Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 23 Mei 2010

Doa Minta Dibalakan Orang Zalim?

Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?


Jawapan Dr MAZA:

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

sambungan di DRMAZA.COM

Selesai sudaahah.. Cheese cake timeee ...

Waaaaaaaaaaaaa.. mau pg beli kek lakkkk ... setelah penat membasuh kete .. dua bijik lak tu.. sebijik lagi hasil duit nuffnang .. fuh.. dasat kan .. hehe ... ari ni mau mkn byk byk ..esok diet balik .. satu minggu mau diet sbb nanti nak g jumpa blogger kat 'sana' lak ... bukan ke , kat sana nanti mau makan banyak banyak lak ... maklum laaaa .. jumpa tokey masakan gitu .. hahaha... Mau bawak tiffin biru gituuu .. hahahaha..

Dengar cita satu rombongan cik kiah nak turun nanti kan ? hahahah.. abiss laaaaa.. Haaa .. dasat dasat .. Jauh ni nak g.. mengeratkan silatuhrahhim .. yang dekat dekat ni lak tamo .. heheh... camana tu ? erk..yer yer ...

Esok senin ... Aku nak start balik JB4.0 setelah cuti ari ni satu hari ... Korang tau tak , aku pernah terfikir nak terbitkan satu segmen .. Akhirnya benar benar terjadi !! Fuh... Akhirnya aku tau di mana kelemahan aku .. Alhamdulillah ... Tapi kan , yang bagusnya , aku tak pernah beritahu sapa sapa tentang segmen tu.. Hanya terdetik di hati ... Allah Maha Mendengar .. DIA tunaikan niat aku tu walaupun aku tau betapa bahaya dan mencabarnya .. Perghhh ...

Kesimpulannya .. berhati hati dengan apa yang diucapkan ... kerana kata kata itu satu doa ... Niat bukan dilafazkan tetapi di hati ...

KubungMan

Hahaha.. lawak tul citer tu.. bila aku tengok citer tu , aku teringat kisah dunia blog ni .. Sebijik !! Bila di bawah , pun gitu .. bila kat atas pun gitu ... Jadi camana ? Jadi , wat la hal masing masing .. mudah je kan ? hehehe...

Pada mereka yang telah 'mempromosi' blog aku ni secara percuma , jutaan terima kasih laaaaa.. Aku tak tau laaa camana nak balas budi baik korang tu.. Hanya Allah je mampu membalasnya ... Ops.. dh start balik ... pasni nak basuh keta lak .. fuh.. banyak kije skang ni ... tak yah susah susah berblog dah .. ada orang tlg promosi dah skang ni .. ekekekek...

Kerana Mata

Sepasang mata memerhati ..
Mulut mula berbicara ...
Telinga mula mendengar ...
Hati mula berkata kata
Akal mula menafsirkannya ..
Jari mula menulis ...

Sepasang mata melihat ..
Bicara kata kata diluahkan
Telinga sebagai saksi
Hati menafikan..
Akal mengiyakan..
Jari mula menulis ..

Yang mana palsu ..
Yang mana tulen ..
Biarlah pancaindera menjadi saksi ..
Diakhirat kelak
Didepan-NYA , pasti ia berbicara
Sewaktu itu , mulut terkunci
segalanya pasti ...

Sekecil mata
sebesar hati
seluas akal
secantik fikiran

Fikir fikirkan ..

MENGAPA SUKAR UNTUK MEMAAFKAN ?

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.

Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)


Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?

Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah


Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..

Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya..Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu...kekasih..bekas kekasih..kawan ..kawan office...suami ..isteri...apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya...dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya...kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?

Cermin Diri Sendiri

Adakah aku lebih bagus dari orang lain ? Dari segi apa ?

Adakah aku lebih mulia dari orang lain ? Dari segi apa

Adakah aku tidak melakukan kesilapan ? Dari segi apa

Adakah aku lebih baik dari orang lain ? Dari segi apa

Adakah dia membuat salah terhadap aku ?

Siapakah aku ini ? Seorang yg berilmu , matang atau seorang manusia yang bersikap budak budak ?

Siapakah aku yang asyik mencari silap manusia lain ?

Siapakah aku yang perlu memaki orang ?

Siapakah aku yang bagus sangat boleh membenci orang ?

Sekadar Renungan Sebelum Tidur..

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A’raf:23)

Selesai Jugak Hutang ..

Alhamdulillah ... jutaan terima kasih kepada penaja aku yang sudi menyelesaikan hutang aku .. huhu... sapa penaja aku yer ? Heheh.. nanti korang tau ..

Dulu aku ada buat satu pertandingan .. Dua pemenang telah aku hantar hadiah cuma hadiah no 1 .. Pada mulanya stok takde ... kemudian aku plan nak bagi by hand je nanti ... tapi memandangkan penaja aku baik hati untuk memberi hadiah tersebut , maka pucuk dicita ...hehhe

Maka tadi aku terbaca blog sahabat tu .. hehehe.. akhirnya dia dapat gak hadiah tu .. hehhe.. bagus bagus .. Ini bermakna , mulai minggu depan aku akan buat satu pertandingan setiap minggu ... Amacam ? ADa sapa sapa berminat ... Satu minggu satu pemenang ? Korang nak join ??? Tak da yuran penyertaan pun ... hehehe

Nak tau sapa yang dapat hadiah tu ?? Klik siniiiiii ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI