Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 16 Mac 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010 Kembali Lagi !

Selepas MATTA FAIR 2010 selesai , keadaan di ruang legar PWTC lengang.... sunyi jeee pagi pagi ... hehe....lalu kat situ pun tenang jeeekkk... Tapi ketenangan ini tidak akan lama ...

Persiapan untuk Pesta Buku Antarabangsa 2010 telah bermula dengan rancaknya .. Banyak booth telah didirikan .. ni sebahagian yang aku dah amik gambar ... Sayangnya , semasa perasmian Pesta Buku ini nanti aku takde kat PWT ..kalau tak boleh kita berjumpa ..kan kan..

Aku terpaksa bertugas di PISA , Pulau Pinang sempena MAPEX ..Expo Hartanah .. kalau rasa nak beli rumah , boleh la ke sana ek ... Tugas aku nanti ialah ..erk ..sekadar memberi infomasi berkaitan dgn MM2H ... bukan nak jual rumah tau ...huhu



Cam meriah je kan ? 4 tahun aku kat PWTC ni bermakna dah berkali kali aku g Pesta Buku ini ... Paling meriah setau aku ialah penjualan novel dan juga buku buku rujukan sekolah .. Masa ni gak , segala majalah dijual dengan murah ... Ada gak sessi bergambar dengan penulis ... hehe... Bagi kaki novel ,rugi woo tak g ... waaa...promosi free nehh ..hehehe

Syukur kerana kita rakyat Malaysia !


Alhamdulillah ... bersyukur aku kepada Allah kerana aku dilahirkan di Malaysia dan menjadi anak jati Malaysia ! Tak kira la mana pun asal usul nenek moyang aku tapi yang pasti aku anak Malaysia ...

Aku baru habis bermesyuarat dengan beberapa agensi kerajaan mahupun swasta berkaitan pelancongan .. Aku sekadar duduk tepi jer.... kira tumpang sekaki tapi tu tak penting.. Yang penting adalah isunya ! .

Antara isunya ialah betapa Malaysia ini menjadi destinasi yang menarik untuk mereka kunjungi kerana kestabilan ekonomi ,cuaca , keindahan alam dan yang paling penting ialah majoriti rakyat Malaysia boleh bercakap English ! Namun begitu kes kes jenayah yang tinggi sedikit sebanyak mencacatkan rekod ini tetapi pihak berkuasa sedang membanteras habis habisan .. Satu pujian buat mereka ..

Yang aku terkejut ialah bila diberitahu , Pulau Pinang lebih menarik dari Hawaii ! Wow..cam tak percaya jer .. Yelah bagi kita , rakyat Malaysia , Pulau Pinang tu takde apa apa pun yang menarik sbbnya kita dah selalu pergi ... Tetapi bagi mereka yang mengemari cuaca panas , Pulau Pinang mmg destinasinya .. Di sana , segalanya ada .. Aku rasa mmg di Pulau Pinang , pelancong asing dilayan dengan baik sekali ..

Aku tau ada yang menafikannya. Terbalikkan keadaan .. kita yang dah jemu dengan cuaca panas , teringin benar nak merasa kesejukkan di negara Barat lak...Teringin nak bermain dengan salji tetapi mereka pula kalau boleh nak melarikan diri dari sana ..Sama je sebenarnya cuma !!! Negara kita ini terselamat dari bencana alam berbanding mereka ....Gempa bumi , puting beliung , kepanasan yang terlampau lampau dan banyak lagi ..

Satu lagi ... Melaka..dikenali sebagai Bandar Hujung Minggu ...pelancong dalam dan luar negeri gemar ke sana pada hujung minggu untuk beriadah samada bermain golf atau berjalan jalan ...Sebab senantiasa panas kot ?

Dan banyak lagi contoh yang menarik diberikan seperti di Langkawi , Sabah dan Sarawak .. Aku tak nafikan negara kita ini terlalu indah berbanding negara luar walaupun aku tak pernah sampai lagi ke sana tetapi aku belum lagi teringin nak ke luar selagi aku tak abiskan dalam Malaysia ini ..

Tahukah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang ingin memohon semula kerakyatan Malaysia ? Tu laa ..dulu gatal nak duduk luar negara.. Glamour konon ..Malaysia tak best .. Sekarang ? Gatal nak mintak balik ... bukan mudah nak dapat setelah diserahkan kewarganegaraan !

Nasihat : Jgn sesekali serahkan kewarganegaraan Malaysia !! Beratur warga asing nak masuk n 'mati' di sini !!!

Ringkas jek ..

Salam .. selamat pagi .... cewah ...lama tak bagi salam kat korang ek .. ok la ..tu jer .. aku tamo bebel ari ni.. nak duduk diam jer..sambil membaca bebelan korang lak..hehehe...

Mana boleehhh... nak bebel gak ..hahaha ...ok..ada satu isu yang aku nak bangkitkan disini... Iaitu Tanggungjawab dan Amanah terhadap Perkerjaan ..

Aku rasa semua orang tau bahawa tujuan kita bekerja adalah untuk mencari rezeki halal ..Ye kan ? Haa... setiap bulan dapat laa gaji setelah penat bekerja ( penatkah ? ) ..Bagi yang buat bisnis pun , penat gak kan... tak de la duduk tidur atau online FB dapat duit je kan .. tetap kena g pejabat atau kedai tak pun kena bukak internet dan duduk ngadap berjam lamanya sambil mempromosi perniagaan korang tu kan.. Penat gak kan ? Bila dapat imbuhan , syukur...

Dan aku rasa ramai tau kan bahawa di akhirat nanti kita akan ditanyaberkaitan amanah ini ... maka siaplah sedialah dengan hukuman jika kita tidak mengerjakan amanah ini ..

Apa yang membuatkan aku terkilan , ada segelintir manusia yang memandang remeh tentang amanah ini.. Mereka merasakan bahawa mereka akan masuk ke syurga tanpa disoal agaknya ?
Bayangkan jika kawan sepejabat anda diamanahkan satu tanggungjawab yang penting dan bila tiba masanya, dia tidak hadir tanpa memberitahu .. Malah jika dihubungi pun tidak berjawab... Camana tu ? Bila datang ke pejabat , buat biasa je ..seolah tiada apa apa yang berlaku ...

Inilah antara contoh yang biasa boleh di dapati di mana mana organisasi Malaysia sekarang ..Di dunia , aku tak tau la lebih lebih lagi sektor awam ...Kalau sektor swasta , sah sah kena buang kerja dah kan ? Kelebihan sektor awam ni la dia ... susah nak dibuang kerja jika sudah tetap ..

Berapa ramai penjawat awam di luar sana sering kali mencuri tulang lebih lebih lagi mengunakan alasan mesyuarat , kursus dsbnya ... Ermm... yang bagusnya , siap boleh pergi main golf ! Wow weee....

Ingatlah...bersyukurlah ..berapa ramai terkial kial mencari kerja sedangkan yang dah ada pekerjaan ini , memandang remeh ... tidak mengambil berat langsung terhadap amanah yang diberikan ... Jika tidak berminat , berhenti ! Kasi je pada yang berminat ... mudah je ... buat bisnis jual tudung kat internet...ari ari boleh bersantai kat kedai mamak sambil online internet....

Pergh..ringkas tuu..hahahaha...ok ..tu jer... daaaa..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI