Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 April 2010

Sekadar memori ..

Dulu aku cukup rajin lepak dengan sepupu aku yang tinggal di Penang . . Malah dia sendiri rajin datang ke KL selepas abis SPM.. Tapi bila masing masing dah dewasa , semua bawa hala tuju masing masing .. Kalau berjumpa pun sekadar tersenyum dan bersalaman .. Jauh sekali nak lepak berborak ..

Antara cerita dia yang aku ingat ialah tentang hobi dia pergi berkhemah ... Aku pun minat aktiviti lasak ni walaupun tak lasak mana ... Biasanya kalau aku g pun tugasan aku hanyalah tukang angkat barang dan jadi guard sebelah malam sebabnya aku susah nak tido kalau kat luar ni .. aku suka menghayati suasana hutan lebih lebih lagi di tengah malam ... Cantik jee langit kan ..cerah ... berjuta bintang di langit ... hehehe..romantik la plaakk mamat nehh ..

Ok ok ..terus cerita .. Satu hari tu , diorng ( sepupu ) g la camping kat satu tempat ni ..ramai ramai la.. tapi tak la satu batalion ..cuma beberapa orang jer ..kat kawasan air terjun .. Dari apa yang dia gambarkan kawasan tu cantik la ... Diorg berkhemah di kawasan tinggi sbb katanya cantik .. Bawah tu boleh nampak kawasan tadahan atau kolam kecil di mana ada air terjun ..

Nak dijadikan cerita , petang tu ada la sekumpulan perempuan datang berkhemah di kawasan bawah tu .. Geng geng sepupu ni kat atas ... awek semua kat bawah .. Pe lagi .. Ulat naik daun laa..

Maka sepupu ni turun ke bawah mengikut denai yang telah wujud kat situ untuk pergi berkenalan dengan kumpulan perempuan tu ...Seronok sepupu ni dapat berkenalan dengan awek awek tu .. Katanya ada dalam 4 orang gitu .. Geng geng laki pun ada 4 kesemuanya ..

Malam tu , diorng lepak la ramai ramai kat bawah tu .. sambil buat unggun api .. Menyanyi dan bergurau senda .. Seolah malam tu mereka yang punya ... Setelah sampai masa yakni dah hampir subuh , geng geng laki pun minta diri untuk beradu .. hehe .. Tau pun penat ekk .. Ingatkan tak reti ...

Berjanji untuk melepak lagi pada keesokkan harinya , maka tidor budak budak laki ni lena diulit intan .. Cewah.. dah dapat awek .. sukaa arrr ... Keesokan harinya ... Dengan tak sabar sabar .. Diorng ni turun ke bawah .. Dengan harapan .. nak bersarapan bersama sama ... Makan free ..sapa tamo kann ..

Sampai di bawah ... mereka terpinga pinga ... kawasan tu hanya penuh dengan lalang .. tiada langsung bekas unggun api malah jauh sekali ada bekas tapak khemah !!

; )

Terkini : M'sia Int Shoe Festival

Waalaah... hari ni belum ramai lagi datang ke PWTC tapi aku jangkakan esok pasti penuh giless... Acara pembukaan tadi dirasmikan oleh Wanita Pertama Malaysia , Datin Seri Rosmah Mansor .. aku tak g sebab dok bz update blog .. hahahaha... aku g pun lepas kerja .. Memula tu aku tamo la singgah .. plan esok je nak g .. tapi bila tengok sekitar dewan tu meriah jeeee , terus aku naik ekslator lalu menuju ke dewan utama di tingkat 4 tu .. perghhhh .. korang tengok la sendiri ..ekk..


Jimmy Choo

Ok ... tunggu pe lagi kan ?? Esok serbu laa ..kalau ternampak aku kat sana , tegur la ek .. hehee.... Takkan tak kenal lagi kot ?? hehe..

17 entri dari kul 5 pagi hingga 5 petang !

Wow weee .. satu rekod telah dicipta ... dasat dasat .. Aku yang cipta neh .. hahaha ... Biasanya dalam masa tu cuma 10 atau 11 je entri .. hari ni banyak giles .. Mungkin sebab edisi Jelajah Blog aku tu kot telah memperbanyakkan entri aku .. hehe .. apa pun aku amat berpuas hati dengan Edisi Jelajah Blog aku .. Amat berbaloi baloi bila aku lihat keputusannya ..

Aku harap ramai blogger baru akan muncul ... Aku rasa ramai yang nak buat blog tapi mereka tak tau nak buat atau segan nak buat atas alasan , sapa nak baca atau ada ke orang nak baca ? Paling tidak pun , aku tak reti nak menulis ... Haaa.. Tugas kita inilah membantu mereka .. tapi kena pastikan niat mereka dulu .. Ada yang nak buat blog tu semata mata nak kutip duit iklan .. yang ni susah sikit la ..bukan tk boleh tapi kena tengok blog diorng gak ..kalau takat main copy paste je , baik tak payah tolong..wat dek je la .. Yang patut tolong ni , jenis blogger yang bersungguh sungguh .. Yang ni aku sokong ..

Esok cuti .. aku tak sure lak berapa entri aku boleh keluarkan .. Memandangkan nak kuar berjalan esok .. Plan nk turun KLCC .. Nk tengok Karnival F1 .. .Hehe..saja cari bahan .. hahaha...

Sampai berjumpa lagi .. nak balik ni .. kot nanti kat ERL ada masa .. leh post entri lagi kan .. hahahaha....

Jelajah Blog : Diari , Koleksi dan Memori

Blogger Baru ? Jom kasi semangat skit !

Aku baru terserempak akak blogger ni kat trafik aku .. Akak ni baru berblog .. aku lak orang pertama yang jadi follower dia ..huhu .. nak kasi semangat neh .. Ye la..aku tau camana perasaan memula berblog .. " ada ke orang nak baca cerita mengarut aku ni ? " .. Ada.. wife aku jer pada mulanya ... huhu..sian aku kan ...Tak pe.. semua blogger baru akan lalui ..

Kenapa aku beria nak promote blog akak ni ? Aku rasa mulai skang , setiap blog yang aku rasa berbaloi untuk aku promote , maka aku akan promote .. Berbaloi maksud aku ialah tak sia sia ... Kira blogger tu bersungguh sungguh nak berblog .. bukan kerana $$ tapi kerana minat .. haa .. Kasi semangat la kan .. Bagus tak aku ? Jadi , apa kata kita ramai ramai p singgah sat kat blog akak Nora ni ... hehhee...

Selamat datang ke dunia blog >> DIARI , KOLEKSI & MEMORI

p/s : silap silap dia lagi lama dari aku .. kot ni blog dia no 10 ke ? Mau bunuh diri aku weh ..

Jelajah Blog : Azrul Hisham

Azrul Hisham ... Antara blogger yang gemar mencoretkan apa yang dia rasa tanpa 'belas kasihan ' ..err..cam aku gak ..tapi kitorang masih bertapis lagi .. hehee..kira main tembak sipi sipi .. kalau AZrul , setakat ni aku nampak dia main 'bom' je terus ..hahaha.. kan bro kan ? Kalau salah tlg betulkan ek ...

Blog saudara Azrul ni , warna kuning cair ... mmg tak perlu membesarkan bijik mata bila masuk ke blog ni .. amat berbeza sekali dengan blog satu mamat tu .. fuhh..warnaa dia .. menyakitkan mata betul ! Blog sapa ?? Tak dengar ??? Sapaaaaaaaaaaaaaaa ?? haaa BEN ASHAARI .. haaha..tak pe..hakikat yang perlu terima ...

Dalam blog Azrul ni , kalau nak baca , ada syaratnya .. kena guling guling dulu .. Haa...aku rasa mamat ni mamat guling guling ..tu sebab kurus kot .. abis semua lemak dibakar dek aktiviti guling guling .. hehee..guwau guwauuu ...

Aku tamo cita panjang ..seperti biasa , kalau berminat nak melepakkan diri kat blog kawan kita ni , jom kita sama sama pergi >> AZRUL HISHAM

Bila syaitan merasuki tubuh ku !

Huh .. setan setan .. Tak beringat bila kelaparan ! Ada ke order sampai dua bungkus keow teow goreng yg ditempah khas dari SOGO Shopping Complex ..

Member aku ni , nak g sana .. teringin nak makan keow teow .. Sedap la gak ..kering ... tu yang aku nak tu... Dia selalu g sana hari Jumaat jer .. Kebiasaannya aku beli satu bungkus je .. Tapi cam tak kenyang .. Masih tercari cari makanan selepas tu .. Nak wat camana .. kapasiti perut ialah 80GB .. C drive je tu..tak dibuat partition .. kalau buat , lagu mana la gamakanya ..

Aku ingat nak amik la gambar keow teow tu .. pastu nak terangkan cara cara pembuatan keow teow hanya melalui mata aku nih .. Kira buat ala ala otai laa .. sekali tengok je dah tau camana dia buat .. Tapi bila dah sampai depan mata , makan keow teow pun bedal ngan sudu !! Tak hengat apa dah ... Bila dah abis , baru la teringat nak amik gambar .. yang tinggal pun hanyalah bekas makanan .. Jadi lain kali je la aku ajar ek ... kalau terigin beno , leh g ke blog akak akak masakan tu ... hehhee...

Jelajah Blog : Diary Of Commoner

Minat baca diari orang ? Segala pengalamannya ?? Blog yang aku nak perkenalkan kat korang ni , mmg terkenal dengan entri entri gitu .. Nama pemilik blog ini ialah : Muhammad Akmal Wahab ..

Blognya antara blog yg simple penah aku jelajah setakat ini selain blog EQ .. Putih warna utamanya .. Dia meletakkan banyak jam di blognya kerana dia seorang yang gemar merantau .. Hehe.. Aku rasa dia masih single sebab tu boleh pusing dunia .. Kalau dah kawin , susah sikit.. bukan tak boleh , cuma susah sebab nak kena tinggal isteri ..susah tu ...

Satu lagi kegemaran dia ialah kamera .. haaa... Banyak gak hobi sedara kita ni ... Aku nak cita panjang panjang pun susah .. Aku kenal blogger ni melalui wife aku .. hehe... satu bidang katakan .. adeh... Seingat aku kali pertama aku komen kat blognya adalah disebabkan kes ' lalat taik ' ..

Ok ..cita banyak tamo... joomm >> sini

Jelajah Blog : Seni Aku

Nak tengok blog yang unik ? hehe.. blogger muda yang gemar melukis dan baru mendapatkan domain untuk blognyer .. hehe ...no more dot blogspot dot com .. dah jadi dot com ..

Pemilik blog ini aku memanggilnya dengan nama DIDEN. Berasal dari Kelantan dan masih lagi belajar .. Blognya yang boleh aku kategorikan berlainan dari blog lain .. Menarik blognya . Kali pertama aku masuk , dah terus terpikat dek kreativiti susunan di dalam blognya .. Aku rasa dia tak pernah gunakan still picture tapi sebaliknya semua di lukis .. Kreatif bukan ?

Aku tamo citer panjang .. korang g tngk sendiri betapa kreatifnyer .. Psst... bagi anak dara yang tengah single , boleh cuba la cucuk jarum .. hehehe ... pemalu orangnya neh ..

Jom singgah >> SENI AKU

Bersara dari berblog ..

Sudah tiba masa aku nak bersara dari dunia blogging .. Tak larat dah ... Tamo dah membebel .. orang tak suka nak baca .. Nak g membebel kat gym lak.. dah lama tak g gym ..nasib baik still maintain lagi perut .. Dok bedal oats je ari ari .. ( saving woo ) ..

Dengan ini saya umumkan ... perletakkan jawatan saya sebagai blogger .. Semua jawatan yang disandang oleh saya , secara rasminya tidak lagi saya pegang ..

Tunggu selepas solat Jumaat dan saya akan memegang semua jawatan saya itu termasuk sebagai blogger .. Dalam erti kata lain , nak besara sat je .. nak g solat ..mana tau ... kita bukan tau bila kita nak mati kan ... huhu..insaf insaf..ok ok.. lambat dah .. jumpa lagi pas solat ...ada 7 lagi entri aku nak post ... salam ...

Bijak yang tak bijak

Baru baru ni ( tak pasti bila ) aku ada terbaca kisah budak bijak yang lulus UPSR dengan 5A , telah hilang dari rumah .. Dari gambaran yang cuba wartawan tu sampaikan , keadaan biliknya bersepah tetapi cuma kad pengenalan dan buku bank nya saja yang hilang .. Manakala telefon bimbitnya masih ada di dalam biliknya ..

Aku rasa , diorang saja buat gitu seolah olah nak menunjukkan rumah itu dirompak agar keluarganya tidak mengesyaki yang dia itu sebenarnya melarikan diri dari rumah .. haih

Dalam suratkhabar hari ini pula ( sedang aku baca ) , rupa rupanya masyuk bercinta !! Larikan diri sebab nak berkahwin .. Yang perempuan baru berusia 15 tahun manakal yang lelaki 19 ... ermm...

Di mana akal lelaki tu ? Kenapa tergamak buat begitu ? Kalau dah gatal sangat pun , ikut la adat .. Paling tidak pun tunggu laa abis sekolah .. Mmg la lepas kawin pun boleh sambung sekolah , tapi ada bezanya .. Tak kesian ke kat keluarga perempuan tu ? Baru mereka nak berbangga dengan kebijaksanaan anak mereka tapi akhirnya kebanggaan mereka tu dirampas dek perbuatan anak kesayangan diorang tu .. Yang lelaki tu boleh la menabur sejuta janji .. Akan buat segalanya untuk anaknya .. Hari ni , semua ok ... esok lusa ? sapa tau ? Sekurangnya bagi la budak perempuan tu membalas jasa mak bapak dia .. ni tidak ? belum apa apa lagi , dah 'kehilangan ' anak tersayang .. Aku pasti sangat la keluarga perempuan tu teringin melihat anak mereka tu di menara gading .. Anak dara mereka yer ... Skang ni ? bukan tak boleh .. aku rasa boleh kalau mereka bersungguh sungguh .. tapi kalau dah di usia muda pon dah 4-5 anak .. camana tu ? cukupkah pendapatan laki dia tu ? bergaji besarkah untuk menampung semua kos ? Atau cukup la sampai abis SPM ...Pastu duk umah je ..kalau begitu perancangan mereka , aku tak boleh nak kata apa la ...

Kalau cinta sekali pun , sepatutnya benarkan perempuan tu abiskan pelajaran .. Kalau ada jodoh , maka bersatu juga nanti ... Jgn la buat kerja giler ...

Dalam bijak bijak manusia , ada jugak ' ketidakbijakkan ' ... Dah terbukti... Bukan satu.. ramai begitu .. adakah aku diantaranya ? hahahaha... ntah ...

Artikal tersebut boleh di baca di sini

Meter Counter Bergerak Pantas : Apakah puncanya

Dulu aku tak rasa blog aku akan mencecah 6 digit , ratusan ribu pengunjung ... Kali ni aku mungkin akan dipaksa mempercayainya ..TERPAKSA .. Dan ini bermakna aku kena tukar counter aku tu ke pada 6 digit ... untuk mencecah 7 digit , tu lagi aku susah nak percaya ... Tak mungkin akan cecah .. walaupun teringin nak tengok ..

Camanakah aku berjaya mengerakkan meter ini dengan begitu pantas ? Lebih lebih lagi kebelakangan ini ? Ingin sekali aku berkongsi maklumat ni tapi sayangnya aku tengok , ada blogger blogger baru ni , seolah cam sombong lak .. mengharapkan blogger yang pertengahan ni pergi menziarah blog diorang .. baru tinggal satu dua komen , dah memadai .. ermmm ... Tengok contoh blogger blogger lama , cam MAT GEBU , KAK INTAN , KAK UMMI , KAK JIE ... rajin diorng menziarah blogger blogger pertengahan dan yang baru lalu meninggalkan komen .. Yang baru ni ? Takkan sekadar g kat shoutbox lalu menjerit , " mai la lawat blog saya " atau " blogwalking " ... Emm.. bila tak g , kata sombong lak padahal " cara jemputan " tu tak betul .. tak la suruh letak permaidani merah ..

Cuba anggap macam ziarah menziarah semasa Hari Raya AidilFitri .. Ada ke g rumah orang sambil menjengok kepala kat luar pintu tu , " salam ziarah .. saja je jengok kan diri .. ok lah , nak g umah sebelah lak " ... kiamat laaaa blogger blogger lama ni nak singgah blog korang ...

Aku tak kata blog aku bagus.. Blog aku ni sampah lagi.. belum boleh di gelar blog best atau popular tapi sekurang kurangnya aku berfikir .. Macamana nak bagi naik ... Bermacam macam cara ... Ada yang aku ikut orang ..SEO .. akhirnya aku sedar .. blog umpama sebuah produk ... macamana nak jual produk ni ?? Korang yang belajar di IPT atau masa sekolah dulu dalam dalam mata pelajaran PERDAGANGAN , mesti ada belajar tentang PEMASARAN ... sangat asas ...

Tapi sayangnya ... blogger baru baru nak naik ni , nak ikut jalan mudah ... tamo susah .. tau tau jerit " kenapa takde orang nak masuk blog aku ? tak bestkah ? " .. ko ingat pembaca tau kee blog ko tu wujud ? 'IKLANKAN PRODUK " korang tuu... kasi dunia ni tau tentang kewujudan blog ko tu ... Caranya ? LU PK LA SENDIRI ...

Aku bukan nak berlagak .. aku pernah berada di tempat korang ... pernah sehari 5 orang je masuk ... atau takde langsung ... Apa yang aku buat ?? Jgn tanya aku... Tanya diri korang sendiri .. ;)

Camana la ini boleh berlaku ?

Siri jelajah aku berjalan dengan lancar .. Penat gak menjelajah ni ... Terasa cam menjelajah dunia lak ... huhu...

Dalam menjelajah ni , macam macam blog aku jumpa .. Teringin sekali nak buat review tentang blog mereka tapi aku takut lak tak kena gaya .. Ada jugak aku nak review pun tak sampai hati ... Paling teruk sekali .. aku tak tau camana nak review blog diorg ...Jadi aku biarkan dulu .. kot kot nanti ada idea , boleh aku jelajah sekali lagi ...

Dok pusing p pusing mai .. setiap blog aku review aku kena tinggalkan komen untuk bagitau pada empunya blog yang aku telah membuat review ttg blognya dan tuan punya blog tu hendaklah ( kalau rajin ) membalas komen tu jika ada sebarang pembetulan atau kenyataan tidak benar mengenai review tersebut ..

Ada sekali tu ...punya la aku beria menulis komen di 'blog' orang tu untuk bagitau yang aku dh review blognya lalu aku pun tekan la enter... heheh..puas hati aku ... Tapi bila aku betul2 ... aku perati betul2 ... laaaaaa .... aku komen kat blog aku sendiri ! hahahaha..bengong..

P/s : kalau nak aku jelajah blog korang ( yg belum ) , pastikan dah ada link blog aku di blog korang .. senang nak jejak ...tqqq

Jelajah Blog : Lukisan Hati

Blog yang penuh dengan ciri ciri keIslaman .. Kalau nak melarikan diri dari blog blog yang kebiasaan korang pergi , blog ni boleh menghilangkan tensen sebentar ..

Mudah je penceritaannya dalam blog ni .. Takde nak pusing sana sini .. Terus pada topiknya .. Background yang simple dan pasti korang tak perlu besarkan bijik mata bila berada dalam blog ni.

Pemilik blog ni ... mengelarkan dirinya Chit -Ana .. Aku rasa dia orang Kelantan dan belajar di Shah Alam ... Kan ana kan ? Kalau salah tolong betulkan yer ..

Ada banyak isu juga yang dia ceritakan dalam blognyer ... Mmg rileks sekali blog dia ..

Nak jelajah ? Jomm >> LUKISAN HATI

Jelajah Blog : Little Sharing Space

Hehe.. ini blog ibu sedang membesarkan anaknya ... Blog masakkan pun yer gak ...Baru lagi dalam dunia blog tapi sedang berkembang dengan jayanya .. Perghh..sekejap je dah ada empayarnya sendiri .. Tula kelebihan blog ibu ibu ni ... Geng geng diorng ni ramai wooo... meriah sekali ...

Kalau nak tau .. inilah blog bos aku ... Nama dia ? Korang carik sendiri dalam blog tu .. ORangnya ? Sempoi .. Dia hanya berblog bila ada masa ..yakni bila anaknya dah tido dan waktu lunch .. tk macam aku ... hahahaha.. tak kira masa ...

Selain pasal ibu ibu dan masakan , ada jugak dia menceritakan pelbagai pengalaman semasa berada di luar negara ... hehe .. dapat berjalan free wooo .. sonok sonok

Pe lagi .. jgn tengok jeeeeee ...singgah la sat .. >> LITTLE SHARING SPACE

p/s : mana mana blog yang telah meletakkan link blog aku dalam blog list nya , akan aku jelajah .. tolong bagitau pada aku yer ... tinggalkan komen yer ..tqqqq ...

Jelajah Blog : Katanya Azila

Waaa..blog sapakah ini ??? Mesti korang tertanya tanya kan .. Tak tertanya pun tak pe ..aku nak bagi korang tertanya tanya gak ..hahaha...

Empunya blog ni dah lama berblog ..lebih awal dari blog aku ... cuma tidak terlalu aktif kerana terlalu bz dan laptop seringkali dimonopoli dek suaminya..katanya laa..bukan kata aku pun ..

Blog berwarna biru gelap ni , masih belum banyak entri .. baru nak hidup gitu ..tapi katanya ,blog ini cuma tempat nak melepaskan tensen saja.. bukan nak berglemer gitu ..

Coretannya juga agak simple tapi penuh emosi ..sebab tu post entri .. katanya laa..bukan kata aku lagi .. Bila nak post entri , mesti beremosi dulu..baru boleh post ..tapi bila dah cool down , tak boleh nak post dah ... sebab dah cool...camana tu ? Kalau akuu ... huh..tengah emosi tu , 10 pages aku buat..bila dah cool ... jadi 20 pages...lagi best kan ?

Ok...pemilik blog ni namanya AZILA ... iaitu wife aku sendiri ..hehehe... saja nak perkenalkan kat korang .. ahaks ...

kalau teringin nak jelajah , amat dialukan >> katanyaAzila

Lrt : Kau membunuh Ku.. Sekali lagi

Apakah perbezaan bas mini dengan lrt ?? Kepantasan ? Tidak mungkin .. Selesa ... pun tidak ... Jadi apa ? Bagi aku ... TIADA ...T.I.A.D.A

Pantas ? Mana ada pantas ... memula dulu yer .. skang ? ' Terhenjut henjut' pergerakkannya .. nampak cam pantas sebab takde traffic jam .. Tapi tu pun kena tunggu lama ..dalam 10 -15 minit .. kalau bukan waktu kemuncak ? Mau dekat 20 minit gak menunggu ..

Selesa ? heheh... tempat duduk besi tu selesa ?? Huhuh... kematu je bontot kalau dari hujung stsn ke hujung stsn yang satu lagi .. kalau dekat boleh la ..tak sempat panas lagi ..

Murah ? Neh ... sama je cam harga bas mini dulu dulu .. aku sempat merasa la gak tambang bas mini yang dah naik sampai mencecah rm1 .. kot ...masa tu...

Hari ni ... aku benar benar seperti naik bas mini zaman sekolah dulu ... Bayangkan gerabak aku tu , tkde lampu dan tak ada pendingin hawa !!!!! Orang dah penuh ... Berdiri .. camana tu ? Nasib baik tak macam sardin .. kalau tak sah sah aku dah bau cam sardin diperam 10 tahun !

Setiap kali pintu lrt dibuka setiap kali tu laaa aku sedut nafas ..terasa segar walaupun penuh debu ! .. bila tutup balik maka aku bernafas seperti ikan terdampar di daratan .. huh..

Huh ... camana ni servis ??? takkan nak report gak ? Kena la baiki perkhidmatan skit... kitorang bayar cash ! Bukannya hutang ... adoiii

Serasa ingin mengalir airmata ini ..

Bila teringat rancangan rancangan melibatkan arwah Din Beramboi , terasa sayu sungguh ... ingin bergelinangan je air mata ni bila melihat keletah dan gelak tawa beliau .. Walaupun ramai tak berkenan tapi tak semestinya mereka membenci ..tapi tak pe la ..itu semua kisah lalu .. aku pasti selepas ini ramai akan merindui Din Beramboi ..

Al-Fatihah ...

Takziah dari BEN ASHAARI BLOG

Terkejut ! Tu yang mampu aku beritahu ..tak sangka tahun ni beliau yang 'meletup' pada tahun ini telah kembali padaNYA ..

Aku dapat perkhabaran ini dari entri entri blogger yang berkambung di GENGBLOGGER.COM .. Serasa macam tak percaya jer .. seolah baru semalam je menonton rancangannya di tv .. Ermm..

Itulah yang aku sering fikirkan ... kita ini seumpama sebuah robot ... sedang bergerak elok ke kiri ke kanan , tapi tak sedar bila bila masa saja bateri boleh habis atau bila bila masa saja , Pemilik robot akan menekan butang 'off' ... Tu pun masih ramai lagi yang tak sedar .. Bergembira seolah olah tiada hari esok ..

Macam malam semalam ..berapa ramai manusia berkampung dalam disko .. bergelak ketawa sambil meneguk air kencing syaitan tanpa rasa bersalah .. Memeluk erat perempuan yang bukan muhrimnya ... Yang wanitanya dengan bangganya mendedahkan tubuh badannya yang mana tidak sedarkah nanti batang tubuhnya bakal menjadi kayu api di neraka kelak ??

Aku takut ... setiap hari aku takut memikirkan kematian .. Aku bukan takut mati .. tapi aku takutkan dosa dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini ... Dosa dosa yang akan aku bawa ke dalam kubur kelak ...

Ya Allah Ya Tuhan ku .... Ampuni segala dosa dosa ku ini ... Aku bertaubat pada MU , YA ALLAH .. Ampuni segala dosa dosa ahli keluarga ku ... Ampunilah segala dosa dosa saudara mara seagamaku , Ya Allah ...

Di subuh hening ini ... pemergian DIN BERAMBOI , membawa seribu makna tersendiri .. Takziah buat keluarga DIN BERAMBOI ... Semoga Allah mencucuri rahmat pada rohnya ..

Amin ....

Tak sedar apa !

Fuhhh..baru tersedar ni .. ni pun sebab wife kejut ... Aku terlena semalam dari kul 8 sampai 430 tadi .. Lama giler tido ... Biasa kalau aku nak tidur pon mesti dalam kul 1 pagi gitu ... ni sudah rekod .. hehe .. nampak sangat aku kepenatan minda.. Fizikal tak pulak .. Nasib baik makan malam pun dengan roti sandwich ..

Wife pun kepenatan gak selepas bertugas untuk Majlis Profesor Diraja di PICC , Putrajaya.. Penat berdiri katanya.. siannn ... Ni tadi baru berborak jap ... dari semalam tak berborak sebab aku dah terlena .. hahahaha... dia mintak aku tolong urutkan kaki dia yang lenguh .. Dia kata aku sempat 'letupkan' 3 batang jari kaki dia je... pastu dengar dah bunyi keretapi bergerak ke utara... Adeh ..

Ni aku online sambil tengok blog blog rakan .. Em.. ada blogger dah mulakan segmen Jelajah bJustify Fulllog .. aku tak pasti camana sambutan dia .. Blogger pertama yang aku jelajah , NUR SARAH PUTERI , dah mula bergerak ... " Good luck to u " ... Kena rajin jengok blog orang lama ... Network tu penting .. Orang lama ni banyak infomasi dan pengalaman .. Tak rugi curik ilmu dari diorng ni ... kan MAT GEBU kan ...

Setakat aku berkecimpung dlm arena blogging ni , ramai blogger blogger lama yang aku dah kenal... Semuanya bermula dengan MAT GEBU .. Kebanyakkan blogger blogger lama ni berkarya mengenai masakan ... Mmg rajin giler diorng ni ... Yelah kan , makan ... setiap ari orang makan ... Mesti macam macam idea kan ... Dasat dasat ..

Segmen yang aku baru mulakan , JELAJAH BLOG ,telah berjaya menemukan 3 blogger kamcing , KAK JIE , KAK INTAN dan KAK UMMI di samping 'chief de mission' diorang yakni MAT GEBU ... Kira bermanfaat gak ehh ..

Aku boleh katakan , punca 'meletupnya ' blog ini adalah kerana MAT GEBU .. kalau tak , sampai skang blog ni masih dibawah tahap merangkak lagi... skang ni boleh la dianggap bertatih dah ... hehe... Terima kasih daun keladi untuk MAT GEBU ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI