Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 Jun 2010

Tanpa ayam jantan ,ayam betina tidak akan bertelur


Pada suatu hari beberapa orang kampung telah berpakat untuk mempermainkan Juha . Maka mereka telah membawa sebiji telur ayam setiap seorang , mereka pun menyimpannya di dalam poket seluar .

Kemudian mereka pun memanggil Juha lalu mengajaknya pergi mandi di laut yang berdekatan. Sebelum itu salah seorang dari mereka telah berkata :

" baiklah , setiap orang mesti dapatkan sebiji telur dari dalam laut. Kalau tak dapat telur , dia tidak boleh naik ke pantai sampai matahari tenggelam ! . "

Semua orang bersetuju dan di kala itu fahamlah Juha bahawa mereka telah berpakat untuk mengenakannya .

Maka setelah agak lama mereka mandi berenang dan menyelam tak lama kemudian seorang demi seorang dari mereka naik ke pantai sambil membawa sebiji telur di tangan mereka . Mereka kena angkat telur tersebut menunjukkan kepada semua orang dan barulah dia boleh naik ke pantai.

Dan akhirnya tinggallah Juha seorang diri di dalam air , semua yang lain dah naik ke pantai kerana berjaya memperolehi sebijk telur . Juha pun mendapat satu jalan, sebelum itu dia menyelam buat kali terahir dan bila timbul dia terus berjalan naik ke pantai dengan muka penuh senyuman.

Sebelum dia sampai ke pantai , semua orang bertanya:

" Juha , kamu tidak boleh naik ke pantai selagimana kamu tidak menunjukkan kepada kami sebiji telur yang telah kamu perolehi ."

Juha tidak menghiraukan kata mereka. Lalu dengan tenang dia pun berkata :

" Eh , kamu semua ini tak tahu ke , sepatutnya kamu semua harus bersyukur kepada Allah s.w.t sebab kamu telah selamat bertelur. Jadi , kalaulah bukan dikeranakan aku seekor ayam jantan , maka sudah tentulah kamu si ayam betina, semua tidak akan dapat bertelur ! "

Terus dia naik ke pantai lalu memakai pakaian sambungnya lagi :

" Betul tak cakap aku , ayam betina tidak akan dapat bertelur tanpa ayam jantan . "

- dari buku Kisah kisah Lucu Abu nawas

Awak sayang saya ke tak ?

" Sayang ke tak ni ?? Saya tanya awak ni ... cepat ler jawab .. "


Kalau dok hangat bercinta , dan baru baru bercinta , pasti jawapannya semanis senyuman singa nampak pelanduk kan ? Yummy... sengih sampai nampak taring ... huhu ...

Kalau dok bercinta tapi ada pasang lain .. jawapan camana lak ? " Sayang tu mmg la sayang .. tapi saya sayang lagi mak (we ) saya tuu... kira awak no 2 la .. boleh kan ? ... Pergh.. mmg tunggu jadi kayu api je nanti tu..

Dah lama bercinta ? Sayang laaaa ( sayang blog aku lagi nehh ) ... sambil mata tengok blog ... hahaha.. camana tu ?

Baru berkahwin ... Sudah semestinya wahai isteriku .. Kaulah satu satunya wanita dalam hidupku .... zaaasss tarik masuk ke dalam bilik tidur terus ...

5 Tahun berkahwin ... Eh ... mesti la sayang ... Er.. kopi saya buat dah ke ?? Saja nak lari tajuk supaya tak tanya banyak... hahhahaha

Tahun tahun berikutnya ... Haih... awak tau kan... sudah semestinya cinta dan sayang saya ni hanya untuk awak ... Awak dah sign borang yang saya bagi tadi ? nak settle urusan cukai ni .. (padahal surat kebenaran nikah ) ... hahahaha

Aku gurau jeeeee.... hehehe

BA : Ada gak tidur kat luar pintu malam ni ...

England vs US ke nanti ?

Haa... aku tau.. sah sah England menang punyaa ... kenapa aku kata England menang ? Sbb diorg dah pakat weh.. hahahaha .. World Cup bagi England , Afganistan bagi USA .. baru la adil kan ... hehehe..

Boleh ke sukan dicampur adukkan dengan politik ? Dalam sukan pun dah ada politik kan .. Takat dunia skang ni , mmg tak dinafikan la... Apatah lagi bola sepak .. segalanya adalah perniagaan.. Mana ada dah semangat bolasepak dah ... bak kata Mourinho , World Cup ni takde apa makna bagi dia ... Yeke ?? silap silap dia tengok kat dalam bilik hotel dia nanti... usha pemain yang boleh dibeli untuk season akan datang ..ahaks ..

BA : Tak kisah .. mana mana pun laaa... dah mmg musim semua orang demam skang ni ..

World Cup vs Karate Kid

Hurmm... nak tengok mana satu ek... wayang , midnite ... bola , pastu .. sah sah balik penat ...ngantuk .. lapar .. dahaga .. huhu ..

Tgok bola dapat apa? Kepuasan ? Tengok wayang dapat apa ? Kepuasan ? Baik tidur lagi baik.. erk.. tido dapat apa ? Kepuasan ? ilang penat ? Hurmm..

Semua tak kena .. kan kan ... Mudah je ..esok cuti. buat je la mana mana pun , asalkan jgn lupa bangun solat subuh ... kan kan

CATATAN ASMIDAR

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : CATATAN ASMIDAR

Antara Entrinya ialah :

Salam......

Dalam ni ada 20 zikir yang bagus dipraktikkan sehari-hari.
Nama-nama zikir yang terkandung tidak lah saya tahu sebab tu saya namakan je dengan abjad ABC.

KALAU ADER SAHABAT-SAHABAT YANG TAHU SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN ..... TQ

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAH DAN KERAHMATAN DARI-NYA

AMIN......

MATAHARIKU SINAR JIWA KU

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MATAHARIKU SINAR JIWA KU


Antara entrinya ialah :

semalam aku tak masuk kerja... sebab diserangi penyakit malas lagi.... tapi ari ni aku terpaksa keja.. nak habiskan semua kerja kerja kalau boleh sebelum aku pergi bercuti panjang minggu depan... insyaallah

kalau tak ada aral melintang. pukang aku akan sampai

Tips Pageviews untuk Nuffnang

Time Views Uniques
Ni tips untuk blogger yang baru yer ... Cuba perhatikan Uniques dan Views ..Uniques rendah pada jam 1 petang tetapi pageview nyer paling tinggi di antara ke tiga tiga jam tersebut ..
Kenapa ini berlaku ? Dapatkan jawapan di main page blog aku .. ;)

Buat masa ini aku sasarkan pageviews ... aku kurangkan tumpukan perhatian pada Uniques buat masa ini kerana Nuffnang baik hati skang ni .. apa mimpi dia pun tak tau .. huhu... rezeki...

Tokabout : Berkaitan dengan Innity , aku rasa ramai tau dah , dia liat bayar skang ni .. ada yang kata dah bayar tapi tak dapat duit , ada yang kata bayarannya kurang.. macam macam cerita ada ..

Aku tak nafikan Innity bagi tinggi.. dia tulis je tinggi ... jumlah pun tinggi , tapi sehingga sekarang ... tak pernah lagi dapat ... Aku cashout serentak ketiga tiga .. Adverlets , Innity dan Nuff... Hanya Nuff je aku dapat ... lain ? Tiada berita ..


aku punya

Wallahualam ..

Kalau dah lama guna nuff , kekalkan je ... Tapi apa pun , terpulang pada masing masing .. Dapatkan pandangan blogger lain pon ok gak ..

BA : Jgn tamak ..





BLOG CARI PASAL ???

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : BLOG CARIPASAL

Antara entrinya ialah :

Nasi Putih Tanpa Lauk?? Korang pernah try x?? Mestilah pernah kan..Tapi kalau ade lauk korg amik x lauk?? Kompem korg akan makan nasi lauk kan?? Aku pon mesti balun abes lauk-lauk yang ade..Dapat lak cam menu kat atas tu. Nasi + Kerabu Mangga + Sotong Goreng + Sambal Belacan. Pergh, x terkata nikmat nak makan tuh. Silap-silap tambah lagi nasi.

So, kat sini actually bkn nak ckp pasal Nasi berlauk ni. Just aku nak buat relationship dia jerk la. Ok, skang ni cube korang bayangkan Blog Korang (xde nuffnang) sbg nasi putih tuh and nuffnang sbg lauk-pauk yang sedap2. So, kirenyer cam blog korg tu x masyuk la kalo xde NUFFNANG ni....

World Cup 2010 mula dah .. aku ?

Perlu ke aku langgan Astro Supersport ? Nak layan ke ek ? Sat nak ingat balik 4 tahun lepas ... adakah aku peminat setia World Cup ?

Tak pun ... Tak yah la langgan .. Tengok je siaran ulangan .. Untuk mengetahui keputusan terkini camana lak ? Apa susaahhh ??? Masa ni ramai blogger rajin giler update keputusan wooo .. Game abis je , terus update... tak sempat pengadil tarik nafas , dah di ping dalam net neh.. hahaha...

Jadi apa susah ? Oooo... tak feel eh ... nak feel , tunggu Malaysia layak je la ... baru feeeel ... haha...

BA : Brazil vs Argentina di separuh akhir.. mesti kaw kaw punya .. England ? suku akhir dah laa

Saya Doktor ..

Mereka membahasakan diri mereka dengan kerjaya mereka ... Kalau sesuai , tiada salahnya .. jika tak kena , buruk bunyinya ..

Bayangkan seorang doktor membahasakan dirinya dengan panggilan doktor ketika berbicara ... Atau seorang juruterbang ... mahupun seorang ustaz ...

Hurmm .. agak janggal bukan ? Kebiasaannya kita dengar penggunaan 'saya' .. Pemimpin tertinggi kita pun guna ' saya ' ...

BA: Guna je la 'saya' atau 'aku' ...

Kewajipan Menyemak Sanad Dan Matan

Ilmu adalah teras kepada ajaran Islam, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak aqal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Islam tidak wujud melainkan berteraskan ilmu, bahkan Islam itu sendiri adalah ilmu yang teragung buat sekelian alam.

Tokoh-tokoh ulama silam terutama para `ulama hadith (al-muhadithin) telah mewakafkan hidup mereka demi menyampaikan ajaran dan huraian yang bertepatan dengan ajaran Nabi s.a.w. Segala ucapan Nabi s.a.w. adalah ilmu yang maha agung. Justeru itu hanya ilmu sahaja yang berhak menghuraikan ilmu. Dalam kata hanya golongan yang berilmu sahaja yang berhak menghurai dan membahaskan ucapan bagainda, atau ucapan baginda hanya boleh
dibahaskan secara ilmu.

Malangnya, ada individu yang tidak mengambil berat tulisan yang telah mereka tinggalkan lalu memetik hadith sertakan menghuraikannya berdasarkan selera mulut tanpa dirujuk kepada kitab-kitab syarah hadith.

Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Fonomena ini
mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Berbalik kepada persoalan hadith, ramai golongan agama di Malaysia begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan sesebuah hadith. Apa
sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq para ulama hadith terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir:

"Sesiapa yang membuat dusta ke atasku maka siaplah tempat duduknya di dalam nereka"

(Hadith ini diriwayatkan oleh sepuluh para imam dan ianya mutawatir, ruj: Muqaddimah Miftah al-Jannah m.s. 31, `Abd ar-Rahman Fakhuri, ctk. Dar as-Salam, Mesir)

Sebagai contohnya, lihat sahaja ucapan: "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah mengenal tuhannya" . Betapa ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadith Rasulullah s.a.w, sedangkan al-Hafiz al-Sakhawi telah menyenaraikan keputusan para ulama terhadap perkataan ini dalam Al-Maqasid iaitu seperti berikut:

"Kata Abu al-Muzaffar bin as-Sam`ani: "Ianya bukan daripada Rasulullah s.a.w. sebaliknya dikatakan ucapan Yahya bin Mu`az ar-Razi. Kata al-Imam an-Nawawi: Ianya tidak thabit. Al-Imam as-Sayuti memetik dan mengakui perkataan An-Nawawi ini di dalam Zhail al-Maudu`at . Dalam Al-Hawi li al-Fatawi as-Sayuti menyebut: "Hadith ini tidak sahih". As-Syeikh al-Qari di dalam Al-Mauduat memetik daripada Ibn Taimiyyah yang menyatakan: "Palsu". Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis Al-Qamus: Ianya bukan daripada hadith-hadith Nabi sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadith Nabi s.a.w.. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyat." (Ruj: Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, jilid 1, m.s. 166, oleh Muhammad nasir ad-Din al-Albani, ctk. Maktabah al-Ma`arif, Riyadh)


Betapa ramai golongan yang telah menyandar ucapan ucapan yang tidak diucapkan oleh Nabi s.a.w. kepada baginda! Apakah mereka tidak takut dengan amaran Rasulullah s.a.w. tentang balasan orang yang mereka cipta ucapan baginda.?

Inilah hasilnya jika kita tidak meneliti persoalan kesahihan sanad dan kejelasan matan.

Apa itu sanad? Kata Hammam Sa`id : "Sanad di sisi para `ulama hadith (muhaddithin) ialah: "Rangkaian para perawi yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan. Samaada ianya adalah ungkapan Nabi s.a.w. atau selain baginda"

Semantara matan pula bermaksud: "Lafaz yang menggambarkan makna-makna yang dimaksudkan di dalam nas (petikan)"(ruj: Al-Tamhid Fi `Ulum al-Hadith, m.s. 14. Ctk. Jordan: Dar al Furqan)

Sebagai contoh bagi memudahkan kita memahaminya lihat kepada riwayat berikut:

Kata al-Imam al-Bukhari:"Telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"
(Riwayat al-Bukhari: hadith ke-56, 1295, 2742, 2744, 3936, 4409, 5354, 5659, 5668, 6373, 6733. Muslim: hadith ke-1628)


Di dalam setiap riwayat hadith ada mengandungi dua bahagian, iaitu sanad dan matan. Jika dilihat kepada hadith di atas, bahagian yang dikatakan sanad ialah:

Maksudnya

(Kata al-Bukhari) telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahagian yang dikatakan sebagai matan ialah:

"Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"

Dalam pengajian hadith, seseorang mestilah mengetahui selok-belok ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian di atas. Yusuf Al-Qaradawi menyebut tiga prinsip asas yang mesti dilalui oleh setiap pengkaji hadith demi mengelakkan penyeleweng dan takwilan secara jahil.

Pertama: Mempastikan kethabitan atau kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci yang diletakkan oleh para ulama hadith.

Kedua: Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.


Ketiga: Memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran atau hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

(Huraian yang lebih detil boleh dirujuk kepada apa yang ditulis oleh al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam "Kaifa Nata`amul ma`a as-Sunnah al-Nabawiyyah", m.s. 34. Ctk. Mesir, Dar al-Wafa)


Untuk pengetahuan, hadith yang thabit ialah seperti yang dinyatakan oleh al-Albani: "Hadith yang thabit merangkumi hadith yang sahih dan hasan pada penilaian muhaddithin. Samada sahih lizatih atau sahih lighairih begitu juga hasan lizatih atau hasan lighairih

Tiga prinsip asas yang disebut di atas adalah kewajipan kepada setiap pembaca atau pengkaji hadith ketika berhadapan dengan sesebuah hadith. Dukacita wujudnya di kalangan yang tidak mengetahui ilmu hadith tetapi cuba menghuraikan hadith Nabi s.a.w. tanpa dirujuk kepada para `ulama hadith. Mereka tidak mengetahui ilmu mengenai sanad lalu menganggap kesemua hadith adalah sahih asalkan disebut hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah atau at-Tabarani atau Ahmad atau at-Tirmizi atau sebagainya. Sedangkan mereka tidak memahami disiplin pengambilan hadith yang dilalui oleh setiap pengumpul hadith berkenaan.


Mungkin akan ada yang bertanya kalau demikian bagaimana caranya untuk kita mengetahui kedudukan sesebuah hadith? Jawapannya ialah bagi mereka yang tidak memiliki kemampuan mentakhrij dan membuat keputusan terhadap sesebuah hadith-inilah keadaan kebanyakan individu- maka mereka hendaklah merujuk kepada keputusan para ilmuan di dalam bidang hadith yang telah mentakhrij dan memutuskan kedudukan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebagai contohnya hadith di bawah:

(Kata Ibn Majah) telah menceritakan kepada kami `Ali bin al-Khallal, katanya telah menceritakan kepada kami `Abd al-Razzak, katanya telah memberitahu kami Ibn Abi Sabrah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada Mu`awiyah bin `Abd Allah bin Ja'far daripada ayahnya daripada `Ali bin Abi Talib, katanya: sabda Rasulullah s.a.w. "Pada malam separuh dari bulan Sya'ban (nisfu Sya'ban) maka hendaklah kamu semua mendirikan malam (qiyam al-lail) dan berpuasa pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah turun padanya pada tempat terbenamnya matahari sehingga ke langit dunia dan berfirman: "Tidakkah orang beristighfar kepadaKu lalu Aku ampunkannya, tidakkah orang meminta rezeki kapadaKu lalu Aku rezekikannya, tidakkah orang ditimpa bala lalu Aku sejahterakannya, tidakkah demikian dan demikian sehinggalah terbitnya fajar"
(Hadith riwayat Ibn Majah: hadith ke-1388)

Hadith di atas telah dihukum oleh para `ulama hadith sebagai dhaif kerana di dalam sanadnya ada rawi yang dipanggil Ibn Abi Sabrah. Beliau ialah Abu Bakr bin Abd Allah bin Muhammad bin Abi Sabrah. Al-Imam Ahmad dan Yahya bin Ma'in mengatakakan dia sebagai pemalsu hadith. ( Sila lihat: Sunan Ibn Majah bi Tahqiq Muhammad Fuad `Abd al-Baqi)

Setelah di pastikan sesebuah hadith itu thabit daripada Nabi s.a.w., tugas seseorang pengkaji hadith tidak terhenti di situ sahaja. Memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith adalah tanggungjawab besar yang mesti diberi perhatian. Apa erti jika kita mengetahui sesebuah hadith itu sahih atau hasan tetapi kita gagal memahami maksud yang sebenar yang tersurat atau tersirat di dalam matannya, kerana tujuan kita membaca sesebuah hadith adalah untuk beramal atau berpegang dengannya setelah dipastikan kethabitannya. Lebih malang lagi jika kita bukan sekadar gagal memahami maksud yang sebenar tetapi ditambah dengan membuat huraian yang salah sama sekali dari maksud sebenar yang disampai oleh baginda Nabi s.a.w. Bahkan yang lebih musibah ialah apabila yang menghuraikan hadith-hadith tersebut ialah para pendakwah atau orang-orang bercakap di khalayak ramai maka dia menjadi rosak dan orang lain juga menjadi rosak.


Oleh : Mohd Asri b. Zainul Abidin

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.

gambar hiasan - hatiwanita

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4

dari FIQH & SUNNAH

Mak kau main ngan bapak kau la !

Tengok tajuk , rasa rasa percaya tak ianya keluar dari mulut budak berumur 7 tahun atau darjah 1 ? Percayalah .. Aku sendiri yang dengar ..


Kejadian berlaku sewaktu aku menjadi guru sandaran sekolah ,di KL. .. Dua budak dari satu kelas , bergaduh mulut dan akhirnya terkeluar dari mulut salah seorang darinya .. dan akhirnya , kena sedas kat tangannya oleh guru disiplin..

Tu baru satu kes ... ada satu kes , budak darjah satu ditangkap dok beromen ! Tak caya ? Percayalah...

BA : Budak skang buat apa yang mereka lihat ..LIHAT DAN BELAJAR ..dari sapa ek ?


Word Speaks Louder Than Action!

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : WORD SPEAKS LOUDER THAN ACTION

Antara entrinya ialah :

Meh sini nak reveal skit masa muda-muda dulu suka berangan kann. Haishh malu! Zaman sekolah menengah, masing-masing dah berangan besar, dah terasa diri ni paling cantik atas muka bumi ni. Wuarghhh!


*tampar muka sepuloh kali!

Aku bukanlah jenis yang suka hindustan sangat. Tapi ntah macam mana masa tu terasa nak beli VCD hindustan. Siap beli yang original tu beb. LOL

Fikir punya fikir, decide lah beli VCD cerita ni .......

Khas untuk blogger baru - final

Peringatan !! Tujuan aku tunjuk ni bukan untuk menunjuk nunjuk .Sekadar memberi semangat pada mereka yang memerlukan .

Sila baca ni dulu untuk lebih faham ...

Untuk baca bahagian 1 : klik 1
Untuk baca bahagian 2 : klik 2



Pageviews untuk bulan lepas

Pageview untuk minggu lepas

Pageview untuk minggu ini

Jika dapat buffered , akan menghasilkan $$ ..

Jika kebetulan iklan keluar , dan ada visitors ... maka adalah $$ .. kena bijak skit di bahagian ini.. kena tau bila nak post entri baru pada masa sama iklan keluar ..

Jadi apa yang perlu lakukan ialah , terus berblog dengan mengisi entri yang berilmiah ..

BA : Anda boleh lakukan ...

Pening tengok layout ..

Aku dok mencuba tadi.. tukar sana sini ... guna design yang baru ... Hurmm .. Last last .. aku selesa dengan yang lama gak ... lebih simple walau .. Ringkas... loading pun senang ..

Blogger kena amik kira pembaca yang menggunakan broadband .. ada tempat signal dia tak elok.. Sekadar GPRS atau EDGE ... teruk woo.. jenuh nak tunggu loading ...

Sebab tu aku guna basic je.. Biar tak cun tapi senang hati ... heheh

JB4.0 : HOPES IS HARAPAN

klik gambar untuk ke blognya

Blog ini adalah personal blog.. ditulis atas dasar diri sendiri meminati dunia penulisan... Memaparkan apa yang terjadi dalam kehidupan insan bernama Amieynna Amin.. Sejak kehilangan adik tersayang.. Kebanyakan entry adalah berkisar tentang kenangan bersama arwah.. Sengaja ingin membiarkan memori itu tersimpan rapi disini kerana kita sering terlupa moment indah dalam hidup kita..

JB4.0 : NINAZSYAFINAZ

klik gambar untuk ke blognya


Blog nih haku tubuhkan pada tahun 2008.Blog nih boleh dikatakan blog rojak lah..Sebab selain haku masukkan resepi2 ader jugak cerita-ceriti tentang family dan aktiviti harian ku..Selain tuh..blog ini juga menjadi rujukan haku menyimpan link sifu-sifu yang teror masak..jadi tak lah penuh sgt bookmark haku..:)

Sebagai pembuka tirai pagi ini ..

Sulaiman bin Shurd r.a berkata :

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w , dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.

Maka Nabi s.a.w bersabda :

" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang . Iaitu sebutlah " A'uzubillahi minash syaitan " nescaya kemarahannya akan hilang .

- Sahih : Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya , hadis no : 3282 ( Kitab Bad'i al-Khalq , Bab sifat iblis dan tenteranya )

Dari buku 7 Tipu daya syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Khas buat blogger baru - 2

Ramai terkejar kejar trafik untuk mendapatkan $$ yang tinggi .. Salahkan ? Terpulang pada niat masing masing .. Yang penting biarlah cara yang betul .. Jgn lupa soal halal haram di situ.. Allah Maha Mengetahui ..

Pada yang gunakan NUFFNANG .. perhatikan Analytics anda .. ada yang terlalu mengejar UNIQUES ( UV ) sehingga lupakan VIEWS ( PV) ..Ada perbezaankah ? Ya !

Kalau 1 UV = 1 PV ...anda rugi .. cuba dapatkan 1 UV = 3 PV ..

Apakah kelebihannya ? Anda boleh membacanya di sini


BA : Ini sekadar pendapat aku untuk berkongsi dengan blogger baru .. Jika blogger lama nak tambah , silakan ..

Khas buat blogger baru - 1

Aku tahu ramai blogger baru kecewa bila melihat Nuff mereka tak banyak iklan atau pun $$ ciput setiap minggu .. Aku memahami perasaan itu .. Satu tika dulu aku sendiri pernah kecewa dgn nuff sehingga aku mencuba 'produk' lain ...

Apa yang perlu korang lakukan ialah tingkatkan lagi .. cari idea bagaimana nak 'menjual' blog korang tu ..Anggap diri korang tu sebagai salesman ... Bagaimana nak tarik pembaca ke blog korang .. Biar mereka masuk , baca dan keluar dengan senyuman ... Dapat pahala jugak kan ..

Aku yakin satu hari nanti korang akan tersenyum jugak .. Yang penting , buatlah dengan cara yang betul dan bermanfaat .. Percayalah ..

BA : Sikit sikit , lama lama jadi bukit..

ASTRO !!! Dulu kata takde iklan !!!

Skang apa cita ?? Walaupun dalam channel yg dibayar , iklan berlambak lambak .. apa kes ni ? Harga makin naik .. kalau takat nak tengok iklan , baik aku layan kat internet .. banyak iklan weh ... nuffnang ada ...innity ada .. kirawang ada ... banyak laagii laaa...

Bikin tensen tul laa ASTRO neh ... bila bagi alasan kenapa naik harga , kononnya nak tampung kos... Bila dah naik , buang la iklan tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... arghhh....

Kerajaan .. kasi laaa ASTRO tu ada pesaing skit .. kalau tak , diaorg je monopoli semua wehhh... Dah la tu, cerita yang ada pun makin mengarut ngarut ...

BA : Kasi rakyat ada lesen satelit ... baru beshhh
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI