Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 17 Mac 2010

DSA 2010 KEMBALI !!!

Apa tuu DSA ?? Hehehe..bagi aku ni la exhibition terbaik pernah aku pergi ! Takde lagi best selain ni...hehehe.. DSA dari singkatan DEFENCE SERVICES ASIA yang akan berlangsung di PWTC pada bulan APRIL nanti .. Aku baru dapat invitation daripada penganjur ..Apa yang best sangat ekk ?? Ok ..aku tunjuk kat korang ek apa yang best beno pameran ni..

















Haaa.. tu antaranya ..tak larat nak upload banyak banyak..korang pun tak larat nak tengok lebih lebih kan .. ehehe.. tu pada 2008 ... 2010 ni tak tau lagi camana ..huhu...Geng aku tu takde..Haswadi Yahya ... dah pindah ke jabatan lain ..adeh ...

Kena cari geng nak masuk nih... sapa nak ??? Free neh

Insaf sebentar

Hari ni aku tamo berleter.. nak simpan untuk perjalanan esok ... mana tau dalam keta aku nak berleter ke ... Jadi hari ni aku just nak berkongsi maklumat apa saja yang aku jumpa ...

Hari hari korang baca aku berleter pun tak best gak kan..tak baik untuk kesihatan lagi .. hehe..sesekali boleh laa.. Dok pk ni , nak makan apa kang tengahari.. Tak larat aku nak bedal keow teow ari ari ...Bihun pun tamo ... Ermm... Kenny Rogers ? Huhuh.. tak leh tak leh...jimat jimat ... Ermm.. Ada cadangan ? Tamo nasi ...

Oh ya... ada blogger kat penang tak ? mai singgah PISA nanti taw ..heheh..ada souvenir neehhh ... hehe

Air Ajaib

Soalan: Syarikat tertentu telah mempromosikan air yang ditulis ayat al-Quran padanya, atau kismis yang dijampi. Sehingga didakwa sesiapa yang meminumnya akan menjadi cerdik seperti ulamak silam. Apakah pandangan DR MAZA tentang hal ini?

Jawapan: Dalam hadis ada beberapa orang sahabah yang didoakan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabah yang masih muda Ibn ‘Abbas r.a.huma yang baginda doakan untuknya :

اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

Maksudnya: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari).

Ibn ‘Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti mana sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu’az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah).

Maksudnya, doa Nabi s.a.w. memang dimakbulkan Allah melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam.

Malangnya dalam masyarakat muslim, kesungguhan membaca, memilki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan ‘orang lain’ mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial.

Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ‘ustaz’ tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak ‘orang lain’ yang berbekalkan air mineral?. Janganlah kita lelongkan agama kerana bisnes kita.

Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Memilih Janda Atau Anak Dara

Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
Sham, Kuala Selangor

Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.

Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.

Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.

Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.

Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.

Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.

Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Laki bini bawak diri !

Hari ni berpisah jua..laki bini membawa diri .. sorang ke utara ..sorang lagi ke ..er..utara gak ...Sorang p penang ..sorang lagi p perlis ..waaa..lebat claim ni nanti..hahahah...target dslr tahun neh .... lalalala

Minggu ni pun mmg masing masing bz ...ni pun kalau nak bersua muka kembali , ari senin depan ...adeh...nak balik Kelantan pun tak sure lagi bila ..sian orang rumah aku neh...lama tak jumpa parents dia .. aku lak rindu nak jumpa anak buah dia tu... yang mana bila besar nanti ada gaya Vin Diesel tuu...hehe

Mana nak merayau nanti ekk .... malam ni leh jumpa member lama...lama giler tak jumpa...windu lak..hahahha

Jamak Kesuntukkan Masa

Soalan: Boleh seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan menjamakkan solatnya?

Jawapan: Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.

Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar.

Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr.

Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ فَسَأَلْتُ سَعِيدًا لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَالَ سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِهِ

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar.

Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menanaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Hadith: Siapa Kenal Dirinya Maka Kenal Tuhannya?

Soalan: Apakah hadith siapa kenal dirinya maka kenal tuhannya itu sohih? Hadith selalu dibaca oleh orang-orang tarekat, juga ramai penceramah. Bolehkah kita berpegang dengan hadith ini?


Jawapan:
من عرف نفسه فقد عرف ربه

Hadith ini dihukum sebagai palsu oleh para ulama hadith. Tidak boleh berpegang dengannya. Sesiapa yang membacanya tanpa diterangkan kepalsuannya, maka termasuk dalam golongan yang mengada-adakan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Ya, ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadith Rasulullah s.a.w, sedangkan keputusan para ulama terhadap perkataan ini membuktikan ia hadith yang palsu, antaranya:

-Kata Ibn Taimiyyah hadith ini palsu.
-Kata al-Nawawi: Ianya tidak thabit.
-Kata Abu al-Muzaffar bin al-Sam`ani: “Ianya bukan daripada Rasulullah s.a.w.
-Kata al-Sayuti menyebut: “Hadith ini tidak sahih”..
-Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis Al-Qamus: Ianya bukan daripada hadith-hadith Nabi sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadith Nabi s.a.w.. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyyat.”

(lihat: `Ali al-Qari, al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’ المصنوع في معرفة الحديث الموضوع, m.s.189, Riyadh: Maktab al-Rusyd/ Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa` 2/262/ Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/166 / dan lain-lain.)

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sejauh Mana Kebenaran Kata kata lelaki sebelum berkahwin ?

Heehe...sebelum dpt , bulan bintang akan ku berikan ... Itulah janji janji yang ditaburkan kepada teman wanitanya sebelum dapat memiliki sepenuhnya ...

Tapi bila dah menikah ? Jadi lain lak .. Dulu sebelum kawin , ari ari makan luar pun ok ... Tak nak basuh pun ok .. Kita amik je orang gaji ... Hehe..Yeker ??

Aku nak tanya pada perempuan yang dah berkawin .... Yeker ?? Lelaki tak kisah isterinya pandai masak atau tidak ... Jauh sekali kalau g umah mak mertua , nak masuk dapur ..Alasannya , nak masuk wat pe .. nak masak pun tak reti ?

Percayakah korang bahawa lelaki itu akan begitu juga pendiriannya setelah berkawin ? Aku berani potong jari kalau lelaki tu tetap pendiriannya... Paling tidak pun mesti laki tu berbisik ," sesekali kena masakan u pun best kan .. nak gak rasa " .. hehe

Memula sekali .. bila tak sedap .. maka berkatalah lelaki tu ... " tak pe ..leh cuba lagi lain kali "
Lain kali ?????? Bermakna nak rasa lagi la tuuu ? ... hehehe... Tu baru laki ... belum lagi mak mertua atau pak mertua berbunyi nak rasa masakan menantunya... Huhuh.. Camana tu ? Suami mungkin tak kisah tapi adakah mak mertua begitu ? Sampai bila nak rasa air tangan made in indonesia ?? PErghh..kang ada gak jatuh cinta ngan amah indonesia... huhuh...

Persoalannya ... boleh pakaikah kata kata lelaki .. maksud aku janji janji manis lelaki sebelum dapat memiliki perempuan ??
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI