Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 8 Mei 2010

Dengki Kat BEN ASHAARI ?

Haih ..toksah dengki haih ...

Semalam ada sorang sahabat yang amat baik orgnya telah menYM aku... Dia bagitau aku ..... ada blogger menyampah tengok aku .. Aku pun pelik gak .. Aku tak penah masuk blog dia.. tak penah chat ngan dia atau pun meninggalkan 'tahi' di blognya .. Tapi kenapa begitu ? Jangan la gitu ...

Dia bilang dia menyampah tengok gambar aku ada kat mana mana blog skang ni .. lebih lebih lagi blog masakan ... Asal dia masuk je sana , mesti jumpa muka aku ... Aku nak wat camana kan ? Dah diorng letak ... Tengok je la ... Kalau tak suka tengok , skip je la entri tu ... takde paksaan pun ... kan kan ..

Banyak sebab aku suh letak header blog aku dalam setiap entri yang aku suh buat ... dari situ ramai blogger leh tau bahawa blog tu adalah blog pernah terlibat dengan BEN ASHAARI BLOG .. kenapa ??? Sebab dia penah buat entri berkaitan dengan BEN ASHAARI BLOG ...betui tak ? Kira dah jadi geng la ni ...

Hurm ... entah ler ...


KELAB BLOGGER di FACEBOOK

Paling mudah untuk anda promote blog di FACEBOOK .. di sini .. Win win situation.. Jika nak tingkatkan traffik korang , ni adalah antara caranya ..

Semua blogger mesti invite kawan kawan dalam FB dia untuk ke KELAB ini .. Bayangkan satu blogger invite 100 orang ... 10 blogger dah berapa ?

Kalau korang update blog dan kemudiannya update di KELAB BLOGGER , sapa yang untung ? Ini adalah alternatif selain di GENGBLOGGER ...kena ingat , yang masuk GB majoriti adalah blogger sendiri ..

Jika di KELAB BLOGGER , mereka akan jadi silent reader untuk para blogger ... Jadi skarang , terpulang pada korang nak bersatu atau tidak ... bukan susah pun ... invite je diorng ..

KELAB PEMINAT NOVEL dah mencecah 20 ribu , takkan KELAB BLOGGER khas buat blogger hanya ribu jer ?

Nganga lagi ???? Jangan kata aku tak kongsi idea .. dah kongsi dan sekarang terpulang pada korang sendiri .. INVITE KELAB BLOGGER ...

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.

sumber : DRMAZA.COM

BEN ASHAARI : bila dah bagi untuk PIALA DUNIA , pasni semua sukan nak berjudi .. termasuk pilihanraya .. sapa menang sapa kalah .. bagi lesen sementara ... Hurmm .. kerajaan dah takde duit kah ? Kalau takde , potong je elaun dan gaji menteri menteri tu .. asik rakyat je kena potong...kan kan

Tiga Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Blog

Mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ini .. ada 3 jenis tanda yang pasti digunakan oleh blogger .. Kena ingat , majoriti penulis blog bukanlah penulis profesional ...

3 tanda tersebut ialah

  • ?
  • !
  • ...
Ramai pembaca blog atau blogger sendiri membaca entri entri di blog lain dgn tidak berhati hati .. Sebagai contoh tadi aku mengeluarkan satu artikal agama berkaitan dengan Hari Ibu - Sambutan Hari ibu Haram ?

Nampak tak ada tanda soal (? ) .. Ini merupakan satu pertanyaan dan bukannya ayat penyata .. Jadi pembaca kena baca dengan berhati hati dan penuh teliti .. Baca dengan akal fikiran dan bukannya dengan mata kasar ..

Bila tak habis baca , maka keluarlah komen yang agak emo .. Dengan menyatakan berkenaan kereta , kapal terbang , minyak ...gereja ... adakah semua itu haram ? Haih ... Sebab tu kena baca betul betul ...

NIAT .. niat penggunaan tu.. niat sambutan tu .. Kalau kata HARI IBU disambut sebab semua orang sambut , tang mana niat tu ? Adakah kerana ibu atau kerana orang lain pun buat ? Kita solat sebab kita disuruh atau sebab orang lain solat ?? Mana satu niat tu ?

Kereta , kapal terbang , senjata api.. semua tu orang kafir buat ... orang kafir ni sapa ? Adakah mereka ni kaum yang dilaknat Allah ? Mereka ucap selamat pada kita pun kita wajib jawab , tahu tak ... Hari ni mereka kafir ,esok lusa? Kalau mereka dibukakan hati oleh Allah , camana ?

Zaman Nabi S.A.W ,unta dan kuda digunakan sebagai kenderaan ... Nabi gunakan jugak kan ? Orang yahudi ? Guna tak ? Kalau zaman tu ada kereta .. rasanya Nabi guna tak ? Itu namanya TEKNOLOGI mengikut zaman...

Komputer .. perisian komputer .. FACEBOOK .. BLOG.. sapa buat ? orang islamkah ? Kita gunakan semua tu ke arah jalan Allah ... Yang benar .. Kalau buat FACEBOOK lalu digunakan untk mencari awek , buat maksiat .. apakah hukumnya ? Blog digunakan untuk caci maki .. Apakah hukumnya ?

Kereta .. kalau korang beli kereta kerana nak berlagak korang mampu , apakah hukumnya ? Kalau beli kereta kerana nak g kerja , bukankah itu ibadah ? Sbb tu bila baca sesuatu artikal agama , kena betul betul baca ... Kena buka minda dan berfikir ..

Hari IBU dibuat orang orang kafir dulu kerana apa ? Ada tertulis di entri sebelum ni .. Begitu juga HARI KEKASIH ... HARI KESYUKURAN ... dan banyak lagi ... kita jgn buta tuli main ikut je... Nak sayang ibu , sayanglah bila bila pun..nak bagi hadiah , tunggu hari ibukah atau pada harijadnya ? Ada duit , bagi je la ..

Ini cuma pendapat aku yang amatur ... nak terima atau tidak , terpulang tapi inilah pemikiran aku ... ISLAM itu LUAS DAN INDAH ... Jgn sempitkan ...

HARI KEMERDEKAAN disambut setiap 31 Ogos .. disambut kerana apa ? Ada yang tak tau .. diorng jerit merdeka , kita jerit pun jerita je la ...

HARI RAYA AIDILFITRI ... disambut kenapa ? Pesta kah ? Puasa tidak tapi nak beraya ?

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU ...

Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.


sumber : KELAB FIQH DAN SUNNAH FACEBOOK

Kategori BLOG LIST - Dibuka Kembali ..TERHAD

Jika korang nak menambah 'pendapatan' (trafik ) dengan secara tidak langsung , korang leh 'mohon' untuk berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

Untuk kategori MERAH :

Syarat-syaratnya ,

1) mempunyai 500 follower keatas ...
2) entri
- header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : Saya ingin berada di dalam blog list kategori MERAH kerana ...


Untuk kategori PINK :

Syarat-syaratnya ,

1) khas buat blog ibu ibu ...

2) entri
- header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : Saya ingin berada di dalam blog list kategori PINK kerana ...

Untuk kategori KUNING :

Syarat-syaratnya ,

1) mempunyai 300 follower keatas ...
2) entri
- header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : Saya ingin berada di dalam blog list kategori KUNING kerana

Untuk kategori HIJAU :

Syarat-syaratnya ,

1) mempunyai 300 follower ke bawah ...

2) entri
- header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana ...


Kenapa aku buat gini ? Dalam blog aku ni takde dah sangat iklan ... tak de la nak semak sangat pon ... jadi satu entri di main page saja .. lepas pembaca baca entri pasti dia akan melihat blog list terkini .. Hanya entri terkini akan berada dalam top 5 teratas .. takkan nampak blog lain .. satu kelebihan buat blog yang rajin update ... maka trafik mudah buat blog tersebut ..

Terbukti berkesan .. Tak caya g tanya sendiri ..

p/s : senarai yg ada ni takkan kekal .. jika kurang aktif , akan di delete... senantiasa dipantau .. Hanya blogger yang rajin update akan berada dalam list tersebut .. Baru mencabar kan ..

PERINGATAN : DIBUKA SEHINGGA TENGAH MALAM INI - 8/5/2010 .. SEGERA DAN TERHAD ..PASTI KAN ADA ENTRI DAN MENGIKUT ATURAN ..

PASTE URL ENTRI ANDA DI BAHAGIAN KOMEN !! KALAU TEMPAT LAIN , AKU TAK BERTANGGUNGJAWAB.. TIDAK DILAYAN ..

Jelajah Blog : Borak Kosong

Sebuah blog yang agak baru dilahirkan ... Boleh dilihat dari followernya kerana semalam aku follower dia namun tidak ada sapa yang add dia selepas tu .. ermm ... tak pe ... muda lagi ..

Blog sahabat kita ni , DEDI YUSTIN ... ok ...masalah ? Ada satu... tapi aku tak nak tulis kat sini ... kalau rajin add aku dalam YM yer ... BENASHAARI@YAHOO.COM ...

Kenapa ? Sebab aku boleh nampak blog ni pergi lagi jauh ...Idea dia semua ok tapi tula ... ada yang perlu diperbetulkan sedikit la... tu kalau dia berminat ... selain dari tu ....kekemasan , ok dah ... kemas ...

OK .. aku nak korang g komen gak ek .. JOm kita g jelajah blog dia >> BORAK KOSONG

Macam Macam Cara Si Jahil Nak Kaya !

Sapa taknak kaya kan ? Tapi aku tknk .. Aku hanya nk ber'wang'... senantiasa berduit..kaya tp penuh hutang wat pe kan...

Zaman sekarang ni zaman teknologi tinggi.. semua mudah..sehinggakan terlalu mudah nk dptkn $$ ... Klik klik klik dah dapat wang.Dasatkan? Bukak mulut pon dah dpt $$..Tapi ada suka guna jalan sukar lagi syirik yakni nombor ekor..Siap sampai boleh puja memuja kubur gitu...

Di Malaysia, antara cara mudah ialah dengan berjudi.. Hurmm..Abis semua duit kerana asyik berjudi..Bila dah kalah besar, berhutang maka dijual lak 'isteri'nya.. Haih..dah terseksa batin dek perangai laki dia ditambahkan lg dengan 'dijual' .. Dah semakin hilang nilai nilai kemanusiaan kita sekarang ni..

Terbaru ...Di Burundi, Kenya...sapa nk kaya dan berjaya , sila dapatkan anggota tubuh badan manusia albino...Akibat dari kepercayaan karut tu , Beberapa penyerang di Burundi dilaporkan memotong anggota badan seorang kanak-kanak albino berusia lima tahun dan mengorek mata ibunya atas kepercayaan bahagian badan mereka mampu memberikan kekayaan serta kejayaan...(sumber Utusan Online)..

Camana tu? Camana korang nk kaya ??
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI