Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 2 Mac 2010

Dimanakah Wanita Di Dalam Otak Lelaki ?

Murid - murid ...ini ialah otak manusia yang matang dan masih hidup..Kalau kamu semua perhatikan , otak manusia ni ....tergendala sebentar ..

"Ahmad Idham ..sila duduk...kenapa kamu angkat tangan ?? " ..aku bertanya

"Cikgu , mak saya kata otak boleh makan ek ? " ..anak murid ku bertanya..

" Erk...mana boleh...haram .." ..Aku jawab dengan pantas..

" Tu otak otak boleh jeee " ..Lagi pantas si Ahmad membalasnya...Lalu aku membaling kerusi guru tepat pada otak Ahmad Idham..Hehehe....tu sekadar khayalan aku..hehehe..

Ok sambung..apa itu otak ? Aku pasti sangat zaman sekarang ni ramai tak guna otak ...Semua guna tangan dan kaki...Meh aku terangkan....menurut wikipedia.com ( aku copy paste je la ek )

Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Gentian saraf menghantar isyarat dari otak dikenali sebagai gentian efferent. Gentian yang menghantar isyarat kepada otak dikenali sebagai gentian afferent (atau deria). Safar boleh jadi afferent, efferent atau campuran (contoh. mengandungi kedua jenis gentian).

Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.

Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan.

Kebanyakan fungsi dikawal oleh aktiviti penyelarasan otak dan saraf tunjang. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata.

Otak melalui peralihan dari sedar kepada tidur (dan subjenis bagi keadaan ini). Peralihan keadaan amat penting bagi fungsi otak yang betul. (Sebagai contoh, ia dipercayai bahawa tidur penting bagi penyelarasan pengetahuan, kerana neuron kelihatannya mengatur stimuli siang hari semasa nyenyak tidur dengan menembak secara rawak lalauan neuron yang terkini digunakan; tambahan lagi, tanpa tidur, subjek normal dipantau menunjukkan simptom menyerupai kecacatan mental, malah mendengar bunyi khayalan). Setiap keadaan otak dikaitkan dengan ciri-ciri gelombang otak.

Neuron adalah aktiviti sel otak yang memproses maklimat, sementara sel Glial melakukan fungsi sokongan. Sebagai tambahan kepada aktif secara eletrik, neuron sentiasa menghasilkan pemancar neuron (neurotransmitters). Neuron mengubahsuai ciri-cirinya (berpandu gambaran gen) di bawah pengaruh isyarat input mereka. Kemudahleturan ini menggaris dasar pembelajaran dan penerimaan. Ia penting bagi mengetahui bahawa sesetengah laluan neuron yang tidak digunakan (binaan yang menjadi terasing secara fizikal dari sel lain) mampu terus wujud lama selepas ingatan hilang dari kesedaran, kemungkinannya berkembang sebagai luar kesedaran (subconscious).

Kajian mengenai otak dikenali sebagai neurosains, biadang biologi bertujuan memahami fungsi otak pada semua tahap, daipada molekul sehingga psychologi. Terdapat juga cabang psychologi yang menumpu pada anatomi dan fisiologi otak, dikenali sebagai biological psychology. Kajian bidang ini menumpu pada setiap bahagian individu otak dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah-laku.

Haaa..baca dah ??? ehehe..aku tau korang skip kan...sebab korang rasa dah pandai ...dulu belajar dah kat sekolah..elelelelele...masa korang belajar dulu korang memain ...ok ok..

Mengikut rajah diatas ...skit punya besar la kan otak tu..ada terbahagi kepada

Anatomi Otak Manusia

Batang otak terletak di bagian bawah otak berfungsi untuk sistem kendali tubuh seperti bernapas, denyut jantung, tidur dan tekanan darah.

Serebelum merupakan bagian kedua terbesar yang berfungsi untuk mengkoordinasi pergerakan otot dan mengontrol keseimbangan.Serebrum adalah bagian terbesar dari otak yang berfungsi untuk berpikir, berbicara, mengingat, menerima sensor dan pergerakan. serebrum di bagi atas empat bagian yang masing-masing mempunyai tugas khusus.

Frontal lobe terletak di belakang kepala berfungsi untuk berpikir, belajar, emosi dan pergerakan.

Occipital lobe berfungsi untuk memproses objek atau untuk penglihatan

Pariental lobe terletak di bagian atas otak yang berfungsi untuk merasakan sensai pada tubuh seperti sentuhan, temperatur dan rasa sakit.

Temporal lobe berfungsi untuk memproses suara yang masuk dan juga daya ingat.

Left hemisphere (hemisfer kiri) atau lebih di kenal dengan otak kiri berfungsi untuk berhitung, analisa dan bahasa.

Right hemisphere (otak kanan) berfungsi untuk menghailkan pikiran-pikiran kreatif.


Haaa...panjang benar aku nak jelas kat korang kan..Fushhh....dasat ....Ok berbalik pada persoalannya....Dimanakah wanita dalam pemikiran lelaki ? Wanita ni ada banyak...rujuk pada rajah...Aku guna bahasa pasar je la ek..senang citer..

Yang color purple tu .. Masa nak mengayat perempuan tu bahagian yang digunakan

Yang warna hijau tu la... tu masa dah dapat ayat dah..kira dah jadi awek laa

Yang warna cyan tu .. tu masa jadi isteri ..mula mula kawin ...

Yang warna biru tu .. tu kedudukan isteri , tiap tiap malam..haaa..biru jeee pala laki kan..hahaha

Yang warna merah tu...bila dah dapat anak...makin menurun lak kan..manakala warna purple tu akan dipenuhi dengan masalah-masalah dunia ..

Yang hijau muda tu kan...tu la pemikiran lelaki tentang nak kawin lebih dari 1 ..

Yang hijau tua tu..haaa...pk pasal nak mati ...


Haaaa..gitu la secara ringkasnya apa yang ada dlm otak lelaki..jadi aku harap terjawab la segala persoalan wanita apa laaa yang ada dalam otak lelaki ni kan...hahahahhaha

Aku guwau je la wehhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Nasi Dan Melayu ..Tak dapat dipisahkan ...

"Aku tak boleh la tak makan nasi satu hari...Wajib woo...Kalau tak dapat nasi satu hari , boleh mengigil perut aku ni.." ..

Mesti korang penah dengar peribahasa moden tu kan..Mesti alasan diorng , makanan ruji orang Asia..tak pun mak dah ajar dari kecik makan nasi..Paling jahat pun , nasi je paling murah nak makan...Hehehe..

Aku selalu dengar alasan ni bila orang tu nak mulakan diet...Dalam erti kata lain nak turunkan berat badan..Bila dengar je 'tak boleh makan nasi' , maka kuarlah alasan alasan tersebut ...Terus cancel diet..sanggup lagi bela lemak lemak dari membuangnya..Ada lelaki kata , lemak tu 'aset' masa depan..Hahaha..ada jeee alasan org lelaki ni kan..

Pengalaman aku ..mmg susah nak buang makan nasi ni..cukup mencabar...tapi boleh sebenarnya...camana aku buat ? aku join bapak aku..makan nasi beras perang tu...ala ..yg untuk orang kencing manis tu..haaa..Mmg la takde rasa...makan gitu memula..pastu kurangkan sikit skit ...pastu ratah je lauk...lama lama...terus tak makan...kalau nak pun , seminggu sekali je...Makan nasi selalu ni pun bukan bagus sangat ...Kena la pandai pandai seimbangkan...Tak makan langsung pun tak boleh la....kena ada seciput dua..

Sekarang ni , aku makan nasi pun seminggu sekali..tu pun kalau wife aku teringin nak makan atau balik umah orang tua ..samada belah aku atau wife aku...Lebih pada makan nak jaga hati ( kalau sampai 4 pinggan tu , jaga hati ke ? )

Sejak aku control pemakanan aku , alhamdulillah ..tekanan darah aku pun dah kembali ok...tak dah sakit kepala...dan satu lagi ..aku rasa sejak aku jadikan hobi baru aku ni , BLOGGING ni , aku dah tak stress sangat..apa yang aku rasa ..aku tulis je kat sini...Aku tau , ramai tak senang ngan tulisan aku...kalaulah aku bukak ' kunci ' comment tu , hehehe...sah sah banyak lalat tinggalkan najis najis diorng bersepah kat blog aku..hahahaha...

Apa pun , ni cuma pandangan aku..aku yakin sebenarnya orang melayu ni tak terikat dengan nasi....boleh dipisahkan..cuma nak atau tak nak je...kan kan...

Panggilan nama semasa bercinta ..

Kekandaaaaakuuuu....Adindaaakuuuuuuu....Kaulah yang paling ku cintai...( sambil pegang aiskim ...di bawah bulan purnama )

Time bercinta , bermacam macam ragam...Paling best sekali ialah panggilan nama . Ini membuktikan betapa ' aku mencintai dirimu ' itu...Paling glamer dan masyur ialah 'abang' dan ' sayang ' ...Aku rasa ramai guna tu...Sampaikan bila panggil kat kekasih kita tu , orang lain lak yang toleh disebabkan kekasihnya pun panggil dia dengan panggilan tu..

Selain tu panggilan tu , yang glamer ialah 'baby' atau singkatannya 'B'..just 'B'..betapa malasnya nak sebut..hahahah ..Mmg nampak manja bila dipanggil 'baby' ni tapi masa tengah 'lazat' je la..Time gaduh ?? .." Baby" jadi apa lak ?? Ke still guna " baby " gak ?? Aku rasa tak kot...Automatik akan berubah..Samada panggil nama atau ...erk...tiada komentar..

Bagi aku la , panggilan ni mmg penting..menunjukkan keromatikan d amor pasangan tu ..tapi biarlah panggilan tu yang bermakna...Ni ada yang belum kawin dah siap panggil 'pa' atau ' ma ' ..Ada gak bila gaduh dapat 'panampar" atau 'maki' ..Bukan tak boleh...boleh..tapi tak sesuai..selagi tak menikah..toksah la..dah nikah tu , ok la...Ada lagi banyak panggilan , tapi tak kisah la...asalkan sesuai dengan adat dan budaya , ikut la....Cuma setakat ni , aku tak penah lagi dengar orang guna bahasa lama ...hehehe..KEKANDA atau ADINDA...dulu dalam surat surat untuk awek ada la kot orang guna...skang ? Hereemmm....'I' , 'U' dan byk lagi yang yang jadi disingkatkn...

Bagi aku..pandangan aku...contoh ek..panggilan tu menunjukkan kasih sayang secara tidak langsung pada dia ..betul kan ? lalu diluahkan melalui panggilan..kan kan ? Kalau panggil 'SAYANG ' tu..panggil la penuh ...bermakna kita sayang akan dia...Kalau dah jadi 'YANG' ? mmg memudahkan tapi kalau nak mudah baik panggil je 'U' atau .."eh awak" ...YANG' tu apa ? YANG hitam manis ?? YANG ku benci ?? ...Atau perasaan tu tinggal setengah je?? SA dh kena ngap ? ...hehehe...Panggil je penuh..SAYANG...bukan susah pun...dari situ leh nampak isihatinya..dari panggilan tu..intonasi...SAYAAANNNGGGG....ABAANNGG...

ABANG lak ...jadi BANG...BANG BANG BOOM ke ? haaa...ni dua contoh aku bagi la..selebihnya , korang pk la sendiri ek...Kalau sayangkan orang tu , panggil la dengan nama yang cantik , sedap didengar dan ada maksud...jgn nak nampak unik sampaikan jadi pelik lak...wat org mengata jek..bila orang mengata , sapa dapat dosa ?? hehehe...Nabil oiii...ko kata apa tadiii ???? haaaa....LU .....PK ....

Cerita Hantu ..Sekadar Hiburan atau ??

Makin kerap lak cerita hantu atau seram ditayangkan di panggung wayang atau tv...Layan cerita cerita cam ni boleh meremangkan bulu roma atau boleh membuatkan jantung berdegup kencang..Bagus gak kadang kadang perasaan ni ada dlm diri...Maksud aku tu bukan perasaan takut pada hantu tu tapi perasaan degupan jantung tu...ibarat cam satu senaman jantung la..senaman jantung..hehehe...Serupa macam naik roller coaster gitu..

Aku bukan peminat cerita hantu , lebih lebih lagi cerita hantu kat Malaysia..Kenapa ?? Camana aku nak takut bila tengok cerita hantu Malaysia ni bila hantunya tu aku kenal sangat ...Jadi awek cun pun dia , jadi duyung pun dia ....jadi hantu pun dia ....Dah set dalam pala..Ala..Maya Karin...hahahha...Lakonan Maya aku tak nafikan mmg best tapi tolong la bagi watak hantu tu pada yang layak jadi hantu...haaaa...baru la takut skit...import je mana mana hantu yang ada kat Malaysia ni...

Penah aku g tengok pameran hantu nun kat Shah Alam tu..Nak gak tengok antu tu...Beratur punya la panjang....Dari depan pintu sampai laaaa keluar..jgn kata hantu , bau pun takde haa...Yang aku nampak pengawal kat situ dah serupa cam hantu..Erkk..keeee hantu tu nyamar jadi pengawal ?????

Cerita hantu luar negara pun bleh la evil skit memandangkan aku tak kenal pelakonnya..Kira boleh la membuatkan aku 'pura-pura' tidor bila time antu tu keluar atau kalau tengok kat umah , pura-pura g amik air kat dapur..hahahahha..tak pun 'tertekan remote' ..hahaha
Cuma sejak tua tua gini , cerita antu aku dah tak gemar nak tengok...suka lagi tengok cerita aksi atau animasi..hehe...

Hantu wujud atau tidak ? Hehehe..satu persoalan...Adakah hantu itu makhluk halus ? Atau mainan syaitan ? Perlukan takut dengan hantu ? Hehe...bukan takut..tapi segan...n geli tengok mata merahnya tu...hehe..

Perasaan takut perlu diajar pada budak budak ..Ramai tak setuju...Kan ? Haa..memula pendapat aku gitu gak..tak setuju ..Tapi bila difikir fikir semula , ada bernas jugak org tua dulu dulu buat gitu..Apa logiknya? Cuba tengok budak budak kecik skang ni ..makin berani...Kalau dah boleh berjalan tu , nak berjalan je sana sini..tak kira masa ..nak je bertandang ke rumah jiran..ajak main...Camana tak nak kasi budak budak ni panjang kaki ? Cipta laaa kisah hantu sana sini..baru laa diorng takut .."Haaaa..pergi laaaa..ada momok kat sanaaa " ...Padahal , budak budak ni bukan kenal pun hantu tu apa...Diorng takut sebab nada suara tu...Mmg tak patut diajar diorng takut , tapi kalau berani sangat pun bahaya...Mana nak ??

Kesimpulannya , walaupun hantu ini wujud dalam minda kita tapi ianya cuma mainan syaitan yang cuba melemahkan iman manusia...tapi yang paling bahaya ialah manusia yang berwajah hantu ini yang bisa memusnahkan org lain ..

Ni baru betul blogger !

Hahahaha..baeekk punyaaa....skang ni aku kat ERL ...ada lagi 13 minit untuk ERL sampai..Sementara tu , aku berblog jap..saja nak log kan perjalanan hidup aku...Hehehe..Cam Star Trek lak...

Minggu ni aku lom lagi g gym tapi awal pagi lagi aku dah workout dalam setengah jam gitu..Malam lak , pas maghrib baru workout..kalau sempat sebelum maghrib...Saja nak saving duit skit ..Bukan pe , kalau aku g gym , kos nak ke sana je dah abis dalam rm15..Kalau dulu depan umah je..skang ni dah pindah ke Putrajaya ...Jadi susah skit..Sampai umah pun dah lewat...Dalam kul 9 lebih gitu..sian lak kat orang rumah kan..Kalau g tido kat umah mak aku tu baru la leh g gym...Bijak aku kan..hehe..Ingat ari ni nak g tengok bench...rasanya harga bench tu dalam RM1k kot...ermm..tngok la camana dulu..

Tenang je pagi ni...Cuma kedengaran bunyi bas dan kereta ...Kalau kat kampung , sah sah dengar bunyi kicauan burung..tak la tensen sangat kan..hehehe..

Bersyukur aku pada Allah bila aku tengok berita semalam...Kejadian gempa bumi yang melanda di beberapa buah negara serta tsunami mengorbankan banyak nyawa namun di Malaysia ini cuma panas saja...Tu pun ramai dah mengeluh...Tak bersyukur betul...

OK la...aku nak naik dah..lagi 5 minit...ari ni banyak kije..nak kena siapkan statistik....huhu...salamm..selamat pagi dan ceria ceria selalu
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI