Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 Mei 2010

Adus .. Terasa Kerdilnya ..

Tadi aku ada bergossip ngan blogger otai .. kekekeke... ;)

Kemudian dia ada bagi aku beberapa link blog blogger otai .. huhu .. aku pun baca laaa .. perghhhhhh.. dasat dasat ... sungguh dasat .. bukan dasat dari segi trafik tapi dasat dari segi penulisan ...

Aku rasa dulu aku pernah la masuk beberapa blog tersebut tapi tak perasan tentang entrinya .. Hurmm ... Banyak yang kita tak tau di zaman tu ... sekitar tahun 2000 gitu .. Tapi ada yang kata zaman sebelum tu .. 'tripod' dan 'geocites' dikira blog .. atau jurnal .. kalau benarlah itu dikatakannya .. maka aku telah lama la ada blog .. hahaha... dulu aku ada web aku sendiri dengan menggunakan domain 'tripod' ... aku bercerita dan membuat cerpen jiwang dalam tu ... siap letak guestbook lagi .. kira zaman tu guestbook tu ala ala komen la ... ramai gak yg baca .. Aku rasa sebelum tahun 2000 lagi aku dah buat web tu .. free je masa tu ..

Tapi bila dikategorikan blog di zaman ni , ermm .. aku rasa mmg terlalu jauh banyak bezanya dengan blog aku ni .. blog aku ni kira dok main main tepi pantai .. tak berani nak masuk ke dalam laut .. Dan satu lagi yang jadi isu ialah bab iklan ..

Ramai blogger lama kurang senang dengan iklan ... Iklan merosakkan keikhlasan berblog ... ermm ... Aku tak nafikan semua tu ..tapi kalau boleh menjana pendapatan sampingan , apa salahnya .. Kebanyakkan yang ada blog ni pelajar dan juga suri rumah .. Mereka boleh mendapat wang sampingan .. Berbanding yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap , bolehlah membuat blog sebagai satu platform yang serius untuk menulis ...

Aku ? buat masa sekarang .. blog aku adalah kajian aku .. samada demi $$ atau ikhlas ... aku nak cuba $$ ni terlebih dahulu .. kalau benar la seperti yang dikompangkan oleh 'makcik' dan 'pakcik' tu ,berblog boleh kaya maka mmg berbaloi berblog demi $$ .. kalau gitu gitu aja.. hehe.. terpulang pada korang sendiri ... kan kan ....

Yeahooo.. aku follower ke 100

Tidak ku sangkaa ... aku dapat no 100 ... lalalala ... dijemput untuk memfollow blog dia secara berhemah .. tamo guna i follow u , u follow me .. hehee .. kita tukar cara itu ..

Terima kasih laaaaaaaaaaaaaaa kepada THE PRINCES OF DAIRY kerana sudi menjemput aku untuk memfollow blognya ... Tidak tergambar betapa riangnya hati ini kerana ada blogger sanggup buat entri untuk aku follow blog dia ... aku saja buat gitu nak tengok , ada tak blogger sanggup ... Ternyata ada yang sanggup ... kenapa ? hehehe.. rahsia kejayaan blog terletak kepada keramahan dan kejujuran blogger itu sendiri ..

Sekali lagi... terima kasih ... THE PRINCES OF DAIRY

Kes Parah - Cerita KOREA dan FOLLOWER

Hadoi ... camana aku nak update blog malam ni ??? Wife dah bunyi sound siren .. suh turun layan citer KOREA ngan dia ... Aku bukan tak suka .. aku takut nanti tak tidur malam sebab layan sampai abis .. hahahaha ...

Tak pe la... asik asik blog je kan ..korang pun nyampah tengok entri aku ni ... Maka inilah entri terakhir aku untuk malam ni ... Selamat malam .. dan SALAM buat semua sahabat sahabat yang senantiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi pada blog BEN ASHAARI ..

Oh ya .. pada yang berminat nak aku follow blog dia .. ;) mudah ..

Buat satu entri ..letak header BEN ASHAARI BLOG ... tulis .. BEN ASHAARI !!! FOLLOW AKU SKANG GAK !! kemudian paste link entri tu kat sini .. serta merta aku followwwwwww .... jgn lupa .. link entri tu ke sini sekali ... tajuk tu haaa ..

Ok .. niteeeee...

Pertandingan BEN ASHAARI BLOG

OK ... ini kali kedua aku nak buat pertandingan .. Sangat mudah ... Korang tak payah nak cari pengundi .. aku sendiri akan adili .... Nama pertandingan ialah MARI JELAJAH BLOG BEN ASHAARI ..

Dibuka kepada semua .. Tarikh tutup .. 16/5/2010 ... JUARA ? Tiada wang tunai ... CUMA ...

JUARA akan menerima promosi percuma selama SEMINGGU di ... di mana ???

1 ) blog listnya sendiri !! dibawah blog list BEN ASHAARI ... g tgk kat bawah tu... hehehe..

Selain dari tu ... HEADER BLOGNYA akan dinaikkan di dalam KELAB BEN ASHAARI BLOG di FACEBOOK dan dibenarkan mempromosi setiap kali dia mempunya entri terbaru ...

Dan yang terakhir ... Dia dibenarkan mempromosi blognya dia BEN ASHAARI II di FACEBOOK yang mana , jumlah friends nya melebihi 5 ribu orang ! ... Trafik mudah bukan ?

Bonus ?? HEADER BLOGnya akan dinaiikan di KELAB BLOGGER selama .. sehari jer ... tu bonus ... ok pe ?? Promosi percuma tuuuu ...

Tidak lupa ... ENTRI KHAS JELAJAH BLOG JUARA ... ;)

Manakala 5 blog terbaik akan di letakkan dalam satu blog list khas selama seminggu ... seminggu leh promote kaw kaw wooo ... amacam ??? Berminat ??

Mudah jer ... camana nak buat ek ?? buat satu entri ..

1 )letak HEADER BEN ASHAARI BLOG

2) Ceritakan dengan lengkap BEN ASHAARI BLOG dari mula dia berblog sehingga sekarang .. LENGKAP .. dengan segala latar belakang ... gunakan SEARCH GOOGLE tu haa

Tu jer .. bukan susah pun ... ni namanya JELAJAH BEN ASHAARI ...ok tak ? Sebarang pertanyaan .. sila add YM BENASHAARI@YAHOO.COM

Jgn lupa paste url entri korang yang nak masuk pertandingan ni , di bahagian komen tu haa...

PERTANDINGAN BERMULA .... SEKARANG .....11..00AM : 9/5/2010

Rokok Merbahayakan Nyawa !

Sapa laa suka merokok ek... Dah diberitahu ia haram pun masih merokok .. Tapi sedarkah ,selain merokok boleh merosakkan organ dalaman seseorang manusia ianya juga boleh mengundang ketidakwarasan si penyedut asap beracun tu ..

Selain tu , bau mulut yang.. ermm .. bau nafas yang cam bau loji penapis najis ... serius .. jgn marah ar .. tak caya tanya orang yang sering korang berkomunikasi dengannya.. Ada bau haruman tak ?

Semalam , gara gara mintak sebatang rokok , adik nak bunuh abangnya .. Camana tu ? baru mintak sebatang.. pinjam lak tu .. kalau sekotak ? Aku rasa abang dia mesti kena ikat dek bom buatan sendiri satu badan ! ... Giler ... dah tau takde rokok . .jgn la isap rokok ...

Best sangatkah merokok ?? Aku pun pelik ar ... hurmmm... byk duit sangat noooo ... jom g jelajah >> HMETRO

Sangat Menyedihkan .. Hentikannya ..

Aku baru dapat tau .. bahawa sesungguhnya 'dia' itu tidak layak di hormati oleh blogger blogger lain .. Mempunyai satu perasaan yang tidak patut ada dalam setiap individu terutama beragama ISLAM ..

Disebabkan kes itu , aku telah menarik semua kembali entri entri berkaitan dengan dia kerana dia tidak selayaknya menjadi idola blogger blogger lain .. huh .. kesian .. Aku rasa dia terancam dengan kewujudan puluhan ribu blog yang bagus kot ..

Sampai terpaksa main kotor gitu .. heheh.. dasat dasat... Apa pun , selamat berblogging kawan kawan .. Kita biar je dia je kaya raya .. hahaha ... Melayu oh melayu

SEGMEN KHAS BEN ASHAARI : BLOG PILIHAN

Taraaaaaaaaaaaaa... nampak tak ? aku baru wujudkan satu lagi segmena khas .. yang ni sehari sekali jer ... tak leh banyak banyak ...

Segmen ni diberi BEN ASHAARI kata HEADER AKU CUN ... Apakah kelebihannya ?? Tuuuuuuuu.. kat bawah tuu ... aku akan letak header dia sepanjang hari.. 24 jam ... taraaaaa...

Promosi berpanjangan ... Nak join ??? Heheheh

Berminat ? Letak je url blog korang kat sini .. pastikan blog korang mempunya header yang cun .. Jika aku rasa cun ... aku akan beritahu tinggalkan komen di blog korang ... Maka korang kena buat entri cam DARKMAN buat tu .. hehehe .. mudah kan ??

BEN jy OH BEN jy

Hurm.. buat keje tak ingat kat mak ! Bila dah kena .. baru nak menyesal ... Mak dia , seniwati Azean Irdawaty cukup terseksa mengenangkan anak dia tu .. Bersalah atau tidak , mereka dah buat keputusan untuk menghantar dia ke pusat pemulihan ... Kenapa dia dihantar ke sana , hanya 'mereka' saja yang tahu ..

Azean merayu untuk dipertemukan dengan anaknya .. ermm .. kesian bukan ... Aku pun kesian .. Tapi kan .. aku nak gak tau perasaan perasaan setiap ibu ibu yang mana anak mereka tu , menjadi penagih dadah ! Dari mana datangnya dadah dadah tu ? Dari pengedar dan pembuat dadah tu sendiri bukan ? Sapa dia tu ? Haih ...

Azean merintih untuk berjumpa anak dia sebab dia tak tau bila dia akan mati .. Betul... Sama gak dengan setiap ibu ibu lain tu .. Mereka tak tau bila mereka akan mati .. hati mereka mati bila mengetahui anak mereka itu penagih dadah ! Apa yang anak mereka lakukan pada ibu mereka untuk mendapatkan bekalan dadah ! Nak tau ?? Baca kat sini ..

Ada banyak lagi .. Aku bukan tak kesian kat dia .. Aku adalah salah seorang peminat dia .. tapi dia kena sedar , perbuatan anak dia tu menyalahi undang undang .. Kalau dia tak bersalah atau polis nak aniaya dia , kenapa dia yang jadi sasaran ?? Dia bukan anak jutawan ? Kenapa tidak orang lain ? Hurmm ...

Maaf dari aku .. aku bukan nak sindir atau nak menjatuhkan sesiapa .. kita semua serupa .. Tidak sepatutnya wujud double standard dalam kes kes gini .. Kalau orang biasa , lama dah kena gantung ... bersyukurlah .. 2 tahun jer... kejap je .. Apa apa pun berdoa agar kita semua selamat di dunia dan akhirat .. Bawak bawak bertaubat ... Setiap kejadian , ada hikmahnya ..

'Hadiah' Anak Derhaka Pada Ibunya ..

Hurmm .. macam macam cara dibuat bagi meraikan ibu tersayang .. samada pada hari lahirnya , ulangtahun perkahwinan mereka dan tidak lupa juga pada Hari IBU .. Mempunyai anak yang baik dan soleh , adalah harapan serta doa setiap ibu bapa .. Mereka tidak minta balasan .. Cukuplah dengan menghormati mereka . Bonus bagi mereka jika anak tersebut sudi menjaga mereka di kala tua nanti ...

Tetapi tidak semua anak begitu ... Jika tersalah didikan dan asuhan ditambah lagi dengan bersahabat dengan 'syaitan' maka , satu kekecewaan di hati mereka ( ibubapa ) ..

“Selain selalu dimarahi dan dimaki, anak sulung saya yang terlalu percayakan bomoh mengurung saya di bilik bahagian dapur dan selepas enam bulan dikurung dia menghantar saya ke pusat jagaan orang tua,” ...

“Waktu anak saya balik, saya ingat dapatlah mengadu nasib kepadanya tetapi lain pula terjadi. Dia lebih percaya cakap isterinya dan terus mengurung saya di dalam sebuah bilik di dapur. Saya hanya diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada malam,”

“Saya menahan serangannya, menyebabkan lengan saya luka teruk akibat dikelar,” ...

“BIAR kau mampus cepat, orang tua!” Itu antara kata-kata anak lelaki tunggalnya ... Bagi Besah, kejadian kepalanya dihantukkan ke lantai dapur oleh anak sehingga lebam dan bengkak seluruh muka tidak akan dilupai hingga ke akhir hayat. ..

"SAYA dibuang macam sampah di perhentian bas,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 87, menceritakan punca dia kini menumpang kasih di sebuah pusat jagaan orang tua...

Itulah hadiah anak anak 'derhaka' kepada ibu mereka .. banyak lagi ... Tapi tahukah korang bahawa ... kesemua ibu ibu ini memaafkan segala dosa mereka itu ! Betapa mulianya hati seorang ibu .... hurmm ...


Untuk berita lebih lanjut >> sini


Senarai JELAJAH BLOG untuk bulan MEI / JUN

http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/2010/05/saya-mahu-ben-ashaari-jelajah-blog-saya.html

Pada yang berminat nak join , sila buat entri seperti berikut :

Segmen Jelajah BLOG dibuka semula ! Untuk bulan MEI /JUN ..

Syaratnya amat mudah sekali :

1 ) Header BEN ASHAARI BLOG

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi best ...

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini

Kemudian pastekan link anda di sini ... tu jeeee.. mudah bukan ??? hehehe ... sapa cepat dia duluuuu

SILA LETAK KATEGORI ANDA : JELAJAH BLOG IBU / JELAJAH BLOG

p/s : bila dalam list , harap bersabar ... bukan terus terus buat tau !

Cabaran Sebagai Blogger ..

BLOGGER .. Sapa yg patut digelar blogger ? Hanya kerana ada blog maka dia layak digelar blogger ? Bagi aku ... Sapa rasa dia tu blogger , maka dia blogger la ... Seperti manusia juga.. sapa rasa dia manusia la kan .. takkan nak kata dia alien ... hehe...

Setelah hampir 7 bulan berblog .. dari hijau sampai ke kuning .. Dari ' teriak' sehinggalah skang ni hanya mampu sebut 'mama' ..aku telah dapat secubit pengalaman berguna sebagai 'blogger mentah' ..

CEMBURU ? Satu perasaan yang mmg wujud dalam setiap hati blogger ... kan kan ? Cemburu yang bagus membawa satu perubahan kepada blognya ... Apa itu cemburu yang bagus ...

" huh.. blog macam tu pun leh dapat ramai visitors ? "

" Simple giler ...cantiknya tidak... entri biasa biasa jer .. kalau cam ni aku pun boleh buat "

Dua contoh yang aku beri ... Buat blog ,semua orang boleh .. Nak hias blog pun ramai pon boleh .. Tapi nak tarik pembaca , berapa ramai yang boleh ? Nak bagi cantik , cari je tutorial blog... cari template blog ... Edit jer .. cantik la tu nanti ... Tapi bab entri ? Adakah rasanya diri tu mampu menulis dengan baik ? Atau menjadi blogger yang pandai menyampaikan rasa hati ?

Aku menggunakan perasaan cemburu itu menjadi satu cabaran ... DIA BOLEH AKU PUN BOLEH ! ... RED MUMMY dan JUST KHAI .. Dua buah blog popular di Malaysia yg menjadi buah mulut blogger blogger lain .. Aku masuk , aku tengok .. Hurmm .. mmg ramai pembacanya .. Bagaimana diorng buat ... Mereka telah lama bertapak dlm bidang ini ... jadi mereka telah dikenali ...

Bagaimana nak naikkan blog ni ? Adakah dengan makan tahun baru bleh terkenal ? Satu cabaran buat blogger menjadi kreatif ... Ada blogger gemar membuat pertandingan setiap minggu .. Duit dia banyak .. hahahah.. bagus gitu ... meriah senantiasa .. Nak buat pertandingan pun memerlukan idea dan kesungguhan .. Bukan sekadar $$ je tau !

Ada yang menumpang populariti blogger lama atau otai ... Jenis ni bagi aku , berlagak skit .. Rasa diri dia tu cukup ilmu dah nak tibai blogger lain disebabkan ada blogger otai backup dia .. Jenis ni jenis mangkuk tingkat plastik .. Perasan bagus .. Wujud blogger gini woo ..

Sebagai blogger .. paling utama sekali ialah kreatif dan bakat ... jika ada bakat tapi tak kreatif tak guna ... Kreatif tapi tak berbakat ? Berguna ..tapi kalau ada dua dua .. maka satu bonus ...

Kreatif dari segi pembinaan blog dan entri ... Ada blogger main kerja mudah dengan mengcopy paste artikal dari web lain .. Kira kreatif gak kan ... tapi tak berbakat ... jalan paling mudah ... Setakat ni aku tengok ramai giler blogger berbakat ... Mampu mencipta dan mengeluarkan entri entri yang menarik .. Ramai jugak yg menggunakan bakat tersebut dengan mengondemkan blogger lain .. Tu yang tak patut berlaku ..

Cabaran mendapatkan follower ?? Bagi aku.. follower akan datang sendiri ... Ini nasihat aku .. Jgn gunakan idea " I FOLLOW U , U FOLLOW ME " .. kalau dia buat gitu kat aku .. mmg aku akan follow me je la .. bukan follow u ... Pastikan korang follow kerana minat ...

Ramai follower menunjukkan blog tu popular ?? Bukan popular sebenarnya tapi satu kelebihan .. Apakah kelebihan itu ?? Korang leh tengok sendiri satu hari nanti bila korang mencecah ribu ribu follower .... Ada kelebihan dia !! Seyess... Jadi jgn pandang rendah blog yang ada ramai follower .. Aku bukan cakap sbb aku ada tapi disebabkan aku ada la aku tau ...

Akhir sekali ... cabaran mencari cerita cerita panas .... cerita cerita senantiasa orang nak baca ... Sebenarnya .. semuaaaa cerita panas ... Cabarannya ialah ... bagaimana korang nak olah cerita tersebut supaya jadi panas ! Ada yang gunakan tipudaya seperti cerita seks.. skandal ... dan byk lagi ... tu terpulang pada korang sendiri tentukan .. Tapi ingat , sekali pembaca tertipu dengan entri tu , mereka akan berfikir kembali untuk masuk ke blog korang ..

Untuk mendapatkan trafik yg tinggi pada hari ni merupakan satu cabaran ... tapi lebih tercabar bagaimana nak mengekalkan trafik yang tinggi tu pada hari hari mendatang .. Korang berblog bukan untuk hari ni saja ... hehehhe...

Dapat nasi lemak sambal kerang , letak telur goreng....pun sedap ni kan ..

Hahahaha.. Pagi Pagi Sudah Buat Aku ketawa !

Lawak lawak ...

“Sorry PDRM... silap sapu,” demikian nota ringkas ditinggalkan penjenayah dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui semula pagi semalam selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9, Shah Alam dua hari lalu... selebihnya disini ..

Jangan main main wooo ... dibantainya curi kereta Ketua Polis Selangor .. Kereta rasmi kerajaan tuuu ... Hak kerajaan ... mmg cari pasal 'penyapu' tu ..Baik tinggalkan dari teruskan niat tu .. Ada gak nanti dok menyapu dalam penjara ...

Hahahaha.. Siap tinggal nota tu .. wat lawak tul penyapu tu ..


Terkedu Sekejap ..

Aku shutdown laptop kol 9 malam tadi.. terus kuar g alamanda .. nak layan IRON MAN 2 .. sebelum tu g tukar cermin mata aku yang ari tu ada problem... dah dapat baru daah.. hahaha...

Masa ada lagi setengah jam .. aku ajak wife AL IKHSAN untuk usha seluar track ... n kasut jog kot kot ada yang murah murah ..

Sampai kat Al IKHSAN ... mmg banyak kasut murah .. aku cari yang bawah RM100 .. aku mmg berkira skit bab kasut ni sbb aku tak reti nak jaga kasut .. suka je main campak campak gitu .. Tujuan beli pun sbb nak g gym area Putrajaya ni .. Kalau kat gym tempat lama aku , pakai selipar pun ok ...

Ermm.. jumpa yang berkenan .. Brand Diadora ... belasah aja ... mintak size 9 .. adik ( juru jual perempuan ) tu pun g la carik ... Abis lak katanya ... Cari lagi yang lain ... Bila jumpa yang berkenan ... semua takde size ... aku pakai size 9 .. tak la besar sangat .. kira kalau ukur kat muka tu , muat muat je bagi yang suka kurang ajar kat aku tu .. hahaha.. gurau jer ..

Asik takde size je maka aku pun cari seluar je la .. Jumpa ... Diadora .. heheh.. RM39 .. murah ape ?? Lagi pun sedap kain dia .. Sambar je la .. Tiba tiba aku terpandang rak rak kasut .. Emmm .. aku pun ke sana ... kot kot ada kasut best ...

Waaa... murah murah tuuu ... banyak kasut bawah RM100 ... LINE 7 , UMBRO .. rambang mata jap.. tengok jam dah kul 940 malam.. show kul 10 malam.. sempat sangat .. Aku amik LINE 7 , harga tertera RM69 .. Adik tu pun g la carik... Ada size untuk aku .. aku test pakai .. Hurmmm ..Ok je la .. Apa nak harap sangatkan .. kasut murah jer..

Aku terpandang satu kasut ni .. Aku tanya wife aku .. Cantik tak kasut tu .. Dia kata cantik gak .. ADIDAS .. Ada warna oren hitam .. hehe.. aku mmg giler warna striking .. Wife dah g beratur untuk bayar ... Aku tengok jam .. 945 malam .. Aku tanya adik tu ... Sempat tak cari kasut ADIDAS ni dalam masa 5 minit ? Dia kata sempat .. Aku nak kasut tu.. hahahaha ..

Bergegas adik tu lari g cari ... tak sampai 5 minit dia datang bawak kasut tu .. Aku test pakai .. Fuhhh ..sedap dari tadi .. jauh selesa ... Untuk pengetahuan , aku last pakai sport shoes masa tingkatan 5 .. pastu untuk g main futsal..kasut aku pakai semua kasut murah giler .. janji boleh sepak ..

Sambung cita .. adik tu datang bawak kasut... Lepas aku test .. aku cakap kat dia , aku nak kasut ni ... Dia tanya nak amik dua dua ke .. Erk ...Satu cukup ler .... Yang ADIDAS tu ... hehe.. time nak bayar ... Aku tanya nak bayar debit atau kredit ? Wife suh kredit jer ..simpan cash... Ok jer.. Dia pun cari kad dia .. Aku tak dibenarkan pakai kad kredit sbb aku boros .. hahaha ...

Cari punya cari ... Kad kredit takde !! Tak bawak kah ?? Last pegang kad tu masa isi minyak .. Hurmm .. Takkan tinggal dalam kereta ?? Nak ke kereta bukan kejap .. haihh .. Aku suh wife guna debit je.. pada masa yang sama aku bagi cash gak ... kot kot mana tau tak leh pakai .. Aku mintak kunci kereta .. Aku berlari ke parking ..

Sampai kat parking kereta .. aku tercari cari mana kereta. .. Aku perasan , level yang aku g tu terang benderang .. sedangkan masa kitorang parking tadi , gelap skit ... Aku tengok tanda aras .. P5 .. Ceh.. aku parking kat P4 .. Berlari turun ke bawah ..

Peluh dah membasahi dahi .. Sampai kat kereta.. aku selongkar ...Takde dalam kereta !! Haih .. mana pulak .. Aku tak suka kes kes gini .. Kalau tengok wayang mesti tak layan punya sebab dok ingat kes ni nanti..

Aku kembali ke wife aku ... Dia dah tunggu kat luar .. dah bayar pun ... Dia tanya aku samada jumpa atau tidak .. aku jawab je la takde ... Mesti tertinggal dalam beg aku semalam .. Tak pe la.. balik nanti cari ... Aku tgk wife pegang plastik beg .. hehe ..dapat kasut baruuuuu ... leh g jogging n gym kat putrajaya nanti.. lalalalala

Padahal wife nak g beli seluar kerja kat ESPRIT tadi .. tapi memandangkan masa habis kat AL IKHSAN , maka tunda jela rancangan dia tu dulu ..

Sampai kat panggung ... dekat je ngan AL IKSAN tu .. dalam 3-4 minit je ... Kitorang masuk ler... Tempat duduk.. atas sekali ... Maka layan la cerita tuuu...

Ermm ... Kesimpulan .. Cerita IRON MAN 2 , bagi aku .. biasa jer ... Best tu best tapi belum cukup mengagumkan aku... Nak layan IP MAN lak nanti ..

Abis cerita tu .. cabut balik .. Sampai sampai rumah ... terus cari seluar n baju kerja aku semalam.. Wife g selongkar beg kerja aku ..

Jumpa ! Ada dalam poket baju aku .. hehehe .. biasa dah kes tu.. aku selalu tertinggal kad kerja dalam poket baju tu haaa ..Selamat satu kes ...kalau tak jenuh nak kena repot kat bank .. nak tunggu kad lagi.. tu pun kalau tak jatuh kat tangan orang lain .. kalau tak ?? perghhh ..

Pastu aku naik atas .. bukak laptop .. check blog ...


Terkedu aku tengok komen sebanyak tu ... adehhh ... maka skang aku nak jawab komen tu haa...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI