Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 19 Mei 2010

Marilah Mari .. Kita Bersenam ...

Yearhh.. persiapan sedang dilakukan untuk bagi menghadiri perjumpaan blogger pada hari sabtu ini .. Yeearghhh .. badan mesti mau mantap ... ahahaha ..




Bersama bro DIN .. Baju putih dan kuning ..dua dua DIN ..ahahaha.. Yang putih tu baru bodybuilder .. aku bodyboroider ...hahahha

Inilah aktiviti aku setiap petang selepas abis kirija.. hehehehe ... takkan 24 jam blogging kot ... lalalala..

Bangga Giler Buat Salah Kan ?? Contoh Terbaik Untuk Rakyat

Pelik kan.. kalau kita , mesti segan .. lebih lagi jika dijatuhkan hukuman penjara .. tapi dia ? Cam ok jee kan .. Adakah kerana dia berpengaruh atau dipengaruhi ?? HAHHAHA... Ingat lagi kata kata dia .. Apa tu .. Saya tak cukup hensem untuk dia ? Hahahaha... Dia gelak , kita pun gelak la kann ...

Nape Jadi Cam Ni Yer ??

Nak tanya satu soalan boleh tak ? Aku bukan nak libatkan dengan mana mana individu .. Tu terpulang pada masing masing .. cuma aku berharap , aku boleh dapatkan satu jawapan yang munasabah dan diterima dek akal dan agama ..

Soalan ni aku nk tujukan pada wanita .. Kenapa tk tuju pada lelaki ? sbb aku lelaki.. jadi nampak wanita dulu .. ok ??

Kenapa bertudung tapi memakai seluar sendat , skirt sendat mahupun berbaju jarang ?? Tudung tu untuk apa yer ? Aku pelik tul la... apa tujuan mereka ni berpakaian sedemikian rupa ? Ada sesiapa boleh bagi jawapan ?

Aku seorang lelaki yang mana senantiasa berdepan dengan kes kes gini ... dalam lrt , dalam erl , dalam lif dan mahupun di opis ... sekeliling aku senantiasa ternampak kes kes gini .. Sebagai seorang lelaki melayu beragama Islam , aku segan bila bangsa lain beragama lain terutamanya tersengih bila melihat gadis melayu Islam jalan ala ala catwalk dengan berpakaian gitu .. Bayangkan apa dalam kepala mereka ... Mereka pk tentang gadis tu atau agama yang dianutinya kerana semua bangsa dalam dunia sedia maklum bahawa ISLAM MELARANG WANITA MEMBUKA AURAT...

Sekian... tu je pertanyaan aku.. hurmm... aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi alim ...dan aku tak kata wife aku pun baik.. sama je..cuma ini yang ada dlm benak aku..jadi aku sekadar nak bertanya ... tak salah kan ??

JB4.0 : THE PRINCESS OF DAIRY


"Blog ini berkisarkan kisah suka dan duka seorang wanita bernama ajuera. Kebanyakkan cerita-cerita di dalam blog ini adalah kisah peribadi tuan empunya blog dan kisah-kisah keluarga tuan empunya blog yang tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Selain itu, blog ini juga ........."

En..tercopy sampai situ je???? hehhe... klik je gambar tu...

JB4.0 : KECHIXX

Kantoiiiiiiiiiiiii... membuta yerrrrr ..

" Nama samaran aku kechixx.Nama blog aku pun kechixx jugak.Hehe.Sebab aku memang kechixx.Hehe.145 je kot ketinggian aku.Hehe.
Ok.Blog ni adalah blog aku.Mestilah!Hehe.Aku start minat blog since aku diploma.Tapi mula aktif baru awal tahun ni.Setakat ni blog aku baru ada 61 entry.Sikit?Haha.Aku baru nak aktif.Ya.BARU nak aktif.Atau dalam erti kata lain baru nak bertapak.Hehe. "

Ingat Aku Bodoh Sangat Ker ???

Tensen tul bila dapat menda menda gini ... Apa dia ingat semua rakyat Malaysia senang senang nak diperbodohkan ke ?

SHELL PROMOSI
Tahnia SIMCARD Anda tlh di pilih
SHELL MLYS BHD
Berjaya Menangi
RM19.000.00

Sila Dail di talian
0178950102

Aku dapat sms bertulis gitu .. Tak ke bengong ? Takkan aku bulat bulat leh percaya ?? Yang pertama , sender tu guna no hp .. 0198019051 ... Takkan SHELL yang kaya nak mampus tu guna hp untuk contact pemenang ???? hahahaha...

Pastu tengok ejaan dia .. TAHNIA ... TLH ... MENANGI .. aiseyyy... ni mana punya orang tulis lagu tuu ?? Mesti sekolah pun tak lepas .. nasib baik bijak jahat ...Menurut khabar , ada gak yang tertipu .. Apa punya turrrr daaaa.... Nak sangat duit last last ilang duit ! huh...

JB4.0 : DUNIA APEEZ

"Pernah ada orang bertanya, apakah bezanya blog saya dengan blog lain yang tak terkira banyaknya. Entahlah, pada mulanya saya sendiri tidak tahu. Tiada jawapan untuk itu.

Pautan blog saya ini adalah terus ke laman muka buku saya (Facebook). Maka, setiap entri yang saya buat akan terus dikemaskini di profil muka buku saya itu. Sehinggalah pada suatu hari seorang teman sepejabat berbangsa Cina menegur saya tentang bahasa yang saya gunakan untuk menulis blog saya setelah dia membaca dari pautan muka buka saya itu.

"Hafiz, blog kamu itu bahasanya sangat sturcture. Kamu telah membantu I untuk maju dalam Bahasa Melayu"

Hehe... klik gambar tu untuk baca lagi haaa..

JB4.0 : THE INSIDE OF CIKALI

Ni antara blogger awal aku kenal dan aku ajar skit skit .... ermm..tapi dia bz ngan studi..tak leh nak tumpu perhatian sangat... Latar belakang dia ... korang tanya dia ek.. hehhe

Kenapa Aku Nak Jelajah Blog Mereka Ni Sangat ??

Aku faham bagaimana perasaan sbg blogger yang baru lahir ni .. Satu perasaan pada awalnya , yang mana ada ke orang nak baca blog aku ni ? Aku bukan artis atau ahli politik sampai ada orang nak masuk baca ...

Diatas semangat rakan rakan di FACEBOOK dan juga isteri , aku mengorak langkah pertama .. dengan mempromosi blog di FACEBOOK .. Pada mulanya , mmg agak mendukacitakan .. bila tengok pada counter , tiada pergerakkan ... Bila idea demi idea dan usaha demi usaha .. baru ada pembaca namun tidak kekal.. ibarat ombak... ada pasang dan surut .. Sekali dia datang , tak cukup muka senyuman terukir .. Dapat lihat 10 online ibarat dapat emas ! Cukup puas...

Disebabkan itulah sekarang aku nak membantu sahabat sahabat lain merasai bagaimana aku rasa... :) ..aku gembira bila melihat diorng gembira ... Apa lagi sumbangan aku boleh beri pada mereka selain ini saja .. Nak bagi duit , aku pun bukan jutawan .. Maka aku sumbangkan idea aku ni jer ..

Dua hari aku buat JELAJAH BLOG SIRI 4 atau JB 4.0 , dua blog yang mana pembacanya ..boleh dikatakan rendah .. tiba tiba melonjak hasil kedatangan para sahabat blogger ke blog mereka ...

Kedua dua blog itu adalah AMIRUL dan LAKARAN KEHIDUPAN .. Korang boleh lihat bukti itu sendiri dengan klik nama diorng tu .. hehee... Aku gembira bila mereka gembira. ..

Senyumanku kini milik mu jua ..

JB4.0 : TRUE WISH LIST


"true wish list dah lame ade. since tahun 2003. tp mase tu blog ni nama lain n beroperasi di Tblog.com instead of blogspot. Tblog account active with a lot of entries since then...followers tk ramai..dikalangan kawan2 je. blog berkisar tentang kehidupan seharian. blog menggunekan bahasa inggeris sepenuhnya, tapi .."

Tuan punya blog

"blogging selalu memberi kepuasan. tak kiralah sedih.gembira, merajuk, benci, geram..semua dilepaskan pada blog sendri. ekspresi itu penting. if tk blogging rasa mcm membuak2 nk keluar. once entree dibuat...things got better. atleast for me. tak ramai yg tahu pasal True Wish List. hanya dibaca dikalangan sahabat terdekat. "

Sambungan ?? Minggu depan.. heheh.. klik gambar atas tu..

JB4.0 : BILA TINTA BERBICARA


" Asyrafhamasaki nama samaranku aha minat ayumi hamasaki kot .. tinta bicara nama blog aku blog ni aku dah buat lama dah cuma aku tak aktif sebab kekangan ketika aku belajar dan kesibukan al kononye lah padahal malas ahahaha! titik. "

Kalah lak aku dia bebel.. huh ... korang g baca la sendiri ... huh..

JB4.0 : CIK LABU AIR


Er... susah lak aku nak copy paste entri dia .. Best entri dia ... tapi disebabkan kebijaksanaan dia , maka aku biar korang je la masuk baca ek ..

Apa pun , best !!! Klik pic tu ..

JB4.0 : HIKAYAT ANAK KOTA


" Dalam dunia blog, saya menggunakan nama Azree Ariffin, yang juga merupakan nama pena dalam dunia penulisan. Memahkotakan “Hikayat Anak Kota” sebagai nama blog ini, secara asasnya saya menulis untuk mendokumentasikan segala kegiatan dalam apa jua bidang sekalipun. "

Ada sesuatu menarik minat aku di sini .. hehe ... bawah ni ha..

" Saya seboleh mungkin cuba untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul dengan ejaan yang penuh, sebagai usaha kecil saya dalam menyebar-luaskan bahasa ke peringkat antarabangsa. Ia memudahkan proses terjemahan melalui aplikasi Google Translate yang dipasang di blog.

Harapnya, pembaca semua sudi bertandang ke blog saya dan kita boleh saling berkenalan dan bertukar pandangan dalam apa bidang sekalipun. Saya nantikan kunjungan anda! "


Hurmm.... aku rasa ... sahabat kita ni mmg patut kita bagi sokongan yang tak berbelah bagi !!! Yearghhhhhhhhhh... Hidup Bahasa Melayu !!! Hidup Melayu !! lalalala.. klik je gambar tu haa..

JB4.0 : BELL


Nama samaran aku Bell. Nama blog aku pulak Laut China Selatan. tapi aku tiba tiba plak rase nak tukar nama tuh. sebab China dah kalahkan Malaysia! hahaha. tak tak.. nama tu diambil secara spontan! tiada bawak ape ape maksud pun! hmmm. aku start blogging since Januari tahun ni aku kire! hahaha. sebelum ni tak aktif pun! sebab busy dengan kehidupan sebagai student! now dah boleh rest so continue je lah! lagi pun aku tengok member aku si cikbanana begitu aktif sekali berblogging! hahaha.

Banyak persoalan yeeerr BELL ... hehe..biarlah semua itu rahsia .. hahahaa.. nak tau lebih lanjut pasal BELL ... klik pic tu ..tqqqq gengg..

JB4.0 MIZA

" Nama samaran yang digunakan adalah Miza Yusof. Termasuklah pada laman sosial Myspace, Friendster, Facebook dan Yahoo Mesengger. Nama belog juga adalah "Miza Yusof". Motif sebenar nama belog menggunakan nama sendiri adalah untuk menujukkan yang belog ini kepunyaan sendiri. Tiada sebarang perkongsian atau urusan jual beli mahupun pindah milik. Okay, sebarang isi kandungan atau pendapat yang disuarakan adalah hak milik dan buah fikiran oleh tuan empunya belog. Muktamad! "

Huh..muktamad konon.. mana adaa... g korang baca sendirik.. huh...

Blog PILIHAN Hari Ini : PUISI KABUR

Sebuah blog yang mempunyai 1000 makna tersirat dan tersurat ... perlu penghayatan bila membaca entri entrinya ... Sbb tu aku memilih blog ini sebagai BLOG PILIHAN BEN ASHAARI pada hari ini .. Aku harap kita dapat beri sokongan pada blog blog begini ...Terima Kasih ..

Akhirnya Aku Dapat Award Yang Sebenarnya !

Hehe.. ari isnin ari tu , aku balik umah mak aku kat Cheras .. Tujuan nak g gym dan ziarah diorg sekali la... Yelah , rumah tu mana ada lelaki dah ..kecuali bapak aku .. Tu dok masing masing dah cecah tahap emas .. Jadi sebagai anak lelaki , kena rajin turun g ziarah ..

Malam tu sebelum balik .. Mak aku ada bagi sesuatu kat aku .. Katanya cenderamata dari adik aku yang baru balik dari Gold Coast ,Aus.. Ermm... Dia kata sewaktu sampai sana , terus nampak menda ni lalu dibelinya terus .. hehehe .. Tqq ...

Taraaaa... terpampang nama aku .. Aku rasa ni maybe untuk BEN AFFLECK kot.. hehehe .. Ok la.. berkongsi nama .. hahaha ...

Ok ok..tamo panjang panjang .. korang ada kije nak buat kan.. teruskan yer...

Alasan Kepada Pembubaran BLOG List

Salam.. selamat pagi ...

Aku tau ada blogger yang agak kurang berpuashati mengenai pembubaran blog list tersebut .. Ye lah , dah berkali kali buat kan .. takkan nak buat lagi .. heheh..

Gini , aku rasa dah 2 bulan JELAJAH BLOG ni aku buat ... Dalam tempoh 2 bulan tu , kita senantiasa dapat pembaca blog yang baru ... Jadi aku nak refresh semua ... Ibarat nak memberitahu pada blogger blogger baru yang tak tau .. Tu jer ...

Pada blogger blogger yang mana dah berkali kali buat entri pasal JELAJAH ni , dan segan nak buat lagi .. meh bagitau .. aku terus masukkan dalam list ... Tapi ingat , anda kerugian ....sbb aku rasa , setiap kali dan setiap hari , hampir 50% pembaca dalam blog aku ni adalah pembaca baru .. Tidak mahu aku memperkenalkan mereka kepada blog korang ? Tak mau ? ... ok ... kalau tamo , tak pe... meh url blog korang .. paste kat sini ... nanti aku up dalam blog list tu.. ;) ..

Jgn risau .. aku takkan pamerkan komen tu... Sbb niat aku hanya nak refresh ... pengenalan terkini ... pada blog yang lain lain ... Aku sendiri pun dah berkali kali refresh mengenai blog aku ni .. terpaksa buat kerana ramai yang tak tau .. Setiap hari byk blog baru lahir.. dah aku cuma nak berkongsi dengan korang ... Tu jer .... Susahkah ??
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI