Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 27 Mac 2010

Earth Hour Yang Tak Berbaloi !

Demi menyokong Earth Hour ... wife aku sanggup menutup semua lampu...bergelap...ngan aku aku dia suruh tutup lampu bawah... kesannya ? Abis semua aku langgar .. dengar la bunyi tin sembur nyamuk bergelimpangan setelah dilanggar aku ...adehh..geram tul aku..kot ye nak sokong pun tak yah suh tutup semua ... Aku pun ngok gak..ikut je cakap..adeh..

Aku naik atas..aku tengok dia dok menaip dalam gelap ..mentang mentang mata terang .. huh... Hehe..baru nak aktif berbelog semula ... Neh ..aku tak kisah la...buat je la.. blog dia lebih awal lahir dari blog aku ...dan setakat ni blog dia dah jauh popular dari blog aku ... ermmm ..dah kumpul lebih 5 follower termasuk aku ! Ramai gak tu.. tak sangka ada gak follower... hehe...guwau je..dia buat suka suka je...bila ada masa lapang dia update ..yakni sebulan sekali...

Jauh menyimpang lak ... Ok ok..bila aku tengok dia dok mengupdate blognya yang mana aku tau sah sah makan berjam jam ... aku pun turun semula ..tengok tv.. hehe..tutup apa yang tak perlu jer.. Dalam kul 9 lebih tu , aku pun naik smula...mintak secara paksa..hahahaha.... ala..paksa paksa manja gitu... aku bagitau dia ada cerita best kat tv3 .. dia minat la cita cita gitu ... Dia pun bagi tapi dengan syarat ... suh tambah widget dalam blog dia ...erm .. ok laa...

Lepas selesai membaikpulih blog dia , aku pun mula berblogging... sampai laaaa kul 11 tadi...tiba tiba aku terdengar orang berlari ... dia lari naik atas tercungap cungap..

Aku tanya kenapa ? Dia jawab... dia terbukak channel movie...cerita antu thailand ... kebetulan lak muka antu tu tersembul kat depan tv tu beso beso... hahahah.. terus lari naik atas ... tv terbukak ...lampu terbukak ..kipas terbukak... Aku tanya , sapa nak tutup semua tu ???
Dia jawab...sapa lagi..Huh.. aku jugakkkk...

Sampai skang tak tutup lagi... Dan dia ? Dah lenaaaaaaaa !!! ... ok la..aku nk turun tutup semua tu..haihh....

Tun Mahathir : Tetap idolaku sampai bila bila ..

Dalam dok pusing pi mai pi mai nak cari cerita best , last last terbukak channel 555 , HISTORY .. hehehe..EH EH gak kan .. tv tetap tengok ...bukan tak sokong , tapi tamo la malam minggu aku rugi gitu je...sejam pun bermakna bagi aku ! Sejam boleh buat 4 entri wooo... bukan free sejam tu ..

Apa yang bestnya kat channel tu ? kebetulan HISTORY sedang menayangkan biography MAHATHIR ... perghh... aku tak lepaskan peluang tu arr... mmg dari ari tu aku nak tengok ..asik terlepas jeeee... ni aku tengok pun dah suku .... boleh laa dari tak tengok langsung ...

Aku yang membesar di bawah pemerintahan Perdana Menteri ini , amat amat berterima kasih diatas pembangunan dan juga kemodenan yang telah dilaksanakan dengan baik sekali. Bagi aku , Tun Mahathir adalah seorang yang amat genius ...amat bijak..Tak kerana beliau , aku tak rasa Malaysia dikenali dunia !! Apatah lagi USA ... huhu...mmg menarik sekali dokumentari tu... hampir mengalir airmata aku lihat muka beliau ... lebih menyedihkan lagi , kata katanya ialah ... Beliau gagal mengubah nasib orang melayu ... Sedangkan bagi aku ... Beliau amat berjaya menaikkan martabat orang melayu di mata dunia ..

Paling menyedihkan bila dia memberitahu yang dia meletakkan jawatan .. ermm.. tengok la semula youtube nih..



Aku tau mesti ramai yang benci n tak suka Tun Mahathir .. Tu semua politik sesama mereka ... Sapa sapa diatas pun pasti akan jadi 'mengarut' ... Sekali pun kita sendiri berada diatas .. Letakkan diri kita sendiri. ..kalau jadi PERDANA MENTERI , datang sedara mara mintak tolong..bagi projek ...atau paling tidak pun orang orang kampung nak mintak masukkan anak diorg ke dalam IPT walaupun tak cemerlang atau mintak kerja dengan kerajaan.. Takkan nak suruh apply cam biasa je ? Hehe.. ni contoh je ...

Sedangkan kita jadi rakyat biasa pun tak mampu nak adil dan amanah apatah lagi nak pegang jawatan besar ... Ok ok..aku bukan nak bicara politik ..apa sekali pun fahaman politik korang , tu boleh korang tulis kat blog korang ... Ni blog aku .. aku nak tulis ... Tun Mahahir , saya amat amat menyanjungi anda..

Maaf , aku bukan taksub ... bagi aku tiada pemimpin sebijak dia sekarang ! Apatah lagi berani bersuara lantang tanpa takutkkan kuasa besar ... Tu jeee... aku nak tunggu ulangannya dia channel HISTORY nanti ... hehe... i loikeee

Sokong Earth Hour ?

Ermm..ramai buat entri ni tanda menyokongnya dan ada juga tak nak sokong ... lantak la kan ? Cuma ....

Aku ? Aku tak kisah pon ... kalau rasa nak off semua barangan letrik , maka aku akan off... kalau rasa memerlukan , maka aku biarkan ... buat masa sekarang ni , aku rasa yang on 24 jam ialah peti ais je.. yang lain , jarang sangat off ..

Cuma aku terkilan bila ada yang tak nak sokong tu boleh bagi alasan-alasan yang tak logik ... huhu... Kenapa kena kaitankan kempen ni dengan perkara perkara lain ? Lawak tul laa... kalau tak nak sokong , jgn la bagi alasan yang tak masuk akal ... buat dek je ..kan senang ..

Kempen ni lebih kepada kesedaran tentang bumi kita .. kalau kita yang dah tua ni tak nak ikut berkempen , maka ajar la budak budak kecik tu... Mulakan dari rumah ... kecik kecik , lama lama jadi bukit ... Kalau ada yang kata , ala bab lain tak nak amik kira , haaa..bab lain tu , kalau sedar cuba la berkempen sendiri ... blog ada kan ?? gunakan platform tu untuk menyebarkan kempen yang baik ... Kalau organisasi yang besar tu buat kempen lalu kita mengondemnya , maka kita sendiri buat ... kot ramai nanti ikut , kan ? Mana la tauuu ... dah semua buat tak kena , cuba lak 'kita tuuu ' buat ...

Aku tak rasa kempen tu suruh semua orang tutup semua lampu ..biar bergelap... WWF sedar tu ...tak mungkin dan diorg pun tak berharap suruh semua tutup .. kalau semua tutup letrik , maka lumpuh ekonomi dunia ... Satu simbolik je la.... Dari 10 , tutup 9 ,biarkan satu .. ok gak kan ? Dah tentu yang 9 tu tak guna kan ? Kalau guna , jgn la tutup .. mudah je tuuuuu ...

Bersenam sehari sebulan lebih baik dari tak bersenam langsung !

Penangan tak kusyuk solat ..

Lewat giler solat isya' semalam ..kul 12 lebih malam ..tengah malam .. huhu .. rumah besar tapi dua orang je tinggal .. Wife aku tido kat bawah manakala aku lak dok online kat atas .. nak dapat signal lebih clear ..

Dalam kul 12 lebih tu baru nak solat isya' .. Masuk rakaat ketiga tu , tiba-tiba bulu roma aku meremang .. Ah sudah !! ... Mula la terpk bukan bukan ...adeh..ilang kekusyukan aku.. Aku terbayang tiba tiba ada pocong datang dari bilik belakang ..melompat lompat ke sisi aku lalu berdiri di sebelah kiri aku dan secara pelahan lahan menoleh kat aku !! .. adehh ...hancurrr betul ! Lagi kuat la remangan aku tu .. Aku tekankan lagi bacaan dan cuba fokus ... alhamdulillah ... terus ilang khayalan aku tu ..haihhh...

Bila aku turun bawah .. Aku tengok wife aku baru tersedar dari tidur .. dia tertidur sejak dari kul 8 malam gitu..biasa la..penat ...tangkap lena jap .. Bila turun tu , dia lak naik atas ... nak mandi n solat .. Tinggal aku sorang kat bawah ... Aku pasang dvd NCIS LA ...slow lak citer ni.. Aku tukar cerita '24' lak... best skit tapi aku dah ngantuk lak ... Aku pun tutup..off ....terus tido ...

Tidur aku rupanya tak lena ... Aku terpusing sana sini .. peluh mula mengalir di dahiku .. Aku rasakan ada 'benda' sedang merenung aku ... aku nak bangun untuk on tv.. tak larat nak bangun ... ARghhh... cuba lelapkan mata ... hampir kul 3 pagi .. aku antara tidur atau jaga ... tak tau mana satu .. seolah diganggu atau sekadar perasaan aku ... Erm.. Aku ni mmg tak suka tidur dalam kawasan yang luas ... aku mudah mengalamun ... hehehe... memikirkan sesuatu yang tak wujud ... mengkhayalkan sesuatu yang menarik dan misteri ..

Tak lama kemudia , wife aku turun ... baru aku dapat lena ! Huhu... tu laaa... lewat sangat solat .. kalau awal awal kan dah leh tidur ...

GENGBLOGGER : Dah ok

Aku rasa ramai tak sedar lagi yang web GENGBLOGGER dah selamat dikeudara ... maksudnya dah ok la ..buat masa skang ni la...pasni aku tak tau la...kot Kong masih lagi dok try test..aku pun tak contact dia lagi ari ni ...

Aku ada tinggalkan thread kat FORUM tu .. kalau rajin g komen n sokong agar 'kedai mamak ' kita ni tak lagi karam di lautan sepi ... Sapa susah ??? haaaa... hehehe...selili mau ingat laa kaann...

P/s : Tolong sebarkan ... dan invite rakan rakan blogger yang lain ... kasiiii meriah ... dan jangan lupa di FB ada KELAB BLOGGGER yang mana mudah bagi kita berhubungan dan juga mengupdate blog anda terutama jika GB down lagi ( harap harap tak dah ) .. kena ada backup kan...senang nak update geng geng lain ...

Wow ...cantik giler bar biru putih kat sini ..

Sori la ek ... dalam minggu ni terpaksa cerita pasal biru putih dan hijau putih ... dua kawasan yang dah aku cuba .. Yakni di Putrajaya ( umah aku , P14 ) dan Sg Buloh ( umah adik ipar ) ..

Dua dua tempat ni aku dah guna ke dua dua telco popular neh ... keputusannya ?

Hijau Putih
Putarajaya ( tingkat atas ) : ok di sesetengah sudut
( bawah ) : out of service !

Sg Buloh : ok ok jee..


Biru Putih :
Putarajaya ( tingkat atas ) : ok sangat lebih lebih lagi tengah malam n awal pagi
( bawah ) : ada tapi tak se cun tingkat atas !

Sg Buloh : ok sangat ....

Tu je la ... n sim card broadband ni aku leh guna kat pda aku .. Ini bermakna , aku nak kena beli hp murah..hehehe dan bila aku tak guna laptop , aku leh guna sim broadband tu kat pda aku ..hehehe...bagus bagus... aku tau hijau putih pun boleh cuma bezanya hijau putih bukan unlimited !
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI