Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 Jun 2010

Selalu Begini ..

Semalam disisi ..
Gurau senda diselangi ..
Tawa rindu diselami ..
Kasih sayang disemai ..

Semalam disisi ..
Segalanya indah belaka ..
Kau ku sayang
senantiasa meniti dibibir ..

Namun hari ini ..
Kerna setitik cuka ..
Rosak segala kenangan lalu ..
Seperti tiada pernah berlaku ..

Andai kata inilah yang terakhir..
sesungguhnya cinta ini ..
biarlah bersemadi bersama ku...
sambutlah salam terakhir dariku ..
salam teristimewa ..

JB4.0 : KISAH KASIH

hUrmm... Sepanjang 8 bulan aku berblogging , ni kali pertama aku jumpa blog yang unik ..huhu... kreatif kreatif.. hahaha..

" tiada kata seindah bahasa,kan? so meh aku kenalkan diri dulu.. nama? kasih. bukan nama samaran, kasih ialah habibah dalam bahasa arab.ya terima kasih mama dan abah sebab bagi nama yang sangat klasik pada aku.

blog ni wujud sejak setahun yang lalu..sebab aku suka menulis..aku tulis apa aku rasa, dan apa yang aku perhatikan dalam kehidupan dan juga masyarakat. aku bukanlah seorang yang mudah ikut flow, aku jenis sound direct bila something tak kena..macam entry seksi seksa, dan muka lawa, bertudung tapi g-string.. "




JB4.0 : CORETAN PERJALANANKU


Blog ni bernafas sejak November 2006.. bermula dengan nama blog "Coretan Perjalananku" hinggalah ke hari ini.. memula tu saje buat blog untuk diri sendiri.. tak pernah sekali pun war war kan kat kawan2.. sedara mara pun tak penah.. saje syok sendiri.. macam diari la gitu.. dulu selalu baca blog joe perantau.. itu pun sebab terikut husband yang hari2 bukak blog joe perantau.. dari situ agaknya mula berminat nak buat blog sendiri.. sebaik aje berenti kerja masa tu, dah banyak sangat masa kan.. mula lah bertatih belajar macamana nak masuk gambar.. nak buat itu.. nak buat ini.. dan kadang-kadang sebab terlampau ralit cari template.. sedar2 dah subuh.. adusss.. mulut husband dah mula la berkicau.. memula pelan-pelan.. lama lama sakit telinga ngan hati ni dengar hahahah!! salah sendiri kan.. telan jer la..

JB4.0 : LIFE IS SIMPLE


Huh, nama panjang aku durratul ain a/p hamzah, agama islam ok! nama samaran aku ada banyak ain, epy dan paling glamer di uni adalah d.a. Blog aku ni overally personal la. Tapi, sedikit sebanyak aku dah menyelitkan tutorial dan tips. begitu juga dengan artikel, tidak begitu personal seperti saat pertama aku dulu. aku cuba selitkan dengan sedikit dua dikit info.

JB4.0 : HAZLIZAHUSAINI'S FAMILY


Nama samaran saya : Leeza

Nama blog saya : Love Journal of HazlizaHusaini’S Family

Latar Belakang Blog :Blog saya ni lahir pada May 2009. Blog saya ni sangat caca merba..semua yang saya rasa saya nak tulis..saya nk wat entri..saya akan taip kat sini..Kebanyakan nya mesti la pasal kisah-kisah parent,anak-anak,rumahtangga,hobi dan kadang-kdang ada juga saya bercerita pasal blog tutorial..Tu pun kalau ada yang bertanya..Kalau tak dak yang bertanya,saya tak wat sebab nyer…saya pun masih lagi belajaq bab-ba blogging ni..Kalau ada yang nak tips-tips dalam rumahtangga,sangat senang nk cari tips cam ni kat blog saya..sebab saya suka letak tips camni,untuk diri saya dan untuk semua kawan-kawan blogger..

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA !!!

Aku baru dapat dari FACEBOOK ... MARI KITA RAMAI RAMAI LAKUKAN !!!

Tunjukkan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI semua foto profile anda menjadi warna HITAM (bukan paksaan) sebagai tanda prihatin & belas kasihan..Kapal kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk warga Palestin di serang dan di tembaki oleh pasukan Israel, sampai saat ini tercatat 30 orang sukarelawan kemanusiaan terluka/meninggal, terdapat sekitar 12 warga Indonesia dan 2 org M'sia di kapal tersebut yang belum diketahui nasibnya.

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

JB4.0 : SEMEKAR KASIH


" Ingin dikenali sebagai Cikgu Isza dalam dunia blog ni. Isza tu hanya nama samaran walaupun bunyi-bunyi tu ada persamaan dengan nama sebenar. Blog ni wujud bila saya mula membina minat di alam maya. Baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Masa mula pasang internet.. penuh pertanyaan internet ni nak guna untuk apa lagi? Memang saya ketinggalan mengenai ini di dunia sebenar.

Memikirkan apa imej yang perlu saya bawa akhirnya saya memilih untuk menceritakan tentang perkara terdekat dengan saya. Peribadi.. sekeliling...kerjaya. Sebagai guru yang mengajar matematik saya cuba mewujudkan entri belajar matematik dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu blogger-blogger dalam mendidik anak-anak mereka. Tidak bertujuan memperlekehkan... kita perlu faham kehendak sukatan pelajaran kini tidak lagi sama dengan zaman kita dahulu dan ianya akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. "

JB4.0 : MY LIFE STORY BOOK

" nama saya ita... nama blog ita My Life Story Book??? nape My Life Story Book?? sebab ita suka bercerita... ita suka bercerita pasal kehidupan ita.. pasal keadaan ita.. ita juga suka share something yang ita tau dengan kawan² blog ita... mungkin jugak sebab tahi lalat kat bawah bibir belah kanan ita ni kot membuatkan ita suke sangat bercerita... sebab tu la ita buat keputusan utk jadik blogger... lagipon, dengan berblog, ita dapat share pendapat, mendapat maklumat, menambah kawan.... ita baru je 4bulan 20hari jadik blogger ni... belom tahap pro lagik... masih lagi merangkak²... tak seotai rakan² yang lain... selain tu, sebenarnyer ita suke menulis... sebenarnya, time study dulu, ita ade menulis... i mean, taip.. tapi, tak pernah print @ kasi sape² baca.. skang ni da kurang masa sket utk menulis... sebab tu la ita prefer blogging... kan bagus... sume orang boleh baca.. sume orang boleh komen.. kan boleh "

MR.KLANG PARADE 2010 - KEPUTUSAN





Member aku yang memakai no 4 , berjaya mendapat no 2 dalam kategori bawah 70kg..Tahniah DIN... huhuhu..

Noorakmal Azren - Terima Kasih



Akhirnya tiba jua... setelah seminggu tunggu ... cenderamata dari NOORAKMAL AZREN sampai jugak atas meja aku...

Buat pengetahuan korang yg berminat nak tau .. NOORAKMAL AZREN adalah kenalan FACEBOOK aku ... ;)

Terima kasih sekali lagi diatas hadiah tersebut ... huhu...

Seindah Suria Pagi

Salam ... selamat pagi ...

Senyum.. senyum .. senyum ... Jika anda rasa tertekan , lihatlah suria diwaktu pagi..lihatlah kesegaran pohon pohon yang kehijauan ... tariklah sedalam dalam nafas .. hembuskan dengan perlahan ...

Jika anda rasa diri anda malang , bayangkan mereka mereka yang lebih malang dari anda .. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya ... Kita adalah pengembara di bumi Allah ini.. Bila bila masa kita akan dipanggil pulang.. Oleh itu , senantiasalah bersedia menghadapinya ... Ia datang tanpa mengira waktu ...tanpa bau ...

Nikmati kehidupan ini dengan rahmat-NYA ... dengan penuh keceriaan ....dengan penuh kesyukuran....

;)
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI