Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Mac 2010

Perempuan punya pasal !

Kes 1 : Ahmad mempunyai akaun Facebook dan isterinya mengetahui tentang itu . Cuma isterinya tidak tahu ialah Ahmad ini gemar mengorat perempuan di dalam Facebook itu ..

Satu hari , tergerak isterinya memeriksa akaun Facebook milik suaminya.. Dalam diam diam dia membaca wall di Facebook suaminya itu .. Terbeliak dia melihat komen komen yang ada di wall Facebook tersebut .. Tetapi dia tetap tenangkan diri .. Dibacanya satu satu ... huhu... Ada hati suaminya nak ngorat perempuan ! Lalu dia pun meninggalkan komen di salah satu status di wall itu .. Komennya ialah " Yang ada skarang ni pun tercungap cungap .. nasib baik la dok mkn suppliment ! Ada hati nak kawin lain ! "


Kes 2 : Ahmad bercadang nak menikah lagi sorang .. Cuma dia tak tau bagaimana nak beritahu pada isterinya .. Lalu timbul satu idea ..

Bulan pertama , dia telah menempah sekeping kad kawin yang mana di kad kawin itu tertera namanya dan nama seorang wanita berserta tarikh.. Lalu diposnya kepada dirinya sendiri ...

Sehari kemudian , kad itu sampai ke rumahnya. Isterinya membuka kad tersebut lalu melenting .. Ahmad dengan tenangnya memberitahu , ada orang cuba menganiaya dirinya .. Diberitahu pada isterinya itu , jika tidak percaya pada kata katanya itu , lihatlah tarikh perkahwinan itu.. Bukankah tarikh itu tarikh mereka berdua akan pergi bercuti ? Ermmm.... Isterinya percaya walaupun pada mulanya meradang .. Bila tiba tarikh tersebut , mereka benar benar pergi bercuti ..

Bulan berikutnya , Ahmad mengepos lagi kad kawin yang baru ... Nama perempuan pun lain gak ... Isterinya yang menerima kad tersebut , mengamuk lagi ! Seperti alasan pertama , Ahmad memberitahu tarikh yang tertera di dalam kad itu adalah tarikh mereka berdua bercuti .. Sekali lagi isterinya percaya ...

2 bulan berikutnya , Ahmad melakukan sekali lagi ... Kali ini , isterinya yang menerima kad itu dengan tenang memberitahu suaminya di mana ada orang cuba menfitnah suaminya itu lagi .. Ahmad tersenyum .. Diajak isterinya itu pergi bercuti lagi tetapi kali ni isterinya tak nak .. mengatakan bahawa percutian yang sebelum ini pun belum habis bayar hutang lagi .. Lalu dia beritahu pada Ahmad , kalau dia nak pegi bercuti , maka pergi lah ...

Si jiran datang membawa mulut pun ada beritahu mengenai kad kawin itu , lalu isteri Ahmad dengan tenang memberitahu bahawa , dulu pun ada orang cuba fitnah mereka ... Cuma kali ni isteri ahmad tidak percaya langung katakanya itu ...

Ahmad yang benar benar ingin percuti itu dah tempat percutian tersebut ...tetapi kali ni , dia benar benar pergi bernikah dan terus bercuti !!

Dok giler Siri 24 !!

Huhu..rasa berbaloi sungguh beli dvd siri 24 musim ke 7 .. penuh giler dengan aksi.. Takde slow slow de macam cerita drama polis malaysia ni ... huhuhu

Penuh dengan konflik, konpirasi dalaman yang mana satu musuh dan yang mana satu kawan ... perghhh.... Jack Bauers yang senantiasa dipersalahkan walaupun dia berada di pihak yang benar... Ermm.. cam aku pulak kan..hahahahah ....

Asyik sangat cerita ni , sampai skang aku tak makan lagi.. hanya telan biskut oats je ..huhuh .. ni berenti pun sebab nak solat ..hehehe ... ok ..nak g sambung dah ... kang kul 5 , nak kena g amik mem lak ..pastu g pasar malam putrajaya ... adehh...ermm....nak cari ayam golek... huhu

Ada satu lagi siri yang tak tengok ni ....NCIS LA ..lakonan LL COOL J ngan Chris O' Donell ... dulu mamat ni berlakon cita batman .. yang jadi robin tu haaa... tak tau bila lak nak layan citer tu ..huhu..ada lagi....1 cerita nak layan ..ahaks..

Ringan sat ..

Hari ni aku nak berkongsi gambar aku pelbagai rupa semasa waktu dating atau bertugas..hehehe...asik berleter je kan dalam blog ..so ari ni ringan skit la ..

Gambar ni diambil di perkarangan masjid putrajaya...dok hangat bercinta masa ni...dating je kat masjid..hahaha..
ni aku geram sangat sbb dia tak bagi aku petik strawberi...kejadian ini berlaku ketika honeymoon di cameron highland..huhu
Setelah dibenarkan memetik strawberi ..aku nak lebeh dari tu..makan semua sayuran yang ada disitu...tak nak bayar !!! aku nak freee jeeeeRasanya ni pada tahun 2008..dok main game bodoh dalam fn tu...perghh
Ini masa aku kat Pangkor..sementara menanti bot..aku bergambar kenangan dengan ikan mahupun bot bot nelayan yang dah terdampar di jeti itu..

Ha...ni pun zaman hangat bercinta...burung merak tu tak berani hampir dengan aku sebab aku mengeluarkan aura harimau berantai !!

Ni pun masa zaman hangat bercinta...rindu punya pasal..dapat peluk tiang pun jadi laaa
Sekali lagi zaman hangat bercintan..bukan leina hangat yer...
Ni kawan satu opis aku...pegawai imigresen ...kalau g hari bertemu pelanggan , sahih aku ngan dia..dia ni pun ada darah tinggi...kalau dia malas nak jaga , dia bantai minum nescafe...last last aku jaga..hahaha..tapi dia tak berani buat !!! aku repot kat miss lai nanti..hahahaah..acah je..dia ok banget orangnya..single..ada berminat ?
Ni la awek aku kat opis...satu satunya kekasih hati yang tak pernah marah atau membebel apa saja yang aku buat...susah nak dapat awek cam ni...

Kalau aku g outstation...2 tempat akan aku usha dulu...pertama ...ada tak gym..kedua kolam renang...sungguh pun aku tak reti berenang , aku akan tetap terjun kemudian lepak kat tepian..lalalalalaNi pun geng aku satu opis ..skang dia dah tukar ke putrajaya...aku panggil dia adi..heheh..mr.protokol....masa ni dok tunggu flight ke MIRI..lambat la plak..
Ni kat melaka...bertugas kat melaka..hehehe...aku ngan azrul lagi..aku kata dahh..
Bergaya depan pintu bilik yang tak cantik..aku amik pic ni sebab nak ingat no pintu bilik..aku ni pelupa

Haaa...ni la kenangan aku...ada lagi..tapi tu nanti la..hehehe.takkan nak taruk semua kann.. ;)

GENGBLOGGER : 1st GATHERING

Aku ngan Kong ( pemilik GengBlogger.com ) merancang nak buat perjumpaan kali pertama semua blogger blogger yang berdaftar di bawah komuniti blogger Melayu terbesar di Malaysia ni ..

Tempat yang aku cadangkan ialah di AGROTEK GARDEN RESORT di Hulu Langat , Batu 14 , Cheras .. Masa belum dapat ditentukan kerana jika mendapat sokongan ramai dari blogger blogger GB ni , kitaorg akan usahakan lebih awal ...

Menurut yang pernah pergi ke sana , tempat tu mmg sesuai untuk dijadikan port perjumpaan... Kita boleh juga buat permainan ... dalam erti kata lain , ada la aktivitinya ... Kemudahan calet juga disediakan .. Cadangan mungkin nak menginap semalam di sana .. tu pun kalau ada yang nak .. Bagi aku , lebih baik menginap semalam di sana untuk kita dapat adakan BBQ di sebelah malam ... hehehe...

Setahu aku ada lebih 100 buah calet yang disediakan ..Blogger yang berminat nak join akan dikenakan bayaran terlebih dahulu .. ini untuk bayaran menyewa tempat dan makanan .. Jgn risau , kitorang tak buat keuntungan dari situ .. Tujuan semua ini adalah untuk merapatkan talian persaudaraan di kalangan blogger GB ..

Tawaran ini juga sebenarnya aku buka untuk semua kawan kawan FACEBOOK .. Pada yang berminat boleh beritahu awal awal ... Dan KONG akan menyediakan borang secara online , bila tiba masanya ....

Jika ada sebarang cadangan , sila kemukakan ... untuk melihat tempat yang dikatakan itu , sila klik sini >> AGROTEK GARDEN RESORT
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI