Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 25 Mac 2010

Jika sahabat anda berlaku curang , apa tindakan anda ?

Erm...aku rasa soalan ini tak janggal kalau ditanyakan pada korang kan ? Jika korang dapat tau kawan atau isteri kawan korang terang terang berlaku curang di depan korang , apa tindakan korang ?

Adakah patut diberitahu pada suami/isterinya ? Atau lebih baik mendiamkan diri saje ? Kadang kadang perkara ni mmg buat kita pening kepala.. Kalau bagitau , nanti dikatakan menyemak rumahtangga orang .. Atau kadang kadang bila kita bagitau , diorg lak tak percaya .. Bila berlaku depan mata sendiri nanti kawan kawan dipersalahkan lak sebab tak bagitau... Mana satu yang nak ikut ni ? Bagitau salah , tak bagitau laaagi salah .... ermmm

Persoalan kedua ... kenapa berlakunya curang ni? Tak cukup makankah ? Atau kurang didikan agama ? Ermmm... kalau kedua duanya cukup , kenapa masih berlaku ? Perlukah dipersalahkan pada nafsu ? Diberi akal untuk berfikir namun nafsu menjadi raja ? Atau si suami yang patut dipersalahkan kerana terlalu manjakan suami atau pun si isteri yang patut dipersalahkan kerana terlalu percayakan suami ? Tak manja pun salah kan ?? Tak percaya pun salah ?? Semua serba salah .. hehehe..

Berlaku pada sahabat aku baru baru ini dan mereka sedang dalam proses penceraian .. Kesian ..namun apa yang boleh aku nasihatkan cuma , bertindak ikut akal fikiran .. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang bodoh ... sendiri yang akan rugi .. Terima segalanya dengan hati yang terbuka ... Mulakan hidup baru .. Aku percaya kepada ketentuan Allah ..

Ok ... jika ini terjadi pada korang , apa tindakan korang ? Ada dua soalan tu ... berikan pendapat korang ....

Bercerai jugak akhirnya....

Selesai ! Aku dah tukar telco akhirnya... Dari hijau putih ke biru putih ... huhu.. Nak tunggu tutup account , perghh skit punya lama diaorg nak panggil ... Muka customer service dia pon macam singa hilang anak.. Nasib baik la mekap tebal .. kalau tak ?? Huh..lari semua orang ..

Org gi sana nak dapatkan penjelasan tapi belum sempat nak bertanya dia dah bantai bagi penjelasan .. Tgk muka pelanggan pn tak nak ... Ceh ... Macam orang pergi sana nak menagih simpati ! .. Amik kau... broadband ngan line line aku tutup ..baru ada akai ...Ada gak kata kata dia yang boleh disifatkan kurang hajar pada pelanggan tapi aku malas nak tulis kat sini sebab aku nak g gym ..

Lega....tu yang boleh aku katakan.. Skang ni pun dah guna broadband biru putih ... Setakat ni , alhamdulillah .... baru sejam je kan..hehehe tapi ok la .. layanan kat centre biru putih tadi pun amat memuaskan ... Sewaktu kat centre hijau putih tu , aku dapati terlalu ramai orang tunggu nak terminate account ... huhu...Camana aku tau ? Semua pelanggan nak terminate akaun tu akan ke kaunter yang sama ... kaunter akak singa... ikutkan mau gak aku berbalah kat situ tapi malas nak kasi malu diri sendiri dan wife ... So bagi je la dia uruskan..

Jadi sekarang ni aku guna prepaid ... mudah ..apa apa aku misssed call atau sms je kat wife aku n dia akan return call ...save..aku bukan kaki gayut pun ..guna internet je lebih ..

Hahaha..yang buat lawaknya , sewaktu tu di centre biru putih , mulut aku membebel kat amoi yang bertugas jual broadband ...dia pun tanya macam macam ..biasa la ..nak siasat 'lawan' dia ... kebetulan juga ada seorang lelaki yang baru jugak terminate acc broadband hijau putih dia ..huhuh... dia kata mengarut... adeh... mmg ramai terminate rupenya ...

Jadi bayaran untuk pemotongan tadi , cumalah RM600 lebih dan bukannya RM 700- 800 seperti yang diberitahu oleh customer service melalui telefon semalam ... Manakala untuk rate internet melalui hp ditolak sana sini jadi RM400 lebih .. dia kata aku guna banyak sangat.. Ermm..apa yang aku bukak ? Youtube ? Haram ...Aku rasa blog kot...Jadi ada baiknya aku amik je broadband unlimited ... Senang ...

GENGBLOGGER : Jika anda sayangkan GB

Kepada semua ahli ahli / kawan kawan di GENGBLOGGER.COM , pertolongan anda diperlukan sekiranya ingin melihat GENGBLOGGER.COM online semula ..

Pertolongan ini teramatlah mudahnya. Kos pembiayaan server GB amat tinggi dan memerlukan bantuan sumber kewangan atau penaja.. Buat masa sekarang , segala kos ditanggung oleh Kong .. Bagi menampung kos ini , Kong telah meletak iklan di GB .. namun masih belum mencukupi ...

Apa yang boleh kita buat pada masa ini atau akan datang ialah ... kalau 'ternampak' sesuatu yang menarik di GB tu , jgn la tengok jer yer ... pandai pandai la korang ... tu semua akan digunakan untuk Kong membayar sewa server GB ..

Ini bukan paksaan atau geng klik klik ... sekadar sumbangan korang pada GB setelah GB mempopularkan blog korang .. mudah jer kan ...tu pun kalau nak tengok GB beroperasi semula la...kalau tak ? hehehe....hidupkan semula budaya blogwalking .. hehe...

Ben Ashaari Blog Down ! - Mayday Mayday Mayday

Selepas beberapa hari GENGBLOGGER.COM down , blog aku lak down ! Ni bukan disebabkan masalah teknikal yang dibuat dek server atau dihack oleh mana mana pengodam tetapi disebabkan line broadband aku disekat dek operator hijau putih !!

Aku cukup bengang giler dengan service dia ... Katanya postpaid .. Had limit aku ialah RM250 ..bila dah nak cakap had limit , mereka akan maklumatkan dan kemudiannya disekat ... Last last semalam diorang sekat ... Tak kisah la dah sekat..bukan tak biasa kena sekat .. tapi masalahnya ialah... jumlah yang kena bayar tu !! Korang tau berapa ??? RM900 lebih !! Diorng leh kata disebabkan aku guna internet thru hp ... Diorg kata aku guna dah capai lebih 5000kb persamaan RM5000 !!! Masuk akal tak ??? Aku guna operator ni dah hampir tahun persamaan umur hp aku ni dan selama itu jugak laaaa aku guna internet thru hp aku ni !

Persoalan yang akan aku bawak pergi tanya kat centre diorg ni nanti ialah :

1) Kata postpaid dan had limit ialah RM250 . Kenapa bila dah capai beribu ringgit baru nak sekat ????

2 ) Kenapa sebelum ini tak sampai had limit tu pun ?? 3 tahun !!

3 ) Mana dia amaran tentang had limit yang mana katanya akan dihantar melalui sms ?

4 ) Kalau dah sampai RM5000 kenapa tiba tiba kos leh jadi RM900 yang mana itu jumlah yang perlu dibayar sekarang ini ?


Aku akan pergi ke center di KLCC dalam masa terdekat ini ! Aku nak tutup akaun yang mana servicenya sangat teruk ! Bayangkan , line dah disekat terus , nak telefon centre pun kena bayar !! Kena guna toll free 1 800 XXXXXX atau dail 03 -XXXXXXXXX ..Camana kalau nak kalau disekat ? Kalau kereta mati tengah jalan dan telefon lak disekat , camana nak call center untuk minta unbar buat sementara .. Bayangkan laa... , aku guna 3 tahun dan bayar setiap bulan tanpa hutang !! Tiba tiba terus disekat gitu !! Takde keistimewaan langsung guna operator ni ! Huh !
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI