Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 6 Mac 2010

Pembaziran !

Aku baru balik dari Alamanda , Putrajaya .. Petang tadi kawan aku call .. Bertanya khabar dan meminta pertolongan dari aku .. Dia nak ajak aku g cari set dumbell ... Nak mula bersenam balik katanya .. hehe... dulu rajin dia ikut aku g gym ...Pastu lama dia berenti ..dekat setahun lebih aku rasa ... Erm...berworkout kat gym ni bukan mudah ... nak paksa diri tu g tu yang payah ...Bayangkan la , nak g gym pastu mengerah tenaga dalam tu ... Nak paksa diri g masjid pun ramai liat apatah lagi nak g gym ..kan kan ...

Aku tanya dia bila nak peginya ? Dia ajak minggu depan ..Ermm...minggu depan susah kata aku memandangkan wife aku tak outstation lagi..lagi dua minggu baru boleh ...Yelah , takkan aku nak g masa hujung minggu ... Hari keluarga tu ..Hari biasa lak , susah ... Jadi aku buat kesimpulan , aku tolong belikan je memandangkan Alamanda ngan rumah aku tu cuma 5 minit jer ..

Jadi malam tadi aku pun gerak la ke sana bersama wife aku selepas solat maghrib.. Makan malam kat sana sekali la...Kat Lemon Grass ..Sebelum tu g beli dulu set dumbell ...Aku ni ada satu penyakit berjangkit ..Tak boleh masuk kedai alatan senaman ni ..Abis semua aku nak beli !

Harga dumbell ni RM89.90 ..ada dua jenis ..yang satu lagi tu bersalut getah ..RM 108 ..mahai ..aku call kawan aku tu ..dia nak tak ? Lama beno dia pk .. Dah la bateri phone aku nak tamat dah .. Aku suh buat keputusan cepat sket ..huhu ...Dia nak amik dua set hok RM108 tu.. Aku tanya dia , serius ke nak main ..kang beli wat ternak labah labah jer .. Last lasti dia suh amik satu set je . Erm...ok la..beli dulu ..esok baru nak g antar kat dia ...Bagus aku kan ...haaa

Pastu aku tengok bench cam kat bawah ni ..

Harga dalam RM 1ribu gitu ..hehehe..aku nak ...wife aku kata ...jom kita g makan dulu sambil pk .. Aku ikut jer la... hehe..Bagus beno aku nehh... Bila dah abis makan , g carrefour ..beli beras dan sedikit barang dapur ... Terus keluar dari Alamanda tu ... Bench tu ???? Wife aku neh pandai !! Dia tahu aku 'hangat' time tu jeee.. bila dah takde depan mata , aku lupa terus laaaaaaaaaaaa... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. Tu bukan kali pertama ! Dah berkali kali gitu ..setiap kali aku masuk situ .. mmg aku ke situ dulu ...pastu tak jadi beli ..hahahha...tak pe tak peeee... nanti aku g beli sendiri !! senyap senyap ..tau tau ada dah dalam bilik bawah tu ..hahahahahh ..

Alasan aku nak membeli menda tu ? Kalau aku g gym ...sehari aku akan abiskan dalam RM20 ..seminggu ??? Dah seratus ...sebulan ?? haaa ..kalau setahun ? dah sama harga menda tu kan ... kalau beli ..lepas kerja aku terus balik rumah ...tak yah g gym ..malah jimat lagi ...

Cuma satu je la kelemahannya ... Aku tak boleh balik umah mak aku lagi pas kerja sebab biasanya kalau g gym , aku balik umah mak aku untuk salin pakaian seterusnya ke gym ... Bukan anak mak tapi aku kan anak lelaki ..Tanggungjawab aku pada diorng tak abis selagi diorg masih ada ... Nak harap yang lain , diorng masing masing ada anak .. sementara aku belum ada lagi , boleh la aku jengok jengok ... Adik perempuan aku lak dok sarat mengandung ... kena tengokkan gak ... Abang la katakan ...bagus kan ? Dah 3 kali bagus malam ni ..hehehe..

Ok la ..tamo amik masa korang sangat ...nanti boring baca aku melalut ...tqvm sbb sudi singgah ..

Mat Gebu : tamo buat nasi berempah ke ? Mak ben buat , hok yang ada campur sekali ngan ayam dalam tu ...sekali pekena , sah sah satu periuk abis ...skang dah tak buat ...tak larat nak buat katanya ... tak tau la kot mat dah buat ...hehehe ..

Jangan berblog untuk hari ini !

Buah tempatan paling mahal dan sedap dimakan ialah buah durian ... Betul ? Makan mmg sedap ...cuba korang tanam ... Mudah ? hehehe...susah beb....nak tunggu pokok durian tu berbuah , bukan sekejap...lamaaaaa....makan bertahun tahun lamanya ...Silap silap pokok tu pokok jantan dik oiii..Berbaloikah ?? Tak pe ..berbaloi atau tidak , itu namanya rezeki...tak semua usaha kita akan menghasilkan kejayaan ... namun , kena tahu jugak .. kegagalan akan menghasilkan kejayaan sekiranya kita bangun semula dengan azam yang lebih tinggi diikuti usaha yang lebih bijak dan teratur !

Ramai aku tengok lebih lebih di GENGBLOGGER.COM ( http://www.gengblogger.com) , blogger yang baru memulakan kerjaya samada sampingan atau full timer agak kecewa dengan 'hasil' yang diperolehi ... samada dari hits dan juga pengiklanan ..

Ermm...cuba tanya pada mereka mereka yang dah lama berblog ... dah berapa lamakah mereka berblog dan apakah yang mereka lakukan untuk menaikkan hits mereka .... Itu perkara asas dalam bidang perniagaan ( itu bagi mereka yang nak 'jual ' blog mereka ) ..

Ini yang aku cuba buat sekarang ..Usaha yang sama aku lakukan dalam bidang ' mencantikkan badan ' ...9 tahun beb ! Ramai budak budak baru dalam gym tu amik jalan mudah ... Gunakan bahan terlarang ! Maka besarlah badan meraka.. Tapi ada kesan sampingan yg memudaratkan kesihatan ..

Begitu juga dalam blogging ni ... biarlah lambat ...perlahan lahan orang kenal blog kita ...makin lama makin berkembang ...makin ramai yang membacanya jika blog kita itu bagus kandungannya..

Letakkan satu sasaran ... bila ?? kalau tak capai , cuba selak balik blog korang tu..apa yang kurang ? Perhatikan blog blog yang berjaya ... bandingkan .. Lakukan perubahan terhadap blog korang tu ... senantiasa dapatkan komen dari pembaca ...InsyaAllah ..

Aku tak kata blog aku dah berjaya...dalam kategori merangkak lagi.. Masa memula aku berblog , dpt 50 pembaca satu hari pun dah bersyukur... ada jugak insan sudi membaca .. pastu aku pk bagaimana nak up lagi ...kat mana aku nak 'iklankan' blog aku ... apakah umpan yang aku nak letak untuk menarik mereka masuk ...semua tu korang kena kreatif memikirkannya ..

Akhir kata sebelum aku nak keluar mencekik , tanya diri sendiri ....apakah motif korang berblog ? jika kerana $$ , letakkan diri korang sebagai seorang jurujual yang mengharapkan komisyen .. gaji takde ! ..camana tu ? haaa..fikir fikirkan yer ..buka mata tengok sekeliling ...kan mat gebu kan ...

Sikap Kita !!

Sedar atau tidak , kita seringkali mengambil sesuatu contoh untuk dijadikan sebagai 'tongkat' bagi meneruskan perjalanan hidup ... Contoh yang biasa kita amik ialah dari kawan - kawan rapat dan di dalam media ...

Seorang guru menasihati anak-anak muridnya supaya jangan merokok tetapi guru itu sendiri merokok .. Anak - anak murid tersebut pasti terpinga pinga , kenapa guru itu sendiri boleh merokok sedangkan mereka tak boleh ? Kalau boleh menyebabkan kematian , kenapa sampai sekarang guru itu masih lagi hidup ? Betul tak ?

Contoh ke dua ...Seorang ayah menegur anaknya supaya bersolat sedangkan dia sendiri tidak bersolat ..

Contoh ketiga .... Seorang bos menasihati pekerja pekerja bawahan agar tidak mengambil rasuah sedangkan mereka tahu bos mereka tu sendiri dah terlalu kenyang makan rasuah ...

Contoh ke empat ... Seorang wanita ingin menutup aurat tetapi hatinya masih belum yakin kerana ramai rakan rakannya yang menutup aurat berperangai seperti 'antu' ..

Contoh ke lima ... cukup la 4 contoh tu ..

Ok ... apa pendapat korang semua ? Kebanyakkan orang kita ni pasti akan menjawab begitu ... mereka melihat keburukkan si penyampai tu berbanding apa yang disampaikannya ..

Kenapa kita tak nak fikirkan kebaikkan yang akan dikecapi jika kita mengikut nasihat penyampai tu ? Aku bg contoh no 4 ...Seorang wanita nak menutup aurat ...tapi dia tgk kawan kawan dia yang menutup aurat kebanyakkannya berperangai tidak elok dipandang ...ok ...tu kebanyakkan ....yang bakinya tu ? Pasti ada yang elok kan ? Kenapa tak contohi yang elok tu ? Dalam sejarah Islam sendiri pun banyak ada contoh yang lebih elok ... kenapa nak jugak amik contoh negatif tu ? ...

Kalau aku kata gini ...Lebih baik bogel dari pakai baju.. Sama je perangai orang yang berbogel tu dengan orang yang pakai baju .. Adilkah gitu ? Tidak bukan ? Haa...jadi ada baiknya kita pandang yang baik , dan yang tak baik tu jadikan sempadan dan juga pengajaran ...

Senantiasa berfikiran positif ..insyaAllah hidup kita sihat senantiasa ....

Boleh ke pukul perempuan ??

DAYUS !!!

Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...
gambar hiasan

Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..

Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...

Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...

Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...

Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!

7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..

Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....

Surah ar-Rum ayat 21:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Surah an-Nisa ayat 35

Perempuan kalau membebel !!

Hadoiii ..Tak kira la mak , awek no 1 ,awek no 2 , awek no 3 ,bini , bos , kawan kawan , jiran , makcik dalam LRT atau jurujual ..apa saja laaa .. asalkan PEREMPUAN ...Perghh.. Sekali diorg membebel , bingit tinga beb ..cair taik telinga ni haaa.... kalau semua perempuan bergabung lalu membebel beramai ramai , aisberg kat kutub leh cair lalu boleh mengakibatkan dunia ini banjir !! Tu tak campur ngan air liur perempuan perempuan bergabung tu !! Tsunami peringkat tertinggi tuuu..

Aku tau..ramai lelaki tak tahan dengar bebelan perempuan perempuan yang aku sebutkan diatas tu ... Selagi tak bergerak , selagi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu laa pot pet pot pet ....Hadoiii... Tengah tido pun diorg leh membebel ...

Bukan tak suka diorng ni membebel ...sukaaa ..ayu je rupa diorng ni kalau membebel ....kira letak kat sebelah ayam lebih kurang je cara bebelan mereka ini ...kan kan ...hahaha...jgn mara aaa..nanti kenal jual ... Boleh tak perempuan perempuan ni berhenti membebel sebaliknya gunakan 'pujukan ' mesra atau ayat ayat manja ...contoh ek ..

Gini ..kalau nampak boyfriend korang suka hisap rokok ..jgn dibebel ... bisik je kat telinga bf korang tu ... " awaaaakkkk , camana nanti nak kawin ngan kita ni , kalau mulut awak tu bau cam loji penapis najis je ..tak nak kita cium bau longkang tauuu " .. bila abis cakap je gitu terus sambung lagi ... " awak ...awak pakai perfume apa ni ? wangi jer.. " terus tak jadi marah dia .. kalau dia ada akal ..dia pasti akan proses kata kata tersebut ..kalau dia tak proses kata kata korang masa tu gak , bermakna dia tinggalkan akalnya tu kat rumah mak sedara dia kat Uganda Selatan .. jgn marah aa abe abe yang merokok...adalah satu hakikat mulut korang berbau busuk ... tu baru mulut..belum bau badan ... renti merokok ye bang ...haram tu hukumnya ..

Contoh kedua ... kalau bf korang suka bawak kereta laju laju ... cakap ngan dia slow je masa tu..sambil pasang cd dalam kereta tu , korang cakap kat dia .. " abang , rasa rasa nanti la kan...masa bersanding nanti , abang nak duduk atas pelamin ke atau atas kerusi roda ek ?? " ..kena pandai main psikologi skit ..

Ngan laki ni , laki membebel , lagi diorng buat ....Lelaki ni ... makin tua makin kebudakkan sebenarnya ... Aku tau ..tak ramai sebenarnya gitu .. Yang tak ramai tu , bagus la..Ni yang ramai ni ( termasuk aku..hahaha ) ...spesis kena bebel dulu baru gerak ...sebenarnya masih la ada ciri ciri manja lagi...hahahaha..kebudakkan ...nak bermanja dengan orang tersayang .... kan kan ..

Pasni cuba korang guna senjata yang aku kata tu ..SENYUM , CAKAP DENGAN LEMBUT ATAU PUJUK DENGAN KATA KATA SINIS ....haaaa.... samada menjadi atau terjadi ( kena sound balik ) ...hahahahha...Selamat mencuba ..

Akhir kata ....korang g tanya sendiri kat awal ashaari sbb aku ben ashaari...bukan akhir ashaari... hahahahha

Alohaaaaaaaaaaaa..

Yeahoooooooooooo...esok aku nak g Hawaii ... Bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... ecececeh..... banyak ko Ben ??? .. Acah jek ..

Ni aku baru tido ni.. pas subuh tadi aku sambung tido sampai la ni..hehe..balas dendam satu minggu bangun awal...Baru lepas pala otak aku...hehe..



Semalam aku g usha movie The Book of Eli ... Best ke ?? Bagi aku ... cerita tu mudah .. nampak biasa tapi ada 'isi' nya ... Manusia semakin kehilangan arah bila terlalu mengejar kemajuan . Perkara paling asas akan menjadi paling sukar bila mana nikmat itu ditarik balik . Kedua , ilmu pengetahuan senantiasa satu kelebihan .. dan paling penting ialah pegangan hidup .. Takde pegangan hidup maka tercari carilah erti kehidupan ini ..

Aku mmg minat lakonan Denzal Washington ni ... Ada banyak movie menarik minggu ni tapi belum mampu nak tarik aku g tengok dah .. hehe...Dalam perancangan aku , movie seterusnya nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa ... tengok preview cam best ...saja nak support filem melayu.. Cerita cam ni mmg wajib g tonton ... hehe.. bagi aku la...

Tadi aku ronda ronda kat GENGBLOGGER.COM ..ermmm ..ternampak sesuatu yang menarik hati untuk aku membacanya ...Ermm...mmg best..teringin nak join ..tapi bila tengok sapa penganjurnya ...terus aku membatalkan hasrat ...Bukan aku benci kat dia ... aku tak suka cara dia ... Memula dulu dia ok...tapi bila sejak naik nama dia , dah jadi cam poyo lak...ala ala samseng gitu .. Ada ke tanya orang macam dia lak yang ada kuasa ??? Entah la..malas nak cerita lebih ... wat dosa je pagi pagi

Ok la..aku nak g myden putrajaya ..kot ? ke jap lagi ...hehehe..nak tgk tv sambil makan aiskim sat... ahaks...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI