Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 15 Mei 2010

Blogger Cuba Jadi Batu Api ...

Ermm.. salah satu jalan mudah nak naik dalam dunia blogging ni ialah dengan cucuk mencucuk .. hurmmm..satu perbuatan yg sangat hina ... dan tidak bertamadun ... adeh ..

Sejak aku berkecimpung dalam dunia blogging ni , dah bermacam macam gaya ada nak dapatkan trafik dan juga perhatian blogger lama .. Caranya dengan menjadi reporter ... atau mencucuk / provok ..

Sampaikan dia sendiri yang sampaikan isu tu pada blogger yang terlibat ... pada masa yang sama , dia pun bantai jugak blogger tu .. camana tu ? tu satu kes .. ada kes lain , siap kononnya tiru gaya blogger lama ... ciplak itu ini tapi dia sendiri yang guna nama org yang popular tu camana ? Aku pelik tu la...

Bagi blogger blogger yang baru , nasihat aku satu ... jgn cuba menjadi batu api .. susah nanti.. kalau ko dapat trafik tinggi pun , hari ini je ko dapat.. pastu ko pasti di menyampahkan ... tak bagus gitu.. biar pelan pelan dan bermaruah naik ...

Satu lagi perasan .. ada entri yang menggunakan tajuk hot hot agar pembaca tertarik untuk masuk lalu baca..rupa rupanya ???? takde apa apa langsung .. cuma sekadar gimik ... kalau buat lawak lain la .. tapi ni takde apa apa ... betul tak ? mesti ramai menyampah bila kena tajuk yang gimik gini .. ermmm ...

Fikir fikirkan .. kalau nak naik , korang leh try guna artikal artikal yg mempunyai info.. biarlah ianya copy paste ( jgn lupa bagi kredit ) sekurangnya korang mencuba mencari apakah sebenarnya pembaca cari ....

Sapa Nak Duit ??

Hehe... ada sesiapa disini yang berminat nak buat banner ? Banner yang nak dibuat adalah berukuran seperti nun kat banner iklan di side bar tu ... hehe...

Kalau ada sesiapa berminat .. sila tinggalkan email , ym ... nanti akan ada orang contact anda .. Bagus kan aku .. bagi gak projek kat korang tu ha.. hahaha.. ok ... tu jeee

Aku ?? Jadi Juri Pertandingan Nyanyian ?? Erk ..

Tengah sedap sedap aku duk blogging ni sambil makan malam di satu majlis ( sedang berlangsung lagi ni ) , datang wife member aku suh aku ngan laki dia jadi juri pertandingan nyanyian ..

Berbekalkan pengalaman aku jadi pengkritik di sebuah rancangan realiti tv (poyos jer ) , aku menjalankan tugas aku dengan sebaik mungkin ... iaitu dengan terus berblog .. apa saja markah yang kawan aku tu bagi , aku suh dia letak sama je.. best bagi telinga di , best la kat telinga aku .. yang penting blog terus update ... camana tu ??? hahahaha ...

Sambil berblog dan memberi markah pada peserta karaoke , sebenarnya aku dok tunggu cabutan bertuah ... Harap harap dapat IPHONE .. atau tv lcd .. boleh la aku letak dalam bilik air umah aku tu kan ... hehehe ... ada ke bilik air ?? hahaha ..

Oh yaa... ada sorang sahabat tadi tanya aku nak buat GELEDAH BLOG ... erk... kalau nak cari dia , dia ada dalam blog list kategori KUNING ... hehe...sapa sapa berminat , sila daftarkan diri pada dia yer ... hehehe..

Bilaaa laa nombor aku nak naik nihhh ... 7001 nehhh ..

Peewittt ... Jom Usha Alexa Malam ni ...

Semalam
Hari ini ..
Hehe... aku perlukan rekodkan semua ni sbb mana tau satu hari nanti aku jatuh lak kan .. sekurang-kurangnya aku ada bukti yang aku pernah berada di satu tahap yang boleh la dibanggakan .. kan kan ..

Bukan nak berlagak yer ... untuk rekod aku jer ... hehe ... Pe lagi ? G la check korang punya .. Rekodkan sekali weh.. mana tau nanti korang dapat TOP 100 .. leh tahu masa yang diambil... InsyaAllah ... cepat cepat...

Mintak Izin

Tadi aku ada bagi satu mesej di KELAB BLOGGER ... mesej secara pukal ... semua dapat punyaaa... bukan personal mesej ... heheeh ..

Tujuan mesej aku tu adalah untuk meminta izin dari tuan punya blog ... Izin untuk aku gunakan gambar , header dan juga entri ( suku jer ) sekiranya menarik perhatian aku untuk aku kongsikan bersama pembaca blog aku .. Setiap gambar , header dan entri akan aku linkkan kepada tuan punya hak ... Secara tidak langsung , aku memperkenalkan blog blog kepada pembaca lain .. haaa..

Tiada niat lain selain dari itu .. Bagi aku itu adalah satu penghargaan buat mereka yang telah menyertai KELAB BLOGGER .. dan juga satu insiatif agar mereka senantiasa mengemaskini blog dengan entri entri yang berguna kepada pembaca yang lain ..

Sekiranya ada bantahan dari mana mana blog, sila beritahu pada aku ... Tiada cara lain paling mudah untuk kita sama sama berjaya dalam dunia blogging ini selain dengan cara saling berkerjasama ... kan kan .. hehehe ..

Terima kasih pada mereka yang sudi join KELAB BLOGGER ... Pada yang mereka yang belum join , tak kira blogger atau bukan blogger , sila la berbuat demikian ... :)

Bahana Tarik Tali

Skang aku baru terasa sakit sana sini .. haahha .. last aku masuk pertandingan tarik tali , ermm... 3 tahun lepas .. tu pun sempat main dua game .. balik terus pengsan .. hahaha ..

Bukan senang bai nak duduk belakang.. kalau tak silap aku , orang yang last sekali tu dipanggil anchor ... Perlu mempunyai sepasang kaki , badan dan tangan yang kuat ... Dialah pertahanan terakhir dan dia juga adalah pengerak utama .. Fuh...

Aku respek sorang member aku ni .. Mmg giler main tarik tali ..ada jeee pertandingan tiap tiap bulan .. Bagi aku , latihan tarik tali ni bukan mudah ... teknik , gaya , stamina dan fizikal amat penting ... Jika tidak kena gaya atau cara , pasti boleh mendatangkan bahaya..

Seperti aku kata tadi , ni tak pasal pasal tanpa latihan dan juga streching yang betul , aku dok sakit sana sini .. hahahaha ... adehh ... sampai bilik tadi , aku terus pengsan.. mmg penat .. baru 2 kali tarik tali ... hahahaha

Lain kali main tiup belon je dalam sukaneka BEN oiiii

GENGBLOGGER : Makluman Khas

Buat sementara waktu GENGBLOGGER sedang dalam proses mengemaskini... Jgn pelik sekiranya tak boleh masuk ...

Harap maaf dan bersabar yer .... Untuk promosi blog anda buat sementara waktu , sila gunakan KELAB BLOGGER >> http://bit.ly/dfNz9e


TERKINI : JAM 5 PETANG , GB dah OK ....

BEN ASHAARI Main Tarik Tali Wehh ..





hehehe... sapa kata aku asik berblog je ??? Ni aktiviti aku pagi ni ... Wife aku ada kursus di PD dan mereka dibolehkan membawa ahli keluarga .. Pada awal pagi mereka mengadakan aktiviti bersukan ... Hehe.. aku 'dipaksa' sertai tarik tali ni ...

Aku tak gemar tarik tali sebab memerlukan kekuatan fizikal dan teknik .. Salah tarik , silap silap boleh sakit badan wooo ...

Pertarungan sengit berlangsung pada waktu ni .. hahaha .. terpaksa mengulangi perlawanan sebab seri pada peringkat awal ... Pada perlawanan ulangan , team aku ..... teka la sendiri ek.. hahahaha ...



Apa Kata Mereka Mengenai Penaja BEN ASHAARI

RIZI-BIZ.COM .... aku perkenalkan kepada korang ... Inilah penaja aku ... Secara rasminya bersetuju menjadi penaja aku sejak minggu lepas... Beliau juga bersetuju untuk menaja jika aku hendak melakukan sebarang aktiviti pertandingan di dalam blog ... Terima kasih .. akan aku lakukan nanti.. hehehe.. tungguuuu ..

Apa kata mereka yang telah masuk dan baca mengenai penaja aku ini ??

  1. MISS MIRROR aka SAM
  2. AZAM AZIZ
  3. ATTY'S
  4. KK
  5. YANG BAIK
  6. FAZILZURA
  7. HIZAMI RAHIM
  8. AIN HAMZAH
  9. AZIEAZAH

Semalam aku minta mereka membuat satu entri khas berkaitan penaja aku ni ... Jika mereka mengulas dengan baik dan lengkap , maka mereka selayaknya akan berada di satu kategori bloglist aku yang baru .. KATEGORI EMAS . .satu satunya bloglist akan memuatkan 5 blog saja ! 5 sahaja yer ... tak perlu bersaing dengan lain lain blog ... Aku sendiri akan memilihnya ... jeng jeng jenggg

Haaa... tu je ..sapakah yang bakal menduduki di kategori emas ? tungguuuu ........

Mencari Pahala Bila Berblog ..

Salam ..

Selamat pagi geng ... Sihat ? Makan dah ? Alhamdulillah.. aku ok ...jap lagi nak g makan .. ni kat hotel ni .. hehe...

Camana pagi ni ? Mental semua ok ? Dah ilang frust semalam akibat malaysia kalah ? Aku tak frust langsung sbb dah mmg leh rasa kalah ... Malaysia masih belum setanding dgn China dari segi berpasukan ... Tapi tak pe la..dah lepas pon ... Yang penting kita menang semangat 1 MALAYSIA ..

oH yer.. semalam aku ada buat entri berkaitan dengan ketagihan dalam dunia blog ni ... ramai ingat ketagihan aku ni satu tahap melampau ... Aku bukan ketagih bermain game ... ketagih berchatting .. tapi ketagih mengeluarkan idea idea dan kata kata ... mmg kadang kadang pembaca terasa seperti aku ni terlampau tapi kalau difikir fikirkan semula berapa ramai yang telah tersenyum setiap kali membaca entri aku ? Berapa ramaikah yang ketawa setiap kali aku berkata kata dalam entri aku ini ? Bukankah membuatkan orang tersenyum dan ketawa itu satu perkara yang baik ?

aku tak perlu membuat lawak seperti lawak senario untuk membuatkan orang ketawa .. aku hanya perlu bercerita dalam blog .. cukup mudah .. pahala pun dapat kan ... Terlalu banyak cara untuk berdakwah dan berblog adalah salah cara paling mudah .. kan kan ..

OK ok.. tamo bising bising .. aku nak g makan .. jap lagi ada sukaneka lak.. hahaha... aku kat mana ? Nanti aku cerita ekk
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI