Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 Jun 2010

Kampung terbakar nampak asap ... Hati terbakar ?

Perpindahan ke taman perumahan yang baru ini , aku menginginkan kehidupan yang lebih harmoni dan penuh semangat kejiranan .. Hurm.. mmg benar hati manusia tidak boleh di ramal ... Nampak putih isinya belum pasti suci .. begitulah sebaliknya ..

Nak tak nak , aku kena terus menginap di sini kerana di sini aku mampu mencari sumber pendapatan sampingan ( insyaAllah halal ) kerana aku tidak perlu bersusah payah mengerah keringat kecuali idea idea yang bernas ..

Takkan aku perlu mengalah kerana seorang dua yang tidak sebulu dengan aku ? Apa yang mampu aku katakan cumalah doa.. doa agar diberikan kelembutan hati agar menerima kehidupan ini dengan lebih aman dan damai .. Sungguhpun mempunyai pendapat masing masing , namun dalam soal berjiran dan bersahabat , tak perlulah bersusah payah bertekak menegakkan segalanya..

BA : Selamat malam ....

Kuih raya - Cheese Tart

"Bang , saya rasa nak belajar buat kuih cheese tart la .. raya ni boleh jamu tetamu kan .. " Isteri Ali memulakan perbualan ..

" Ala..tak yah la.. awak jamu je kuih raya yang tahun lepas tu .. berlambak lagi ada dalam almari tu " Ali jawab sambil makan epal hijau ..

"Erk" ....

Tolonglah jaga kebersihan diri ..

Ketiak berbau masam ? Huhu.. Kena pulak berada dalam pengangkutan awam .. Bayangkan anda berada di sebelah lelaki / perempuan di dalam sebuah bas ekspress yang menuju ke pantai timur .. selama 6-8 jam .. Berapa lamakah anda sanggup tahan ? Atau anda rela berjalan kaki ? hehe..

Inilah sedang aku alami.. didalam ERL dan disebelah aku ada seorang lelaki yang mana baunya.. ermm.. semerbak satu gerabak ! Nak wat camana ... hirup je la kan .. hahaha

BA : Beli rexona world cup.. wangi woooo

Pengaruh blog terhadap kehidupan seharian ..

Sana sini mereka berbicara tentang blog .. Kalau dulu , FACEBOOK menjadi topik utama .. skang tidak lagi .. Ini kerana blog bukan lagi sekadar tempat meluahkan perasaan dan diari kehidupan . Namun begitu ramai tau fungsi blog sebenar .. Mereka mengambil kesempatan dengan membuat bisnis secara online . Peluang begini tidak sepatutnya dilepaskan oleh mereka yang arif dalam dunia maya ini ..

Tadi , sewaktu aku dalam perjalanan ke Stsn Lrt , aku terserempak dengan seorang rakan lama .. rakan baik sewaktu sekolah dahulu.. ke hulu ke hilir bersamanya .. hehe.. Topik perbualan ?

BLOG .. BISNIS .. BLOG .. BISNIS..

Di usia begini dan dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua keluarga , sudah menjadi satu amanah mencari rezeki tambahan .. Pelbagai cara dan pelbagai teknik menjana pendapatan di zaman ini .. Mahu atau tidak saja ..

Lalu aku cadangkan dia ( memandangkan dia sendiri dah ada ) menjana pendapatan sampingan melalui blog .. Menurutnya , isterinya sendiri sudah 2 tahun aktif berbisnis secara online .. Lalu aku cadangkan dia buat blog santai .. Dengan meletakkan iklan seperti NUFFNANG , dia boleh menganggap bermain kutu dengan NUFFNANG.. sebulan RM100 ... kalau setahun berapa ?

Sikit sikit , lama lama banyak jugak .. yang penting jgn tamak .. Niat selalu kena betulkan .. jgn biarkan syaitan membisikkan hasad di telinga kita .. ;)

BA : Dari menghabiskan masa dengan berchatting tanpa hala tuju , baik buat duit .. kan ?

DIARY MISS NICK

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : DIARY MISS NICK

Antara entrinya ialah :

Haaa ni dia nak pesan kepada mereka yang dok kalut nak jadi Internet Marketer tu tolong la jangan dok SPAM email orang lain dengan produk-produk or program-program yang entah apa-apa tu....aduiiii macam-macam program untuk dapat duit dengan cara senang diaorg promote...daftar RM20 dapat Rm5000 sebulan la...login facebook dapat RM100 la...setiap masa duit masuk ke akaun la tak payah nak kerja sungguh-sungguh...dok depan laptop or pc pun dapat duit...belum lagi dengan ebook-ebook sampah tu...dlm 1 hari boleh dapat lebih 10 email yang sama...giler takde keje ke apa....AKU EMO skit ni hehe.......

Akhirnya aku kembali ..

Setelah 3 minggu aku menghilangkan diri , akhirnya aku muncul jugak petang ni .. Kena sakat , jgn cerita la... pedih gak tinga neh kena perli .. nasib baik la tak terboroi perut .. kira masih maintain gak la..

Aku ingat aku sorang je lama tak g gym rupa rupanya ada sorang lagi member aku tak turun gak... pengantin baru la katakan .. hehehe.. Tengok perut dia pun nak membulat gak .. Sama sama timbang tadi , berat dia sebelum kawin , 70 kg gitu..tadi dah 84kg.. Aku pulak.. dari 85kg ke 89 kg.. waaa... Tapi aku mmg plan nak kasi besar lagi .. hehehe.. sbb tu kasi tambah berat ..

Memandangkan lama aku tak turun gym , maka corak latihan aku pun sekadar memanaskan badan jer .. esok baru nak serius skit ... nak berat berat .. hehe ..

Lupa lak..esok pun nak gunting rambut... ermm... panjang dah ni..

BA : Terasa diri ini semakin tua ..

Suami orang .. isteri dia...


Skang ni , amat sukar nak mengenali hak milik orang ... Samada yang dah ada kekasih , tunang atau yang dah berkawin ..

Kalau nak kenal , amat mudah .. masa mula bercinta atau baru bernikah , semuanya berseri .. mmg mudah nak kenal .. Kalau lelaki , nak tengok perempuan lain pun sukar .. Kalau perempuan , hanya dia saja bertahta di hati ..

Lama kelamaan , seri ini pudar ... pudar akibat ketiadaan 'sinar' .. tidak digilap ... dibiarkan begitu sahaja .. akhirnya .. syaitan mula membisik .... ajak melakukan kemungkaran .. melakukan maksiat ... dengan alasan mencari cinta dan kebahagian ..

Mula mula .. pasti seronok ... seronok yang tidak kekal ... bila timbul rasa bersalah .. tandanya masih ada keimanan di dalam diri .. jika tidak ? Bila syaitan menguasai diri .. maka bermacam macamlah timbul cerita yang kita baca di dada akhbar sekarang ini ..

Apa yang dicari sebenarnya ? Kebahagian 5 minit atau syurga yang dijanjikan Allah ?

BA : Tipu daya syaitan wujud dalam pelbagai cara.. Adakalanya nampak baik ...

BZ-DESIGN


SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : BZ - DESIGN

Antara entrinya :

My Lovely regular customer... hehe..
Order for her daughter's 1st birthday... Invitation Card
But I just make d design, and she print it by herself due to my problem..

Awas kawan kawan terutama wanita !


Anda diperhatikan ! Setiap gerak geri anda dirakam dan direkodkan !!

Takut ? Itu pasti berlaku jika terlalu terbuka dalam menceritakan gerak geri anda di dalam blog atau FACEBOOK !

Jika anda mempunyai blog , anda perlu bertapis dalam menceritakan hal hal peribadi . Jgn terlalu menceritakan mengenai ahli keluarga , pekerjaan anda dan aktiviti anda .

Mungkin anda berniat baik tapi kita tidak tau sapakah pembaca blog kita . Jika inginkan privasi , sila pastikan anda blog anda itu diletakkan dalam kategori privasi . Hanya orang orang tertentu saja boleh membacanya .

Jangan sampai anda mempunyai 'peminat misteri' ! Utamakan keselamatan anda dan mereka yang anda sayangi ..

BA : Nak delete gambar ...

AMALMEOR

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : @M@L

Musim cuti sekolah.

Kawan saya kata,musim cuti sekolah adalah musim orang mendirikan 'masjid'.
Memang banyak betul kenduri time cuti sekolah ni.Jemputan yang saya terima pun banyak
Sehari sampai lapan jemputan yang diterima.Masyallah,boleh terbalik pusat akibat kekeyangan.
Kolesterol pun boleh mendadak naik sebab makanan yang dihidang semuanya berkolesterol tinggi.
Kalau orang yang on diet,boleh rosak program diorang.Tapi tidak mengapalah kot.Once in a blue moon je kan.
Lepas musim orang kahwin ni,diet semula ye.
Tapi saya tulis entri ni bukan mahu bercerita pasal diet tapi berkaitan dengan tajuk di atas.

Lunch dengan rakan blogger dari Kedah

InsyaAllah , kejap lagi aku akan makan tengahari bersama seorang rakan blogger yang kebetulan berada di KL .. Sahabat ni aku kenal sejak mula berkecimpung dalam arena blogging ni .. Alhamdulillah .. niat berblog merapatkan silaturahhim tercapai..

Sejak berblog , aku telah kenal ramai rakan rakan dari pelusuk negeri di Malaysia ini .. Mereka yang telah aku jumpa ialah MAT GEBU , SITI RAHAYU , CIK ET ,GADIS TERBILANG dan bakal berjumpa CIKALI ..

Bermacam pengalaman dan ilmu yang dapat dikongsi bersama jika kita benar benar menghayati semangat persahabatan ini .. Dan paling best , bila g mana mana tempat , pasti ada kawan di sana .. hehe..

BA : Tak pasti nak g gath GENGBLOGGER atau tidak ..

ANIS NUR IMAN

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : ANIS NUR IMAN

Antara entrinya ialah :

meh lee layan gambo2 ni, kira2...3 minggu yg lepas...

izah ajak umah dia sempena besday kalel n qiqah layla...kalel nih tua 2 minggu dari anis...

mak kalel nih..mmg beriya benar nak anis sambut besday ngan kalel... tercapai lee hajat diaaa even tak diajak tiup pon... itulaa anak ku...anis nur iman...dulu penakutt...skrgg..perghhh...pantang nampak lilin..

Bawa troli ke rumah

AMPANG: Tidak bertanggungjawab! Itu ungkapan sesuai bagi individu yang tanpa segan silu membawa troli beli-belah milik sebuah pasar raya besar di sini, sehingga ke kawasan rumah mereka di sekitar bandar ini, tanpa memulangkannya semula.

Lebih menyedihkan apabila tindakan itu menyebabkan pekerja pasar raya besar berkenaan terpaksa ‘meronda’ sehingga sekitar Kampung Pandan, di sini, semata-mata untuk mencari troli diambil penduduk, malah ada didapati membawa troli sehingga ke unit pangsapuri mereka di tingkat 10.


Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan, mendapati beberapa troli diletakkan di tepi jalan raya berhampiran pasar raya berkenaan, malahan ada troli dibawa sehingga kawasan kondominium berdekatan dan kawasan perumahan di Pandan Jaya yang terletak kira-kira satu kilometer dari pasar raya itu.


Difahamkan, setiap pagi, pekerja akan meronda sekitar kawasan Pandan Jaya dan Desa Pandan dengan menaiki lori untuk memungut troli yang dibiarkan bersepah sehingga membahayakan pengguna jalan raya.


Seorang pekerja enggan dikenali berkata, terdapat penduduk yang berdegil dan tidak menghiraukan teguran daripada pengurusan pasar raya supaya tidak membawa troli ke luar kawasan gedung berkenaan.

selanjutnya ... >> HMETRO

BA : Ramai sangat dah orang bijak pandai skang ni ...




Mudah benar kita lupakan jasa mereka ....


Sian Apek kan .. Bila gini ramai keluarkan cerita macam macam .. Seperti satu topik yang patut satu dunia tau .. Apek hisap dadah ! Haih ..

Dulu , dialah penghibur kita ... Menceriakan hari hari kita dikala kita keboringan.. layan cerita dia..layan lawak dia ... ketawa terbahak bahak .. skang ? Ramai dok kutuk dia ..

Tak de manusia sempurna .. Jangan kata la kita tak buat salah.. tak de dosa .. Antara tertutup dengan tidak jer .. Tak perlulah beria mengaibkan orang .. Esok esok bila kena kat kita , camana ?

Aku bukan nak tegakkan yang salah .. Yang salah tetap salah tapi jgnlah lupakan 'jasa' dia ..

BA : Pelik bila manusia tak habis habis dengan perangai HASAD ! Bagus sangat ke simpan syaitan dalam hati tu ? Bersihkan lah jiwa tu..

Selamat bersekolah Cikgu ...

Salam .. Selamat pagi ..

Hujung minggu yang ..hurmm..boleh dikatakan alhamdulillah .. berjalan dengan lancar .. Segala yang dirancang berjalan dengan baik kecuali perancangan nak pergi berjogging.. Rasa sayang pulak lepas solat subuh tu terus berjaga.. haha... sambung tidur balik ler... paling tidak pun sampai kul 10 pagi gitu.. hehe...

Sessi persekolahan dah bermula.. Mana mana blogger yang bergelar cikgu pasti tak sabar nak g sekolah .. Dah nak pengsan asik makan tidur makan tidur .. rindu kat anak murid lagi kan .. hehhe.. Tulah lumrah dunia.. Yang kerja , nak cuti panjang .. bila dah cuti panjang , tak sabar nak g keje...

Kalau aku ? Hurmm..biarlah seimbang .. terlebih cuti , jadi malas.. terlebey keje , nak cuti panjang ..

BA : Kerana Allah ...

Keputusan Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010

Berikut adalah keputusan perlawanan ke 2 : PIALA DUNIA FIFA 2010 bagi Kumpulan G - Slovakia , Paraguay , Itali , New Zealand , Brazil , Ivory Coast




Kedudukan Kumpulan Selepas Perlawanan Ke dua Bagi Kumpulan G :

Senarai penjaring terbanyak selepas perlawanan ke dua :


- sumber : YAHOO SPORTS
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI