Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 10 Julai 2010

Aku tak layak digelar blogger ..

Masih belum layak ... atau tak layak ? Aku rasa aku tak layak lagi digelar blogger .. Kenapa ? Sbb bila aku g baca blog blog otai , entri mereka sangatlah jauh beza dengan aku .. cara penyampaian , maklumat dan juga gaya bahasa ..

Aku ibarat budak tadika yang dapat buku kosong yang dihabiskan dengan menconteng disetiap helaian kosong .. Adakalanya ok la gak .. adakalanya , tko.. hahaha ... Masih perlu banyak aku belajar lagi tentang penulisan entri ni ... hurmm...

Bila lihat blog yang sememangnya 'blog' , aku rasa sangat malu .. walaupun blog aku ni ada pembaca tapi aku tak mampu jadikan blog aku ni sebagai satu landasan penyampaian maklumat yang berguna tetapi lebih pada mengarut .. kot ? huhu ..

Pada mereka yang selalu membaca blog aku ni , aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca ngarutan aku ni.. huhu..

Yes ! Aku dah ada idea nak dapatkan DSLR !!

Kenapa la aku tak terpikir ek ? Lupa lak .. jgn la beli guna duit gaji .. duit gaji tu duit keluarga dan duit simpanan .. Dah tu nak beli camana ? Rompak bank ?? huh.. kalau rompak bank , jgn kata dslr abcdefghi slr pon leh beli woooo ...

Gunakanlah ... BLOG !!! Punca pendapatan dari blog ni , gunakannya ... barulah berbaloi baloi kan .. simpan skit skit , nanti bila dah cukup 2k , sambar la satu ... masa tu sah sah harga dia dah turun skit kan .. sementara tu , studi skit skit .. kumpul semua tutorial , join mana mana kelab.. curik ilmu skit skit .. bila dah ada kamera depan mata , barulah leh praktikkan .. kalau ada digital kamera yang ada function auto tu , leh la bayangkan guna dslr tu.. heheh ..

Tak pe .. janji beli dengan duit sendiri.. jgn susahkan orang lain lebih lagi parents kita..sian diorng .. banyak lagi tanggungjawab diorg tu... Yang penting , manfaatkan kamera tu dengan sebaiknya .. bukan kerana nak ikut orang ..

Memilik dslr bukanlah satu trend atau wajib ada tapi biarlah kerana minat dan hendaklah benar benar bijak menggunakannya.. Jangan beli dslr kemudian guna mode auto... tak berbaloi...

BA : Esok gak nak g sambar !!

Kerana

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Penyanyi : Erra Fazira

Soal Hati ..


Antara filem terbaik lakonan Afdlin Sauki .. Aku mmg minat giler tengok cerita ni..berkali kali tengok pon tak jemu.. hehe.. ni kerana lakonan selamba Afdlin Sauki dan sempoi ..

Kali pertama aku kenal dia pon melalui filem ni ...Dan filem filem seterusnya , aku tetap minati kecuali jika dia berlakon dengan pelakon yang aku tak minat , aku tak tengok.. heehe..

Lagu lagu Erra dalam ni pon best best.. hehe .. suka suka .. hahaha... watak Erra dalam ni pon aku suka... Kira kalau boleh buat drama bersambung pon leh layan gak woo.. Leh kalah drama Korea / Jepun ... hehehe..

Best best ....

GENGBLOGGER : Sori geng , tak turun ..

Aku plan nak g lepas zohor ... tau tau ada tetamu datang .. takkan nak halau pulak kan ... Jadi hari ni , seperti minggu lepas aku habiskan masa dirumah jer ... ermm...

Ada aku cakap kat Ayie ngan Joe nak turun tadi memandangkan ramai rakan rakan turun tapi tu la... kita hanya mampu merancang ..

Tapi alhamdulillah , dapat juga aku jumpa dua blogger dari jauh .. AYIE dan JOEGRIMJOW .. hehehe.. dan sempat gak la menabur bakti kat si joe tu.. hahaha ...

Lagipun nak g gath tadi tu , rasa segan lak sbb aku masih belum lagi layak digelar blogger ( tunggu entri pasni kenapa aku berkata sedemikian rupa ) ..

BA : Tamat dh sabtu.. aku nekad.. aku akan teruskan esok ! InsyaAllah..

Jom join BEN ASHAARI BLOG

Hehe.. group ni seusia dengan blog aku ... ermm..nak masuk dah setahun... erk...9 bulan dengan lebih tepat ... Kalau berminat , jom le join ... heheh.. terima kasih pada yang sudi join .. klik je gambar tu ekk..

Patutkah saman ekor diteruskan ?

Apa pendapat anda? Kenapa tak diletakkan polis trafik disitu daripada letak alat perangkap laju ? Bukankah mencegah lebih baik daripada mendenda ? Atau ni salah satu punca pendapatan negara ?

Walaupun tujuan kerajaan adalah untuk mengajar pemandu agar lebih berhati hati dijalan raya tapi penggunaan saman ekor ini berbaloi dan berjaya mengurangkan risiko kemalangan ? Dari guna saman ekor ini , ada baiknya kerajaan buka jawatan lebih banyak lagi untuk rakyat yg masih tercari cari kerja dengan jadikan mereka polis trafik .. mat mat rempit tu , jadikan polis trafik ... jaga je kat highway tu.. kan lagi bagus... kata kerajaan banyak duit ... jadi gajikan la rakyat dok tercari cari kerja tu ...

Secara tidak langsung kerajaan dah buat satu lagi kebaikkan .. Dan jugak lebuhraya kita lebih selamat .. kan kan ? Daripada menyaksikan kemalangan berlaku , ada baiknya mencegahnya ..

Pemandu kereta ni lebih takutkan polis terpacak kat highway tu daripada saman ! Walaupun tensen nak bayar saman tapi itu tak cegah mereka daripada memandu laju !

BA: Sekadar pendapat aku..

Nak Kaya tapi ?

Tak nak keluar modal ? Tak nak berusaha ? Atau cukup apa yang ada jer ? Paling teruk pun , berkerja keras .. Sedangkan ada banyak cara lain untuk menambahkan pendapatan dengan cara yang halal ..

Itu yang berlaku tapi ramai tak menyedarinya ... Mereka hanya nak nampak keputusan tapi bukan cara ... jauh sekali untuk mencubanya .. Takut pada kegagalan atau kedekut nak keluar modal ? Bila lihat pada mereka yang berjaya , kita pulak yang cemburu ...

Cukuplah dengan basikal.. janji boleh bergerak sedangkan ada kemampuan untuk memiliki kereta .. namun biarlah , simpan untuk hari tua ... sedangkan duit yang ada boleh digandakan dengan cara yg bijak dan yang penting halal ...

Jika semua ini berterusan , maka kita hanya mampu menelan air liur saja ... sedangkan luasnya rezeki Allah di muka bumi ini.. Makan je yang didepan mata .. yang di dalam tanah , jangan sesekali dikorek.. biarlah mereka mengoreknya dan kita lihat saja mereka menjerit kegembiraan atas hasil usaha mereka ...

Pulau Asmara , Teruk !!!!

Aku tak pernah tengok cerita seteruk begini ! Dulu cerita yang teruk bagi aku di pegang oleh drama bersiri SEMBILU . Tapi skang bagi aku , layak dipegang oleh PULAU ASMARA yang mana pelakonnya ialah Faizal AF4 dan Leez AF ...

Haih... sangat teruk .. keras .. kaku ... cam tengok teater budak budak tadika ... Bagi aku , cerita menarik ... latar belakang cantik ( di buat di langkawi ) tapi lakonan pelakon muda yang keras buat semua ni hancus .. hancusssss... huhu ...

Saja aku tengok sampai abis baru leh buat penilaian aku sendiri... Patutlah diorng ilang terus .. Kalau buat filem . sah sah ... penerbit hangin satu badan ... Entah ler... aku rasa mmg diorng belum cukup mantap lagi untuk keluar di tv ...

BA : Tu pasal malas tengok AF .. Takde yang betul betul berbakat ! Boleh kira ngan jari yang boleh berlakon..

SLASH di KUALA LUMPUR


Perghhh .. SLASH .. dulu sebelum aku gunakan nama BEN ASHAARI di dunia maya ini , aku gunakan nama SLASH .. hahaa.. kenangan berchatting di ANJUNGCAFE.COM .. Skang dah jadi memori .. semua dah ilang ... tak tau mana pergi dah diorng .. haha...

Aku guna nama SLASH tu bukan sebab aku minat giler SLASH GNR ( ada sikit skit je ) .. tapi suka dengan karektor SLASH (Gayour) dalam komik UJANG .. hehehe .. tapi kalau dipanjangkan SLASH tu boleh jadi nama aku .. hehehe ..

Kembali ke tajuk utama.. SLASH akan membuat persembahan di KUALA LUMPUR nanti ..manakala AMY SEACRH akan jadi penyanyi jemputan di sana nanti ... Kalau nak tau dengan lebih lanjut , sila baca di sini

BA : SLASH , SRILAYANG dan WUNAN

Kereta JOEGRIMJOW wat hal !

Semalam dok melepak ramai ramai ( 3 orang jer ).. hehehh .. dengan blogger blogger otai GB.. tak lama kemudian , diorng nak g bank jap... Sekembalinya diorg , si Joe bagitau keretanya , bateri kong.. dia terlupa tutup lampu ..huhu .. Distartnya , tak boleh langsung ..

Tak kisah la katanya ... nanti ok la kot ... Lepak lepak dan lepak lagi ... sampai kul 11 lebih..baru nak beransur balik .. Si joe try start kereta dia lagi ... nehi nehi nehiii ... Aku kata aku ada jumper dalam kereta aku .. Try jump...

Aku pon g la ke kereta aku .. Bukak bonet... ler... clear..bersih.. tiada apa apa di situ .. ahahah... Aku call wife .. dia kata dia letak kat umah.. wat apa laaa jumper letak kat umah .. nak jump mesin basuh ker ? hehe ..

Aku start enjin .. pergi kat JOE .. Ajak dia ke rumah aku... amik jumper ... Aku tanya Joe samada dia tau tak nak jump? Dia jawab taktau .. Erk.. aku pun tak tau ni.. hahahah .. Roger si ayie ... dia pon suh buat camtu cam ni ..

bila dah amik... g kat kereta balik ... Hahaha... adeh... kereta Joe di parkingnya ke dalam.. maksud aku enjinnya ke belah dalam .. depan dia longkang besar... kiri kanan ada kereta ... nak jump camana ???

Nak tak nak ... kena cari lot parking kosong .. Nun... hujung sanaaaa tuuu .. Aku drive kereta ke tempat parking keta yang kosong tu dan berlari ke kereta Joe sekali lagi .. dalam 300 meter ada la gak..

Best part ni.. hahaha.. Kereta JOe perlu di tolak sehingga ke kereta aku .. baru boleh jump .. Yang bestnya ... aku sorang je tolak.. ok je..takde masalaha.. Yang masalahnya , kena lalu depan kedai mamak Precint 9 tu ! hahaha..dah la ramai dok melepak.. tapi wat bodoh je la ... hehe..

Mengah la gak.. hahaha.. start enjin keta aku... letakkan kedua dua point jumper tu di bateri kereta aku ... test dulu.. wahh.. kuar api,.. ok ok.. cun ni.. sambungkan pada kereta Joe... Dan Joe try start keretanya.. Waahhh ..boleehhh dahh .. Tarik nafas lega dia .. hahaha...

Pastu balik laaaa.. aku ikut dia dari belakang dulu bagi memastikan kereta dia berjalan dengan lancar ... Sampai satu simpang , aku potong dia dan terus balik umahhh .. Selesai dalam kul 1 lebih gak .... kat umah .. tak sampai 5 minit atas katil , zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

BA : Kedua dua blogger tu mmg mabeles !
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI