Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 Jun 2010

BLOG INFRAKLIA

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : BLOG INFRAKLIA

Antara entrinya yang menarik ialah :


lawak
dapat melalui emel, ada banyak gambar tapi aku rasa nila yang paling lawak nak gelak je bila baca, agak-agak korang kedai ni kat mana tah??

Akulah Blogger Yang Kecil

Hadoi... sempat gak mamat neh tag aku... arghhh..dalam aku dok bz menelaah blog blog yang join segmen baru aku neh , maka aku dengan ikhlasnya ( yeker ? har har har ) , nak mengtag blogger lain ...

Sebelum tu , aku nak bagitau , aku bukanlah blogger terkenal seperti yang dikatakan oleh pentag ni.. huhu..sama je ngan dia ..sama level ...

Untuk pengetahuan anda semua, tag ini di namakan Tag Game:Fantastic

Apakah terma dan syarat untuk menjawab tag ini?
a) Ucapkan terima kasih kepada pemberi tag - AYIE
b) Tag 5 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Bagi aku .. semua blogger blogger yang dalam dunia maya ni fantastic ... Jadi tidak adil lagi untuk aku pilih 5 ... kan kan ...

c) Contact that blogs and let them know they've been tagged
Dah .... tuuu..tengah dok baca ni.. hehe

d) State 7 things about yourself
Biarlah rahsia .. lalalalala

MUTIARA 2311

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MUTIARA 2311

Antara entrinya yang best :

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Ooo...virus takut yer ..

Tang virus takut ekk ..sbb apa ? sbb leh nampak rupa virus tu camana kan ... bermacam bentuk rupa kan .. mengelikan yer .. bayangkan virus yang cam cacing cacing tu masuk dalam badan lalu membinasakan 'firewall' badan kita ... pastu sakit sakit .. haaa ...

Tu baru Allah tunjuk virus ... kalau tunjuk setiap hukuman setiap dosa yang kita buat ? camana ?

BA : Semoga Allah mengampuni dosa dosa kedua ibubapaku , ahli keluarga ku dan seluruh umat Islam ..

Bila 4 blogger GB duduk semeja ..

Kecoh tu tak la .. tapi asik asik si GADIS TERBILANG je la kena .. Manakala si KON , cam biasa akan menemubual orang kampung dia .. MISS IZAH ... hahaha ..

Aku ? malas masuk campur .. tunggu je makanan free sampai .. Tengok jam , dah lewat ... ada keje ASAP lak tu ..huhuh...

Sampai makanan , segera aku abiskan .. Manakala diorg yang lain , tak abis..termasuk KON .. membazir je diorng neh.. nasib baik la si KON banje.. aku selesaikan makanan aku ... dosa woo membazir ..

BA : Dunia nampak hijau hari ini ...




Dah bagus sangat ke sampai semua orang ko nk belasah ?

Kejadian ni berlaku di depan mata aku , di The Mall ..

Seorang lelaki dalam keadaan marah marah , menengking seorang pengawal keselamatan di situ .. Walaupun berlainan bangsa , aku kasihan pengawal keselamatan tersebut ..

Hanya kerana pengawal keselamatan tu memberi salah infomasi mengenai lif , lelaki tu sampai nak bergaduh dengannya . Bagi aku , lelaki tu sepatutnya 'bukak mata' dan lihat signboard yang ada diatas setiap pintu lif ..

Kalau garang sangat pun , biar berotak ..

BA : Teringat cerita BENCI BILANG CINTA tadi ; harap je badan besar tapi takde otak ..

Petua Hilangkan Dengkur Semasa Tidur

Aku tau .. ramai tensen tak leh tidur sebab 'jiran' sebelah berdengkur cam keretapi abis bahan api .. Kadang kadang tak cukup dengan dengkur , ditambahkan lagi dengan bunyi yang kuar dari 'ekzos ' .. kalau slow , sah sah harumannya ala ala CALVIN KLEIN ... kalau bunyi cam meriam buluh ? fuhh... mau tensen wehhh.. kan kan ?

Panaroma ini biasanya berlaku pada mereka yang selalu berkongsi bilik ... Disini akan aku sediakan satu petua yang baekkk punyaa ...

Bila korang dengar jeee 'geng' tu start dengkur ... korang bangun , pastu kejutt dia ... kalau tak leh bangun ... spray ngan air ... Kalau dia bangun , aku nasihatkan korang lari dengan sepantas yang boleh .. aku risau ada yang arwah nanti ... Kalau tak bangun gak , try bisik kan dia ... suh dia mengucap kalimah syahadah ... haaa... mesti dia jaga punya ...

Tak jugak ??? Azan je kat telinga dia .. suh bangun solat ...

BA : camana aku nak tau aku tidur berdengkur ?

Sebelum jawab telefon , sila hidu bau mulut anda terlebih dahulu ..

Kalau guna pengangkutan awam tu , sila sila la hormat orang sekeliling .. Kalau ada panggilan masuk , jawap skit skit dah la.. tak yah kasi satu gerabak tu dengar ... Ni abis semua leh tau apa 'bisnis' yang 'korang' buat tu ..

Tu satu hal .. kalau dah penuh dalam tu terutama lrt dan erl , cakap tu cover cover skit ... ni kalau kena baru lepas makan sambal petai , tak ke member depan 'korang' tu pengsan dek bau mulut tu ? Kalau wangi , ok la gak ... tapi susah nak dah nak jumpa mulut wangi waktu petang petang ..

BA : sms je dalam lrt ...

Asal kacak je mesti GAY ..

Kalau tak kacak , camana pulak ???

Begitulah tanggapan sesetengah orang zaman sekarang .. Kalau nampak je lelaki kacak dan berbadan sasa , mesti pk senget punya ..

Ingat lelaki kacak je ke gay ? Yang tak kacak pun ramai woo ... Skang ni , kehidupan songsang yang dilaknat ALLAH ini antara cara kehidupan paling pantas yang dipilih .. Mudah dan senang .. Tak perlu pk nak kecewa dan mewah .. Astaghfirullah al'azim ..

Tu baru gay ... yang lesbian pulak ?

BA : Nasib baik masih ada 'penyelamat' di bumi Malaysia ini. Kalau tidak ... tak taulah apa jadi ..

FAZILZURAKIL

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : FAZILZURAKIL

Antara entrinya terkini :

" aku HAPPY sgt2 today .. heheheh smlm abah aku col dr Madinah, pehtu kiteorg sms2 .. cm dgn bf plak wakakakkaakak..(nnt aku story di sebaliknya key)..

ni plak , aku nk mintak tulun korg ler.. tulun pilihkan .. mana yg bagus/ok tuk di hadiah kan pd org tersayang ..

ni family aku x dak 2 mingu ler kan , cz g Umrah .. then aku ingt b4 aku pindh umh baru .. aku nak beli kan diorg something, aku mmg dh berazam (duit bonus x gerak lg.. mmg ku simpan tuk ni ler.. x gune dpt riban2 tp mak ayah kite lupe kan ..tui dak)..

so now aku dh compus nak pilih mano 1 .. dua2 nye agak mahal (even bonus aku .. hehe x yah ckp ler..x baik riak ye dak).. aku nak beli yg bergune ..

aku ada 2 pilihan : ... "



The Inside Of Cikali

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : THE INSIDE OF CIKALI


Antara entrinya terkini :

BONGOK!!!!


haha..
amik ko.. tetibe terkeluar..

pagi nie g jog.. lame tk jog..
rase last jog 2 hari bulan lepas.. hehe
amik ko semput.. lari track 2 round je.. pas jalan da..
so sum sume dlm 6 round la.. 4 round jalan je.

yg best part nie.. dh lame tk g jog smbil dgr radio..
smbil bwk cik sony.. hehe..
satu je nk gtau korng cikali..
suke layan HOT fm... terutamanya..
AM KREW.. panas n funny la diorng.. caya lah..

Bila RELA jadi POLIS ..

Baguslah .. diharap kes kes jenayah dapat dikurangkan dan juga ketenteraman awam selepas ini lebih terjamin ..

Cuma risau selepas ini ada yang gila kuasa lak .. Maklumlah , kuasa dah terlebih sedikit .. Seperti yang ramai sedia maklum , ada RELA ni lebih kuah dari sudu ... Bukan nak kritik tapi ada pengalaman ..

Semoga anggota RELA lebih bersyukur dengan 'kenaikkan pangkat' ini .. Lebih ikhlas dan jujur bila menjalankan tugas ..

BA : Syor rakyat jelata jadi mata mata SPRM yang bertauliah ... melaporkan segala rasuah yang berlaku di depan mata ..

Sekadar bermain di gigi air ..

Aku tak mampu untuk berenang lebih laut .. biarlah sekadar bermain di gigi air .. namun begitu aku tetap melemparkan padangan nun ke tengah lautan agar satu hari nanti aku berani mengharungi lautan itu ..

Buat masa ini biarlah aku mengutip umang umang dan siput di tepi pantai .. Walaupun sekadar siput namun cengkerangnya tetap cantik dan utuh melindungi isinya ..

BA : Sekadar membantu pada yang perlu .. kita serupa .. aku memahami ketika aku dibawah ..

CLOTHING ONLINE


SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : CLOTHING ONLINE


For your information about this blog, Bisnes Baju have been created on Friday, June 4, 2010 by Azhari Azmi aka A-Y-I-E.Im creating this blog with some reason.

My reason creating this blog:
1) Promote label-label clothing in Malaysia.
2) For business.You dont want money?Tell me.All of us, want money for our life.

JB4.0: DIARI FANATIK EKSPERI

klik gambar utk ke blognya

hohoho..inilah blog saya.tempat saya mengarut dan mengurut meluahkan ketidakpuasan hati serta sebarang buah fikiran yang difikirkan sesuai utk dikongsi bersama. pergh skema gila ayat aku.sila tabik spring dan bangun penghormatan.eh eh.hah! orang kata blog saya ni macam blog adik2..err..maksudnya org gambarkan pemilik blog ini adalah jejaka yang lembut.oh apakah? segera aku hantukkan kepala kat lantai tanda protes.huh..

JB4.0 : IEYAKALI

klik gambar untuk ke blognya

oke yer puan tuan , nama samaran dalam blog ni ielah IEYKAATIKA / IEYKA , prefer gune name sendiri laa kan , baru mengancam :)
blog name pulak IEYKAATIKA ONLY , yelaa only me jela kan
mula berbloging around MAC 2010 * baru je lagi ,
acctly dulu ade blog IEYKAATIKA yang lagi satu tuu,
tp sebab tangan gatai ni renovate blog , backup tk de pulak tuu ,
habis semua, musnah ,berkecai semua *eceh melebih lak dan terpakse laa buat acc blog baru.
blog ni my second blog laa kire , da kne buat baru semua ,
folower pon tk de ,
yela sape la nak folow si IEYKA yang CUN agak kurang lawa + comot ni kan :)
blog ni di buat sebab sukaSUKI jee , sebab si IEYKA ni suke becakap dan desprte sangat dengan keybod.

JB4.0 : MY CHANTIQUE

klik gambar untuk ke blognya


Name samaran a.k.a Masha, or Sara. Name blog 'MyChantique'..
Diberi name blog sebagai MyChantique sbb ade seseorg yg panggil sy dgn name ni dan terus melekat le name ni. Blog ni dilahirkan pada tahun 2008 time praktikal dlu kt BTPN Perak..buat blog ni sbb didorong oleh classmate yg rajin buat blog..mule2 create blog ni juz utk meluahkan isi hati, dan kalau ade mende yg bersarang dlm kpale otak ni..kt cni le luahkan dan utk tnye pndpt kwn2 pembace yg lain..

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER


Kembali lagi ! Memandang JB4.0 akan abis dalam minggu ni , maka aku akan membuat satu segmen lain .. kali ini bertujuan untuk mempromosi KELAB BLOGGER di FACEBOOK ..

Sapa yang layak ? Blogger baru yang mempunyai 100 follower ke bawah ..

Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berminat ialah : Buat satu entri dimana perlu

1) letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19
2) letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri ini ..

Untuk peringatan

* Tujuan segmen ini adalah untuk memperkenalkan blogger dengan blogger yang lain .. BUKAN ATAS TUJUAN NAK POPULAR atau TRAFIK ...Jika ada yang berfikiran begitu , amatlah tidak digalakkan untuk menyertai segmen ini ..

** Tiada review atau ulasan mengenai blog ... sekadar mengambil entri terkini dari blog yang berminat menyertai segmen ini ..kemudiannya di linkkan semula ke blog pemiliknya ..

Program ini akan berjalan sepanjang bulan JUN hingga Ogos .. jadi sehari sekurangnya 4-5 blog saja akan diperkenalkan ...

Tarikh tutup ... sehingga diberitahu kelak ...

Tinggalkan link anda di komen ...

BA : semoga segmen ini dapat mengenalkan blogger baru dengan blogger yang sedia ada ..InsyaAllah ..


JB4.0 : CT_ NURMARLISSAA

klik gambar untuk ke blognya

Mulanya wujud blog niee sbagai diary ku...meluahkan ketidakpuasan ttg kehidupan ku...lama blog nie berehat panjang.....kemudian...kini sibukk berblog kembali.....dengan cerita dan semangat untuk kehidupan yang baru dan kisah ku yg lebih menarik.....

JB 4.0 : SEJENAK BERSAMA HUSZA

klik gambar untuk ke blognya


Nama Samaran : Husza
Nama Blog : Sejenak Bersama Husza
Latar Belakang Blog : Blog saya nie biasanya saya penuhi dengan cerita-cerita mengenai diri saya dan kadang kala mengenai apa sahaja yang terlintas di fikiran. Saya juga memuatkan blog saya ini dengan beberapa koleksi resepi sebagai simpanan peribadi untuk rujukan bila-bila masa.

JB 4.0 : NGOK NGEK MISS KETOT

klik gambar untuk ke gambarnya


nama samaran aku knowg tak pun justin bibir.. edward cullinary pon boleh.. nama blog aku ngok ngek2 miss ketot =D.. ramai orang salah pronounce nama blog ni.. meh aku nak ajar cara pronounce yang betol.. ngok ngek ngok ngek miss ketot.. :) aku tulis ringkas sebab kalo tulis full panjang sangat.. ceritakan pasal latar belakang? haaa klik sini.. :)

JB:4.0 : ANTY NANA

klik gambar untuk ke blognya

salah satu dari entrinya ...
"
mmmmm....
tik...tok..tik....tok...
yea......finally...da duk bertapa sowg2 nie...
aku da~~

mmm....skrg aku cr kebaekn owg...kelebihan owg...
keburukan owg,aku buang jaoh2.....
dgn cara nie wat aku lg senang n tenteram....
(smile~)
aku x mintak pape....
cume bley wat keputusan yg sewajarnye..

sekian,trime kaseh...
"

Brazil ? Argentina atau Asia ?

Piala Dunia 2010 dah dekat.. Persediaan aku ? Belum lagi langgan Astro Sport .. Kenapa ? Malas .. hehe.. Sbb belum tentu aku nak tengok live..



Cuma kalau mengikut sejarah Piala Dunia , Brazil dan Argentina pasti pilihan aku.. Kenapa ? Brazil , aku minat Ronaldo .. Argentina lak , aku minat Maradonna .. Satu tika dulu aku pun pernah minat Germany tapi sekali tu jer .. zaman Klinssman ..hehehe..

Dalam erti kata lain sebenarnya , aku suka pilih pasukan yang dah juara.. Aku minat bila dah juara... hahaha.. kenapa ? Aku malas nak 'kecewa' .. Bukan dapat duit pun ...

BA : tahun ni tengok live kat suratkhabar je..

Bila Eksiden je mesti tanya yang pelik pelik

gambar dipinjam dari Bharian Online


Dalam muka depan surat khabar utama hari ini , ada tajuk tentang kemalangan maut . Bagi yang menonton berita utama malam tadi pasti dah mengetahuinya ..

Yang menjadi pertanyaan aku , kenapa setiap kali selepas berlakunya kemalangan , wartawan terus mencari keluarga mangsa dan menanyakan soalan soalan peribadi yang mana boleh menambahkan kesedihan mereka .. Perlukah ?

Antara soalan soalan yang semakin kerap ditanya , apakah perkara pelik yang dilakukan oleh mangsa sebelum berlakunya kemalangan tersebut .. Adakah itu menunjukkan alamat seseorang akan 'pergi jauh ' ?

BA : Tajuk utama berita , sama panas dengan tajuk entri blog..

Pantang larang dulu dulu

Salam ...

Selalu jadi gini kat aku kebelakangan ni .... walaupun cuti , mesti bangun awal .. Selepas subuh , takkan tidur balik ... ngadap terus laptop .. sampai kul 10 pagi gitu baru terlena balik .. Ni kalau dah time keje ? Kes parah tul ..

Mimpi tadi ? Hehe ... Lawak punya mimpi.. tah hapa hapa ... bercampur aduk .. Yang takde kaitan dengan kehidupan aku tapi tah le ..kot ada makna disebalik tu semua sebabnya sebelum subuh ? hehe.. tu orang kata ... tah betul atau tidak ...

Orang kita ni banyak benor kepercayaannya ... turun temurun .. macam macam pantangnya .. Ada yang masih amalkannya sedangkan kita dah tau 'niat' sebenar pantang tersebut ...

BA: ampon atuk nenek , anak cucu tumpang lalu .... teringat ayat ni ketika masuk hutan ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI