Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 17 Mei 2010

Bagaimana Aku Melakukannya ?

Salam ,

Selamat pagi ...Sihatkah ? Alhamdulillah ... , aku ok jer .. Makan pagi je belum ni .. korang ? hehe..

Ok.. semalam aku nak bukak rahsia aku bagaimana aku senantiasa mendapat trafik tinggi ... Ada sahabat tanya setiap kali dia masuk , pasti ada je orang dok membaca .. Apakah rahsia aku ??

Erm... rahsia aku ? Kesabaran dan kejujuran ... Dalam berbicara tentang perasaan , pembaca tidak mudah ditipu dan tidak suka ditipu .. Amat penting jika bercerita dengan ikhlas dan jujur .. Jujur tak semestinya 100% . .ada bahagian bahagian yang perlu ditapis ... Ok ? tu bahagian entri ..

Bagaimana dengan aku promote blog aku ??

Aku jual nasi lemak ... dan korang pun jual nasi lemak ...Nasi lemak aku ada resepi aku tersendiri dna begitu jugak korang ... Jadi bagaimana nak bersaing ? Adakah perlu kita menjual nasi lemak di tempat yang sama ? Bagaimana nak bagitau nasi lemak kita tu bagus ? Adakah dengan menjaja dari satu rumah ke satu rumah ? Atau terus pergi ke pemborong ? Bagi je diorng jual .. kita amik untuk skit jer...

Mana yang kita nak ..untung skit atau untung banyak ? Bagi yang tamak , pasti nak untung banyak ... bagi yang bijak , biar skit asalkan ada ... yang penting , orang kenal produk kita ... Perkenalkan produk kita .. Tapi yang penting , mesti ada resepi tersendiri ... Jgn sesekali tiru atau ciplak produk orang lain ...

Dua cara setakat ini.. Dan aku masih ada cara lain yang belum digunakan .. aku biarkan cara ni sehingga tarikh luput .. kemudian baru aku mulakan strategi baru ..

Oh ya..satu je aku nak tanya ... kenapa kita gemar bertanya dari mengkaji ? Kenapa kita gemar meniru dari memperbaiki ... Television dan kereta dicipta oleh orang Amerika tapi kenapa produk dari Jepun lebih popular dan lebih bagus ??? Fikir fikirkan ..

PIALA DUNIA 2010 - Kenapa Kita Yang Terlebih Lebih ?

FIFA WORLD CUP atau PIALA DUNIA .. Satu lagi penyakit yang bakal tiba tidak lama lagi ... Satu tika dulu , aku antara mereka yang gile tunggu PIALA DUNIA ni ..Apa yang bestnya tengok bola ?

Keseronokkan ... berkumpul ramai ramai di malam hari ... kemudian order air manis dan makan .. di susuli dengan jeritan yang tidak kunjungi hentinya sehinggalah terbawa dalam mimpi .. Dalam mimpi dia la pulak yang main .. kan kan ..

Tengok bola ni best layan ramai ramai .. layan sorang sorang , pasti tertidur .. Masa ni la para isteri isteri akan makan hati skit .. sampai nak citer lain pun susah .. Kecualilah , siaran langsung tu bermula lewat pagi ... hahahhaa ..kalau time tu , haa... suami kasi la tengok tv dulu ... sampai masa , itu remote ana yang punyaaa... hehehe.. Pastu subuh tak bangun...g keje muka bengkak .. mata asik nak tertutup .. Mula la pekena teh tarik..kopi ... segala macam air agar mata tu boleh terbukak balik ... pergh... penyakit penyakit ..

Piala Dunia , negara kita tak pernah langsung berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan akhir .. hehhee .. tapi rakyatnya dah berjayaaa ... hahahha... Belum pun mula PIALA DUNIA tapi ramai dah mula nak demam .. Masa ni mana mana klinik ada jual mc pasti laris ... hahaha..

Yang bagusnya walaupun negara kita tidak layak tetapi promosi PIALA DUNIA mengalahkan negara yang terlibat ! Siap stesen television negara kita pun bz buat promosi .. Bagi hadiah itu ini agar menonton bersama ... Kalau kena main malam ? Jaga la malam malam.. Kalau petang ? Kalut laa ramai nak terus balik umah ... Kalau pagi pagi ? Ramai lak mc ... kan kan ..

Aku tak nafikan bolasepak adalah sukan dunia .. tapi bagi aku , tak perlulah kita yang tak layak ke pusingan akhir ( pusingan kedua pun tak lepas ) beria giler mempromosinya .. Tak payah la buat apa tu.. er... siap open table laa ... panggil peminat ajak tengok beramai ramai kat stesen tv atau mana mana tempat terbuka ...

Dah lari tujuan tu .. tujuan sukan adalah beriadah .. paling bagus bersama keluarga .. ni sampai suami ilang g melepak tengok bola bersama sama kawan kawan , mmg kes parah . Tu belum lagi ada yang bertaruh ... berjudi .. halal dah kat malaysia ni .. negara Islam lain haram lagi ni.. tak tau la kot nak ikut jejak malaysia menambahkan lagi pendapatan negara .. kan kan ..

Bagi aku , sambutlah PIALA DUNIA ni ala kadar jer .. tak yah beria laaa .... bukannya ada pemain malaysia dlm senarai pemain dunia tu .. Lain laaaaa kalau MALAYSIA ada !! aku orang pertama beli tiket !!!! tiket bas balik kampung je...


Jelajah Blog : Arisyah Syazni



"cerita tntg kehidupan,pengalaman dan ape2 je dan suke share info2 yg mnrik.. "


Erkk.. tu je dia tulis ?? hhehe..kenapa dia tulis banyak tu jer ??? aku mintak banyak kan ? Nak tau kenapa ... korang g tengok sendiri .. nilai sendiri yer >> ARISYAH

Jelajah Blog : MISS KACANG



Blog pnut nie start tahun lepas.mesti pelik kan nape gune miss kacang sebagai nama blog.and macam pelik je nama samaran pnut nie.ada terfikir?. pnut tu berasal dari nama pnut sendiri.kawan kawan panggil pnut dengan paggilan finaz.lama lama.jadi pnut.hoho.tiba tiba bertukar.

Errr..panjang lagi ni ... sat .. jom g baca >> MISS KACANG

Jelajah Blog : Ceritaku

Ceritaku hanya mencatatkan kisah hidup saya sebagai seorang anak kpd kedua ibubapa saya, isteri tunggal kepada suami saya (ada berani nk tambah 3 lagi bini??) kehkehkeh! dan seorang mama kepada 2 cahaya mata. Kiranya ni macam diari la. Tapi ada jugak saya selitkan sedikit info-info yang berguna.. tazkirah.. (eh ada ke?) untuk tatapan pengunjung blog saya ni.

Hehe... tu jee ??? Panjang lagiiii .. joomm >> CERITAKU

Jelajah Blog : Me And Myself


" Aku masih baru di dunia blogging ni, masih suci lagi, orang kate nak merokok pon terbatuk batuk lagi, baru je nak kenal dunia blogging ni. Macam mana aku boleh terjebak pon aku tak tau. Rasanya hasutan member-member kot, yelah, orang lain ada blog aku pon nak ada gak(dengki-dengki) haha.

Jadi sedang aku jelajah-jelajah aku terjelajah dekat satu blog yang sering diperkatakan di .. "

Saja je aku potong stim kan .. hahaha ... jom g baca selanjutnya >> ME AND MYSELF

Jelajah Blog : Zanetti Be


Blog ini memulakan operasi tahun 2008, tapi tahun tue mula berjinak-jinak laa.Lama-lama mula la bertambah serius.Ambo boleh la dikatakan aktif berblog.Dalam sehari tue nak tak nak mesti nak tulis jugak satu entry.Tapi kadang-kadang tue bila dah takde internet, dalam seminggu pastikan jugak ada 3, 4 entry untuk blog nie.

Mau tau lagikah ? >> ZANETTI

Jelajah Blog : Citra Hati Insan Biasa


" hehe... nama samaranku Aliesha Kirana... dan nama blog ni ialah *~Citra Hati Insan Biasa~* ... blog ni tercipta hasil dari diriku sendiri yg gemar menulis... aku memulakan arena blog ni dgn menggunakan ... "

Opsssss.. sampai situ jeeee... hehehe .. mau tau lebiey ?? Jommm >> Citra Hati Insan Biasa

Jelajah Blog : Belog Gadis Comel


" Nama blog saya ialah akmar dean's blog sebab saya tengok blogger-blogger yang dah famous semua guna nama dorang dan tak guna nama blog cam my dear diary, the little black book, ini kisah saya, dll . so saya pun cubalah mencontohi dorang. :) bagus kan? sila ambil saya jadi anak murid! haha! "

Haaa..tertarikah ??? hehehhe .. Jomm >> BELOG GADIS COMEL

Jelajah Blog : Nyawaku - Arwen Danish


X silap aku aku mula2 buat blog ni tahun 2007..ms tu aku just cuba2 jek nak wujudkan blog sndiri..xdelah seyes sgt..then blog aku terkubur cam tu je..ape pun x update..sbb b4 tu aku aktif dlm FOTOPAGES...then abis aku beranak arwen tahun 2009 barulah aku aktif dlm blog..mmg xde ilmu lgsg ms tu..smua atas tunjuk ajar kawan2

then lama2..aku rs dah ketagih dlm berblog ni..siang mlm pagi petang..tp ada limitlah sbb aku dah berkeluarga..eceh ceh ceh cehhhh...apa yg aku suka dlm berblog ni kan..at least aku leh tau ape yg kwn2 aku buat seharian kisah mereka...best sgt


Panjang ni dia karang .. nak tau lagi ?? >> NYAWAKU

Jelajah Blog : Chegu Along


Surat dari tuan punya blog ini ...

"Incik Ben,
Aku ini cumer blogger amatur. Sudahlah tidak fofular, banyak tak tahu pula. Jadi Incik Ben, ku mahu Incik Ben terjah jugak blog tak seberapa aku nie..Incik Ben, datangla..datangla... Blog ku menunggu saat diterjah oleh mu. "

Sekian.
Salam blogger innocent..

Nak tau dari sapa ?? >> CHEGU ALONG

Jelajah Blog : Puteri Hannan


"Nama aku dalam dunia maya Puteri Hannan. Sesuai ngan header blog ,IT'S ALL ABOUT OUR LIFE, itulah tujuan aku berblogging. Sumber inspirasi aku berblogging is definitely my fren, Cikgu Ili. Aku suka menulis dan aku suka berkongsi kisah hidup. Tapi, kisah hidup aku tak menarik. Untuk membuatkan hidup aku menarik makanya aku berkongsi kisah hidup kita di dalam blog ni. "

Nak tau lagi ?? Cam biasa laaaaa >> PUTERI HANNAN

Jelajah Blog : Rock Princess



ROCKprincess..that nick is given to me by my friend when I was in secondary school, claiming that it 'represents my taste in music and it's effects in my daily lives'. I understand the music part, I'm all into rock music. Bon Jovi, Linkin Park, Nickleback, Tokyo Hotel, you name it. But the effects it had in my daily lives??? I have no idea. hurm...

Anything But Ordinary..I choose that name partly because I love that song from Avril Lavigne, and partly because I like how it sounds. I wanna tell anything that had been going on in my life here, but then again it's just another ordinary blog with ordinary stories. I've blogged since July last year and I'm still learning..huhu..

Nak tau lebih lanjut kah ??? >>> ROCK PRINCESS

Jelajah Blog : Peek A Boo On Nowwa Life


By the way this blog is all about me.Senang nak refer apa2 bila lupa.All about my life as bini askar to my darling MD.Kisah makan-makan,jalan-jalan,masak-masak dan my daily routine.Borink yea...but still I have my own readers rite!

Ada intro dia ... hehehe..saja amik part tu .. nak tau ?? Jomm >> Peek A Boo On Nowwa Life

Jelajah Blog : Farah Hanis

Malam semalam saye disuruh oleh mak menziarahi blog Ben Ashaari. Ya, mak saye sekarang dah aktif update blog. Saye balik je dari kerja, mak saya cerita pasal Ben Ashaari dan saya terus carik kat google.

Memang menarik sebab abang kita sorang ni tak henti2 update blog dan memperkenalkan blog orang laen. Saye ada sebab tersendiri kenapa,

Nak tau kenapa ??? hehhee .. Jomm >> FARAH HANIS


Jelajah Blog : AYIE SHARING


Semakin hari semakin bertambah cemburu aku terhadap blog BEN ASHAARI.. hahahahhahah...Cemburu kerana pelawat blog dia tu.. tak pernah jejak 0 la.Actually ini cemburu positif je.Bukan ada perasaan hasad dengki pun

Nama saya Azhari Bin Azmi aka ayie dilahirkan di Pontian Johor.Nama blog saya ini adalah BLOG A-Y-I-E. Haa tu dia aku bagi full description walaupun Abang Ben tak mintak pun.Huhuhuhu

Aku menceburi bidang berblogging ini sejak umurku 19 tahun.So cincai2 dah 2 tahun lah.Tapi dulu tak serius pun.Main hentam jer pasal blogging.Tak fikir pun pasal pandangan orang lain.

Panjang lagi dia tulis.. g baca sendiri ek >> A-Y-I-E

Jelajah Blog : Rumah 4 Tingkat



Mari aku rumuskan sedikit keistimewaan blogger meletop ni. Blog dengan tagline 'Jangan bagi aku membebel' sangatlah catchy dan reader friendly. Taktala aku merayau-rayau di blog beliau, aku rasa sangat selesa, bahagia, aman dan sentosa. Entri yang bersahaja menggunakan bahasa yang mudah difahami membuatkan aku berkali-kali menjenguk ke sana. Tambah pula dalam satu hari ada banyak entri baru yang dihasilkan. Tak sempat nak bosan ok!

Blog beliau telah pun tersenarai dalam bloglist aku yang digelar 'Terbaik dari Ladang' kat bawah sinun. Hanya blog yang bombastik dan fantastik sahaja akan disenarai putihkan (bukan hitam). Tak percaya, pergi klik sekarang. Dijamin terbaik dari ladang! Dengar cerita beliau ni salah seorang admin komuniti terhebat Geng Blogger.

Sebenarnya sudah lama & sudah banyak incek Ben kita buat edisi Jelajah Blog seperti ini. Tak silap aku ini edisi yang ke-3. Pada mulanya aku dapat tahu hanya blogger yang mempunyai follower seramai 1k++ sahaja layak dijelajah. Masa tu follower aku tak sampai 20 orang pun. Sedih!


Hurmmm... tu kata kata dia yer..bukan kata kata aku ... kalau nak tau lebih lanjut >> RUMAH 4 TINGKAT

Jelajah Blog : Team - Share


ok aku cerita sikit ye latar belakang blog ni...blog ke..or website...tengok skali .info..jangan kata ini web ye..sistem blogger

objektif aku berblog untuk membeli moto idaman aku 125ZR mungkin korang x suka moto preeenngggg....tapi itulah hakikatnye...

blog ni ada bape menu entah antaranya download corner untuk korang kaki download,Sosialize tu untuk latest news like that..seperti gosip,world news,dunia IT and then cite pasal agama...so blog ni diistihar community site itu sajee...

Haaa.. tu yang aku copy paste.. apa yang dia tulis tu aku copy... supaya takde tokok tambah.. err..nak tau lebih lanjut ?? >> Team Share

Jelajah Blog : Anastasia Ann


Alkisah, pada zaman dahulu, ada seorang kanak kanak ribena yang gila duit berangan minah jenin nak jadi jutawan terpengaruh dengan skim cepat kaya, bak kata TOM TOM BAK ini, Login FB dapat RM4juta. Makanya, ditakdirkan dia bertemu jodoh dengan suku sakat member geng blogger yang ternama dan termasyur tanpa tahu sodara terdekatnya ben10 juga adalah ahli geng itu. Nama blognya pula berasal dari keindahan syurga dan lautan yang dianugerahkan pada saat beliau dilahirkan sebagai manusia biasa di dunia kayangan dan alamaya ini.

Mesti korang dok pk , apa punya mengarut dia ni ?? Nak tau ??? Jom >> Anastasia Ann

Jelajah Blog : Mama Miraki


Nama Blog ni MAMA MIRAKI. Kenapa bubuh nama Mama..ermmm sebab yang tulis blog ni seorang Mama dan MIRAKI tu gabungan nama ketiga-tiga anak Mama. Mula-mula guna cam janggal kan, tapi lama-lama rasa macam sedap pulak...( wekkkkk sila muntah yeaaa). Lagipun isi kandungan blog ni banyak cerita pasal anal-anak Mama .

Apa lagi dia isi dalam entri dia ekk ?? Jomm >>> MAMA MIRAKI

Jelajah Blog : Me .. NoWhere Near Perfect



Nick aku kat gb sweetymui2. Sape xkenal angkat jari kaki~! Aii ni bukannya popular sgt pun.. Aku start blogging julai 2008, follower pun xmencecah 500 lagi. Heh! Tapi aiman aii xkisah,janji ada org baca blog aii :)) Blog aku lebih kpda personal.Kalau ada mood n idea je aku wat entry slain dr personal.hee..

Nak tau lebih lanjut ?? >> Me .. NoWhere Near Perfect

Jelajah Blog : From Heart To Heart

Zuriey. Ni bukan nama samaran tapi nama panggilan aku. Nama blog aku, sudah terang lagi bersuluh..From Heart to Heart ..Latar belakang blog aku ni berkisahkan tentang perjalanan kehidupan seharian aku. Aku kongsikan segala yang aku alami dan yang aku tahu bersama yang lain. Ada juga aku join contest untuk menghilangkan rasa bosan aku. Kira blog aku ni ibarat diary online bagi aku. Siapa yang nak tahu aku dengan lebih lanjut kena rajinlah layari blog aku ni.. Itupun kalau ada yang sudi...

Jom g tengok blog dia .. panjang lagi ceritanya >> From Heart To Heart

Jelajah Blog : Mummy Gee


Nama Gee umur dah masuk 4 series dah kahwin dan bakal menyambut 12th wedding anniversary pada 11 May akan datang. Ada 3 hero dan seorang heroin (as of today...hehehe). Nama blog cam ka atas tu la Mummy Gee dan ada blog lain Mummy Gee's Choc (yg tu blog bisness choc ). Blog Mummy Gee ini merupakan kisah dan catatan peribadi Mummy bersama Daddy dan empat orang anak kami yang sedang membesar. Juga catatan tentang saudara mara dan teman2 sekeliling. Kekadang menyentuh juga isu2 semasa. Harap2 catatan Mummy ini akan menjadi harta peninggalan untuk anak2 tersayang.

Dia ada tanya aku sesuatu .. sapa boleh tolong jawabkan ???

Untuk mengetahui apakah yang dia tanya ..jom g >> Mummy Gee

Jelajah Blog : Si Kenit



Nama aku liza, umur aku tahun ni 21, tapi belom cukop lagi. tunggu dapat hadiah harijadi baru cukop umur. kehkehkeh. (--,) asal perak. seorang yang rendah, kuat gelak dan diberi gelaran mata besorr oleh kengkawan. tskk tskkk T___T. baby crying. asal tengok cerita sedih je nangis, asal nangis je tengok cerita sedih. kuat tacing, especeli dengan AMER.

Ops... nak tau lagi ??? Jomm >> Si Kenit

Jelajah Blog : Ngok Ngek Miss Ketot


Blog ni selamat dilahirkan ke alam maya pada bulan februari 2010.. berbin kan blogspot.com.. blog yang mendapat sentuhan kreatif daripada kawan aku, bakal doctor yang nak fly ke mesir, miss shaera majid, die yang tolong edit template2 ni sume taw.. ;D aku ni baru nak berblog mane lah reti ni sume.. ;D nama blog ni pulak sebenarnye dah bertukar 2 kali.. dulu2 aku bagi name from stalking to blogging.. tapi akhirnye aku tukar kepada ngok ngek2 miss ketot =D.. persoalannye kenapa? sebab aku tak pernah jumpa lagi nama blog macam ni.. ;D namanya menggambarkan kepoyoan dan kebudak2kan sesuai sangatlah dengan aku yang masih lagi belum cukup 18 tahun mengikut kiraan bulan.. ;D mane asalnye ngok ngek2? owh itu aku sendiri yang cipta.. ;D miss ketot? owh itu pula saya bagi credit pade encik amir imanuddin, my big bro yang sungguh ngek! die panggil saye miss ketot sebab saye lagi pendek daripada dia.. wah sungguh kurang ajar bukan? hahahaha tapi takpe lah saye redha..

Nak tau lagi ??? >> Ngok Ngek Miss Ketot

Jelajah Blog : Si Gorgeous


Kenape sy mau blog ini dijelajah??? tujuan utama nk dikenali oleh para blogger yg lain. tak famous mcm Ben Ashaari pon x per hihi.. selain tuh nk jugak tau komen2 dr beliau or blogger lain ttg cite, gaya penulisan or ape sahaje dlm blog sy yg x seberape ini. harap komen yg diberi ni dpt membantu sy utk membetulkan ape yg patut, mne terlebih dan mne terkurang. haaa selalu klu sy post cite xder org komen pon, mcm syok sendiri. betul kate mieya.. hihi. rase cm ade ke org bace blog sy nih??? tapi bile tau org bace blog sy nih, rase malu la plak kn. hehe malu, malu, malu.

Nak baca dengan lebih lanjut ? >> SI GORGEOUS

Beban Guru Bakal Bertambah ???

Hehe..aku terbaca.. 'ter' yer ..bukan sengaja... ahahha... terbaca utusan pagi tadi yang bertajuk GANJARAN BERDASARKAN PRESTASI .. hurmm...

Sekarang ni , kalau nak bekerja mesti kena bagi ganjaran kan ? Nak berblog pun kena umpan ganjaran .. kalau takde ganjaran , sapa nak kan ?

Berbalik pada tajuk utama ... Ganjaran yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan menaikkan semangat pentadbir sekolah dan juga guru mmg amat amat dialukan ... Tapi bagi aku ada satu keburukkan .. Guru guru pasti akan dikerah tenaganya habis habisan bagi mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Bukan senang dik ... Aku faham sbb aku ada pengalaman ... Makin penuh la kerja rumah budak budak yer .. Guru pun makin rajin la menanda buku ... Tanda masa dah nak berborak borak kosong ... Semua pakat mengejar KPI ... kan kan ?

Satu persoalan aku .. dimanakah lagi keikhlasan mendidik anak bangsa jika segalanya asik disuapkan dengan ganjaran ?? Skit skit ganjaran .. Dalam sukan ada ganjaran ..dalam pekerjaan pun ada ganjaran .. dalam pilihanraya pun ada ganjaran ... Dimanakah lagi semangat negarawan ? Dimanakah semangat keikhlasan ? ..

Guru guru pasti akan terbeban dengan lebihan tanggungjawab ..Yang ada pun skang terkejar kejar ... pasni pentadbir sekolah pasti menambahkan lagi beban yang sedia ada .. heheh...sian cikgu cikgu kita ..

Bukan aku tak sokong tapi kerajaan patut pk cara lain yang lebih bagus dari asik asik ganjaran .. Sekarang ni di mata rakyat malaysia asik ternampak $$$$ ... Bila menang emas $$$ ... juara sukan je $$$ ... sebab tu rasuah susah nak hapus ... Semangat $$$ lebih tinggi dari semangat cintakan negara ...

Seperti biasa.. ini cuma pendapat aku ... tak suka ? Cepat keluar... ada 5 saat sebelum meletup blog ni .. hahahaha... Kepada guru guru , bersabarlah .. aku mengerti perasaan korang tu ... Pentadbir adakalanya pentingkan status dari kebajikan guru .. Bila kena serang dek parents , sesetengah pentadbir akan lepas tangan.. dia biar je guru yang kena marah ... kan kan ... Kalau ada pentadbir yang jaga kebajikan guru , maka bonus bagi mereka .. Aku tak rasa guru guru gilakan ganjaran , diorng boleh dapat $$ dengan mudah iaitu membuat kelas tambahan tapi apa yang mereka mahu ialah kebajikan mereka terjaga .. Mereka mahu dihargai dek pentadbir... Mereka bukan mahu dipuji tapi sekurang kurangnya , ambil berat ... haih ...

Bagi mereka yang memilih profesion perguruan atas dasar 'asal ada kerja' ... berenti je la.. korang memburukkan nama GURU ... serius aku kata ... kerana segelintir ni , banyak guru yang bagus terikut sama perangai diorng ..

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU YANG SEBENARNYA GURU ...

Jangan marah aaa .... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii BEN lariiiiiiiiiiiii ..

Jelajah BLOG : Mommy Qastalani



My name is Bond. James Bond. Qastalani. Tapi taip la “karipapsayur” di Google atau Yahoo. Berderet penuh dengan info pasal diri haku. Haku pasti, peminat karipapsayur yang nak mencari resepi karipapsayur pun jadik tension. Nak cari photo karipapsayur pun susah. Muka haku jela di Google Image. kekkekekeke.. Jangan bengkek ok. Kalo nak cari resepi, taip lah “karipapsayur”. InsyaAllah, jumpa la resepi yang korang nak cari. Biarpun akan ada satu atau dua atau tiga terselit lagi blog picisan dalam search result tuh.

Untuk membaca lebih lanjut >> Mommy Qastalani

Buat pengetahuan anda , ini adalah versi baru JELAJAH BLOG versi 2.0 ..hehe...

Salah Siapa Kita Kalah??

Mungkin cerita dah basi .. Tapi bila aku fikir fikirkan semula .. selepas aku tengok berita semalam .. PM arahkan satu kajian dilakukan dengan segera bagi mencari masalah dan punca ketewasan pasukan badminton negara dalam Piala Thomas yang lepas ...

Ini cuma pandangan aku yer ... Aku rasa kekalahan skuad badminton negara adalah berpunca dari media massa... tak kira la media elektronik atau media cetak .. Kenapa aku letakkan mereka punca utama kekalahan mereka ?

Bila pasukan kita menang..tak kira bola sepak atau apa saja sukan , mereka inilah no 1 akan memuji melambung lambung ... Sapakah yang memuji mereka ? Orang ramai atau penulis itu sendiri ? Mereka akan menemuramah beberapa orang dan terus membuat kesimpulan .. Ya Kita Gembira !! Kita telah tewaskan mereka !! Secara tidak langsung , pemain akan timbul rasa bangga dan bertambah semangat ... Hilang terus perasaan rendah diri.. Sebab mereka mula yakin tewaskan mana mana pasukan ... Bagus.. ini mmg penting ..

Tetapi , biasanya siapakah yang akan dipuji lebih ?? Bagi bolasepak , yang akan dipuji ialah penjaring gol dan juga penjaga gol sekiranya berjaya menjaga benteng terakhir dengan baik .. Bagaimana pula dengan pemain lain ? Adakah mereka tidak layak mendapat pujian ??

Aku amik contoh kejayaan tempoh hari .. Malaysia Tewaskan Denmark ... Sapakah yang mendapat pujian ?? Pemain terakhir yang mendapatkan mata kemenangan .. Betul ?? Bagaimana pula dengan pemain yang kalah ? Kenapa mereka tidak digelar sebagai wira juga ? Kenapa dijulang seorang saja dan seterusnya nama pasukan .. Kenapa disebut nama seorang saja ? Bayangkan perasaan pemain lain .. Adakah mereka tidak berjuang ?

Bila tewas sesebuah pasukan tu .. semua kena !! Semua dipersalahkan .. Lebih lagi yang membuat kesilapan .. Berbagai bagai kata cacian yang keluar terhadap dia .. malah selepas ni kalau jumpa kat mana mana pun , sah sah kena jeling ... Padahal dulu diorng ni pernah menang piala berprestij .. Tapi hilang dalam ingatan sebab satu kekalahan ..

Bila pujian melambung , maka timbul rasa tidak puashati pada pemain lain .. kenapa dia je .. yang lain pun berjuang ... Sedikit sebanyak patah semangat weh !! Jangan lupa , 1 MALAYSIA .. bila berjaya BERI KREDIT PADA SEMUA SEKALI ..bukannya HAFIZ WIRA NEGARA ..sapa yang kutip 2 mata pertama tu ? Mereka bukan wirakah ??? Yang kalah setelah berjuang habis habisan , bukan wira negarakah ? Seperti tentera ... Yang mati itu wira .. yang hidup itu pun wira ... Mereka yang berjuang itulah wira ...

Sapa yang melabelkan mereka ini wira .. mereka itu wira ??? Bukankah media massa ?? Penulis dan juga pengulas gemar membuat ulasan atau menulis mengikut pandangan peribadi .. Bagi aku walaupun mereka ini profesional tetapi masih lagi amatur ...

Dalam sukan berpasukan , setiap kejayaan patut dikreditkan pada semua pihak !! Tiada hero individu !

Sekian saja pandangan aku .. Tak puas hati ?? Tulis entri sendiri... tak yah bebel kat aku ... lalalala
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI