Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 Mac 2010

Akhirnya ditangkap khalwat dalam rumah sendiri !

Kalau korang ikut blog aku pasti korang tau cerita pasal apa ni ? Hehe.. meh aku imbas kembali ... Kes curang , dimana jika korang nampak isteri atau suami kawan dengan mata kepala korang sendiri , adakah korang akan beritahu pada rakan korang tu ?

Tempoh hari ada dia bertanya pada aku .. apa tindakan aku jika berlaku pada aku ... Pada mulanya dia ingin sekali mengambil tindakkan sendiri namun aku bagitau padanya itu adalah satu tindakan sia sia .. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini , maka dia sendiri yang akan rugi .. Jangan lupa , dia sendiri ada tanggungan ..

Cari bukti ... tu yang paling penting ... Jika dia ingin memelihara anaknya itu atau melihat anaknya itu jatuh ke tangan isterinya , maka dapatkan bukti kukuh kecurangan isterinya itu , jika benar isterinya itu curan ! .. Itu saja yang nasihat yang mampu aku beri pada dia ..

Tadi , di stsn Lrt ... abang dia memberitahu atau lebih pada terlepas cakap ...

"dah kena tangkap semalam" ..

Aku pandang tepat muka dia ... " Sapa ? "

" Erk..ko tak tau ke ? Aku ingat ko tau "

Aku tanya sekali lagi ... " Sapa "

" Bini dia ...semalam laki dia pura pura g outstation .. Malam tu , dia dengan penduduk apartment dah standby .. Bila dia bawak budak tu masuk rumah , diorg serbu " ...

Ermmmm ...

Meluahkan perasaan


Hujan .. Sejuk .. Penat..Berpeluh peluh ...
Kelaparan ...
Itu yang aku rasa skang ...
Termasuk pening kepala ...

Lokasi : Tangga Erl Bandar Tasik Selatan

Niat nak tegur tp tertanya soalan bodoh !

Selisih tadi dengan husband bos aku ...Mat .. berhampiran dengan tempat parking kereta PWTC .. Dari jauh aku rasa dia dah nampak aku tapi aku tak perasan sebab dok baca newpaper sambil berjalan ( bahaya tul ! ) ..

Bila berdepan , baru aku perasan ... lalu tersenyum dan terus menegur ..

" Uik .. nak p mana ? " aku bertanya pada dia sambil bersalam ..

Dia tersenyum ... Lalu aku menepuk dahi ... Awat la aku bodoh sangat ... Sah sah la nak p jumpa wife dia kat atas .. Takkan dia rajin saja saja nak merayau bawah parking PWTC tu atau saja nak melepak kat situ kot ?

Adeh... bikin malu la lu BEN !

MALAYSIA INTERNATIONAL SHOE EXHIBITION

Tak tau mana nak g hujung minggu ni ? Apa kata sekali lagi turun ke PWTC ... Kementerian Pelancongan akan menganjurkan MALAYSIA INTERNATIONAL SHOE EXHIBITION dari 2hb April hingga 4hb April 2010 bertempat di PWTC ... Apa yang menariknya ?Ada galeri kasut ..pertunjukkan dari ratusan jenama dalam dan luar negara .. Galeri galeri berkaitan dengan kasut ..

Pereka kasut terkemuka dunia , Prof Dato ( Dr.) Jimmy Choo juga akan turut berada di sana .. siap boleh bergambar dengan beliau .. ahaks.. Dan pelbagai lagi acara akan diadakan ... heheh..tak mai rugi wooo ...

Bolehkah sara diri dengan sekadar menyanyi ?

Tajuk aku ni adalah secara umum .. Bukan nak tuju pada mana mana artis .. Secara zahirnya kita tahu dunia artis ( lakonan dan nyanyian ) ni terutama di Malaysia menjanjikan pulangan dari segi keglamoran yang amat tinggi .. Kalau muka keluar di majalah sekali pun dah cukup ramai kenal ! Mulalah nak jaga standard .. kan kan ? Kalau tak , malulah .. " I kan artisss "

Entri aku ni bukan nak kutuk artis cuma nak beri peringatan pada adik adik sedang membesar tu... yang dok pegang pensil 2B tu haa.. termasuk la ibu bapa mereka yang suka galakkan anak mereka tu menyanyi atau berlakon walaupun di usia kecik .. Sian woo ... kasi la mereka membesar secara normal ..Ni kecik kecik dah ajar menyanyi .. Pantang muka anak cun / comel / hensem skit , dah pasang angan angan suh jadi artis ..Suruh la jadi pakar bedah ke , pakar IT ke .. paling tidak pun jadi je angkasawan ... glamer gak tu ..

Ada artis di Malaysia ni berjaya dan ramai yang tak berjaya .. Yang berjaya ni , boleh dikira .. kira rezeki dan sememangnya ada bakat dalam bidang mereka tu .. Antaranya Dato Siti Nurhaliza , Aznil Haji Nawawi , Amy Search dan ramai lagi la .. Tapi kena ingat , mereka bukan sekadar menyanyi sahaja .. mereka ada 'side income ' .. Ada yang buat bisnis untuk menambah lagi pendapatan kerana tau bidang yang diceburi mereka itu ibarat ombak ... bila tinggi ombak , melimpah ruahlah rezeki yang masuk .. bila air tak pasang , ombak pun tiada ..mana nak cekau duit nak bayar hutang ?

Aku ada cerita skit sebelum nak ke satu lagi cerita ... Aku kenal satu group ni dulu.. kira budak budak rumah aku la.. Group ni mmg popular la..bila sebut , sah semua kenal ... tapi tak la sepopular WINGS atau SEARCH .. ni kira group kecik yang meletup dek satu lagi berhantu .. malangnya tak kekal lama disebabkan satu kes maka group ni hilang seri ...

Masa popular dulu aku penah la follow diorg...saja nak tengok dan rasai kehangatan dunia glamour tu .. Mmg pergi mana mana , orang terpusing pusing la tngk terutama awek la.. Kira abang abang tu pun jalan mendada la.. sambil tutup muka .. hahaha..

Surat peminat ? Hahaha... aku penah join bukak surat diorng ni..berguni guni ...hahaha..macam macam cerita n coretan .. yang diutamakan dulu , cari surat yang ada hadiah ... adehh....Kalau surat dari Brunei , mmg 'berisi' ... $$ masa ni mmg diorng lebat ..senantiasa penuh ..Alhamdulillah ...rezeki kan ..

Tapi jgn disangka hujan sampai ke malam tau ... kena beringat gak ... tak lama kemudian , diorng mula drop dan hilang terus dalam dunia seni ... Akhirnya mereka membawa haluan masing masing .. Setahu aku , hanya seorang dua je berjaya teruskan kehidupan yang agak mewah .. Yang lain , kalau korang tengok rupa pun cam tak percaya.. Hilang abis kehenseman dan kemachoan dulu dulu ... Emmm... Aku bukan nak kutuk kawan .. ni peringatan untuk aku sendiri ... bila di atas , kena sedar yang dibawah tu..bila bila boleh terjatuh !

Yang satu lagi ... ni artis perempuan .. dulu bagai nak giler dia nak bagi naik .. naik turun keluar masuk syarikat rakaman .. Macam macam la dia guna .. Sampai la aku lost contact ngan dia .. skang ni dah naik nama dia ..Alhamdulillah... setahu aku , dia ni artis yang clean ...tkde masalah .. Ok la tu kan ..

Pagi ni , aku agak terkejut bila baca kisah vokalis rock zaman aku membesar ... ISA GRAVITY.. suara dia mmg best .. lagu dia pun ... skang dah bawak teksi ...ermmm... klik sini

Jadi , fikir fikirkan masa depan anak anak kita ...

p/s : Sekurang kurangnya mereka dah tau dia mana nasib mereka ... aku ???? masih terlalu jauh lagi perjalanan ini .. aku sendiri pun tk tau dimana berakhirnya hidup aku ... Bila terlihat pengemis di tepi jalan atau si pencari besi buruk , aku selalu terbayangkan aku berada di tempat mereka ... bagaimana aku nak hadapi kehidupan ini ? mampukah aku harunginya ...

Berakhir sudah PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2010


Live dari PWTC ... Kembali sunyi ...NI baru nak kemas .. aku sure jap lagi mesti clear...

Heheh... amik pic ni pun masa berjalan .. tak sempat nak berhenti sbb aku ada 5 minit je untuk 'touch down' di opis..kalau tak , MERAH ! ..hehehe...

Pasni ada event apa lak kat PWTC ? ermm..aku tak nampak ada poster apa apa lagi ... Yang pasti ada DSA ...sebelum tu , aku tatau... hehehe..

Ngigau ??

Salam .. selamat pagi ... aku ada 5 minit sebelum Erl sampai .. Skang ni aku kat stsn Putrajaya ..

Awal aku bangun pagi ni ... Dalam kul 530 pagi ..tapi tak sempat nak bersenam ... nak kemas beg .. Dalam perjalanan tadi , cam biasa la kan ..suami isteri berborak dalam kereta .. Tiba tiba dia cakap kat aku yang aku berebut selimut dengan dia semalam .. Huh .. aku menafikan kerana tak mungkin nak berebut selimut memandangkan kitorang tido kat bawah.. depan tv... suhu kat bawah tu bleh tahan kepanasan.. Mana mungkin aku nak berselimut !

Dia beria mengatakan aku bersungguh sungguh menarik selimut tu... Dia akhirnya bagi dan dia cakap aku mengucapkan " THANK YOU " ... Erk .. biar bonar ?? Aku tak sedar semua itu !

Aku masih lagi tidak percaya kata kata dia ... sampai sekarang ni !
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI