Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 Mac 2010

Bersihkah tingkap di rumah anda ??

Hahahaha... aku ingatkan omputih ni mai kat booth aku nak bertanyakan tentang MM2H ..tapi sebaliknya .. Dia nak tanya satu soalan yang sangat pelik ... Aku tergaru dah kepala aku ..

Kenapakah tingkap tingkap rumah / bangunan di Malaysia , majoritinya ..KOTOR ..tidak dijaga kebersihannya atau jarang dicuci ?

Menurutnya , di Eropah atau negara negara barat , amat mementingkan penjagaan tingkap termasuk skrin komputer ! Haha..aku terpaku sebentar... aku rasa kata kata dia betul ... Mmg banyak tingkap bangunan di sini mmg tidak dijaga kebersihannya...

Adakah ini kerana sikap ?

Nak kena suap gak ke ??

Dunia tanpa sempadan ...tu lah yang kita dapati sekarang ni ..semuanya dihujung jari anda ..Cakap je apa nak , taip , maka keluarlah maklumat maklumat yang dikehendaki..

Tapi sayangnya , ada pengguna yang tak tau menggunakan keseluruhan kelebihan ini .. Mereka lebih gemar menanyakan soalan kepada orang lain sedangkan jawapan berada di depan mata. .Bukan tak boleh .. boleh ..tapi bukankan kita perlu mencari jawapan terlebih dahulu sebelum membandingkan dgn jawapan orang lain ? Agar boleh membuat perbandingan dengan lebih teliti dan terperinci .. Kalau main tanya orang lain kemudian baru nak 'search' menggunakan search engine , dikuatiri akan terpengaruh jawapan sebelum itu kerana terlalu yakin dengan orang yang memberi jawapan tersebut..

Bagi aku dan mengikut pengalaman aku , bila search ni , memerlukan keyword yang betul berkenaan maklumat yangdikehendaki ... Jangan gunakan perkataan tunggal bila mencari..Contoh kalau mencari 'MM2H' ...memula taip je la MM2H ... kalau tak puashati ...taip lagi ... What is MM2H ...atau APA ITU MM2H ...Pasti ada jawapannya ...

Kalau dulu hanya websites saja yang ada maklumat terkini tetapi tidak lagi sekarang ...Terdapat berjuta blog ada dalam dunia internet bermakna berjuta juta maklumat boleh dicapai dalam beberapa saat ... Sayang sekali jika tidak digunakan dgn sepenuhnya ... Kalau asik nak bertanya , maka maklumat yang diperolehi adalah terbatas memandangkan orang yang nak menjelaskan tu akan meringkaskan jawapan ..beri kesimpulan saja... ermmm..

Aku rasa zaman sekarang ni ramai yang menggunakan internet ni terdiri orang yang cerdik cerdik ... jadi , jangan jadi MALAS atau jangan sesekali gunakan alasan TAKDE MASA atau NAK CEPAT .... kena bijak mencari maklumat ...kalau bertanya je , maka terbataslah maklumat tu .... Jadi .... lu pk la sendiri mana lu nak jadi ... nak disuap atau menyuap sendiri ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI