Jumaat, 12 Mac 2010
Kisah Benar : Uri bayi di masak lalu dimakan !
Pastu adik aku cerita tentang satu kes ni ... Ada seorang laki ni bawak balik la uri ke rumah dia .. Wife dia baru je melahirkan anak .. Lalu dia simpan uri tu ke dalam peti ais ... Balik anak perempuan dia yang kecik tapi ada akal la ... lalu dia tengok dalam peti ais , ada 'daging' ...dia bersihkan lalu digorengnya ... Ayahnya yang keluar sebentar tadi balik semula ke rumah .. Lalu tengok ada daging goreng .. Dimakannya daging tanpa banyak soal disebabkan kelaparan ...
Esoknya dia teringat pasal daging tu lalu dia tanya pada anaknya ... Mana dapat daging tu ? Dia jawab ... tu amik dalam peti ais .... huhu ....
Jangan muntah ek...citer betul nehh.. Tweet
Live from Tesco , Ampang
Muka 20 sen .. Tak tau nak amik apa lagi nih .. Ais krim ? Tadi ingat nak amik hotdog .. Pegawai Penapisan tak membenarkan ... tak elok untuk kesihatan katanya .. ermmm .. amik biskut oats , coklat , air susu hl coklat ( suka gile coklat aku neh ) .. apa lagi ehhh ..Ni baru sampai dari Cheras .. G ziarah anak buah aku .. wife aku tak penah tengok lagi sejak lahir ari tu .. Bz giler dia ...Dah abis semua assigment PTK dia , baru lega skit neh nak kuar berjalan ..
Sementara tunggu wife aku g cari barang barang dapur , aku mengupdate blog ini ..hehehe ...gilos ... Lapar neh ... nak makan KFC , semalam baru lagi makan fast food... ermmm... nak makan pe ek ...roti ?? sup ..ermmm ...maggie goreng ? waaaa ...tgk la karang ...mana sempat baham , aku baham jeee... tapi cam nak makan maggie je.. hahahahha Tweet
HADIS PALSU: Tuntut ilmu sampai ke negeri Cina!
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha alam ilmu yang dituntunya."
Ibn Adiy, Abu Nu'aim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia', Abu Al-Qasim al Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."
Kata Al-Albani: Hadis ini adalah Maudhu'.
Penyakitnya ialah: Abu 'Atikah.
*Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan kedhaifannya:
a) Al-'Uqaili memandangnya sangat Dhaif
b) Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadisnya.
c) Kata An-Nasa'i: Ia tidak Thiqah
d) Kata Abu Hatim: Zahibul Hadis
e) As-Sulaimani menyebutnya di antara orang yang dikenal dengan membuat Hadis.
Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini
Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; Al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibn Hibban: Hadis ini Batil, tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid. Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu "Kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati (3913-3914).
Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."
Hadis ini adalah Maudhu'.
Penyakitnya ialah: Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:
a) Kata Az Zahabi: Al Juwairabi adalah di antara orang yand dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya:
b) Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu 'Ali, salah seorang dajal.
c) Kata An-Nasa'i dan Ad-Daruquthni: Dia adalah pembohong.
d) Kata Ibn 'Adiy: Al Juwaibari membuat Hadis untuk Ibn Karram mengikut kemahuan Ibn Karram dan Ibn Karram mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah Hadis yang membuktikan kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya Hadis di atas.
Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli Bid'ah yang saqith hadisnya. Ia banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:
a) Kata Ibn HIbban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat.
b) Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c) Kemudian Az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti di tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d) kata Ibn Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang Syekh golongan Karamiah yang dengan Bid'ahnya meriwayatkan hadis-hadis Maudhu'.
*Rujukan: Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' (Jilid 2), oleh DRS. ABDULH GHANI AZMI BIN HADI IDRIS. (keluaran: Al-Hidayah)
dari group FB - Fiqh Dan Sunnah Tweet
Domino's Vs Pizza Hut
Untuk kali pertamanya setelah bertahun tahun , aku makan Domino's ... Dah terlupa rasanya camana .. Pizza Hut lak dah selalu banget ...boring udeh ... Semalam , untuk melempiaskan nafsu makan aku maka Domino's menjadi sasaran utama ..Ermm.... Camana ? Hehehe... aku campakkan soalan ini pd rakan rakan aku di BEN ASHAARI II FACEBOOK , BEN ASHAARI BLOG dan KELAB WANITA ... ermmm.. Menarik sekali jawapan jawapan yang diberikan oleh mereka ...
Di BEN ASHAARI II FB , kemenangan berpihak pada DOMINO'S yang mengatakan lebih sedap berbanding PIZZA HUT'S .. Manakala di KELAB WANITA , majoriti memilih PIZZA HUT , mengatakan DOMINO'S masih belum setanding dengannya ..Ada dua undian sahaja yang mengatakan kedua dua ni penuh kalori.. Hahaha... Mmg la akak oii ... Sesekali apa salahnya ... Jgn dijadikan tabiat lak ... Tu yang salah ..
Pendapat aku ? Hehehe...aku suka ...teka lahh... Tweet
Kakitangan awam vs kakitangan swasta : mana lebih berdedikasi terhadap tugasnya ??
Sejauh manakah kebenaran itu ? Aku yang pernah bekerja di kedua dua sektor itu sebenarnya nampak perbezaan itu tetapi mereka yang hanya bekerja di sektor swasta tidak sedar akan perbezaan itu ... Manakala mereka yang bekerja di sektor awam yang mana tidak pernah menjejakkan kaki ke sektor swasta pasti 'mati' jika masuk ke sektor swasta ..
Aku tak nafikan sektor swasta mmg ketat disiplinnya.. Aku maksudkan ialah syarikat syarikat yang besar.. Pendapat syarikat itu bergantung pada produktiviti pekerjanya .. Lain dengan kerajaan .. Tetapi ramai kakitangan swasta tidak sedar sebenarnya kakitangan awam juga bekerja keras ( adakalanya ) demi membangunkan negara ... Mereka ini berkhidmat untuk rakyat dan negara ... Ada perbezaan di sini yang mana kakitangan swasta berkhidmat untuk majikan mereka yakni pemilik syarikat .. Jika keuntungan berganda , mereka akan terima imbuhan yang tinggi ..berbeza dengan kakitangan awam ...Jarang sekali nak dapat imbuhan seperti kakitangan swasta .. Mereka ( kktgn swasta ) tidak sedar hal itu .. Mereka hanya nampak 'ulat-ulat' yang melepak sedangkan ramai lagi yang buat kerja .. Mereka ini selalunya berada di belakang tabir ...
Bayangkan kakitangan kerajaan yang terpaksa keluar kursus.. meninggalkan ahli keluarganya .. Bukan boleh diclaim lagi .. Ingat best ke pergi kursus tu ? Tinggal anak bini kat rumah ..Swasta ? Berapa banyak syarikat swasta yang berbuat demikian ? Tak banyak kan..leh kira pun .. Sebab semua ini melibatkan kos ...
Kalau mereka kata , kenapa kerajaan buat kursus semua ini ?? Ini adalah memastikan kakitangan kerajaan senantiasa dlm keadaan profesional .. Mampu buat apa saja jenis kerja .. Bukan satu tu jee ...
Kakitangan swasta ... berapa ramai sebenarnya komited pada kerja ?? Kalau bos takde , rasanya mereka seperti juga kakitangan kerajaan yang bersikap 'ulat' ni .. Kecuali yang benar benar merasakan dirinya diamanahkan dengan tugasan yang diberi ...
Kesimpulan yang boleh aku buat ... Kakitangan swasta membuat kerja kerana ' bos ' depan mata ... boleh dibuang bila bila masa ... Manakala kakitangan awam ... walaupun bos depan mata , mereka tak kisah... Mereka takkan begitu mudah dibuang ...
Dari segi dedikasi .. Kedua dua pihak yang komited pada tugas mereka adalah jenis yang bertanggungjawab , amanah dan jujur .. Mencari rezeki halal , tu pegangan mereka..
Akhir kata ... tak kira swasta atau awam , fikirkan ... gaji yang diperolehi itu adakah berbaloi dengan amanah yang diberi ? Ingat ... di sana nanti ada pengadilan yang bakal kita hadapi .. Jgn mencemburui antara satu sama lain kerana kita masing masing ada tugas tersendiri .. Membangunkan ekonomi keluarga dan negara ! Tweet
60 ribu kakitangan kontrak bakal diberhentikan
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini PAS telah menerima banyak maklum balas berhubung penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak yang mula berkuatkuasa bulan ini.
Menurutnya, dianggarkan lebih 60,000 kakitangan kontrak akan diberhentikan bagi menyelaraskan dasar berjimat cermat kerajaan.
PAS, katanya melihat sebahagian besar kakitangan itu mempunyai kemampuan dan pengalaman yang melayakkan mereka untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kakitangan tetap.
“Ini adalah tanggungjawab SPA untuk memastikan negara tidak mengalami begitu banyak kerugian serta dapat membantu mereka,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, tambahnya, PAS berharap kerajaan dapat meningkatkan integriti kakitangannya bagi mengelakkan gejala rasuah yang dilakukan oleh pegawai SPRM baru-baru ini menular ke jabatan lain.
PAS juga, katanya menyeru agar Ketua Setiausaha Negara meningkatkan kredibiliti organisasi kerajaan di semua peringkat dan tidak membiarkan jentera kerajaan menjadi alat tunggangan Umno-BN seperti yang berlaku dalam kes siasatan terhadap 37 orang guru di Pulau Pinang akhir bulan lepas dan juga beberapa siri pilihan raya kecil tahun lalu.
_________
BA2 : Aku pelik jugak sebenarnya .. Kenapa tidak diutamakan kakitangan kontrak untuk menyerap kekosongan yang ada ? Sedangkan yang kontrak ini telah mahir dengan selok belok jawatan mereka tu ? Lantik tu boleh dilantik tapi ada baiknya utamakan yang ada dulu .. Bukankah itu satu penjimatan ?? Tangga gaji sama je yang bakal dilantik ..
Kalau alasan semata mata untuk beri peluang pada yang lain tu , mmg betul tapi yang kakitangan yang mahir ni takkan nak dipersiakan ? Takkan nak biar mereka ini lari ke sektor swasta padahal kerajaan menyarankan mereka yang berkebolehan masuk ke sektor awam ... camana tu ?? Aku pelik gak neh .. Rela guna yang fresh dan tak tau apa apa dari menyimpan yang dah mahir ?
Jgn lupa ...Rakyat didahulukan ...Kakitangan kerajaan kontrak juga adalah rakyat ... 60 ribu bukan jumlah undi yang kecil ...Satu Malaysia tu... Bayangkan satu mulut bercerita kepada mulut yang lain .. Apa yang bakal terjadi pada pilihanraya yang akan datang ..
MATTA FAIR dan Pameran Pendidikan Mara
Untuk pengetahuan korang ... masuk akan dikenakan bayaran ... Rasanya tak lebih RM10 kot .. ;)
OK ..yang ni pulak Karnival Pendidikan MARA .. Bagi yang baru dapat keputusan SPM , rasanya nak sambung belajar , boleh la datang sini ...jengok jengok apa yang patut ...ekkk ...
Jumaat nan indah
Pengorbanan yang aku lakukan selama ini rasa seolah olah tidak berbaloi . Entah mengapa ... Aku cuba pujuk diri sediri dengan mengatakan inilah suratan bagi aku .. Tak mengapalah .. ini kali terakhir.. aku tidak mungkin melakukan kerananya selepas ini ..
Kadang kadang orang yang bernasib baik ini tidak reti bersyukur manakala orang yang melakukan pengorbanan tidak pulak dihargai.. Beginilah adat dunia .. Sebab itu Allah Maha Adil .. Manusia tidak mungkin sama sekali akan bersikap adil .. Tweet
Peringatan
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal .
Terima Kasih ..
BEN ASHAARI
