Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 30 Jun 2010

Oh Manusia

Bila takde , tanya bila ? Bila ada satu , ditanya lagi bila nak ada sepasang ? Bila dapat sepasang , ditanya lagi , cukupkah ? Bila dapat 4 , tanya lagi .. muatkah kereta ? Ditukar kereta baru , ditanya lagi , cukupkah bilik ? Ditukar rumah besar kata lagi ... banyak duit ? Garu je kepala ..

Bila bujang , tanya bila ? Bila ada pasangan , tanya sapa ? Bila jawab , ditanya lagi , kerja apa ? Ditanya dan terus ditanya .. sehingga rasa cam nak ..ermmm ... Bila kata tak nak kawin , kata gay atau lesbian .. Bila kata nak kawin , kata gatal .. hahaha.. camana tu ????

Bila nak kawin , tanya ada duit tak ? bila kata ada , di tanya lagi , sorokkan duit ke selama ni atau meniaga dadahkah ? Serba serbi salah bila benar .. Bila salah dikata benar ... Nak menyorok disuruh keluar .. Bila keluar di suruh menyorok ...

Manusia .. bila suruh jadi polis kata nanti amik rasuah ... tapi marahkan polis sbb tak buat kerja .. Camana nak buat kerja ? bila buat je kerja kata "tu nak amik rasuah la tu " .. aisey...

BA : Hidup pon susah.. mati pon susah ...

Services Currently Not Available !!!

Services Currently Not Available

Haa.. mesti korang familiar sangat dengan ayat tu kan ... Ayat tu dengan hujan seperti aur dengan tebing .. bukan senang nak jumpa wooo ... Aku rasa bila korang jumpa jer ayat tu , lebih lebih lagi malam , perkara pertama yang akan korang buat ialah ??? Tarik selimutt !!! Jgn tunggu lama lama ... Tapi yang aku pasti satu jer ... bill tetap kena bayar !!!

Tension nehh .. dok baek punya layan CSI ..dah la aku nak layan CSI 8 tahun sekali ! huh... bikin gempa bumi tul ler ... Lama lak tu .. nasib baik aku tak amik channel sport .. mau mau tak leh layan bola... hahaha.. mau meradang diorng kat kedai tu.. hahahaha ... lagi kesian kan .. hehe...

Tapi kan.. hujan hujan gini kan .. best tau.. bestt .. aalaaa..besttt laaa... kena kena lak malam khamis gitu... BEST TIDO LAAAA ... dok pk ngarut jeee .. huh..

BA : Tido laaaa wahaiii permaiiisuriiii ....

Berkabung ..

Tak sangka ... mungkin dia merajuk dengan aku ... selama ini dia gembira dengan rumahnya .. tiba tiba dengan kehadiran saudara mara dia menyebabkan dia dipindahkan ke rumah yang lebih kecil.

Bukan sengaja aku nak memindahkan dia tetapi terpaksa .. Jumlah saudara mara dia yang agak besar bilangannya tu membuatkan aku terpaksa melakukannya .. Kesian dia ..dapat rumah yang kecil dan takde perabot ..

Akhir tadi , wife aku memberitahu bahawa yang dia dah meninggalkan kami untuk selama lamanya .. Sedih hati aku .. Aku tak tak tau bagaimana nak beritahu pada saudara saudara dia tu .. Adakah ini semua ini disebabkan tindakan aku tu ? Kesiannya ..

Ikan kap pemberian anak buah aku tu akhirnya telah menemui ajalnya .. Manakala saudara saudaranya , ikan puyu telah mengambil tempatnya ... huk huk ...

Masih tidak cukupkah ?

Aku berada di dalam ERL .. sebentar tadi aku beradi di LRT .. Di depan aku ada seorang lelaki Melayu yang aku agak dalam lingkungan 20 an ..

Berbaju kusam.. bersongkok dan membawa beg sandang .. Berkulit gelap dan berjanggut..Semua itu tidak menarik minat aku .. Sehinggalah aku terpandang sesuatu pada mukanya ..

Satu tika dulu , aku pernah mengadu betapa aku telah merosakkan cermin mata aku tanpa aku sedari . Cermin mata itu boleh digunakan sekiranya aku melekatkan dengan pita buat sementara waktu namun segan menguasai diri lalu terus mengajak isteri pergi membeli yang baru .. Hurmm..

Tadi , bila aku terpandang budak lelaki tu dengan memakai cermin mata di mana bingkainya bersalut dengan pita berwarna hitam tanpa sebarang rasa segan mahupun malu .. Aku memerhatikan dirinya , mungkin itulah rezeki buat dirinya sekarang namun tidak ada riak kesedihan langsung di wajahnya . Mungkin dia akur itulah takdir untuknya ...

Aku faham .. kita kena memperbaiki diri kita.. perbaiki kehidupan kita tapi adakah kita faham sesungguhnya kita perlu bersyukur atas setiap nikmat yang diberi Nya ?

BA : Syukur tiada ikhlas ..

Ini dipanggil PROMOSI dan juga PEMASARAN

PROMOSI dan juga PEMASARAN

Saya seorang usahawan .. Mempunyai produk untuk dipasarkan .. Memerlukan rangkaian rangkaian tak kira kecil atau besar ..

Seorang usahawan yang kecil seperti saya bercita cita menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ini. Bukanlah mudah untuk menjual produk di mana saingannya terlalu tinggi ..

Perlu bijak mengatur strategi dan juga teknik . Segala aspek perlu diteliti dan di analisa . Bukan sekadar mencampakkan flyers atau broucher di merata rata tempat lalu mengharapkan mereka mengutipnya.

Paling penting , perkenalkan diri dahulu . Pastikan mereka mengenali kita .. Bukan satu tugas yang senang tapi tidak sukar melakukannya ..

Akhir sekali ialah , bersabar ...



AWAS !! JIKA ANDA BLOGGER ATAU PENGGUNA INTERNET TEGAR !

jemput minum geng

cari idea

dalam FACEBOOK pun nak gaduh

idea idea .. di mana saja

jooomm shopping online

Muat ke lori sampah nak masuk sini ?



" Wah , blog ayah ada 2 orang pembaca laa "
" kakak , ada orang add saya dalam FACEBOOK.. dah 4 ribu dah kawan adik "
" ala, baju tu dah ada orang booking la adik "

Kepala monitor betul la mamat nehh

Bilik ku syurga ku

Boss.. dah dah la tu.. g tidur.... bagi can saya guna lak .. lama dah blog tak update ni

Laporan TRAFIK bg Bulan Jun 2010


Saja simpan untuk kenangan ... bukan nak menunjuk atau riak .. Terima kasih pada yang memberi sokongan pada BEN ASHAARI BLOG ..

BA : Penat minda ...

ISRAEL buat lawak pulak ??

Biasanya ada jee muslihat negara Yahudi ni .. Kali ni dia saja nak bangkitkan pulak simpati dunia terhadap negara dia dengan sengaja memperbesarkan isu , erk... ciput nih.. haha.. lawak tul laaa..

gambar kartun ISRAEL NAZI

Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi


KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.

Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.

Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.

Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.

seterusnya >> UTUSAN

BA : Dalam bijak ada gak ngeng dia yer..

Ayie oh Ayie ..

Kenal tak AYIE ? Tak ? Kalau tak g la berkenalan dengan dia ... hehe..

Sebentar tadi dia adala berYM jap ngan aku.. bertanya khabar begitu begini.. Kemudian dia bertanyakan aku sesuatu .. tentang blog yang perlu didaftar tu ..

Dia cakap dia dah berkali kali tekan url yang diberikan oleh aku di dalam entri tu.. Hurm .. Pada mulanya aku fikirkan dia bergurau.. Maklumlah , dia ni ada satu jenis penyakit..cakap skit pastu gelak... hahaha...

Aku terus layan pertanyaan dia .. Sampailah aku suruh dia berikan aku url website tu.. Dia punya laa pergi cari sungguh sungguh !! Mmg betul betul budak ni terkena ngan aku .. Aku ingatkan dia ni tahap bijak ala ala Che Det tapi rupanya ala ala aku je.. hahaha.. kira aku tinggi skit la .. hahha..

Punya la dia paste url tu !! HTTP://WWW.AKUTIPUJER.GOV.MY ... Dia boleh tak perasan ? hahahhaa.. aku gelak guling guling kali ni.. biasa dia yang gelak ... hhahaha..

BA :AYIE OH AYIE.. hang p tidoq .. ni mesti kes tak cukup tidoq...

Pisau punya hal


Satu petang , aku terima sms dari seorang rakan ...

Dia : Salam... hang punya pisau ada kat aku la ..semalam kan aku pinjam sat sbb nak potong tali tu.. Nanti aku pulangkan balik tau ..

Aku : Oooo.. patut laa aku cari pisau tu tak da kat umah aku ...Sian bini aku..tak pasal pasal siang ikan guna gergaji ...

Dia : Erk ...

Piala Dunia kali ni dipenuhi dengan rasuah ..

Itulah tanggapan aku kali ini terhadap Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 .. Segalanya hiburan berbayar .. Nak tengok bola , sila bayar ..tiada lagi percuma ...

Dah macam WWE lak eh.. segalanya kena bayar .. kita nak tengok bola pun bayar... Mereka yang bermain atas padang pun ibarat pelakon .. Kita jugak yang terjerit jerit ..

Perhatikan pasukan pasukan yang ternama yang kalah pelik pada pasukan kerdil .. Bila mereka bertaruh , sah sah akan amik pasukan besar.. Apa jadi bila kalah ?

England ... Perancis .. Itali ... kalau diikutkan , Liga bolasepak mereka tersangatlah sohor..

Kenapa FIFA tak gunakan keputusan melalui ulang tayang di skrin tv ?

Dan banyak lagi... hehehe... segalanya $$ ... mana ada hiburan percuma skang ni.. dan mana ada lagi dah prinsip berkorban untuk negara ..

BA : Sekadar pendapat aku ..

Nape la lembab sangat ni ?

Salam.. selamat pagi ..

Aku pasti ramai yang tengok perlawanan semalam diantara Jepun menentang Paraguay .. Seperti yang aku duga perlawanan akan berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti kerana aku pasti Jepun akan bermain bermati matian dan juga bertahan sehabisan cuma mereka tidak bernasib baik .. Kedua dua pasukan ini bagi aku jika layak sekali pun pasti akan terkandas ke suku akhir .. Sekadar ramalan aku saja ..



Perlawanan diantara Sepanyol dan Portugal dijangka menarik namun jika dilihat pada jumlah jaringan , pasti tidak berbaloi untuk berjaga malam .. Nasib baik aku tidur... hehehe..

Dengan menonton perlawanan Piala Dunia semalam bererti aku tidur dirumah orang tua aku .. Bermakna aku akan pergi kerja hanya menggunakan LRT saja...

Awal aku keluar tadi.. dalam pukul 7 pagi.. Biasanya dalam pukul 7 pagi tu , aku berada di stsn ERL Putrajaya.. Aku dah menjimatkan hampir setengah jam dan sejumlah $$ ..hehee..

Di stsn LRT tadi , ermmm.. cukuplah membuatkan aku tensen sejenak .. sejenak yer , bukan SEDENAK ( hehe) ..Mana tidaknya , bila LRT sampai , punyaaaaa laaaa lembab nak bergerak masuk ke dalam LRT tu.. bercatwalk la pulakkkk ... dah tau ramai ada kat belakang..pantas la sedikit.. kalau aku tolak , kata tak gentleman..

Kesudahannya , tali beg aku tersangkut kat pintu automatik LRT tu.. arghhh... dah terpaksa berdiri disamping pintu.. Geram betul aku kat anak anak dara tu.. Lembab giler... ARghh.... Dah la..malas nak bebel pagi ni.. Huh...

BA : Pagi bermakna slow n steadykah ?




Keputusan terkini Pusingan ke-2 Piala Dunia FIFA 2010


Keputusan Terkini : Paraguay vs Jepun dan Sepanyol vs Portugal

Senarai penjaring terbanyak Piala Dunia FIFA 2010

Jadual Suku Akhir





-sumber : Yahoo Sports

Aida dirogol ..

Aida .. sapa tak kenal Aida ?? Satu Malaysia kenal dia .. Kesian dia .. kesian Aida .. kes dia dirogol , mmg amat menyayat hati ... Sebenarnya....

Aku tak kenal pun Aida mana .... tau tau keyword pagi ni AIDA DIROGOL .. dasat tul ehh..

Ada jugak orang mencari menda gini eh.. hehehe.. mesti geram pasal Japang kalah.. hehehe..

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

Cuti sekolah digunakan sebaik-baiknya oleh orang tua aku..Dia ditawarkan menjaga sebuah rumah banglo di Jalan Ampang Hilir milik seorang VVIP...Hanya untuk seminggu sahaja rumah itu perlu dijaga.. Ini kerana tuan rumah itu terpaksa pulang ke kampung bagi menguruskan pengkebumian anak lelakinya yang baru sahaja meninggal dunia disebabkan kemalangan maut.

Menurut pakcik tu ( arwah ) , kejadian itu berlaku di utara negeri ini..Dikatakan kenderaan yang dipandu oleh arwah anak Datuk itu telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan..Setelah latar belakang kejadian itu diceritakan kepada ayah aku , maka dia pun terima je la.Yela kan , sapa nak bagi duit gitu gitu je.Bukan susah..G tidur je kat rumah dia. .Makanan semua ada...G malam , siang balik la..Siang ada pengawal keselamatan rumah tu..Tapi yang peliknya , kenapa malam diorng tak nak jaga ekk ???

Malam pertama ... Ayah aku ajak semua sekali g ... Penakut gak ayah aku neh ... Bayangkan la ayah aku tu di zaman muda dia , merantau nun sampai ke Sabah ..Zaman tu Sabah masih lagi 'dara' ..Setakat jumpa 'menda terbang' kat hutan situ tu , dah biasa dah biasa dia..Yela , duduk kat perkampungan 'dara' gitu..Tu baru 'menda terbang' , lom lagi dia cerita di mana dia selisih ngan ' si penanggal' setiap kali keluar malam untuk pergi ke umah Pembesar Sabah masa tu ...Ayah aku dulu kuat politik..Sampai satu peringkat dia ngan mak aku kena halau keluar dari sana dalam tempoh 24 jam disebabkan fahaman politiknya..hehe..lari tajuk lak...saja bagi korang cool down dulu..

Dalam 'keterornan' ayah aku tu pun dia leh 'kaut' semua anak anak dia termasuk isterinya untuk menemani dia kat sana.... aku pon kena ikut la...hehehe..nak rasa gak pengalaman ngeri tu ...

Sesampainya kat kawasan rumah tu , aku lihat suasana rumah tu ...'gulp' .. aku mampu telan air liur je la..Mmg gelap...Pengawal petang tadi tak pasang lampu rumah lagi..Nak tak nak , kitorang kena pasang lampu la..kena masuk dari belakang rumah ..

Dengan menggunakan lampu suluh , bergeraklah ke belakang rumah..Luas giler kawasan rumah ni.. Sah-sah berjuta harga kawasan ni.. Aku suluh kiri kanan...atas bawah ...ke arah pokok...Erk..aku ternampak sesuatu dok bergayut kat dahan paling atas sekali ..Aku tergamam..Mengigil...Aku kuatkan semangat aku..Aku suluh sekali lagi... Huwaaaa... ada lagi kat situuuu.....melambai lambaaiiiii....

Aku capai cermin mata aku.. aku pakai... Ooooo...layang-layang rupanya.... tersangkut kat situ.. Tidak lama kemudian , ayah aku memanggil aku .. Katanya dah boleh masuk ... Huhuhu..Kitorang pun masuk laa... Mak aihhh.. Dapur rumah dia sama besar ngan ruang tamu umah nenek aku kat kampung.. Besar giler siutttt .... Kalau aku guling guling kat lantai pun dari pintu masuk ke sinki selama 2 hari pun tak tentu sampai lagi..

Terus menghala ke ruang tamunya.. Abis satu rumah kitorang pasang lampu... Seram punya pasal...Waaaa..... cantik gilesss.... Abang aku , dengan beraninya naik ke bahagian atas... Di mana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur arwah anak lelakinya.. Huh.. Orang kata , kalau awal awal kematian seseorang , rohnya akan balik rumah kan..heheheh...orang kata ...aku tak tau lak kebenarannya...

Setelah di survey dek abang aku , dia kata atas clear..tak de apa apa...cuma dia terpegun tengok tandas rumah tu... termasuk almari diorng..besar n cantik ... Huhu.. aku tak nak naik atas ..Bukan takut tapi segan je.. hehehe...

Malam tu kitorang tidur di ruang tamu... Kitorang hampar 'toto' , dan tidur je kat situ..Abang aku lak dia kata nak tidur kat atas...Huh...Jgn wat pasal..Ayah aku suruh dia tidur kat bawah je...Jgn melebih lebih lak...Maka tidurlah kitorang semua kat bawah tu...Dalam .... 6 beranak.. hehehe...

Dalam sedap sedap aku terlena ..aku terasa ada sesuatu kat kaki aku... seperti ada org menyentuhnya...Aku tarik kaki aku...masukkan ke dalam selimut..Selamat... Tapi tak lama kemudian , aku terasa lak selimut aku ditarik secara pelahan-lahan dan terus disentap...

" Aku sejuk laaa... Hang ja ka nak pakai selimut " ... Adik laki aku cakap kat aku ... Cehh.. aku ingat sapa laa tarik tadi..sah sah tadi pun kaki dia yang terkena kaki aku...Aku pun sambung tidur ...Sampai ke subuh...Takde apa apa berlaku..hehehe..Biasanya gitu la...'Menda' tu kasi can dulu kitorang bergumbira dalam umah tu..hehehe..

Malam kedua ...jeng jeng jeng ...Lepas isya' , kitorang pun g la sana...jumlah yang sama gak g...
Seperti biasa , kitorang akan masuk dari belakang sebab pintu depan hanya pengawal keselamatan rumah tu simpan..kitorg ada kunci pintu belakang jer..Malam ni , kitorang terasa pelik skit...rasa cam dingin jee rumah tu...Oh ya... abang aku pasang aircond kuat sangat ...Maka diperlahankan sedikit..namun kedinginan masih terasa...Ah...tidur je laa..jangan dilayan perasan itu...

Tiba-tiba aku terdengar sesuatu...Aku tengok jam...Kul 12 tengah malam...aku pandang ayah aku...dia lena dah...aku tengok abang aku ..dia pon dengar gak...Kitorang terdengar bunyi 'guli'..seperti ada orang kat atas sedang bermain guli...bukan sebijik..tapi lebih dari dua bijik guli dimainkan...Abis bunyi guli tu...bunyi rantai diseret pulak....dari hujung ke hujung bilik atas tu..betul betul atas kitorang jer...Abang aku bangun...dia terus naik ke atas ...Erk..dia ajak aku...Aku kata , " biar laaa dia main sorang sorang..tak payah join laaa..."

Untuk pengetahuan korang , abang aku ni hati kering ...Dulu dia kutu malam...Setakat balik 4-5 pagi tu biasa je...Kena tempuh kawasan 'evil' lak tu untuk sampai ke rumah aku dulu..tu sebelum kawasan kitorang tu dibangunkan la..Penah dia cerita , semasa pulang tu , dia kena kejar dek manusia berkepala anjing ..Mau demam seminggu dua dia !! ...Tapi kejadian tu tak menginsafkan dia dari terus digelar kutu malam..Jadi aku berpendapat , dia ngan antu lebih kurang je la...hehe..Tu duluuuuu..skang insaf dah...

Sambung cerita ...Abang aku pun naik atas...diammm jeeeee kat atas tuuu...Lama lak tuuu...Tiba-tiba aku terdengar jeritan kuat dari atas....Abang aku berlari turun suruh semua orang berlari keluar dari rumah tu..Dia kata ada mayat berdarah kat atas tu sedang makan maggie...hehehe..acah je...tu cuma khayalan aku jee ..Tak lama kemudian abang aku turun, dia kata takde apa apa...

Maka , tidur la aku dengan tidak nyenyaknya sampai ke subuh lagi....Kitorang sempat tidur kat rumah tu selama dua malam je kerana tuan rumahnya dijadualkan pulang pada tengahari selepas selesai majlis pengkebumian arwah anaknya..Lega pala otak aku..kalau tak jenuh nak g membuta kat umah orang...Aku bukan suka pun ...huhu...

Berkaitan dengan kejadian tu , aku dapat tau yang mana bunyi rantai dan guli itu sebenarnya dimainkan oleh jin jin yang menghuni rumah tu..Macamana aku tau ? Aku penah terbaca artikal mengenai jin ini di dalam sebuah majalah tempatan..Pun begitu , aku penah juga alaminya sekali lagi di mana aku menemai kawan aku sewaktu kawan kawan rumahnya pulang ke kampung...Kebetulan dia tinggal di kawasan apartment dah atas rumahnya tu , baru pindah...perkara yang sama aku dengar ...Bunyi guli dan rantai diseret !!!!!!!

Wallahualam ....

Nak lagi best ???? KLIK >>> SINI

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI