rasa bersalah lalu bertaubat..korang paparkan dan biarkan dalam blog..malu la dia...Dia tu pun manusia..Bukannya punca rezeki korang ..kalau ya pun punca rezeki , cuba pk ...halalkah dengan cara begitu ? Sian kat diorng...kalau diorg tknak berubah , lantak la...tu antara dia ngan Allah...

Bagi aku , tak yah la bergossip yang tak elok pasal artis ni ..baik di internet mahupun luar internet...Toksah terjah diorng tu....wat dosa jek...Cari pahala banyak banyak..Tak lama pun kita hidup...Tengok..setiap hari ramai je mati...Just like that ! Debummmmm...mati ...

Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI