Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 19 Mac 2010

Bila Perempuan Memusnahkan Perempuan !

Biasanya kita dengar lelaki yang memusnahkan lelaki atau lelaki memusnahkan perempuan ... haaa..kali ni aku nak bicara kes perempuan sendiri menyusahkan perempuan yang lain ..

Kes 1 : Seorang wanita mengetahui lelaki yang dicintainya itu bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi .. Demi sayangnya pada lelaki itu dia sanggup menunggu ... tunggu apa? Lelaki itu mengatakan yang dia akan mengahwininya selepas dia mengahwini perempuan yang dikatakan menjadi pilihan keluarganya ...



Kes 2 : Seorang wanita yang bakal bertunang dengan lelaki yang telah lama dikenalinya malah kedua dua keluarganya saling mengenali antara satu sama lain ..Tetapi lelaki itu pula mempunyai wanita lain dan wanita itu pula mengetahui yang lelaki itu ada perempuan lain . Lalu perempuan yang satu lagi tu menghubungi wanita yang pertama tu lalu memaki hamun .. Wanita pertama ini pula demi sayangnya sanggup menunggu lelaki tu memutuskan hubungannya dengan wanita sorang lagi tu yakni skandalnya tu .. Persoalan bagi aku bab ni , lelaki tu cerita apa sebenarnya pada perempuan sorang la tu ? adakah perempuan lagi satu tu anggap yang perempuan yang sornag lagi ni ni skandalnya ??? hehehe..pening ehh..

Aku ringkaskan ..

Wanita A + lelaki = bakal bertunan

Wanita B + lelaki = bf gf

Wanita A tau pasal Wanita B = gaduh

Lelaki x wanita A = suh sabar

Wanita A / Lelaki + nak putus ke tak ? = sayang punya pasal

Wanita B = ??? bagi lelaki tu sebenarnya ?

Faham tak ?? Adeh..senang cita laaa ..laki tu ada perempuan 2 orang ( wow weee ) .. dua dua dia kata awek dia ...sanggup bergaduh lak tu ..bengong .. ok .. Faham dah ?



Jadi di sini , aku pelik laa... kenapa perempuan sanggup berebut kerana sorang lelaki ek ??? Nape tak tinggalkan je demi masa depan ? Dan yang sorang lagi tu .. nape sanggup hancuskan hati perempuan tu ? Adakah sebenarnya wanita ni mempunyai hati yang lebih kejam dari lelaki ?? Antara yang membuktikan ialah pembuangan bayi ... lelaki kejam tu mmg betul ..tapi adakah wanita juga seperti lelaki ??

Adakah juga wanita bersikap kejam seperti gambar dibawah ni ??? Hurmmm..





Patut ke tak patut ..

Banyak giler masa aku kat PISA ni...hahaha...aku tak tau hari ni je dah berapa entri... dok gak merayau tengok blog orang .... rasa cam nak je tukar layout ni ... tapi bila tukar ..aku rasa cam somak lak ... dah la yang ada ni somak .... entah le...kalau kemas sangat pun aku pening tengok ..sebab kemas sangat ..

Bila tgk orang punya comel jeee...tapi kalau aku nak buat , sah sah aku tambah tah apa apa ...sah sah jadi blog red indian ... aku mmg tak boleh tengok blog aku ada kosong .. nanti aku nak je tambah gadjet / widget tah apa apa ..tak pun tambah iklan .. Ada sapa sapa berminat nak iklankan produk dia kat blog aku ? silakan la...hahaha..

Dah berkali kali aku cuba nak tukar ..bila tukar...tak kena selera ...huhuh..balik balik guna yang lama.. nak guna 3 column ....huhu..rasa cam blog profesional lak ..tak menarik tul... aku bukan la blogger profesional.. Ada yang bagitau aku color aku tu menyakitkan mata ... betul tu... aku mmg sakit mata bila baca ...tapi bila aku letak color lembut lak , aku rasa jadi blog motivasi lak ...tak pun jadi cam blog MAT GEBU ...blog masakan profesional ...buat adik adik yang nak jadi makcik makcik boleh belajar kat sini ek... haaa...

Jadi skang ni , aku nak mintak pendapat korang .. patut ke aku kekalkan je layout ni atau tukar jeeeeeee yang baru ... huhu

LOG : PENANG - 6

Huhu...baru sampai PISA ..tadi balik bilik ... musafir .. jadi jama' jek.. Sebelum balik bilik sempat g Giant berdekatan dengan hotel tu.. beli air dan makanan ringan .. Masa kat situ hati aku tergerak macam ada orang aku kenal je kat sini ... Aku terpusing pusing mencari.. kot ada yang aku kenal ...

Bila aku masuk dalam pasaraya tu . aku terdengar ada orang memanggil manggil .. aku tak pasti orng tu panggil aku ke atau orang lain ? " Adik .. Adik .. " Aku pun toleh ke belakang... hehe.. Rupanya akak tu panggil aku ... aku pun g la kat dia ... "

" Beg tu kena ikat dulu.. Ada laptop ke ? " Pengawal keselamatan Giant tu tanya aku..

" hehe.. aah.. maaf ye kak " Aku jawab .. Aku pusing ke belakang .. dia pun ikat guna tali pengikat tu..

" Terima kasih " ...

Waaa..rambang mata aku tengok coklat dalam tu.. Bukannya takde kat KL tapi kat sini aku bleh beli tanpa pengawasan rapi wife aku ...Hahahaha..aku leh amik apa sajaa... ala ..sama gak bila g ngan wife aku cuma kena dengar la dia punya ceramah dulu baru dapat amik ..hahahaha... jgn marah aaa

Setelah memilih apa yang aku nak ... air mineral , jus epal n air strawberi bersama Nips dan snickers , aku pun g la bayar ... Semasa beratur tu , hp aku bergegar.. aku tak penah bunyikan hp aku...dari dulu sampai skang ..aku suka guna vibrate ...bagi aku bunyian tu menganggu aku .. dan juga orang berhampiran ..sesedap mana pun lagunya pasti akan menarik perhatian orang... tak suka..hehehe..

Aku tengok la nama yang terpapar tu ... nama sepupu aku ..sah sah dia ada kat sini .. aku terpusing pusing mencari dia ..kot kot saja nak suprise aku. ... Aku jawab call tu...Dia tanya aku kat mana .. Aku jawab je yang betul .... Dia cakap kat Giant kan ... Erk .... Pastu terputus .. Aku cuba call balik ... tak dapt lak.. ni mesti bateri kong ... emm... tak pe la .. nanti nanti je call..

Sampai bilik , pekena air n coklat .. sambil tengok tv ...set alarm kul 230 ... lelapkan mata ..tak sampai seminit aku mimpi dah jadi ULTRAMAN ... haih... Dalam kul 2 tu , aku terjaga dah ... tak sempat alarm berbunyi... mandi ..solat ... gerak kuar ...sambil roger wife sat .. heheh.. tak roger nanti ada gak yang majuk ..kan kan ...fomfuan ni hatinya cam taufu ..nampak je lembut ...hehehe..tapiiii ....

Dlm kul 245 , gerak kuar ..tak sampai 10 minit sampai dah PISA ... hehehe.. aku tanpa banyak cerita teruskan keluarkan netbook aku ... si Rizal ? sambung sangap dia ..tak tau nak buat apa .. dia nak guna laptop pun tak guna sebab takde wi fi ...

Aku suh dia test ngan laptop tu kot kot ada .. huhu.. ada !! Dia try connect ...ok..boleh..tapi tak leh browse lak ..error.. sian mamat ni... dari pagi tadi sangap jek.. Aku pun check la apasa masalahnya ... dalam 10 minit tu , ok dapat...senyum girang dia ...hahahaha..sah sah FB mamat neh...

Bila dah dua dua online , plug point lak cuma ada satu je .... huhu..timbul satu lagi masalah .. dua dua laptop nak abis bateri dah ni ..Mana nak cari ek... Aku tak rela tengok si Rizal ni bantai tido di tempat terbuka ni ...hahahaha.. Aku g tanya booth sebelah ... booth sebelah ni agen MM2H.. aku tanya dia ... hahaha...dia cakap nape tak mintak dari tadi ...diorng tak pakai pon....hehehe... mana la diorng tak nak bagi ... dah diorg dibwh kitorang ...kang susah diorng nak mintak tolong .. hehee..amik kesempatan neh...

Takat ni yang bertanya pasal MM2H , ermm..ada 4-5 orang ...walaupun tanpa broucher pon dionrg tanya ..Bila diorng mintak , aku g amik je kat booth agen... hehehe... bukan pe ...kadang kadang pengunjung ni main kaut je semua broucher yang ada atas meja ... huhu .. kali ni kitorang letak je salinan broucher milik imigresen ... MM2H punya mahal nak buang gitu je..lagi pon stok sikit... nanti nak g Jepun nak kena bawak beribu lagi ... bijak aku punya alasan kan ..hehehe

Malam ni nak g shoppingggggggggggggggggggg ....

Nak bercinta pun berpada laa.

Kot ye tak malu pada orang ramai , takut la pada hukuman Allah tu nanti ...

Bila sebut bercinta , mesti ramai ingat best je kan... tu la..mmg best pon ... semua perkara lupa .... sampai tak kisah dah bab solat atau rukun yang lain termasuk puasa .. Bab bab dosa lain tu jgn cita laa.... setakat pegang tangan tu , kira ibarat makan nasi ..tak makan nasi sehari tak sah ... kan kan ...

Aku tulis ni bukan sebab aku nak tegur tapi nak bagitau la jer .. sebab ni bahagian aku ... aku malas nak bebel pasal ni ..sapa la aku kan..aku pun 'buat' gak dulu ..pegang tangan zaman bercinta ... cuma bila dah tua ni , sedar la dosa besar yang aku buat tu .. Jadi untuk elakkan adik adik di bangku sekolah tu yang bakal bergelar remaja nanti , jgn melakukan kesilapan yang abang akak korang dah buat skang ni ...


Gambar gambar ni diambil dlm internet ....Ni la akibat bila terlalu bebas ...Syaitan dah mula menguasai diri ... Mula mula pegang tangan .. .pastu ...skit skit melarat ...bila dah tak tahan ?? Tu yang terjadi gelaja buang bayi merata rata tu ...

Sebelum nak buat tu , pk la maruah mak bapak ...agama .... tak pun cuba pk la...kalau jadi apa apa , camana ? Lelaki senang la cakap ..kita kawin je la ek... Gaji pon lepas tekak sendiri tu pun siap utang lagi ngan mak bapak , ada hajat nak bela anak dara orang ?

Cuba bayangkan ek... bila diberitahu anda rupa rupanya anak angkat ..yang dijumpai dalam kotak di kawasan pembuangan sampah atau di sebelah loji najis ? camana ? sampai hati tak ? haaaa....kesian woooo ....

Nasihat aku satu je .. nak dating , dating je ...g tempat awam.. terbuka ...jalan je la ...tak yah la pegang tangan ..nak pegang tangan , tunggu kawin nanti.. tak larat nak pegang nanti.. Nak berjalan jalan jauh jauh ngan bf / gf ? tak yah laa...cam aku kata tadi , tunggu jadi 'hak milik sah' .. buat la apa pun .. takde sapa nak larang ...

Ek ek..bukan jeles.. saja nak habaq..kalau nak buat gak , terpulang la....tunggu je la nanti 'tangan ' tu berbicara depan Allah ekk...

Nama ADUN Lompat Parti didedahkan ??

Woowww ..menarik neh...sah sah pasni Pengerusi BN akan panggil bersidang .. huhu .. kalau betul , masak laaa depa nehhh ..

dari utusan online

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang menyambung perbahasan hari ini menyenaraikan beberapa nama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

Menurutnya, beliau dibohongi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat itu sudah lebih daripada mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Persekutuan.

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar).

"Ahli Parlimen lain iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) malah salah seorang daripada Timbalan Speaker juga dikatakan akan melompat menyertai pembangkang," katanya.

Ketika ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya: "Siapa (Timbalan Speaker) yang dimaksudkan itu?" Lalu dijawab ringkas oleh Zahrain: "Kita tahu sama tahulah."

Pendedahan Zahrain itu mendapat reaksi daripada anggota pembangkang dan penyokong kerajaan yang mengambil kesempatan untuk bangun mencelah ucapan perbahasan bagi menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong itu.

Bagaimanapun sesi hari ini lebih tenang dan lancar berbanding semalam hingga menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'panas punggung' dan bertindak keluar dewan.

Sepanjang hampir sejam Zahrain berucap itu, lebih 20 kali ahli-ahli Parlimen bangun mencelah, tidak termasuk mereka yang hanya menyampuk tanpa meminta kebenaran untuk berbuat demikian.

N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) antara yang paling banyak mengganggu ucapan Zahrain termasuk mengeluarkan beberapa perkataan yang 'tidak sedap' didengar seperti merujuk ahli Parlimen Bebas itu sebagai 'kamu' dan bukannya disebut Yang Berhormat atau Ahli Parlimen Bayan Baru.

Tindakannya itu telah beberapa kali ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zahrain yang tetap tenang walaupun diserang bertubi-tubi telah menyatakan perasaan kecewanya terhadap Gobalakrishnan kerana hanya berdegar-degar dalam dewan tetapi sebaliknya apabila berada di luar.

"Dalam dewan berdegar-degar tetapi kat luar masa minum dengan saya rapat macam nak cium," katanya.

Gobalakrishnan yang terasa dengan sindiran itu berkata: "Saya (selepas) ini tidak akan bersalaman dengan pengkhianat ini," katanya.

Pada ketika ini, Wan Junaidi sekali lagi menegur Gobalakrishnan supaya tidak menggunakan perkataan 'pengkhianat' di Dewan Rakyat.

Situasi yang sedikit reda itu dipanaskan semula apabila Tian Chua (PKR-Batu) membangkitkan isu surat Zahrain yang dikatakan meminta sokongan kerajaan Pulau Pinang bagi dianugerahkan pangkat Datuk Seri, sesuatu yang berlawanan dengan pendirian yang disepakati pemimpin pembangkang sebelum ini.

Zahrain mempertikaikan surat itu sambil menyindir Tian Chua yang mabuk hingga melanggar mati seorang anggota tentera di Johor, baru-baru ini.

Tian Chua yang berang dengan dakwaan itu, meminta Zahrain menarik balik tetapi tidak dipersetujui oleh Wan Junaidi yang mendakwa tidak mendengar dengan jelas kata-kata tersebut.

Gobalakrishnan bangun dan mengulangi semula apa yang diucapkan oleh Zahrain itu dengan mengatakan kereta itu dipandu oleh pemandu dan bukannya Tian Chua.

"Saya tidak dengar, tetapi saya akan rujuk hansard nanti," kata Wan Junaidi.

____________

Huhuh...makin best lak dewan parlimen nanti ek.... Pada yang tak berminat pada politik , adalah lebih baik mengetahui serba sedikit dari tak tau apa apa kerana ini melibatkan negara ...negara kita ..bukan negara luar ...kestabilan ekonomi negara ini sedikit sebanyak di tangan mereka ...

Artikal berkaitan .. klik >> sini

LOG : PENANG - 5

Huhu..di lokasi yang tak best sudah ...keadaan masih lagi sunyi ..kul 1o pagi baru dibuka ...booth gondol ni mmg sakit mata je tengok ... nasib baik KSU ngan TKSU tak jadi datang ..lebih lebih lagi TKSU , Dr. June .. huhu ..mau sakit dada aku nanti dengar dia membebel ..

Sebenarnya tensen mau ke sini...agenda dia sama je setiap tahun .. haih..tkde pe yang menarik pon kecuali bagi yang nak membeli rumah , ok la tu...harga rumah kat penang ni , aku tak rasa ada yang bawah RM200k ... kalau ada pun nun kat seberang pulau sana tu..

Aku tak tau laaaaa nape diorng nak buat tiap tiap tahun .. buat la selang 2 tahun ke...10 tahun ke..kan besh... haihh

LOG : PENANG - 4

Makan time ...breakfast kat Seri Malaysia ni tak banyak pilihan ...ok la...Alhamdulillah ..Aku amik mee goreng je la..campur ngan sardin ... Pagi tadi selepas mandi ,aku teringat yang kawan aku on the way ke Penang.. erm...aku ingat nak mintak dia tolong bawakkan broucher yang tertinggal kat opis tu .. Aku call dia .. Dia sendiri dah dalam perjalanan ke Penang..Takde rezeki .. tak pe la..

Tidur semalam lena giler .... selepas penekan ubat sakit kepala , aku terus lena ....

Ok la..nak makan sat ... sambung dalam log seterusnya ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI