Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Jun 2010

KELAB BLOGGER ...

klik gambar untuk ke KELAB BLOGGER

Hari ni aku nak gunakan logo ni pada KELAB BLOGGER di FACEBOOK ... Tujuan kelab ni adalah untuk mengumpulkan semua blogger dalam satu 'pondok ' dan memudahkan untuk promote entri masing masing ... disini juga boleh diadakan diskusi ... dan yang paling penting ialah , penyebaran maklumat secara pukal... Jika ada sebarang maklumat terkini , boleh disebarkan dengan satu mesej saja ..

Kenapa aku letak nama BEN ASHAARI di tengah , aku tak nak kaitkan dengan mana mana pertubuhan blog atau web yang lain ... bila ada idea lain , insyaAllah akan ditukar ganti logo ini.. Buat masa skang , aku guna yang ini .. Harap disebarkan kepada blogger atau pembaca yang berminat nak join .. Mari kita jadikan ...

BLOG ADALAH SUMBER MAKLUMAT TERKINI !!

Nama je jutawan tapi rambut berkelemumur !

Memula aku tak percaya gak dengar ... Takkan sampai pemain bolasepak terkemuka dunia gitu sekali .. aku rasa dah berkali kali diulang tayang tapi aku je tak dengar betul betul ... Tadi , aku dengar sekali .. Haah.. dia sendiri mengaku rambut dia berkelemumur !!!! .. Camana tu ??

Pepeluhan di kepala boleh menyebabkan kelemumur .. ermm... dasat gak tu ... Tapi orang cam dia , takkan gitu kot ? mesti la dia rajin g spa ... buat rawatan kecantikan gitu ... Tapi penyelesaiannya mudah sekali... tak sampai rm10 rasanya kot untuk size kecil .. huhu... Skang gak aku nak g beli.. hahaha....

Mangsa syarikat pengiklanan ni .. duit mmg masyuk tapi tak pasal pasal peminat pk rambut dia berkelemumur.. hahaha.. ..er .. nak tau ke sapa ??

heehheeh.... saja je guwau... dah dia kata rambut dia berkelemumur... aku bagitau jee.. heheh... jgn marah aaa ...

Oh ya... pada yang belum join KELAB BLOGGER , jommm join .. klik je logo ni ..


Best Ke Merokok ?

Best sangat ke merokok ? Celik celik mata , cari rokok ... Sebelum makan ,hisap rokok.. selepas makan hisap rokok... Baca surat khabar pun merokok.. masuk tandas pun merokok... kat kedai makan pun merokok ..Di mana mana saja pasti merokok ..

Ditegur marah ... Tak tegur , kita lak jadi mangsa .. Diberitahu haram , masih buat dek .. Kata anti ISRAEL .. tak tau ke antara penyumbang dana utama ISRAEL datangnya dari rokok ?

Kalau tak kisahkan nyawa sendiri , cuba cuba hormat orang sekeliling yer ..

Apa saja cara pun boleh !

Kalaulah pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia 2010 , camana ek ? Korang sanggup g Afrika Selatan untuk memberi sokongan ? Atau sekadar ke hulu ke hilir memakai jersi pasukan kebangsaan ? Atau membuat entri di dalam blog ? Atau pun menulis status di FACEBOOK atau mana laman sosial ? Atau sekadar berdoa ? Atau buat solat hajat ?

Macam macam cara ada bukan ? Bagi aku , apa saja cara menunjukkan kita menyokongnya , tidak salah.. asalkan jangan keterlaluan .. jgn sampai huru hara dah la kan ... sokong sokong gak .. yang penting jgn lupa kewajiban dah la yer ...

Bagi aku , semua tu bertujuan untuk menyatukan.... tak kira depan tv, dalam FACEBOOK .. atau mana mana saja... kalau dalam facebook tu , boleh menulis status ... atau tukar gambar profile ..semua tu menunjukkan tanda sokongan .. betul tak ?

;)

Senyum Petang

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar.

Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

**Lawak-lawak ari ni aku kutip 4 tahun lepas dalam web...bukan hakmilik aku yer...tak ingat sapa punya tah

TERIMA KASIH DENAIHATI - Tak sangka leh menang hadiah ekk

Huhu..tak sangka lak aku leh dapat no 1 untuk referral tertinggi bagi satu pertandingan khas di blog DENAIHATI ..

Rezeki.. walaupun RM1 , ianya tetap rezeki ...

pinjam dari Denaihati

Pertandingan yang aku maksudkan tu ialah pertandingan menulis esei.. masih dibuka lagi .. Nak join kah ? lumayan tuuu.. dapat laptop lagiii .... nak tengok peraturannya ? meh sini

Pada yang nak tau lebih lanjut tentang hadiah yang aku bakal terima tu , meh sini

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL

bantu kami blogger picisan untuk menentang kezaliman ISRAEL LAKNATULLAH

tiada daya yg mampu ku kerahkan
tiada kekuatan yg dpt ku lemparkan
hanya doa yang mampu ku berikan

ya Allah
selamatkanlah pejuang pejuang shuhada yg mempertahankan agamaMU di PALESTIN..
permudahkanlah org2 yg memperjuangkan kebenaran
dan
selamatkan serta permudahkanlah perjalanan misi keamanan utk gaza..
bantulah kami hambaMU yang lemah ini..
hancurkanlah kerajaan ISRAEL LAKNATULLAH sebagaimana mudahnya kau hancurkan tentera bergajah ABRAHAH..
sesungguhnya tiada kekuatan yg dapat mengatasi kekuatanMU..
dan sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Amin ya robbal a'lamin..



"senjata org2 mukmin itu adalah doa"

mungkin sokongan kepada kempen ini tidak dapat membuatkan anda jadi kaya, menambahkan bilangan follower anda dan meng upkan trafic anda, tetapi sebagai blogger picisan seperti kami, ini yang kami mampu lakukan sebagai tanda mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara seagama kite.

apa guna follower berjuta juta
kalau xboley tolong setel kempen picisan ni??

entri dari sini

Pelakon Popular Bollywood Bakal Join MM2H ?

Erk.. dulu Jon Todt ( bekas ceo FERRARI F1 ) join MM2H ... skang 'dia' ni lak ? Huhu.. Sapa dia ni ? Er... tu tak leh la nak habaq sebab masih dalam perbincangan .. tak leh bocor rahsia..huhuh...

Jon Todt bersama tunangnya sewaktu hadir ke Unit Imigresen , MM2H

Sempat bergambar kenangan

Apakah kelebihan join MM2H ni ? Tu korang leh baca kat web MM2H sendiri .. program ni adalah program kerajaan yang mengalakkan pelancong / expat duduk di malaysia dengan lebih lama lagi .. ada kelebihan lagi ... hehe..

Sektor pelancongan adalah antara penyumbang terbesar ekonomi pada negara .. Dengan penyertaan nama nama besar , diharap mereka ini akan mempromosi segala kempen kempen kerajaan agar dapat menjana ekonomi negara lagi..

Sapa lagi pas ni nak join pas ni ??

Layak jugak Malaysia Ke Piala Dunia Akhirnya

Tunggu punya tunggu ... mula mula penjaga garisan je layak ke Piala Dunia FIFA ... skang ? Haaa... Tak dapat hantar team pun , dapat hantar pengadil pun jadi laaaa..

Bayangkan..baru hantar pengadil , kita dah berbangga habis... Kalau hantar team ? fuh... abisss tiket kapal terbang penyokong beli... Huhu.. Semangat penyokong senantiasa berkobar kobar... Semangat pemain ? hehe.. jangan la asik dok tackle artis je bang oi... tackle la bola tu haaa... baru mabeles..kan kan ... ;)

Apa pun , tahniah buat abang pengadil kita .. semoga mengharumkan nama malaysia di sana nanti ... harap harap dapat adili perlawanan dengan sebaiknya .. InsyaAllah ..

JB4.0 : STORY MORRY CIK KINA

klik untuk ke blognya

Blog nie saya buat tanpa disengajakan just untuk mengisi masa yang terluang saja. Boleh dikatakan blog ini merupakan tempat luahan perasaan saya yang masih lagi muda. Blog nie lebih kepada cerita peribadi. kira macam buku dairi laa. tapi dulu guna buku nak tulis dairi. sekarang nak tulis dairi senang je, duduk je depan pc bukak web blogspot.com dan daftar. lepas tu tulis je apa pun yang nak tulis. kan kan kan.

JB4.0: LYSSAVILLAMOR

klik gambar untuk ke blognya

Lebih selesa dengan panggilan 'Lisa' ataupun 'Lyssa' ~ sama je pun sebutan nye..hehe
Tapi kat rumah mak suka panggil 'Eca' and ayah lak panggil 'Neneng'..
haaa jangan dok pikir lain lak ok..
'Neneng' tu bahasa Filipino yg bermaksud Little Girl,
walaupun si anak dia ni dah umo 21 ayah still panggil lisa dengan gelaran tuh..huhuh

Mintak duit kat ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih.

Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda, Sarip.

p/s : Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:-

Kepada Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu

Sengih sat nooo

Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...

Dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk... maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...

Dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" Dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

Dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...

"Ooooo... cucur udang aku takde udang.. korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"

Lelaki Bila Merajuk ..

Bosankan bila lelaki merajuk ? Bukan skit skit merajuknya .. leh sampai berhari hari .. Apa yang boleh menyebabkan lelaki merajuk ? Apakah cara paling berkesan nak membuatkan lelaki tersenyum kembali ?

Ada banyak cara dan banyak petua ... Paling berkesan ... bila lelaki merajuk , perempuan ,jadilah 'air cond '... kasi sejuk... jangan kasi panas lagi... atau bila lelaki merajuk , perempuan pun sibuk gak nak merajuk .. tak ke haru ?

Rasanya kalau suami isteri , rasanya diorng mesti tau camana nak pujuk .. Kalau couple ? Camana nak pujuk ? Aku pasti ramai perempuan amik jalan paling selamat iaitu ..' wat dek jeeer ' ... kan kan ...

Cam contoh gambar ni ... Si lelaki tu tak abis lagi merajuk ... Perempuan tu lak merajuk... Dah tu , kalau dua dua merajuk ??? Ana kawin tigaaa.. hahahaha ..

Entah ler.. bagi aku , skit skit merajuk dah la.. Kalau suami isteri tu , merajuk toksah la sampai lupa tanggungjawab tu... ala kadar je merajuk .. Istighfar banyak banyak .. Nanti dok 'berperang dingin' je , silap silap , ada yang 'mangkat dijulang'' .. haaa..baru nak nyesal.. sementara depan muka tu , bawak bawak bermanja....

Bermanja bermanja gak.. tapi jgn sampai ada yang dapat sakit jantung atau darah tinggi... kang bermanja kat tepi kubur lak... huhu... tak pasal pasal dpt title .. kan kan ..

KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI

klik gambar untuk ke KELAB BLOGGER

Hari ni aku nak gunakan logo ni pada KELAB BLOGGER di FACEBOOK ... Tujuan kelab ni adalah untuk mengumpulkan semua blogger dalam satu 'pondok ' dan memudahkan untuk promote entri masing masing ... disini juga boleh diadakan diskusi ... dan yang paling penting ialah , penyebaran maklumat secara pukal... Jika ada sebarang maklumat terkini , boleh disebarkan dengan satu mesej saja ..

Kenapa aku letak nama BEN ASHAARI di tengah , aku tak nak kaitkan dengan mana mana pertubuhan blog atau web yang lain ... bila ada idea lain , insyaAllah akan ditukar ganti logo ini.. Buat masa skang , aku guna yang ini .. Harap disebarkan kepada blogger atau pembaca yang berminat nak join .. Mari kita jadikan ...

BLOG ADALAH SUMBER MAKLUMAT TERKINI

JB4.0 : CORET CORETAN CIK TI

klik gambar untuk ke blognya

Nama samaran saya Siti, kalau nak taip tu, Ct sudah laa.. Protect laa cikit tangan tu.. Hehee.. ;) Nama blog saya pula Coret-coretan Cik Ti :).. Kalau free, jalan2 laa ya di blog saya... :) [Hehee sempat lagi promote... ;)] Latar belakang blog saya?? Blog saya dilahirkan pada April 2009 [da agak tua daa.. Hehee.. ;)].. First time saya buat blog, saya tak faham langsung nak edit profail macam mana..., nak design blog macam mana.., dan waktu tu pulak, entri saya kebanyakannya adalah berkaitan kehidupan saya, seolah2 macam diari gitu.. ;) Kini saya da taw banyak jugak perkara tentang blog.. :) Alhamdulillah... :) Jadi kini blog saya bukan hanya berkaitan personal, malah turut di muatkan dengan isu2 semasa dan lain2 lagi.. :)

Zul Huzaimy - Aku minat lakonan dia rupanya ...

Zul Huzaimy

Dulu aku cukup tak suka tengok lakonan dia .. Suka benar berlakon jadi samseng .. Kalau tengok je muka dia kat tv ngan watak jahat , aku pasti tukar ke chanel lain..huhuh... Mmg meresap benor lakonan dia ...

Semalam , aku tengok drama bertajuk " SALAM TERAKHIR" .. sangat best ... mmg menjadi watak baik n coolnya ... Tidak terover bila jahat dan bila baik .. Jadi baik aku , dia mmg seorang pelakon yang bagus ...

Aku rasa dia antara pelakon yang bakal mengantikan tempat Rosyam Nor satu hari nanti ... InsyaAllah ...

JB4.0 : BICARA DARI BULAN

klik gambar untuk ke blognya

" berasal dari kemaman,terengganu...berusia 24 tahun, saya safiahafsah shaharuddin. (gaya pengacara jemputan nona memperkenalkan diri.haha).kenali saja saya sebagai safia/soffya/cik bulan...cikgu?ye, bakal cikgu dan baru saja menamatkan sesi praktikal di sri gombak. oleh sebab itu catatan saya banyak tentang diari cikgu dan kehidupan seharian.ada juga tentang tips,blog, cerita-cerita kelakar, cerita artis dan filem serta isu-isu semasa.
"

JB4.0 : SEORANG HAMBA ALLAH YANG SENTIASA RINDUKAN SENTIASA RINDUKAN SYURGA-NYA

klik gambar untuk ke blognya

" ak pon start ar blaja wat blog nie dri beliau..layout pon ak crik dri dye..hehehhe...aku pon ad gak terpikir,,ap gnenye blog ak nie sbnrnye?????cm xde gne pon ad...but the truth ble ak ad prob or ak buhsan thp maximum,,ak akn on blog n mle ar berjln2 crik blog len yg best smpai one day...... "

Perbuatan Tel Aviv serang kapal kemanusiaan patut dilabel pengganas dunia

dari MINDA PENGARANG BERITA HARIAN ONLINE

TINDAKAN kejam Israel sekali lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila komandonya melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara, yang mengorbankan 19 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan Gaza awal pagi kelmarin.

Dunia seharusnya melabelkan perbuatan komando Israel itu sebagai tindakan pengganas seperti yang sering diberikan kepada umat Islam yang melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan cita rasa Barat, khasnya kuasa besar.
Mempertahankan perbuatan terkutuk Israel membuktikan dengan jelas sokongan kuasa besar dunia terhadap negara itu. Atas nama perikemanusiaan, tidak ada sebab komando Israel itu menyerang kapal yang membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan termasuk ubat, makanan dan pakaian untuk keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza yang dikepung sejak dua tahun lalu.

Serangan itu membuktikan sikap Israel yang terus bermaharajalela tanpa mengambil kira perasaan masyarakat dunia. Israel yang dibentuk Britain pada 1947 dan mengisytiharkan kemerdekaan setahun kemudian itu, tidak pernah mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang dunia.

Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal.

Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.

Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan mereka, bukan melakukan serangan. Adalah lebih baik rakyat Palestin berkenaan menerima bantuan secara tersusun daripada membiarkan mereka menggali lubang di sempadan Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat. Tidak timbul soal mereka melakukan perbuatan subversif menyeludup senjata.
Dunia perlu melakukan sesuatu dan tidak boleh melepaskan Israel bebas tanpa sebarang tindakan. Kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga akan tercemar jika menganggap perbuatan Israel itu hanya tragedi. Tidak guna mengadakan sidang tergempar sekiranya tidak berani bertindak secara adil.

Dunia akan memerhati apa juga tindakan PBB dalam hal Israel ini. Adalah pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’ diberikan mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu. Perbuatan mereka itu adalah tambahan kepada satu lagi episod kekejaman ke atas rakyat Palestin. Tanpa bergantung kepada PBB, kita berharap blok negara seperti ASEAN, Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali dan Kesatuan Eropah memanggil sidang tergempar bagi menyatakan pendirian berhubung tindakan Israel itu.

Tengok pun dah gayat !

Semalam aku baca MALAY MAIL .. ternampak kisah ni .. kat Guatemala... Aku tengok gambar ni pun dah gayaatt... huhu ...

Gambar ni aku amik dari blog BORAK KOSONG 72 ..kalau nak tau lebih lanjut , masuk ler blognya




Darah Tinggi oh Darah Tinggi

Salam ...

Sakit kepala ni menjadi jadi lak kebelakangan ni .. ni baru pas telan ponstan .. tak tahan sangat.. takkan nak mc lagi .. Aku pun tak tau nape sakit kepala... ni nak bukak mata pun rasa cam pedih jer .. Adakah disebabakan cuaca panas ? Tensen ? Tak rasanya ... tekanan darah naik ? Tak check lagi ..huhu..

Semalam , ada kawan opis aku cerita pada aku bagaimana penyakit darah tinggi memberi kesan pada makciknya .. Makciknya yang berusia 60an seperti baby baru lahir .. tak kenal sapa sapa.. Malu malu pada orang walaupun pada anaknya sendiri .. Menurut doktor , salah satu urat di otaknya tidak mendapat bekalan darah disbbkan mengalami kerosakkan .. Menurutnya lagi , makciknya terpaksa memakan ubat sebanyak 20 biji sehari .. Belanja untuk ubat ubatannya pula menelan kos RM1500 - RM2000 sebulan .. huhu...

Ada yang memandang ringan penyakit darah tinggi ni ... sbb kesannya bukan sekarang tetapi akan datang ... kerosakkan pada otak , jantung dan buah pinggang ... huhu..

aku antara orang yang malas makan ubat.. camana tu ?
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI