Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 7 Mac 2010

Raja Lawak benar benar lawak ke ??

Hurm ... hurm ... hurm ...

Dah berakhir pun Raja Lawak Musim Ke - 4 ... Aku tau ramai yang tak minat nak tengok kerana mereka ni tak lawak mana sangat .. Kena ingat satu .. mereka ini adalah bakat bakat baru .. Jgn dibandingkan dengan pelawak yang sedia ada .. Pelawak yang sedia ada ni dulu pun cam tu gak ..Terkial kial nak bagi orang ketawa ...

Pendapat aku .... Final ni mmg best ... Semua selamba ..dari pengacara ( walaupun ku tak gemar si Zizan tu ) ke peserta dan paling sempoi juri ( aku pun tak gemar si Din ) tapi kali ni semua menjadi ... Tahniah tahniah tahniah .... aku terhibur final kali ini sebagai penonton .. tak sia sia aku tengok sebab terpaksa tukar channel dari asalnya aku dok tengok cerita Edward Scissorhands yang dah berkali kali aku tengok tapi tahun ni aku tak tengok lagi ..hehehe ..best per cerita ni ...
Aku tamo ulas panjang sebab sememangnya keputusan diluar jangkaan .. Apa pun , finalist malam ni mmg layak menang !! Tahniah semua ...

Yang mengharukan aku ialah kesemua finalist ni dari keluarga miskin .. Aku rasa kehidupan mereka pasti akan berubah .. InsyaAllah .. Yang penting , jgn lupa dunia .. keluarga dan agama ! Jgn angkuh terhadap peminat .. Korang naik kerana undian peminat !! Ada yang terlupa tu ...

Tak sabar nak tengok diorng keluar kat tv ... tak sabar nak tau kehidupan mereka dah bertambah senang dengan kejayaan mereka itu .. InsyaAllah ... Aku doakan korang ( semua peserta Raja Lawak ) berjaya dalam karier korang .. Bukan mudah bagi orang ketawa sekarang lebih lebih lagi rakyat Malaysia yang semakin ramai kemurungan dek stress dengan kehidupan ..hehehe..

Ini aku ..BEN ASHAARI

Ini aku

Kadang kadang entry aku nampak

atau kadang kadang seolah macam


atau seolah membuang

korang yang suka


tapi sebenarnya niat aku adalah untuk sama sama

Yelah kan , hidup kita ni singkat .. Bila bila je boleh

Jadi apalah sangat aku bawak nanti ke ' sana ' kan ...

Aku sedar aku ini umpama

Yang suka

Tetapi takkan kita asyik nak

Sesekali kena gak

kepala antara satu sama lain agar senantiasa berada di

kan kan ..

Agar kita sama sama tidak menjadi


YESSZARRR

Pengajaran dan kelebihan yang diperolehi ..

Selesai sudah pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ... Pada mulanya aku agak pening sedikit dengan pertandingan ini sbb ramai nak sertai dan aku sorang je la tu yang handle...huhu .. Ditambah lak dengan masalah penipuan penganjur yang sampai sekarang terus menghilangkan diri .. Nak tau ke sapa dia ? Dia ada blog gak .. kalau nak tau ..nanti tinggalkan kat komen ek ... Aku nak ajar dia sket .. hahahahaa... tak yah la... biar la dia ...Aku doakan agar dia senantiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu ..

Apa pun dah selesai pertandingan tu .. Lega sedikit tapi aku nak buat yang baru ... Kali ni aku nak buat lebih mencabar ... Dan aku akan link kan soalan soalan aku ni dengan beberapa blog blog yg berinfomasi ... ahaks ... InsyaAllah ...

Pengajaran yang aku perolehi dari pertandingan ini .... Tidak semua akan menyertai kerana 'just for fun ' .... jika tiada hadiah lumayan maka , tiada tarikan ... tu pengajaran pertama ..

Kedua ... aku percaya sekarang peserta peserta dah kenal mana satu kawan yang boleh diharapnya kan ? .. hehehe...

Ketiga ... semakin bertambah kenalan .... berhibur sambil merapatkan silaturahhim ..

Keempat ... kalau nak buat pertandingan .. ada orang berminat nak jadi penaja , amik duit dulu ..setengah.. baru leh on. ..heheh ..

Tu je aku nak habaq pasal TOP 1OO tu tu..dah abis dah ..skang dok pikiaq konsep baru pertandingan ..hehehe

Aku baru balik dari umah mak aku .... Ada kenduri kat sana ..Adik member aku kawin .. Ermm... Pelik ... Dulu masa kecik kecik ..semua rapat je...sama sama bermain ... Bila dah besar ..bekerja... cam sombong sombong lak ... Nak kena tegur dulu , baru nak senyum ... Entah la.. Nasib baik aku rapat ngan abang dia n mak bapak dia.. kalau tak , haram aku nak g ..

Kat sana , dok borak borak baek punya datang sorang kawan ni .. kira kawan lama gak la... baru umur 27 tapi rupa dah nak cecah 40 an ... Pasal pe ? Haaa...sebab obes ! .. Dulu masa slim , hensem gitu .... Baru je kawin tu ... tak sampai setahun ... Dah berbulat sana sini ... Ermm.. tengok wife ...lawa ..kira kalau g mana mana , sah sah orang pandang bini dia dari pandang dia ...haaa mau gak kes cemburu timbul .. Muda lagi la katakan .. Ada aku citer la kat dia ..walaupun isteri kita ni kata tak kisah camana pun kita tetapi kita ( lelaki ) tetap kena jaga badan ... Sebab skang ni perempuan pun dah macam lelaki .. Pandai jeling kat lelaki macho ni ... Bukan la nak kata gatal , tapi sedikit sebanyak pun diorg akan terdetik di hati ...hehehe..jgn tipu laa... manusia tak kira jantina sama je perangai ...Kecuali yang benar benar menjaga pancainderanya ... Haaa ..yang ni susah nak jumpa .. Adaaa....susah je nak jumpa ..

Jadi , dia tanya aku pasal nak slim n mantap .. Cam biasa , aku syorkan diet dan bersenam yang betul ...Tak yah la buang masa dengan amik produk produk kurus yang ngarut tu ....Kurus jap je ..pastu nak balik tah hengat punya ... Baik amalkan cara penjagaan kesihatan yang betul ... Cuma silap satu je la diorng ni ... Merokok tak hengat punya ... ermm... tu susah betul nak bendung ..cerita la camana pun , gitu gak gayaanya ...lantak ler ..

Jadi , start minggu depan , bertambah sorang lagi ahli kelab BIONIC GYM MEMBER ( boleh add di FACEBOOK ) .. Aku pun minggu depan nak turun kerap sikit ni...memanjang main je kebelakangan ini .. Ada dua minggu sebelum nak g Penang .. G Penang dah kena cuti ...kat sana takde gym ...adeh ..

Ok la .. aku tau ramai malas nak baca cerita aku ni sebab tkde gambar .... Bukan tak nak letak tapi tak amik pun .. aku suka bebel melalui percakapan dari letak gambar ...hehehe .. terima kasih ..ops ..sat ..nak ngumpat skit ...

Aku balik umah mak aku tadi sebab kenduri kan .... Jadi aku pun g la makan ngan wife aku ...usha la kawan kawan yang lain ..tak nampak muka lagi .. G la aku beratur dengan wife aku ... Makanan dia ...ermm... ok la.. rezeki ....Yang aku tak puashati tu ...Lauk pauk , ada makcik makcik jaga ...Makcik makcik ni semua yang aku kenal dari kecik ... Korang banyangkan la ... ayam yang diletakkan dalam nasi aku seketul ..sebesar ibu jari aku ... hahahahaha...catuan makanan tuuu ... Pastu ada la daging ( aku tak amik ) , sayur gitu gitu la ...aku amik sendiri ..skit je .. Makcik yang letak ayam tu , mak mertua abang aku !! Bukan tak kenal aku ... Tegur aku pun tak ... Jgn kata la nak tegur ...senyum pun jauh sekali ...Suaminya ? Alhamdulillah ...semesra alam ... Kalau nampak dari jauh , dah angkat tangan ..

Yelah , bukan aku tak tegor.. dah berkali kali aku tegur diorng ni dulu ... Pastu bila jumpa lagi , wat dek je diorng ni .. Aku tengok geng geng makcik yang jadi tukang catuan makanan ni , semua satu spesis ... spesis CNN .. kira kalau berborak , anak diorng je la baeekkkk ... Mau gak aku bukak table , pastu cerita perangai anak anak diorg tu !! Bukan tak kenal anak diorng tu ... Semua jembalang tanah gak ! Sama cam aku laa.... Sebab tu bapak aku selalu nasihatkan mak aku jgn dok ngumpat anak orang sebab anak sendiri pun belum tentu baik ..

Aku selalu mengambil pendekatan mudah ... Ngan makcik makcik spesis CNN ni , aku tak nak tegor ... Buang masa je ...buat baik pun diorg ngumpat , buat nakal apatah lagi kan .. Suami diorng , ada yang ok ..ada yg berlagak macam kawasan tu dia yg punya ..Nasib baik aku dah pindah ... Dulu ada gak aku nyaris bertumbuk ngan satu pakcik kat situ semata mata pasal parking ! Ada ke patut cakap kat orang tua aku BODOH ! Sedangkan dia tau ayah aku tu , orang lama kat kawasan aku tu ..kira orang no 1 pindah kat situ ialah keluarga aku ... kena lak , sah sah ayah aku tu lebih tua dari dia ... Ermm ..aku g sound dia ... Berair mata aku bila tengok dia sebab tahan marah .. Cuba cakap elok elok tapi berlagak dia .. Yelah masa aku g tu , dia dok lepak ngan geng geng dia ... Aku pedulik hapa ...Aku sound tepat je ... Nasib baik aku hormat sebagai orang tua .... terus aku blah .. Sampai skang ni kalau selisih ngan dia , aku wat tak tau ... malas nak amik port ..

Skang ni ...kat kawasan aku ni pun aku campur ala kadar jer ...bukan tak nak beramah mesra tapi elakkan dari melakukan dosa ... Bila duduk beramai ramai , sah sah ada gak umpat sana sini ..baik aku duk umah , berblogging ...dapat gak release tensen .. Tapi bila dipanggil mesyuarat tu , insyaAllah la aku g ....tapi takat ni , dah 2 kali mesyuarat satu pun aku tak g lagi....hahahahha...Apadaaa ...

ok ok..dah ..sampai sini je ..nak turun tengok tv lak.. eh... nak basuh keta la ... huhu

JUARA TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI !!

Daripada 100 penyertaan yang diterima hanya 80 layak ke pusingan kalah mati ...seterusnya 40 diikuti 20 ..dan akhirnya TOP 5 !! ... Kini juara telah diketahui ... Siapakah yang menjawab dengan tepat semua soalan ??? Hanya seorang sahaja !!! ... Siapakah beliau ??? Hehehe ... Sebelum itu , kita lihat dulu hadiah utama ... Pada mulanya hadiah utama ada perfume yang berjenama namun ' penaja yang telah melarikan diri ( boleh baca di sini ) dan hasil perbincangan dengan peserta maka penganjur setuju untuk menggunakan wang sendiri walaupun pada asalnya pertandingan ini hanya untuk suka suka saja ( tiada hadiah ) tetapi penganjur akan tetap memberikannya atas kesungguhan yang diberikan oleh peserta .

Hadiah JUARA TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI

Manakala hadiah sampingan ialah , POSTERNYA akan dinaikkan di BEN ASHAARI BLOG selama satu minggu .....dan dibenarkan menggunakan wall BEN ASHAARI BLOG , BEN ASHAARI II untuk mempromosikan blognya selama satu minggu ...

Kepada peserta kedua dan ketiga , wang tunai akan menanti anda ...

Para pemenang , sila hubungi saya di FACEBOOK ..

Jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah memeriahkan pertandingan ini . InsyaAllah dalam masa terdekat , saya akan buat lagi pertandingan ... Jumpa lagi !!!

Eh lupa lak...sapa yang menang ek ???? heheh ..

JUARA TOP 100 WANITA BEN ASHAARI BLOG
SITI RAHAYU ABDUL RAHMAN

TEMPAT KEDUA
PELANGI MENTARI ( NO 59 )

TEMPAT KETIGA
NOOR AMALISA ( NO 65 )


Tahniah kepada anda semua ..... jgn lupa .. hubungi saya esok yer ..

Beza Lelaki dengan Perempuan

Mmg banyak perbezaannya .. tapi antara yang ketara ialah bagi yg dah berkeluaga .. Tadi aku singgah sat kat blog bos aku neh ... Bila tengok entrynya , aku boleh rasa bagaimana dia rasa .. Perasaan seorg ibu yang bakal meninggalkan anak kesayangannya demi tugas pada negara ... Esok bos aku ni akan g outstation kat luar negara .. Aku tak tau la bagi orang lain bila dengan nak g outstation sah sah akan berteriak kegembiraan lebih lagi lelaki .. hehe ..yelah ..dapat pusing dunia ..Free lak tu .. Bukan senang nak dapat tawaran gitu ..

Tapi bagi seorang ibu , nak meninggalkan anaknya lebih lebih lagi yang masih menyusu adalah satu perkara yang amat amat menyedihkan .. Kalau lelaki tu , aku rasa ok je ... kira boleh dianggap bercuti gitu seperti mana bila seorang wanita yang balik ke kampung untuk berpantang .. lelaki akan jadi ' bujang ' sebab abis ngan anak anak semua dihantar ke kampung ... Aku tak rasa perempuan akan buat gitu .. Mereka kalau boleh akan jaga anak anak tu walau macamana sekali pun ... Berikan tepukan gemuruh untuk para ibu ( yang bertanggungjawab ) ...

Lelaki ... aku tahu ada ..ramai ..tapi susah sangat nak jumpa yang benar benar komited pada anak2 mereka ... Bila ada peluang untuk 'membujang ' mereka akan amik peluang itu dengan sebaik baiknya ... Wanita pula , bila nak ' membujang ' pun akan tetap fikirkan anak anak ...

Wanita ( ibu / isteri ) sebenarnya lebih bertanggungjawab terhadap perihal rumahtangga berbanding lelaki ( suami / ayah )..Maksud aku ialah terhadap anak anaknya .. Ada yang akan kata ayah mereka tak begitu , tapi sebenarnya cuba tanya pada ibu korang ... semua ayah dalam dunia bertanggungjawab tapi ibu lebih dari itu kerana apa ? Kerana mereka yang membela selama 8 bulan dalam perut tanpa bantuan sesiapa ...

Pada bos aku tu ..hehehe ....gud luck .... hargai setiap saat di sana .. Peluang bukan mudah didapati ... Orang lain berebut nak g ... heheh ... kalau teringin nak tau sapa bos aku ? klik sini haa >>> sini laaa
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI