Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 Jun 2010

Tips TRAFIK untuk blogger baru


Kepantasan mengupdate sesuatu isu amat penting untuk mendapatkan trafik.. Baru tadi abis MENTOR dan seorang lagi peserta terkeluar.. Peminat peminat mentor pasti ini mendapatkan update terkini ... sudah pasti mereka akan mengooglenya ..

Cuma aku agak kurang pasti adakah ALEXA memainkan peranan didalam pencarian google ini ?

Disini aku ingin berkongsi satu keyword yang boleh korang gunakan .. mmg cukup popular pada bulan ini ... BENCI BILANG CINTA ..

BA : Hujung minggu yang membosankan ..

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.

Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”

Mendengar

Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.


- DR.MAZA

Mentor : Ayim Terkeluar


Heheh.. aku bukan peminat Mentor tapi ada la ikut skit skit sbb wife slalu tengok .. aku terpaksa jadi 'follower' je la ... u follow i , i follow u la kan .. hehe...

Tapi berdasarkan dari ulasan , aku rasa kekalahan Ayim dan mentornya , Mus adalah dari kesilapan sendiri.. Ego yang memakan diri ... Terlalu confident menyebabkan markah juri awam rendah ... Tu yang pertama ..

Yang kedua lak , aku rasa ... peminat peminat Ayim , rockers .. semua layan bola.. hahahaa.. jadi undian sms rendah la.. kan kan ... hehehe ... Takkan laa peminat dia semua perempuan .. mesti ramai lelaki ...

Itu je la pendapat aku .. Keseluruhan ? Semua ni sekadar pertandingan .. Kalau Ayim berbakat , dia pasti akan pergi jauh .. Juara belum menentukan popular .. kan kan ..

BA : Tak pernah buang kredit untuk mengundi ...

Malam Minggu , malam pergaduhan ahli keluarga .

Aku masih ingat lagi , di zaman aku kecil dulu .. Asal malam minggu je mesti nak gaduh .. Kenapa ? Berebut nak tengok tv ..

Masa tu ada 3 rangkaian je... TV1, TV2 dan tidak asing lagi , TV3 .. Tv1 dan TV2 , mmg penuh dengan cerita melayu dan cina .. Manakala TV3 , cerita 'omputih' .. Aku dan adik lelaki aku , giler tengok citer omputih.. Adik perempuan aku , senantiasa jadi mangsa kitorang ... dia nak tengok citer melayu .. Bapak aku ? Erm.... dia tengok berita ngan WWF ( skang WWE ) .. Mak aku ? Kalau bukak citer melayu , dia layan.. kalu tak , dia masuk tidur je... hehe.. penat rasanya ..

Maka , dengan sebijik tv tu , maka bergaduh laaaa semua ... Mmg akan ada yang nangis ... korang rasa sapa akan nangis ? huhu ..

Bila bapak aku naik hangin , maka tv kena tutup .. semua kena perambat masuk bilik , baca buku !! ...hehehe... baru ada akai .. Bila makin besar , perangai tu tak berubah gak.. Penyelesaiannya , satu bilik , satu tv ... huhu ... Adik perempuan aku , dikira untung sbb dia leh layan ngan mak aku .. aku dan adik lelaki aku .. mmg giler citer omputih lebih lebih lagi sitcom .. Abang aku ? Aku ada abang laki.. hahaha.. kalau dia balik umah ( kaki merayau) ,' itu tv aku ' yang punya !! Apa yang berlaku masa tu ialah , perang mulut laaa... bila berlaku , big boss masuk , tv tutup !! .. hahaha... TIDOQQQQQQ

Skang ni camana ? hurmm.. malam minggu gini , kena lak ada World Cup .. Kat Astro Movie lak ada movie best dan TV3 lak ada mentor , mana satu aku layan ? Hurmmm ... hurmmm ..

Aku bagi pilihan kat wife aku la memandangkan dia rajin dua hari ni disebabkan aku demam .. hehe... aku kasi dia rehat tengok tv dan aku 'iron' baju semua sekali ... huhu... baik aku kan ?

BA : Baik ? Baik ada maknaaaaaa

Pelakon lelaki Hotel Mania semua gay !

Mesti rasa pelik kan ? Tu la yang aku dengar dari mulut geng geng lelaki yang muda muda ni .. bukannya keluar dari mulut lelaki yang baya baya aku ni ...

Adakah sebab cemburu ? Yelah , semua yang berlakon tu muka muka perempuan leh jerit jerit punya .. Ermm... Aku yang terdengar masa tu , hanya mampu tersenyum ... Sbb apa ? Sbb ada bau bau cemburu skit .. hahaha ... tak kisah la kan ..

Itulah harga sebuah populariti ... apa saja buat , semua salah !

BA : Semoga Allah melindungi kita semua dari segala fitnah di dunia ini ..

Malaysia 2020


Kalau tak silap aku , ketika idea wawasan 2020 di cetus oleh mantan Perdana Menteri kita , Tun Dr. Mahathir , aku masih di sekolah rendah ...

Cukup popular ketika tu , setiap guru lukisan akan meminta murid muridnya melukiskan 'bagaimana Malaysia di tahun 2020 ' .. Hehehe... disebabkan masa tu cerita Star Wars sangat popular , maka berdesup desuplah idea murid ketika tu melukis , kereta terbang , bangunan bangunan pencakar langit yang cukup moden dan banyak lagi la.. semua moden abis ...


Sekarang kita di zaman 2010 .. Tinggal 10 tahun lagi untuk ke tahun 2020 .. Adakah akan segalanya akan berubah ? Maksud aku , Malaysia ... secanggih seperti yang di jangkakan ..

Apa yang aku lihat , semakin canggih teknologi , semakin kebelakang tamadun manusia .. kembali ke zaman jahiliyah...

Umat Islam di zaman ini boleh dikirakan 'bertuah' disebabkan adanya Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w ..

BA : Nasib baik masih ada lagi manusia yang beriman pada Allah dan RasulNya .

Islam Membentuk Minda Kritis Dalam Menilai

Jika seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu, atau tukang besi membaiki komputer. Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak.

Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut. Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu.

Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut. Jika dia bercakap pendirian Islam terhadap penganut agama lain, dia juga hendaklah jelas dan faham dalam perkara tersebut. Tidak boleh hanya berpijak kepada maklumat yang dikutip tanpa kepastian, atau tidak boleh pulak bercakap hanya atas sesuatu sentimen semata.

Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: ayat 108).

Saya amat dukacita apabila ter’tonton’ satu siaran televisyen di bawah nama ‘Sirah’ di mana seorang ‘ustazah’ telah menceritakan perihal kelahiran wanita terkenal Rabi‘ah al-‘Adawiyah. Kononnya, semasa kelahirannya, keluarga begitu miskin dan bapa malu hendak meminta bantu jiran tertangga. Pada malamnya, bapanya bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w yang menyuruh beliau meminta wang 400 dirham dari Gabenor Basrah.

Kononnya, Rasulullah s.a.w suruh beliau menyatakan kepada gabenor berkenaan: “Wahai Gabenor! Engkau biasanya berselawat pada malam Jumaat sebanyak 400 kali, namun pada hari Jumaat yang lepas engkau telah menguranginya, maka engkau pun didenda dengan membayar 400 dirham kepada bapa Rabi‘ah”.

Cerita yang seperti ini, mungkin dikutip oleh ‘ustazah’ berkenaan daripada mana-mana sumber yang tidak boleh dipegang. Ia mencemarkan Islam dengan menggambarkan seakan Nabi s.a.w itu ‘kaki pau’ yang akan memeras atau mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang yang bukan kesalahan pun.

Kemudian, kisah ini cuba menetapkan khasiat berselawat 400 kali pada malam Jumaat, padahal tiada satu hadis pun yang menetapkan bilangan tersebut. Lebih daripada itu semua, mimpi bukanlah hujah dalam Islam sehingga boleh diperas harta orang lain beralasankan mimpi. Apakata nanti, jika ada orang yang mengungut kita menyuruh kita memberikan wang kepadanya atas alasan dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan baginda memerintahkan kita memberikan wang kepadanya.

Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (puak bid‘ah) adalah puak yang mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”.

Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at.

Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.( Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Demikian juga cerita-cerita yang bersifat ke’kartun’an seperti kononnya ada seorang wali Allah yang memakan epal yang hanyut dalam sungai. Kemudian dia mencari tuan punya epal tersebut untuk meminta halal daripadanya, tetapi tuan kebun tersebut mensyaratkan hendaklah berkahwin dengan anak perempuannya. Dia memberitahu anaknya itu bisu, pekak, buta dan berbagai kecacatan yang lain. Demi mendapat ‘sijil halal’ epal yang dimakannya itu terpaksalah si wali tersebut berkahwin dengan anak empunya kebun epal tersebut. Konon akhirnya didapati anaknya itu sempurna dan cantik.

Cerita yang seperti ini mencemarkan dataran Islam yang bersih. Perkahwinan dalam Islam boleh dipaksa atas nama menghalalkan sebiji epal. Epal yang hanyut dan terdedah kepada rosak boleh dimakan dari dibazirkan. Jika pun ada tuntutan, boleh dibayar dengan harga sebiji epal, bukan dipaksa kahwin.

Bayangkan jika seseorang memandu kereta lalu terlanggar kereta orang lain dan tuannya tidak mahu memaafkan melainkan dia mesti berkahwin dengan anak tuan kereta tersebut yang betul-betul ‘tidak menawan’. Apakah itu jalan mendapatkan ‘kehalalan’ atas sesuatu kesilapan yang tidak berkaitan?. Menghidangkan cerita-cerita yang seperti ini untuk orang ramai –walaupun dengan niat yang baik- hanya membuatkan Islam disalahtafsirkan sahaja.

Begitulah juga dahulu apabila ada pandangan seketika dulu supaya khatib yang berkhutbah memegang pedang sebagai lambang kekuatan. Tindakan yang seperti itu boleh menyebabkan Islam disalahtafsirkan terutama di zaman kita ini yang mana Islam dilebelkan oleh media khurafat Barat sebagai agama keganasan.

Saya tertarik dengan kata-kata al-Hafiz al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): Nabi s.a.w tidak pernah memegang pedang atau selainnya (ketika berkhutbah). Hanya baginda memegang anak panah atau tongkat sebelum dibuat mimbar. Baginda (ketika berkhutbah) dalam peperangan memegang anak panah dan ketika Jumaat memegang tongkat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memegang pedang. Apa yang disangka oleh sesetengah golongan jahil bahawa baginda sentiasa memegang pedang sebagai tanda bahawa Islam ditegakkan dengan pedang adalah kejahilan yang teramat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda selepas dibuat mimbar menaikinya dengan pedang, atau anak panah atau selainnya. Tidak juga sebelum dibuat mimbar baginda memegang pedang di tangannya sama sekali. Hanya baginda memegang tongkat atau anak panah (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad, 1/439, Beirut: Muassasah al-Risalah).Atas dasar sebagai agama hujah dan fakta yang tegak membela kebaikan manusia sejagat kita mengizin semua pihak termasuk agama lain berhujah secara harmoni dan baik. Islam bukan macam sesetengah pejabat agama yang jika ada orang berbeza pendapat dengan ustaz-ustaznya terus sahaja dilebelkan sebagai ‘wahhabi’. Islam agama yang sudi mendengar hujah dan alasan.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami berserah diri.” (al-Ankabut: ayat 46).

Firman Allah juga: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Saya seperti orang lain juga membantah tindakan Majlis Peguam membuat forum terbuka mengenai memeluk Islam baru-baru ini kerana seakan wujudnya usaha menghapus identiti negara ini iaitu Islam. Walaupun sebenarnya identiti Islam negara ini sudah banyak yang tercalar, namun tindakan mereka benar-benar mencabar. Saya tidak menafikan hak mereka untuk membincangkan kebajikan penganut agama lain yang mereka dakwa diabaikan.

Mengapa hal itu tidak dibahas secara tertutup dan melalui saluran yang tidak memperlihatkan seakan mereka mencabar identiti negara? Mereka akhirnya kelihatan seakan macam membantah bukan muslim masuk Islam kerana boleh menyebabkan implikasi-implikasi yang mereka bangkitkan. Jika itu maksud mereka, sudah pasti umat Islam akan sanggup berbenteng darah mempertahankan Islam.

Namun dalam masa yang sama, saya tidak menafikan bahawa setiap pihak boleh mengemukakan aduan atau bantahan jika terbukti secara fakta ada yang dizalimi. Walaupun Islam agama yang adil, namun kemungkinan berlaku ketidakadilan oleh para penganut atau perlaksananya itu ada. Jika itu berlaku, janganlah pula mereka cuba mempertikaikan Islam dan kewibawaannya. Mereka hendaklah dapat membezakan antara kesalahan undang-undang dengan kesilapan peguam atau hakim.

Demikian juga orang Islam, hendaklah dapat membezakan antara peraturan manusia yang beragama Islam dengan hukuman atau peraturan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Bukan semestinya tindakan pejabat agama Islam itu menurut kaedah Islam yang betul. Seperti bukan semua tindakan ustaz itu berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya. Al-Quran dan al-Sunnah teguh dan kukuh. Sementara manusia terdedah kepada salah dan silap. Seorang muslim perlu kritis dalam menilai sesuatu perkara.

Apabila menjelang pilihanraya di kawasan saya Permatang Pauh, saya mula gusar dengan kempen-kempen yang bakal dilancar. Saya bimbang, seperti wang disalahgunakan untuk meraih undi, demikian agama juga nanti disalahgunakan. Bimbang nanti ada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang dibaca bukan pada tempatnya. Rakyat yang tidak kritis yang matang akan menelan segala yang didengar. Diputar belitkan maksud Allah dan Rasul sehingga menjelma maksud tukang kempen.

Dahulu -semasa saya masih bersekolah rendah- masyarakat Islam Pulau Pinang, apabila menjelang pilihanraya akan terdengar nas-nas yang melarang memilih orang kafir sebagai calon. Hari ini mungkin nas-nas tersebut telah pun dimuziumkan. Sebab itu dalam laman web saya, saya mengambil kesempatan ingat-mengingati calon-calon yang bertanding.

Saya sebut: “Calon-calon Yang Dikasihi, proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah menfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.

Keperluan politik umat bukan itu semua. Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki peribadi yang luhur dan pemikiran dan serta yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.

Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa. Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya.

Akhirnya kita tidak akan dapat menghayati Islam yang tulen selagi minda kita tidak kritis menapis antara yang baik dengan yang buruk. Antara yang salah dengan yang betul. Islam membentuk minda kritis dan penuh analisis.

DR. MAZA

Hampir dua hari berlalu .. Aku berjaya ..

Setakat ni , aku tak tonton langsung Piala Dunia ... sekadar melihat keputusannya di dada akhbar .. Kenapa aku tak nak tngok ? Pertama , aku tak langgan ASTRO SPORT .. mahal .. Nampak je murah... Kita nak dapat RM1 dari Nuffnang pun perit , ni kan pulak nak sedekah kat ASTRO ..huh..

Kedua ... letih nak menjerit ... Ketiga .. malas nak kecewa... hahaha... cam semalam , bila tau keputusan England ngan USA ... seri padahal team dah cukup power..kononnya la... heheh.. aku kata dah... diorng pakat.. hahahaha.. diorng kan geng... lalala... suka suka je aku bagi komen ek.. aku guwau je...

Ketiga.. eh .. keempat .. dah tak larat nak tengok bola.. dari kecik sampai ke tua ni , bola bola bola ... tak pernah dapat bonus $$ masuk dalam akaun sbb tengok bola ... tgk blog dapat gak duit .. kan ?

Memang.. aku tahu ... segalanya bukan duit ... Hiburan tak boleh dibeli dengan duit.. betul ? Tapi hiburan memerlukan duit.. nak tengok bola .. Langgan ASTRO ... Guna duit ... Tengok kat kedai mamak ? Makan minum .. duit ... Masuknya , tak.. keluarnya , ya .. kecuali kaki judi ..

Tahu tak nilai RM1 ? Besar ke kecik ? Bagi yang bergaji hebat atau sedang belajar , tak nampak nilai RM1 tu ... aku sedar nilainya RM1 ni sejak mengenali NUFFNANG ..

Bayangkan masa mula mula berblog.. setiap minggu naik , 50 sen... Alhamdulillah ... pastu dapat RM1 ... RM2 .. dan seterusnya ... tiap tiap minggu tu ... Baru rasa skit skit ... 3-4 bulan .. baru dapat cashout... Tak sampai sejam , abis dah duit tu .. Nampak tak ? Masuk , susah .. keluar ?? Senanggg jer...

Zaman bolasepak pada aku , dah berlalu .. skang ni zaman mengukuhkan ekonomi rumahtangga aku .. cukup dah .. mana yang boleh aku jimat , aku jimatkan .. Cukuplah aku baca ulasan kawan kawan dalam blog... hehee

BA : Makan bola , tidur bola .. wallet pun ada bola ..

Sahabat kita memerlukan bantuan !

Melalui KELAB BLOGGER yang ditubuhkan , aku menerima satu message dari salah seorang ahli kelab , meminta aku menyebarkan kisahnya ..

Apa yang boleh aku bantu buat masa skang ialah , meminta setiap blogger yang prihatin , masuk , baca blognya dan selebihnya , terpulang pada blogger tu sendiri.. samada nak bantu atau membuat entri berkaitan dengannya .. anda boleh menilai sendiri kesahihannya ..

Manakala pembaca yang tiada blog , bolehlah meletakkan url di status masing masing ...

Untuk membaca kisahnya ... bolehlah ke blog sahabat kita tersebut >> HASBI NEEDS HELPS

Terima kasih ..


BA : Jika benar , sebarkan... hari ni hari dia ... esok lusa , sapa tahu bukan ?

Kisah Pokok Kelapa

Al kisah ...ada dua pemuda mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari pengalaman hidup ...

Pemuda A : Wahh... dahaganya aku ..

Pemuda B : Tu ada pokok kelapa... mesti ada buahnya yang muda .. boleh kita menghilangkan dahaga kita ni ..

Pemuda A : Betul jugak tu.. jom

Setelah hilang dahaga mereka , mereka terlelap dibawah pokok kelapa tersebut kerna terlalu keletihan ..

Tiba - tiba , sebijik buah kelapa tua jatuh di sisi mereka .. Mereka terkejut ..

Pemuda A : Hampeh punya pokok kepala .. nasib baik tak kena aku ! Kalau kena tadi ? Mau berdarah kepala aku...

Pemuda B : Amboi.. cepat betul ko melatah ek.. baru tadi ko 'berterima kasih' kat DIA sebab bagi ko rezeki dan tempat berteduh ..

Pemuda A : Astaghfirullah al a' zim...

BA : Kadang kadang kita terlupa , pada siapa sebenarnya kita marah ... dan cepat benar kita lupa akan kebaikkannya yang pernah dia buat ..

Nak pegi HOLLYOOD ? PERCUMA jeee

Tunggu apa lagi ? Sertailah pasukan Malaysia ke pertandingan Juara Dunia Seni Persembahan ( WCOPA ) yang akan berlangsung pada pertengahan Julai ini.

Hanya untuk seorang pembaca PANCAINDERA (UtusanMalaysia ) yang bertuah sahaja , anda akan dibawa ke Los Angeles selama dua minggu menyaksikan pertandingan yang cukup berprestij itu.

Caranya cukup mudah , hanya perlu menjawab soalan soalan mudah di bawah dan hantarkan kepada kami. Segala-galanya sudah tersdia untuk anda. Apa yang pasti hanya satu pembaca bertuah akan merasai pengalaman yang mengujakan ini.

Jawab dua soalan berikut dan hantarkan sebelum 24 Jun 2010 .

Pemenang yang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dalam masa terdekat .

Soalannya :

1 ) Namakan tiga artis popular tanah air yang pernah membawa pulang pingat emas WCOPA sebelum ini ?

2 ) Lengkapkan juga slogan , SAYA MAHU KE HOLLYWOOD kerana ... ( tidak lebih 20 patah perkataan )

Hantarkan jawapan anda beserta nama penuh , no kad pengenalan , alamat surat menyurat , no telefon dan sekeping gambar kepada kami.

Jawapan perlu di hantar ke

WCOPA - PANCAINDERA MINGGUAN MALAYSIA ,
46M , JALAN LIMA ,
OFF JALAN CHAN SOW LIN ,
55200 , KUALA LUMPUR .

Secepat mungkin yer ..


BA : Taip nehhh ... mana ada copy paste .. saja nak war warkan .. Adakah SITI SARAH , NORYNN dan DEJA MOSS ?

Bendera Israel berkibar di Malaysia?



Berkaitan dengan entri AKU SOKONG !! AKU SOKONG tadi ... mungkin boleh dikongsi bersama .. hari ini entri aku mungkin banyak copy paste sebab banyak pulak info berguna dalam suratkhabar hari ini... Mungkin ada yang terlepas pandang sbb bz ngan bola .. Ada baiknya aku amik kesempatan tersebut dengan berkongsi dengan mereka .. Terima kasih Utusan ..

Bendera Israel berkibar di Malaysia?



BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.

- hak milik >> UTUSAN


BA : Biarkan je mereka yang mengulas kerana mereka mempunyai fakta ... aku tamo main sedap bicara je ..

Malas nak berjalan ke ???



BAGI mereka yang biasa menghadiri simposium atau persidangan ke Amerika Syarikat (AS), anda tentu pernah terserempak dengan lelaki beruniform yang mengawal simposium itu dengan menaiki kenderaan unik dikenali sebagai Segway.

Segway merupakan kenderaan roda dua yang dijana menggunakan bateri dan penunggang perlu berdiri ketika menaiki kenderaan yang berfungsi seperti basikal atau scooter ini.

Bagaimanapun, cara operasinya agak berbeza iaitu penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan untuk menggerakkan Segway ke hadapan dan mengiring ke kiri dan kanan untuk membelok.

Segway telah berjaya mendapat sambutan mengalakkan bagi pengangkutan di dalam bangunan seperti mengawal kawasan pusat dagangan, jabatan polis, pangkalan tentera, gudang, kampus korporat dan juga sebagai kenderaan pelancong di sesetengah negara Eropah.

Di atas kejayaan Segway, maka pelbagai syarikat kini turut cuba membangunkan kenderaan pengangkutan peribadi yang mungkin menjadi pilihan pengguna di masa depan.

Honda misalnya, baru-baru ini memperkenalkan kenderaan prototaip dikenali sebagai Sistem Pergerakan Peribadi U3-X yang seakan fungsi seperti Segway tetapi hanya menggunakan satu roda dan mempunyai tempat duduk.

Kenderaan ini tentu sesuai digunakan oleh mereka yang malas untuk berdiri seperti diperlukan oleh Segway. Ia juga tentu lebih stabil daripada scooter elektrik yang kini digunakan oleh sesetengah orang dewasa untuk bersiar di taman atau ke surau.

Bagi orang-orang tua, badut, orang gemuk dan semput bila berjalan jauh, U3-X adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Kenderaan itu mampu bergerak selaju enam kilometer sejam (km/j) dan dengan beratnya hanya 10 kilogram, pengguna dengan mudah boleh membawanya menaiki bas, diletakkan di belakang bonet kereta atau dibawa berjalan.

Teknologi Asimo

Jika dicaj sepenuhnya, U3-X boleh digunakan selama sejam dan ia menggunakan beberapa teknologi robot Asimo dari Honda untuk mengimbangi kenderaan itu dan penunggangnya.

Honda menyatakan, syarikatnya mencipta alat itu untuk membantu golongan berumur tetapi golongan itu mempunyai banyak pilihan sekarang kerana telah banyak robot pendukung manusia sedang dicipta seperti Beruang Robot.

Honda juga berharap U3-X mampu bersaing dengan alat pengangkutan peribadi Winglet dengan dua roda yang diperkenalkan oleh Toyota dua tahun lepas.

Winglet juga merupakan scooter dua roda yang fungsinya hampir sama dengan Segway dan U3-X dengan kemampuan bergerak selaju 6 km/j iaitu sama dengan kelajuan U3-X. Bagaimanapun, ia tetap jauh berbeza dengan kelajuan Segway iaitu 20 km/j.

Honda telah menjalankan penyelidikan dalam bidang robotik sejak 1986 dan peralatan bergerak sejak 1999. Hasil kajian telah digunakan untuk pembangunan robot humanoid Asimo dan sebahagian daripada teknologi itu digunakan untuk U3-X.

Selain itu, Honda juga mempertingkatkan teknologi pemotorannya dengan memperkenalkan motosikal konsep 3R-C di Geneva, baru-baru ini yang melambangkan teknologi motosikal masa depan.

3R-C mempunyai penutup kecil yang melindungi tempat duduk penunggang ketika berhenti dan menjadi cermin pelindung angin ketika bergerak.

Maka di masa depan, kenderaan berkuasa elektrik akan menguasai jalan raya dan juga tempat laluan pejalan kaki kerana manusia ketika itu mungkin juga sudah lupa bagaimana untuk melakukan senaman cara mudah dan tanpa kos - iaitu berjalan.

- hak milik >> UTUSAN ONLINE

Johor, gelaran dan mesej

Sudah lama kita tidak mendengar tindakan raja atau sultan menarik balik pingat, darjah dan gelaran daripada tokoh dan orang kenamaan.

Maka apabila Jumaah Majlis Diraja Johor (JMDRJ) mengumumkan tindakan berkenaan ke atas empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng dan wanita pertama merentasi Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, ramai yang agak terkejut.

Istilah sebenar digunakan Istana Johor bagi penarikan balik pingat dan darjah adalah dipecat. Menurut kenyataan JMDRJ, pemecatan tersebut dilakukan kerana mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Ia ada kaitan secara langsung dengan tindak-tanduk dan perilaku mereka, yang tidak mahu didedahkan oleh JMDRJ kerana mahu menjaga aib.

Jui Meng yang juga pemimpin PKR 'mendahului' senarai. Dua anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang diterima daripada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar kini sudah tiada lagi. Awang yakin Istana Johor mempunyai sebab kukuh untuk bertindak demikian. Sultan Johor atas laporan JMDRJ mempunyai hak untuk melakukan pemecatan demi menjaga kemuliaan dan nama baik institusi diraja Johor.

Apa yang berlaku ini mempunyai mesej yang jelas kepada semua. Ia seharusnya menjadi pengajaran betapa para penerima anugerah terutama yang membawa gelaran perlu menjaga tingkah laku, budi pekerti, kesetiaan dan keharmonian kepada negara.

Perkembangan terbaru ini menampakkan Johor meneruskan tradisi yang tersendiri dalam mengurniakan darjah kebesaran dan juga pemecatan ke atas penerima. Semua orang tahu bukan mudah untuk mendapat darjah dan pingat Johor. Bilangannya juga paling kecil berbanding negeri lain. Malah orang Johor sendiri adakalanya mengeluh dan terpaksa mengharapkan kurniaan darjah dari negeri lain.

Tetapi Istana Johor tetap Istana Johor. Keunikan itu menjadikan darjah dan pingatnya dianggap lebih istimewa di kalangan para penerima. Begitu juga dari segi tindakan dan hukuman ke atas para penerima darjah Johor. Tiada kompromi. Ia bukan sahaja dipecat malah penerima gelaran tertentu perlu memulangkan semula darjah atau pingat ke istana. Apa pun, Awang mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail kerana ketegasan baginda. Pada masa yang sama, Awang ingin menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu lain dengan mencadangkan agar mengambil pendekatan yang sama terutama kepada golongan yang menghina raja, menggugat kepentingan agama dan bangsa.

Sebagai rakyat Malaysia, Awang sedih melihat sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak lagi menjunjung semangat Perlembagaan negara dan prinsip keharmonian. Paling ketara di Perak. Dewan Undangan Negeri dijadikan umpama zoo. Banyak lagi tindak-tanduk mereka yang keterlaluan tetapi dibiarkan. Malah mereka terus menikmati gelaran. Ia hanya memberi isyarat yang mengelirukan kepada rakyat jelata seolah-olah apa yang mereka lakukan itu tidak salah dan masih dianggap beradab.

Baru-baru ini dalam ceramah di Kelantan, peneraju PKR, Anwar Ibrahim mempersoalkan Raja-raja Melayu yang didakwanya memihak kepada pemimpin kerajaan. Wajarkah Anwar mengeluarkan kenyataan sedemikian dipercayai antaranya merujuk kepada titah larangan Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan tempat berkempen?

Sepatutnya apabila Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam isu 16 September serta isu pengkhianatannya, beliau juga wajar dilucutkan gelaran.

Bukan setakat pemimpin pembangkang. Jika ada pemimpin kerajaan yang biadab, celupar dan melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima, juga wajar diambil tindakan yang sama. Barulah darjah dan gelaran itu akan lebih dihargai dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

- hakmilik >> UTUSAN ONLINE
* sekadar nak berkongsi dengan pembaca blog ini

Aku sokong ! Aku sokong ! Aku sokoongggg.... !!!

Haaa... suh je diorg ni berlabuh kat negara sekutu diorng tuuu .. Sapa ?? Alaa..takkan tak tauu kot.. sapa sekutu US kat ASEAN nehh .. Tuuuuuu haaa...

Opss... apa kes aku ni?? Tu laa... baca suratkhabar tang berita sukan jeee.... hehe...guwau jer..

Bagi yang nak tau apa kes aku ni , korang leh la g jengok n baca sendiri ek.. hehee

Selanjutnya >> Utusan

Nak kata apa dah kan ... Terima je lah...

Senyum ketika menerima ... 'Senyum' juga ketika memulangkannya .. Begitulah adat dunia .. Kalau berlaku pada aku ,hurmm... tak tau mana nak letak muka ... malu..

Ops .. cerita apa ek ? Hurmm... aku nak cerita lebih lebih , kang tak pasal pasal kena 'angkut' lak .. cuma simpati je la aku leh hulurkan ...



KUALA LUMPUR 12 Jun - Wanita Asia pertama yang merentasi Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) tidak tahu punca sebenar mengenai penarikan balik pingat darjah kebesaran yang diterimanya sebelum ini.

"Saya tidak tahu punca dan sebabnya. Memang tidak dinafikan bahawa saya sedih tetapi itu adalah hak baginda Sultan Johor," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sharifah Mazlina pernah dianugerahkan Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datin Paduka dan Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) bergelar Datuk oleh Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

selanjutnya >> UTUSAN

IZRYN'S BLOG

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : IZRYN'S BLOG


Antara kata-katanya ialah :


Sahabat membina membawa bahagia....sahabat duka membawa derita...sahabat blogger apa pula penyudahnya.....?? Anyway....Terima kasih kerana menyudikan diri membuka blog ini...disebabkan aku masih awal dalam pembabitan dunia blogging ini dan followers pun usahkan kurang dari 100 malah masih kurang dari 10, so bolehlah menambah kenalan dengan semua blogger2 yang ada dan sedia berkongsi ilmu pengetahuan dalam dunia blogger.

JOM JAHIT .. JOM MASAK

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : JOM JAHIT JOM MASAK

Serampang dua mata punya entri ...

Hurmm... aku saja buat entri Tips TRAFIK TINGGI tanpa perlu blogwalking ! semalam untuk menyampaikan satu pesanan ... Umpan aku ialah TRAFIK TINGGI dan TANPA PERLU BLOGWALKING ..

Siapa yang tak tertarik ? Ramai tertarik ... buat kali pertama aku hanya biarkan satu entri berjam jam lamanya ... Hasilnya ? Yer , tinggi..


Mesej utama aku ialah link yang aku buat tu haa ... wahai blogger ... buatlah entri sms untuk gaza tu ... mmg tak menjanjikan trafik di dunia , tapi insyaAllah trafik di akhirat nanti... apa pun niat kerana Allah bila melakukannya ..

Blog antara medan penyampai pesanan paling pantas sekarang ini .. Jika tidak gunakan dengan sebaiknya , umat Islam akan kerugian ..

Kalau entri pasal bola , artis dan video lucah , ramai je buat dengan pantas ... Hurmmm

BA : bukan giler trafik .. Blogwalking mmg penting .. Seperti kata kak Kujie... erk.. tengok komen dia di entri tu.. ; )

Tips TRAFIK TINGGI tanpa perlu blogwalking !


Trafik = pembaca ... Sapa tak nak orang masuk baca dalam blog kita kan ? Mestilah nak... sbb kalau blog yang ada iklan , sah sah akan dapat $$ .. sapa tak nak dapat $$ ni kan ?

Ikhlas berblog ? Ikhlas ke berblog ni ? Berapa ramai yang ikhlas berblog ? Cuba belek entri masing masing ... berapa ramai yang bercerita dgn jujur ? Berapa ramai ek ?? Berapa ramai yang memberi ilmunya berdasarkan pengetahuannya yang sebenar ? Haaa... aku pun tak tau .. jgn tengok muka aku kat atas tu... mmg dia lagi tak tau ..

Jadi korang masuk sini n baca entri ni untuk mengetahui bagaimana nak dapatkan trafik yang tinggi tanpa susah payah berblogwalking ?

Aku bagi tau caranya ... mudah dan pantas ... Tak payah susah susah g sana sini .. komen sana sini .. Buat satu entri jer .. Penuh dengan keikhlasan .. insyaAllah ... TRAFIK masuk dengan izin Allah ..

Kalau nak tau ... meh sini

Malam malam begini , paling best layan ialah wanita berbogel !

Ha.. percaya tak ? Tiap tiap malam , keyword yang masuk dalam blog aku ialah wanita berbogel , wanita basah , pramugari basah dan basah lencun.. hehe..yang basah lencun tu aku tambah ...

Korang rasa rasa la kan , sapa laaaa dok mencari 'basah' basah ni ??? Laki atau perempuan ? Muda atau tua ? Malam malam gini gersang ek ? Aisey... awat laa tak kawin je ? Dok mencari menda menda gitu wat pe ? Kalau boring sangat , gi la layan bola .. tak pun g lepak kat blog aku.. banyak cerita ada .. erk... mmg dia masuk blog aku pun ... adeh ..

Internet skang ni terlalu banyak buruk dari baik . Jika tidak dikawal , rasanya otak generasi muda boleh dipenuhi dek info info lucah jer ... Bahaya tu...

BA : Sapa yang patut kawal semua ni ? Diri sendiri ? Ibu bapa atau kerajaan ?
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI