Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 28 Mac 2010

Aku pun nak jaga muka gak !


Ahaks.... Lama lak tak pakai mask of zorro neh ... malam ni aku pakai agar esok g keje dengan muka yang berseri seri ala anak dara baru dipinang ... Ok..nak turun ..sambung tengok cita DEVDAS .. lalalalla

Jangan bagi isteri membebel !!

Nak kata aku giler blogging , tak pulak ! Normal la kan .. sehari sekurang-kurangnya 5-8 entri kan ?? Haa..tengok ..ramai angguk .. dan ramai pulak yang geleng kata 'giler babas punya berblog ! " .. hahahaha... aku tau ... aku bukan giler berblog tapi aku giler menaip ... korang bagi la apa pun suh aku taip maka aku akan taip .. Ok tak alasan ni ? Hahahaha ...

Sedar sedar dari tidur , aku terus tarik laptop aku .. terus belek apa yang ada dalam tu ... tengok blog , tengok fb... pastu tengok blog lagi... tengok kutipan hutang ... hahaha .. Wife ? Awal pagi lagi dah turun ke dapur ... Laki ? Awal pagi lagi dah ke kebun ... hahahaha... poyosss... dok membuta lagi ... Yela...malam tadi pon tido lewat .. bukan pe , malam tadi aku sakit tengkok ...leher... terpeleot kata orang dulu dulu ... Ok tak alasan ni ? hahahaha...

Pastu bila tengok wife aku dok buat kawat cam dari dapur ke bilik tidur , aku sedar itu adalah amaran pertama ... Aku biar dulu ... hahahah.. Lalu aku bawak turun laptop ke bawah ... Nampak je muka aku yang dah segar ni mula la dia bagi keje skit skit.. Tolong angkat itu ini .. adeh .... Aku bukan malas tauuu ... rajin cuma masih belum panas lagi badan ni ..hehehe..alasan lagi jantan ni ... penuh dengan alasan tul !!

Lepas makan , solat zohor maka aku mulakan tugas .. tugas pertama aku ialah ...



Basuh keta yang mana keta ni dah takde beza dengan keta kebal ...

Lalang yang dah mula meninggi ... Kalau bawak sekawan lembu , 2 minggu baru abis makan lalang neh ... hahahaha.... padahal sekangkang kera je neh...

Bukan apa , ni kerja bangla pemotong rumput tu..kalau aku potong , nanti dia takde keje lak .. kesian la kan .. Kalau tak caya , korang leh rujuk entri ni .. sini dan sana ..

Sudut yang lebih kemas dan teratur ... setelah diukur ketinggiannya maka aku pun tanpa banyak bicara lalu ...
Terus motong rumput / lalang tu ... arghh ..tak tahan tengokk



Taraaaa... kan dah comel tu.... baru ada rupa laman rumah orang ..kalau tak , takde beza ngan kandang lembu ...

Selesai potong rumput , ada satu lagi kerja sedang menanti aku ... iaitu ...



Mop umahhh ... hehehe .... Ketiga tiga kerja ini , aku rela hati buat ... memandangkan wife aku buat kerja lain maka ini biarlah aku handle ...lagi pun risau gak kan ..kot kot nak 'berisi' ..insyaAllah ... lewat beberapa hari dah ni .. so kena jaga jaga la kan ... lagi pun ni mmg tugas suami kan... InsyaAllah ... kalau takde lagi pun tak pe .. kitorang terima .. yang penting , kebahagian rumahtangga dan tanggungjawab masing masing ... kan kan ...

Pesta Buku ? Tak jadi pergi ... lepak je la kat umah .... pergi kang , abis duit lak.... buku yang sedia ada pun tak abis baca lagi..

Oh ya... kenapa blog aku warna merah ? Sebab rumah aku pun majoriti berwarna merah ..ahaksss .. Ok tak alasan ni ??? hahahahha

Anda adalah rakan saya !!!

Pertama kali aku mula berblog , aku rasakan ianya satu perkara yang mudah .. tulis je apa nak tulis ... kan ? Tapi sapa nak baca ? Takkan buat blog untuk sendiri tulis dan sendiri baca ? Boleh.. jadikan diari jer ... Tapi aku tamo gitu .. Aku nak tulisan aku di baca tak kira sapa sapa pun ..

Orang pertama yang suruh aku buat blog ni adalah wife aku ... Erm.. memula tu cam semak la gak kan ... malas jgn cakap ...terlampau .. Tapi bila aku baca kawan kawan dia punya blog termasuk juga blog orang orang lama , aku rasa aku boleh jugak buat cam tu.. ..Sebab apa ? Sebab aku mmg gemar menulis dari sekolah dulu... Bila bab karangan , aku orang pertama akan menulis lebih dari yang sepatutnya ... Sbb tu aku tak heran kalau dapat markah rendah ..hahahaha .. aku tahu cikgu mmg malas nak baca panjang panjang... satu point aku hurai sampai 3-4 perenggan .. mana tak rendah... lari tajuk dah tentu ... hahahaha..

Masa aku mula berblog , aku terfikir bagaimana aku nak bagitau pada dunia yang aku ada blog ?
Bagaimana nak bagi blog aku senantiasa ada orang masuk .. Tak nak biarkan 0 ! Senantiasa ada orang keluar masuk ... Ermm... maka sekarang aku dah tau ... mereka mereka inilah yang telah menjual blog BEN ASHAARI !!

Berikut adalah orang orang yang bertanggungjawab menaikkan nama blog BEN ASHAARI ... Terima kasih kepada anda !

1) isteri tercinta yang senantiasa menyokong tak kira masa ... ahli keluarga yang terdekat dan juga jauh di mata ...

2) rakan-rakan di FACEBOOK ( BEN ASHAARI II , BEN ASHAARI BLOG , KELAB WANITA , KELAB BLOGGER ,BEN ASHAARI) .. mereka ini antara pembaca senyap ( silent reader ) .. yang senantiasa menyokong aku ... senantiasa memberi peransang ..bukan dadah peransang yer ..

3) rakan rakan di GENGBLOGGER ... tak kira blogger lama atau baru .. kita ini 'serumpun' ... sungguh ada komen blogger lama yang memula tu menyakitkan jiwa namun aku kena buka minda aku dan terima kritikannya itu maka terhasillah blog aku skang ni.. dulu aku tak nafikan blog aku takde bezanya dengan blog tikus ... semak jer ... Eh..tikus pun buat blog tau ... selagi bleh sumbat , sumbat jeeee...

4 ) semua blogger yang menyenaraikan blog aku di dalam blog list mereka .. Aku mengucapkan jutaan terima kasih ... kadang kadang aku tak kenal pun blogger tu , tapi bila aku tengok dalam traffic , ada pembaca dari blog mereka lalu aku jejaki semula ... ermm .. kuasa persahabatan ..

5) blogger blogger 'lama' yang senantiasa sudi menjengah dan 'menjual' blog aku seperti , MAT GEBU.... JUTAAN TERIMA KASIH YA PAK ...KUJIE ...dan ramai lagi ...

dan ramai lagi ..... sahabat sahabat lama yang juga berblog seperti abe DIN , rakan rakan SMDL .. dan rakan rakan di MM2H termasuk big boss n small bos... hehee.... mereka tahu aku suka membebel ... hehe... yer..keje buat gak kan ..hahaha ...

Pada pembaca blog BEN ASHAARI , anda bukanlah pembaca blog saya tetapi anda adalah rakan saya ... anda bukan peminat saya tetapi rakan saya ... setiap tulisan saya adalah datangnya dari isihati saya ... saya kongsikan bersama dengan anda .. kerana ini saja yang mampu saya berikan pada anda semua memandangkan saya bukanlah seorang yang dikenali ramai atau fofular ...

Sesiapa saja yang buka blog ini lalu membacanya , anda adalah rakan saya !

TERIMA KASIH ..

Pastikan anda bawa kamera digital ke mana mana !

Kamera sekarang amat penting.. samada telefon berkamera atau pun kamera digital .. Penting kerana jika sebarang kejadian yang tak diingini berlaku di depan mata anda , anda boleh merakamnya dengan segera ..

Ini pernah berlaku pada aku dulu di mana kereta aku pernah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta .. sila klik >> sini untuk lebih lanjut . Bila aku buat report , aku tunjuk gambar tu ... Pegawai polis yang amik laporan aku tu , menerima bukti aku .. lebih lagi si pelanggar kereta aku tu tak datang wat laporan .. ermm..panjang nak cerita.. baca je kat link tu ek ..

Skarang lak , JPJ akan menerima aduan terus dari pengguna jalan raya ... Cuma antara rajin atau tidak jer la nak buat memandangkan cara aduan agak sulit sedikit ... Aku tak jumpa lagi walaupun dah guna enjin pencari atau masuk ke laman web JPJ sendiri cara yang mudah membuat aduan .. aduan tol free , aku rasa JPJ takde lagi...LPKP ada tapi cam hangat taik ayam jer ...

Jadi , jika nak buat sebarang aduan , aku nasihatkan terus dapatkan bukti.. amik terus gambar ... pastikan kamera anda tu dah disetting dengan tarikh dan masa yang betul ...

Hari ni , dalam HMETRO pun ada keluarkan berita tentang aduan JPJ tu ... klik >> sini ..
Cuma artikal ni tak lengkap dengan ketiadaan no atau laman web aduan tu ... Adeh .. kan mudah bagi link terus ... Link yang sememangnya dari JPJ ...bermakna ianya laman rasmi JPJ ...ayoyoo

Jangan ingat wanita lemah bila memandu !!

Berlaku pada wife aku pada Jumaat lepas.. aku terlupa nak cerita pasal ni ...

Kejadian itu berlaku dia sekitar kawasan PUTRAJAYA ketika wife nak g amik aku di Stsn ERL Putrajaya .. Sewaktu dia berada satu jalan lurus tiba-tiba sebuah kereta dr lorong kiri terus 'memancung' kereta yg dipandu wife aku .. Wife aku terkejut arr.... terus dia bunyikan hon yang agak panjang ..

Kereta yang memotong dia tadi tu terus memperlahankan keretanya seolah olah tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh wife aku ... Bila sampai di satu jalan yang agak tidak byk kereta , tiba tiba dia memberhentikan kereta dan cuba menghalang kereta wife aku !!

Wife aku terkejut tapi tak berdiam diri.. Sekali lagi pemandu kereta tu ( dipercayai lelaki ) menerima ' habuannya ' !! Terus wife aku membunyikan hon yang lebih panjang dari tadi ... Mmg panjang katanya... Pemandu tadi tu terkejut gamaknya...terus memecut keretanya dengan laju .. Namun no platnya sempat di ingat dan di salin oleh wife aku ..

Diteruskan pemanduan dan akhirnya sampai ke stsn ERL .. dia menceritakan kejadian tu pada aku lalu aku mengajaknya membuat laporan ke balai polis tapi dia tak nak ... hehehe.. malas nak panjang cerita kot ...

Pengajaran ... wahai wanita di malaysia ... kalau kejadian ini berlaku pada anda , jgn sesekali memberhentikan kereta anda !! Jangan tunjuk simpati atau kasihan .. Pertama , utamakan keselamatan anda... Kalau nak berhenti sekali pun , pastikan di kawasan yang ramai orang dan dirasakan selamat ... tapi dinasihatkan cari balai polis berhampiran ... tu lebih selamat ... Lelaki zaman sekarang ni dah kembali ke zaman gladiator ROME... ganas tak bertempat !!

Ingat... jgn tunjuk berani tapi mesti berani !!

Judi adalah haram ...tapi ..

Hehehe giler.. aku malam ni saja dekat 4 entri ... ni nak tambah lagi..selagi ada idea .. aku post jeeek ..

Haaa.. yang ni aku nak cerita sket pasal no ekoq .. huhu .. aku dapat keputusan ni dalam sms di broadband celcom .. aku tak langgan pun leh dapat ker ?? Iskh... jom kita tengok .. sapa yang kenaaa ..

Time: 2010-03-27 20:25:15
Content: RM0.30 Magnum 27/03/10
1: 3640
2: 2095
3: 7867
S: 6066 9896 2868 5353 4265 5108 8941 6372 7084 0988
C: 5620 2086 2479 4286 4682 0649 5528 8580 3660 5036

Ada tak nombor korang ?? hehehe....

Aku pelik beno ar.. makin ramai orang Islam nak kaya cepat ... perghh .. dari buat keje haram tu , baik blogging.. dapat duit n pahala wooo ..

Aku nak kena call celcom untuk kansel sms tu ..perghh..satu sms dah 30 sen ..dapat 2x sehari .. Seminggu , pusat nombor ekor bukak 3 hari ... tak leh lebih .. nanti chief marah ... hahaha...

Untuk pengetahun korang , antu ekor ni , sekali terjebak ... susah nak keluar.. lebih lagi bila terkena nombor tu... abis laaaa .. mesti seronok wooo ..

Aku penah ikut member aku .... main ekor n main bingo ... hehe.. main bingo ni berantu ... leh main sampai ke subuh woooo... Aku hanya mampu tengok walaupun syaitan cuba mengoda... tak berjaya sebab aku tak bawak duit ... ahakss

Pemanasan Global di bilik aku !

Aku pelik betul la..wife aku sejuk manakala aku berpeluh peluh...dari hujung kepala sampai ke hujung ibu jari kaki aku... asik berpeluh jek..

Kipas dah pasang kuat.... tingkap dah terbukak seluas alam ... namun masih juga panas ... Aku jengok ke luar .. aku tengok umah jiran aku semua tingkap tertutup .. sejukkah diorg ? Ke aku sorang je ni panas ? Berdarah panaskah aku ? Yang aku tau , aku berdarah pahlawan jer... iskhh...

Sempat aku amik gambar umah jiran yang berdepan dengan bilik aku neh..


Mesti korang nak tanya aku kan .. pasang la aircond .. bukan tak nak ..tapi tak tau bila ... Kebanyakkan umah jiran aku semua pasang aircond ..hehe.. depan umah aku tu , umah ASP Marine .. pasang ... Sebelah ... umah cikgu .. pasang ... sebelah umah cikgu , umah doktor... pasang ... sebelah umah aku , pun umah ASP Marine ... erk.. tak nampak lak ... Sebelah kanan lak umah pegawai di KPM pun tak pasang... anak dia ramai ... sebab tu kot tak pasang..kos tinggi ..hehehe .. Ini bermakna mmg kawasan ni mengalami pemanasan global yang dasat atauu kawasan ni ramai orang berdosa kott?? hahahhaa... no komen..

Yang pastinya kepanasan gini menyukarkan aku nak membuta ! Jadi , terpaksalah aku berblogging... adehh..


Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI