Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Jun 2010

Lelaki gatal ! Miang ! Dah kawin , buat la cara dah kawin ! Dah ada gf , toksah mengatal lagi !!!

Mak aih.. panjang betul tajuk aku malam ni .. hehehe .. sebenarnya aku terkedu bila masuk satu kelab ni kat FB ... Perghh... sesi meluahkan perasaan berlaku disitu .. macam macam tajuk dan ramai giler yang memberi komen ..

Ini antara tajuknya .. Maaf yer admin kelab tersebut... pinjam tajuk je..

"being fair, kenapa wujud perempuan yang boleh layan kegatalan lelaki yang dah ada girlfriend ? kenapa perempuan tersebut tidak boleh paham perasaan perempuan lain ? tidak wujud rasa bersalah di hati ? wondering"

Ada 72 komen ... fuh...Kelab tu ada lebih 4 ribu ahli yang mana aku rasa majoritinya perempuan.. Dasat dasat ..

Aku bukan nak bicara tentang kelab tu ... tapi tentang perangai manusia ni .. tak kira lelaki atau perempuan ... GATAL MIANG CURANG dan sewaktu dengannya ... Bagi aku , toksah terlalu membenci sangat ..

Kenapa ? Bila kita simpan dalam hati , atau terlalu memikirkannya ... itulah doa kita ... sebab selalu memikirkannya .. Bagi aku , lebih baik berserah je pada Allah ... Tak kira isteri atau suami mahupun kekasih , jika mereka nak berlaku curang , silakan ... bukan tak pernah berlaku pada aku .. pernah .. berkali kali .. tapi nak buat camana ? Takkan nak g pukul dia ? Takkan nak marah dia ?

Dia nak orang tu , kita lepaskan dia .. amik la... Allah dah janjikan keadilan buat manusia .. tak hari ni , esok lusa kena la balik ... tak esok lusa , DIA bagi nun di sana nanti.. Buat apa laaa nak marah marah ...

Perempuan .. bagi aku ramai yang berkerjaya skang ... tanpa lelaki diorng pun boleh hidup .. maksud aku , walaupun dah kawin , laki dia miang ngan perempuan lain , suh je g ... Lepaskan dengan cara baik ... Kalau benar nak kawin lain , pastikan lengkap segalanya... buat surat perjanjian .. huhu ... kalau tak bayar nafkah ke.. apa ke , see u in court !! haaaa.. ada bran ?

Laki lak... kalau isterinya curang .. kan hukum Allah ada ... hilang hak dia kan... pe susah .. takkan nak g belasah .. tak guna bang .. masuk penjara nanti... sapa susah ? sapa nak jaga anak ??

Bagi aku ... kita sebagai manusia ni... ada panduan hidup.. AL-QURAN dan SUNNAH NABI s.a.w ... kita ikut je la.. nak pening wat pe .. dunia ni hanya satu persinggahan sementara ... nun di akhirat nanti kekal abadi...

Aksi BASAH 13 org pramugari dari pelbagai negara yg sy rakam di private party BANGLO

Aksi BASAH 13 org pramugari dari pelbagai negara yg sy rakam di private party BANGLO SEMALAM

Taip ON SUKI htr ke xxxxxx
SMS OUT to optout xxxxxx

Tu diaaaa.. baik punya sms aku dapat .. huhu ... makin lama makin mengarut sms zaman skang ni ... takat TOTO ngan MAGNUM tu , jgn cita la.. aku dah la tak pernah langgan .. main masuk jeeee dalam bb ni.. bila send untuk OFF , send error lak... haih ...

Nak call celcom ? Haih... patutnya diorng monitor menda menda cam ni ... tak cukup orang ? Ramai dok nganggur lagi tu... susah nak promo ? Meh blogger-blogger tolong pomotkan keje kosong ..sat je beribu orang mintak.. huhu

Kalau tak cukur jambul , tak leh g Mekah !

Lawak je kan ... adeh ... gitu lah mesej yang aku terima dari adik aku ... dia kata ada makcik kat umah dia cakap cam tu .. sbb adik aku tak penah buat majlis cukur jambu atau botakkan kepala anak dia ..

Yang buat aku tersenyum simpul tu sbrnya tang tak leh g Mekah tuuu... dari mana laaa dia dapat hadis lagu tu haa... main suka suka je sebut ... Siap ada penyokong lagi .. jiran dia .. huhu .. kira nak suh buat cam dia la kot..berendoi... adeh .. terang terang dah bagitau dari mana adat tu mai... Kang cakap , kata lawan orang tua .. nak tak nak , sengih jer la ... kan kan ...

Duit Dari Nuffnang ..

Buat kali pertamanya dalam sejarah aku berblogging , aku dapat cheque dari NUFFNANG .. Pelbagai kajian aku buat terhadap 3 jenis syarikat pengiklan.. iaitu Nuff , Adverlets dan Innity ... Akhirnya aku dah dapat jawapannya ...

Tadi , ada sahabat aku memberitahu bahawa ada sebuah lagi syarikat pengiklanan yang mana katanya memberi $ yang tinggi .. tapi buat masa skang aku tak berminat nak bertukar ke mana mana syarikat memandangkan aku dah tau mana yang terbaik untuk aku, buat masa skang ..

Aku bukanlah kejar sangat $ tapi kalau dah rezeki nak datang dari sana , takkan aku nak tolak .. lagi pun bukanlah aku buat cara yang salah ... aku bercerita dalam blog ni .. samada berinfo atau tidak , itu terpulang pada pembaca sendiri .. kalau rasa tak berinfo , maaflah yer ... Aku menulis kerana aku minat ... tu jer ... saja nak bercerita apa saja yang aku rasa dalam ni ... kalau ada yang terasa tu , aku mohon maaf la yer ..

Apa pun , aku dah dapat jawapan yang aku cari selama ini dari berblogging ... tu jer ... ;) selamat berblogging semua ...

Kenapa Aku Tak Nak Tengok Lagenda Budak Setan


Aku adalah salah seorang peminat novel Ahadiat .. Mmg zaman remaja aku membesar dengan membaca novel novel dia ... Bukan tak sangka , cuma tertunggu je bila novelnya akan dijadikan filem ...

Akhirnya apa yang peminat peminat novel nantikan telah berada di depan mata ... Dan bakal ditayangkan di panggung seluruh Malaysia ... Tapi kenapakah aku tak nak tengok lak ?? Dari previewnya , mmg best cerita tu ... Dari dulu , aku cukup tak gemar muka yang sama je kuar kat panggung.. bukan aku jeles atau tak puashati tapi bayangkan ... baru je ari tu satu filem tu membabitkan ke dua dua pelakon tu kuar .. Ni keluar lagi ? Aisey ... Cam Shah Rukh Khan ngan Kajol .. bila asik kedua dua tu jee kuar , orang jadi muak ... Patutnya penerbit lebih peka pemilihan pelakon ...

Kedua dua pelakon tu mmg bagus.. aku tak nafikan .. cam g kenduri kawin laa ... kat sana hidang nasi beriani ngan air sirap.. pastu g satu rumah lagi , sama je hidangannya .walaupun rasanya lain tapi tengok pun dah 'kenyang'... Apa pun ni cuma pandangan aku jer ... aku yang tak nak g .. Aku tak pengaruh sapa sapa pun .. Kalau korang nak g , aku galakkan sangat la .. hidupkan perfileman malaysia .. Cuma aku je 'letih' skit nak g ... tapi tak tau la kan ... ni pendapat aku skang ... kelak akan datang tak tau la kan .. mana tau aku berubah hati ke ... kan kan ...

Aku bukan anti filem melayu @ malaysia yer .. cuma tak mo tengok muka muka tu je kat panggung ... Mmg rezeki masing masing .. aku nak g tengok pun guna duit aku .. bukan dapat tiket free .. hehe... kalau dapat tiket free , tak tau la.. tu lain tajuk lak ...

Apa pun , semoga berjaya pada filem berkenaan ... Dari novel ke preview , mmg best ... tip top .. harap harap , filemnya setanding dengan novel tersebut ...InsyaAllah...

Hati hati bila re order air minuman ...

gambar hiasan - garang beno baby nehh


Hehe.. ari tu ada kes pasal org gaji dia meludah dalam masakan agar tuan rumah dia suka dan sayangkan dia kan .. hehehe.. aku rasa tu mesti kes dajal je tu ... ok ok.. Aku nak berkongsi satu cerita yang mana mungkin berguna untuk korang ...

Kalau g restoran .. tak kira kecik ke besar .. kalau mengorder makanan tu , mmg macam macam peel kan ... ada waiter yang lemah lembut .. ada yang biasa biasa.. ada yang garang ... heheh.. kita belum sempat nak tengok menu , dah terus tanya nak makan pee... huhu ... mesti korang pernah alami semua ni kan ? hehehe...

Kalau korang garang , dia pun garang ... hehehe.. aku nasihatkan hati hati je la ek ... ada kes ..dimana air minuman tu dicampur dengan 'air mulut ' atas dasar nak mengajar pelanggan !

Aku tak kata semua tau ... ini melibatkan individu tu sendiri .. bukan sebab restoran atau resepi tapi pekerja tu sendiri..

Kalau korang order air , pastu air yang diorder tu sampai tidak seperti apa yang korang mintak tu , jika nak mintak tukar .. cakap elok elok.. kalau main 'hoi hoi ' jer ... aku tak tau laaaaa apa ramuan yang dia tambah dalam air korang tu ...

Nak selamat ...minum je air kat umah ... air dalam tin pun lom tentu ok..huhu.. tapau je lee.. air diamond... hehehehe

Wudhu' punya hal !!

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu.

Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!

bukan hak milik aku..

Deduksi

Jiran 1 : Wahh... baru pindah ke?

Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.

Jiran 1 : Encik ni kerja apa? Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.

Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?

Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.

Jiran 1 : Ya, betul.

Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.

Jiran 1 : Huh... betul lagi.

Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.

Jiran 1 : Tepat sekali.

Jiran baru: Itulah deduksi.


Petang itu...

Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah... baru pindah.

Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?

Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.

Jiran 2 : Apa tu?? Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada anjing kat rumah?

Jiran 2 : Tak. Jiran 1 : Aishehman...

JB4.0 : IN MY WORDS

klik gambar untuk ke blognya

latar belakang blog...blog nih memang baru sesangat lahir :) pada 1 may hari tuh... sebenarnya sy ada blog dah lama dah... dari tahun lepas lagi, waktu tuh memang buat blog nih sesuka hati jek nak tulis apa, macam diari gitu..haha...tapi lama2 terpaksa didelete dan buat blog baru...blog ni lah..followers pun baru 15 org..tapi tak kisah, sebab sy taw ada jugak yg sudi baca sebab ada yg sudi bagi komen..terima kasih banyak2 ye pada yg komen tuh..sy sangat menghargainya...sy blogger baru..tunjuk ajar ku sifu!!!hehe..

Cerita Pasal Lipas

Sesuatu yang ingin aku kongsi bersama ...

Aku dapat email ni dari seseorang .. aku rasa pengirim asal pun mengcopy email ni dari tuan punya blog atas tujuan berkongsi maklumat .. jadi aku cari dari mana asal usulnya lalu terjumpa... mmg menarik tips yang diberinya ..

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:

" Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun. "

Kalau nak tau dengan lebih lanjut.. boleh g baca di blog tuan punya artikal tersebut ....CINA ISLAM

JB4.0 : CLOUDY MONDAY

klik gambar untuk ke blognya


CikCloudy nama samaranku... hehe.. nama blog of course la cloudymonday.

Cloudymonday nih mostly pasal; .....sambung diblognya ...





JB4.0 : THIS IS MY TALE

klik gambar untuk ke blognya

Belog ni start tahun 2006. Lame kan? maknenye lame jugak la dier bersawang. Labah2 pun tak cukup oksigen dalam ni. Dulu tengok member suke tulis2 dalam belog. Name beliaw jenz. Time tu rase cam, wah!! nak jugak!! Maka, terkeluarlah 'this is my tale'. budak2 kan tajuk belog ni? Dah memang tyme tu budak2. Sekarang pun tgk jer la header tu (=.=")


This is my tale, kenape? sebab memang asik penuh dengan entry pasal personal life pon. Pastu suke pulak berangan sane sini kan. Tgk drama, brangan, tulis entry. Kan ke memang tales je tu. Time tu tak reti sume2 ni. Nuffnang apekah. Google Ads apekah. Alexa apekah. Amazon apekah. Cume tau yahoo dan emelnye untuk hantar assignment. memang buta internet abes ni! name belog, innocentemjay, kenape? Sebab time tu suke kaco orang, tp selalu cakap diri sendiri tak bersalah. hoho. takde kaitan. Now dah tukar ke domain sendiri. lalalala.

PWTC MINGGU INI


Ada apa dengan PWTC minggu ini ?? Semalam aku lihat diorng tengah setting booth.. bermakna akan ada pameran atau exhibition nanti... Jadi pagi ni, bila sampai PWTC , aku nampak board dinaikkan ...Siap ada booth jualan lagi ... huhu

Haaa ..selain menyokong , kita patut membangunkan ekonomi umat ISLAM dengan membeli produk produk buatan orang ISLAM tu sendiri .. kan kan ... setau aku masa ni murah diorng jual.. seyes... tahun lepas aku g , borong tuu.. nyesal g lambat sbab banyak abis...

Takkan nganga lagi ? kalau dah tak tau nak g mana sabtu ahad ni , jom serbu PWTC...

Bila dah nama rezeki ...

Pagi tadi aku kelaparan yang amat memandangkan semalam aku makan skit waktu makan malam.. Jadi aku naik ke tingkat atas untuk ke cafe.. tapau mee goreng campur sambal kerang.. feveret tu ...

On the way nak g tu , aku tanya kat member opis aku .. aku rasa korang kenal gak kot..si GADIS TERBILANG ngan si Suria ( dia tak de blog) .. hehe.. nak tapau apa apa ke ? Dua orang ni bagus..rajin...

Memula niat aku tanya tu , kot kot diorng nak naik atas .. jadi aku nak kirim jeeee kat diorng ... last last terbalik lakk.. aku lak tolong belikan lak.. hahaha... tak pe la..tak kisah.. lama tak g cafe.. 2 bulan kot tak g ..Jadi diorg kirim air panas jer... Aku suh diorng tulis sbb aku malas nak ingat..hahaha.. 2 air pun nak tulis... Bukan pee.. pala aku dok pk pasal lain ..

Diorng ni bagus.. tapau bukan ngan air liur..siap kasi duit ngan syiling2 sekali .. eheh.. aku amik duit kertas je..syiling tu tak yah...

Bila sampai cafe .. aku amik la apa yang aku nak makan .. sekali ngan air aku order...total dia ... beringgit dan bersen... hehehe... dia kira beringgit tu je.. sen tak...sedekah la tu... waaaa... buat baik di balas baik... kan kan..

Aku turun bawah... Makan... sodaaapp.. Alhamdulillah.. kenyang ...Boss datang kat aku.. Kasi memo.. suh naik atas .. ada meeting ICT ngan TKSU.. Erk.. tengok jam.. dah 920 pagi.. meeting 930.. aisey .. tak set minda lagi ni... ngan sakit perut lagi.. hahahaha...

Nak je kata kat bos.. tak yah masuk la.. hahahah... tapi dari aku melopong depan pc ni , baik aku g.. dapat gak perkembangan terkini ... kan kan ..

Aku pun naik... Dah mula pun meeting tu ... lepak sebelah sorang geng ni... nasib baik ada geng.. leh gossip sikit skit ....

Aku tngok jam... aisey.. lambat la pulak.. tengok dalam minit mesyuarat..bahagian aku lak ni... huh ..sah sah DATUK tanya aku nanti... belek semua dulu.. ok... dah..

Dalam dok layan mesyuarat tu , awek cafe masuk bilik meeting.. bawak makanan untuk meeting tu.. waaaaaaaaaaa... rezeki untuk lunch ni.. hahaha..selamat dah RM5 !!

Abis je meeting .. aku bawah turun bungkusan makanan tu.. Memula aku ingat nak bagi orang je ... tapi bila tengok kandungannya .. gulp.. terus tertelan air liur ...kensel.. hahha

Sampai je bawah ... terus je aku santap nasi lemak sambal sotong tu slow slow sambil wat kije..hehehe... sblm tu g brief boss dulu pasal meeting tadi ...

Ni lunch... hehee... tak kuar.. si GT tu kuar .. aku mintak dia tapaukan coklat ..SNICKERS..aku nak hulur duit .. dia kata tak yah..dia banjaa.. hahaha.. rezeki lagi.... hehehe... tu laa orang kata..

BUAT BAIK DI BALAS BAIK .... MUSUH JANGAN DI CARI .. BALA DATANG NANTI !


Nak sangat tembak orang ! Kan dah kena geng sendiri !

Tu laaa ..beria benar nak tembak orang .. kalau dah gian sangat , g la Iraq ke..Afganistan ke... g perang kat sana... baru jumpa lawan .. ni nak tembak orang yang tak pegang senjata langsung .. Takut ke apa ? Dulu Allah suruh g perang , korang takut !! Skang nak tunjuk berani ? Dah terlambat bebbbb ... sori laa beb... mmg korang kaum yang dah dilaknat sampai bila bila ... Erk.. aku cakap pasal ISRAEL ... huhu..

Aku terbaca berita ni kat Berita Harian Online ... huhuhu...

Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar Zionis cedera

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.

seterusnya >> sini

JB4.0 : ALAHAI MALAYSIA

klik gambar untuk ke blognya


ok...nama samaran saya dalam dunai maya adalah Pak_aAn...*kalau nak add aku di pesbook sila picit perkataan pak_aan itu yer...Alahai Malaysia nama diberi untuk blog aku yang ke-2...*blog aku yg-1 dah delete sebab lama tak jalan

Kenapa nama blog aku Alahai Malaysia??? ok...aku letak nama Alahai Malaysia sebab aku nak tunjukkan betapa negara Malaysia penuh dengan onar seperti permainan politik, gosip artis, cerita atlit dan isu-isu semasa...yang baik pun ada di Malaysia ni...kalau nak sebut nama blog ni kena sebut mcm pondan sikit

JB4.0 : DUNIA IZYRN

klik gambar untuk ke blognya


Wonsepon a taim, alkisah sejak azali, nama asal mak bapak bagi memang langsung tak ada IZRYN. tapi kenangan lalu mengusik kolbu teringat balik ketika zaman bebudak, bila makcik sobolah umah nenek yg tak penah nak hengat nama ku yg sebenar ialah AZURYN, alih2 bekenan jugak dengan nama IZRYN.
Aiih...makcik oo makcik. esok2 ada cucu letak sorang nama IZRYN ye? Supaya cucu makcik pun boleh guna nama IZRYN dalam dunia alam maya nya macam saya.

Keyword Popular Minggu Ini ..

Minggu lepas , satu pertandingan bina badan diadakan di KLANG PARADE ... tamat je pertandingan , terus aku update dalam blog sbb aku pasti ramai akan mencarinya nanti ...

Maka hasilnya , sehingga kini , antara keyword yang mendapat hits tertinggi ialah MR KLANG 2010 ... Dan di YAHOO search engine , blog aku menduduki tangga teratas .. ok la kan... sbb aku rasa ramai tak update sangat pertandingan bina badan ni ..

Kesimpulannya , blogger mesti pantas mengupdate sesuatu peristiwa terkini kerana pasti ramai mencarinya ... tu je..

Senyum sat jom ..

Satu hari sedang sepasang lalat makan tahi ...

Tibe2 si isteri lalat b'suara "bang ,nape kite hari2 makan tahi?"

Suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende2 kotor mase makan........tak baik"

Leganyeerr..

Salam ..

Selamat Pagi ... Huhu.. leganyer .. semalam tidur awal... 1030 tidur dah... malas nak tngok tv walaupun ada satu citer Jerman tu best giler ,FULL THROTTLE. ..hehe..tak sempat tengok abis..

Ni baru fresh jer kepala .. pening pun tak de.. Alhamdulillah ... Aku jengok ke KELAB BLOGGER .. ada penambahan ..Ada blogger yang sokong dengan membuat entri ... antaranya ..

MAT GEBU
SITI RAHAYU
LELA LELORD
FIRSYA MELISSA
MISS IZAH
HONEY
dan ramai lagi .... ada yang aku terlepas pandang ... Aku minta maaf yer... Pada yang aku perasan tu , jutaan terima kasih .. aku sendiri pun telah mengiklankan di blog DENAIHATI ...bila dah naik , semua dapat keuntungan... jadi tempat rujukan mencari cerita cerita terkini.. kan kan .. Terima kasih sekali lagi ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI