Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 Jun 2010

Anda berminat dengan cenderahati comel comel ??



Amacam ?? Comel tak ? Kalau nak tengok lagi ... boleh ke 'rumah'nya ... g klik banner dia tu... TECIK CRAFT

Joomm CARI HARTA KARUN !!

Satu pertandingan baru dilancarkan .... LAIN DARI YANG LAIN !! ... Mencari harta karun .. Hehehe.. berminat nak tau dengan lebih lanjukah ?

Korang bacalah sendiri kat blog si Akram ni ek... kang aku cerita kat sini , dengan jawapan jawapan sekali aku bagi.. hehehe...

BA: Akram tak kasi aku join ! ..huhuh...

Gadis Terbilang - Miss Izzah - Ben Ashaari


Ingat nak bergaya ala ala Dr. Romzey ... ahahaha.. tak leh lak sbb dah lewat petang.. dalam kepala pk nak balik je neh .. hahaha .. Di apit oleh MISS IZZAH dan GADIS TERBILANG

Dok bergambar dalam bilik stor je .Ni saat saat terakhir dia praktikal kat tempat aku .. Teriak la gak dia bila dok bersalam ngan kawan kawan perempuan yg lain .. Kalau tak silap aku , dulu dia kata tak mungkin dia akan menangis , tengok tengok ?? Dok pegang tisu jee...

Apa pun , bagi aku Gadis Terbilang seorang yang rajin dan sangat pemalu .. huhu.. leh runtuh lantai sbb dia dok tengok lantai jer .. tu belum lagi korang tengok dia jalan .. haaaa.... tergoda siuttt... hahahaha..jgn marah aar GT ..

MISS IZZAH - Admin Gengblogger dan blogger pertama yang register GENGBLOGGER

GADIS TERBILANG - Senantiasa berada dalam senarai blogger popular GENGBLOGGER

BA : Terima kasih Gadis Terbilang ..

40 Ulama sertai UMNO


Hanya 40 ulama je dari 100 orang ? Tak nampak pulak muka Dr. Asri tadi ... Menurut Buletin TV3 , lagi 10 orang akan sertai mereka esok .. hurmm

BA : Ada cerita kah di sebalik ini cerita ??

Aku masih disini !!

Nak tengok ke tak nih ???? Adoi.. kalau nak tengok , aku kena balik Cheras ni .. kalau tidak , jawabpnya tunggu je la keputusannya di internet.. huk huk ..

Perlawanan yang dijangka menarik ... Brazil vs Portugal ... Silap silap seri je.. huhu.. kalau seri , layak Brazil ke pusingan ke dua ...

Aku sokong Brazil kah ? Suka suka gitu jer ... Lama dah suka cuma tak la taksub sangat ... erk... sikit je..sbb aku beli baju penyokong Brazil ... Tu pun 4 tahun lepas ... hehe

BA : Joooooooooooooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm balikkkkkkkkkkkkk

Benci Bilang Cinta

Memandai jer semalam aku tambah 'JANGAN' ek ... Ni dok tengok episode seterusnya ..

Hahaha ... kau buat .. aku pun buat gak .. kau peluk Claudia .. aku peluk Aditya.. ko skandal , aku sayang dalam diam.. hehehe... baiknya pusing pusing...

Disebabkan pusing pusing gitulaaahh jadi berjela jela ceritanya ... Nape ek perempuan ego sangat nak bagitau ? Takut jatuh maruah ? Ke nak jual mahal ? Kalau lelaki tu , boleh baca melalui riak muka dia .. mudah sangat nak tau ..

Benci bilang cinta .. Jangan benci bilang cinta .. Dalam diam tetap mencintai ... manusia manusia ..

BA : Ponteng gym ...


Guru akan hilang punca pendapatan sampingan ?


Ramai guru guru dan jugak pusat tuisyen akan kehilangan punca pendapatan bila tiada lagi UPSR dan PMR ...

Tiada lagi kelas tambahan ..tiada lagi kelas malam .. tiada lagi $$ ... tiada lagi buku tambahan .. Waaa... Abis guru guru nak wat apa pas ni ? Dah semua takde ...

Buat blog je...

BA : Ada guru amik kesempatan dengan mengajar ala kadar tapi pukul habis semasa kelas tambahan ..

Saman , saman , saman ....

Fuh.. ari tu si KJ nak saman .. 100 juta !! Pergh.. Main juta juta skang ni .. Ahli ahli politik ngan businessman boleh la main juta juta ... bawah pada tu ibarat duit syiling je bagi diorng ... kan kan ..

Kalaulah blogger ada kena saman sampai berjuta ? Jenuh dia berblog cari duit nak bayar saman..Jadi hati hati la yer.. Jangan main publish jer.. masak nanti ..

Skang FELDA lak nak saman SUARA KEADILAN ..hehehe..Suara suara gak kan.. Tapi bila bersuara , biarlah ada bukti .. kang , tak pasal pasal tutup kedai ...

Tapi ada satu kes .. hahaha..kalau aku , sah sah aku saman malu lagi.. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda kerana mengintai seorang wanita mandi .. Wah..bahaya ni.. Tau berapa dia kena denda ?? Haa.... RM100 ... heheh..Pe lagi.. saman la cik abang tu.. huhu...

BA : Undang undang ciptaan manusia ni pelik ...

KCT 1 : Ni baru bertudung

KCT 1 : Ni baru bertudung ...

BA : Jadi pontinak pun ayu..

Confirm ! Ulama Sertai UMNO ..

Malam ni sejumlah ulama akan menyertai UMNO .. Aku terdengar sendiri tadi ketika dalam lif .. perbualan dua orang kakitangan UMNO yang turut berada di dalam tu ..

Malam ini jugak akan ada satu mesyuarat UMNO di Menara Dato Onn .. Katanya ( telinga ASTRO tul aku neh ) jumlah yg nak masuk tu bukanlah seperti yang diperkatakan sebelum ini ( 100 orang ) tetapi nama nama besar akan turut serta( adakah 'dia' ) ..

Apa pun , diharap dengan penyertaan ulama ulama ini dapat mengimbangi semula 'kapal UMNO' yang semakin teruk terumbang ambing ..

BA : Harap berjalan dengan lancar ...

Wajarkah diperbesarkan cerita cerita sensasi artis ?


Pantang ada isu terbaru.. tak kira apa kes sekali pun ..ZZaassssss ... paling pantas dalam internet lebih lebih lagi blog ... Terpampang isu isu tu ..

Seronok weh... tengok ramai masuk baca .. Masuk baca kisah kisah sensasi yang secara tidak langsung membuka aib artis tersebut .. Kalau saudara seagama sendiri bagaimana ? bukankah kita patut menutup aib mereka ?

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesiapa yang merungkaikan dari seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hati-hatinya. Janganlah kalian mengumpat kaum muslimin dan jangan mencari-cari keaiban-keaiban mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari keaiban kaum muslimin, Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang dicari-cari keaibannya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).” (Riwayat ImamAhmad dan Abu Dawud ) - sumber

BA : Kalau terkena kat kita atau adik beradik kita , camana ??

Best tul kisah artis ni kan ..

Dasatkan ... Lakonan tak la sampai dapat anugerah dasat dasat.. paling tidak pun memanjang dapat anugerah hasil undian sms ...

Bila nikah kawin , kecohnya ... mak aihhh .... kalau boleh dalam suratkhabar tu dari page depan sampai ke bahagian sukan nak taruk ... cuma ruangan iklan je wajib tinggal.. kalau boleh nak letak NUFFNANG ngan INNITY dalam tu gak .. kan kan ..

Tapi nak kata salah artis tu , tak boleh la 100% .. media ni suka besar besarkan .. Erk.. skang ni bukan media je kan.. blog blog pun banyak dah cerita pasal ni.. Isu sensasi la katakan .. Trafik tinggi wooh.. Wartawan cyber gitu..

Kawin dasat , cerai ?? Lagi dasat... Kalau boleh la , nak jeee diorng pacak poster kat mana mana tempat selagi ada manusia lalu lalang ... haih..bab cerai pun nak hebohkan ..sikit skit dah laa..

Tu belum skandal lagi.. Kalau bab skandal .. hahaha..tak tau la nak cakap pe .. dalam parlimen pun leh jadi topik .. Mana tau leh buat bini no 2 kan ...

Yang dok kaut $$ atas angin pun ramai ... Dok berlagak bergambar sebelah kereta mewah .. cerita juta juta .. suh bayar nafkah anak pun siap mintak kurang ..apa kesss ..

Dah.. malas nk ngumpat lebih lebih .. Pada artis yang jaga diri tu , alhamdulillah..walaupun jumlahnya ciput , tegur tegur mereka yang rasa 'abadi' tu ... Haih..

BA : Makin tua makin menjadi artis ni

Krebiozen Think Green Contest

Satu lagi Contest dari sahabat blog kita ... Menarik neh... JOm kita meriahkannya sambil menambahkan lagi .....

Penyakit M

Kes 1 - Di shopping complex
A : " Eh , ada orang bagi katalog kat situ la.. mesti ada sesuatu yang menarik "
B: " Ala..tak yah amik la..mesti menda mengarut je tu "

Kes 2 - FACEBOOK
A: U kat mana yer ?
B: Awak dah check kat info ?
A: Belum.. malas la ...

Kes 3 : - Bisnis
A: Aku nak kaya cam kau laa..
B: Boleh jer .. kau ikut aku pg buat promosi .. Aku jual penapis air skang ni..
A: Ala.. aku jadi orang bawah ko dah la.. ko tolong jualkan eh..

Kes 4: - Kerja
A: Bos , tahun ni takde bonus ke ?
B: Bulan lepas dah mintak naik gaji.. ni tanya bonus lak .. Tapi suh stayback , tak boleh..cepat je nak balik..Tgk World Cup..
A: Ala bos..tu 4 tahun sekali je..
B: ok la gitu , lagi 4 tahun saya bagi bonus..

Kes 5 : - Blog
A: Pasal apa blog aku tak ramai pengunjung yer ?
B: Berapa lama dah kau buat blog tu ?
A: Kelmarin ..



Misteri: Nombor telefon maut

APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003. Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003.
Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.



Kisah benar yang turut dimuatkan dalam laporan akhbar antarabangsa itu, mengaitkan tiga kematian individu yang juga pemilik nombor itu dalam masa 10 tahun. Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun.

Ada khabar angin lain yang menyatakan barah dihidapi Grashnov adalah disebabkan keracunan radioaktif. Namun, kematian dua pemilik lain nombor berkenaan mencetuskan misteri yang agak menggerunkan.

Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan memeriksa empayar penyeludupan dadah yang bernilai kira-kira £500 juta (RM2.3 bilion).

Dimitrov, yang baru berusia 31 tahun ketika itu, turut membawa bersama telefon bimbit berkenaan apabila ditembak ketika keluar makan dengan seorang model. Pembunuhan itu dikatakan didalangi bom mafia Russia yang cemburukan operasi penyeludupan dadah Dimitrov.
Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. Malangnya, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu.


selanjutnya >> BHARIAN

Dok pening kepala ...

Salam... selamat pagi ..

Hurm.. dok belek je blog dari semalam ... nak salin kulit rasanya ... dah nak masuk setahun .. bulan 9 ni maka genaplah ...

Dok pk .. nak tukar ...nak tukar .. nak tukar... bukan nak potong yer .. Tapi takde idea lagi..nak godek godek coding semua tu lagi ... hurmm..malas betul.. aku bukannya ada masa sangat .. takat nak post entri tu , 5-10 minit jer..

Camana ek... hurmm...

BA: Jap je masa bergerak ..

Syarikat Pengiklan yang bakal mengalahkan NUFFNANG dan MANGGA ..

Pergh.. camana aku leh terlepas pandang nih ? Aku tak sangka ramai dah orang register bawah syarikat ni ... Mudah dan pantas ... 24 jam iklan terbit... tak de sapa nak larang ... sambil blogwalking kat situ sambil leh baca berjenis jenis iklan ..

Mmg dasat ... aku ingat NUFFNANG , MANGGA atau INNITY je dasat... takat ni aku tak dengar lagi komplen pasal syarikat ni cuma baru kuar berita tadi ... Perlukah aku register di bawahnya ??

Korang nak joinkah ? Kalau nak.. jom ... IKLAN

BA : Sesekali
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI