Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 16 Julai 2010

Hujan emas di negeri orang ..

Walaupun best camana pon , sangat lega bila sampai Putrajaya .. Alhamdulillah.. tapi kan .. aku pelik la.. aku baru pergi 2 hari .. nape bila balik aku leh salah jalan ek ? takkan dalam masa dua hari Putrajaya boleh berubah ??

Hehehe.. ok ok... aku nak sambung .... tgk citer Korea lak.. hahaha.. aktiviti bersambung semulaaaaaaaaa .... lalalalala ... terima kasih semua kerana sudi 'berbual mesra dengan meninggalkan komen walaupun aku tidak membalasnya tapi aku tetapi membaca dengan penuh senyuman ... terima kasih ... anda semua peneman semasa berada di sana ( selain dari wife aku.. hehe ) .. aku amat hargai sangat ...

Live dari RnR Pagoh

Turun dari jeti Tg. Gemok dalam kul 3.30 petang .. kemudian meneruskan perjalanan ke Mersing - Kluang .. Plan nak berenti solat kat mana mana RnR ...tapi sekali , tu dia ... kat hentian Yong Peng tak menyediakan tempat solat ... huhu.. terpaksa menderu laju ..

Lupa lak ...ada sekali tu , nyaris nak eksiden.. erm... tapi alhamdulillah ... Kebetulan lak ada sebijik kereta polis belakang aku .. haih...entah dia saman ke tak pon tak tau.. tapi bukan aku buat kesalaahan pon cuma mungkin tercuai sedikit..penat kot aku ni .. huhu

Skang ni kat R n R Pagoh .. Amat selesa sekali.. tandas , tempat solat dan juga tempat makan .. selesa giler ... Ermm.. sempat solat kat sini .. dari RnR Yong Peng ke sini lebih kurang 50 km ... tengok jam , dah kul 6.30 petang.. sampai kat Pagoh dalam kul 7.. hehe.. maghrib kul 7.23 ... sempat.. hehe..

Dijangka tiba Putrajaya dalam kul 10 .. ops.. lupa lak .. aku ikut lalu yang datang kelmarin.. iaitu laluan evil dead ( Endau Rompin ) ..hehe.. jadi tadi aku dah tengok jalan tu... mmg best !!! cantik tempat dia.. patut la berkabus memalam.. huhu... kalau korang tanya aku , nak lalu lagi ke tak , aku nak lalu lagi.. hahaha .. Sempat berenti beli petai tuu.. hijau hijau ! satu ikat tu lebih dari 10 tangkai , baru rm 10 ...

Ok.. makan time ...hehe

BA : Terima kasih pada yang sudi mendoakan keselamatan kami ...

Musuh dalam selimut ..

Rakan disangka musuh dan musuh rupanya rakan kita ... Itulah yang sebenarnya wujud samada di dalam dunia nyata mahupun dunia maya .. Boleh pandang kiri kanan tapi hati hati sbb apa yang dipandang tu walapun nampak lembut tapi sebenarnya boleh jadi keras berbisa ..

Itu yang aku dapat rasakan sekarang .. Apa yang boleh aku lakukan cumalah teruskan saja perjalanan hidup .. Lumrah dunia kita sebegitu rupa .. Ada yang akan berdiri atas pagar .. ada yang boleh jadi gunting dalam lipatan dalam paling teruk ialah duri dalam daging ..

Sapa yang boleh kita percaya dalam dunia ni lebih lagi dunia maya .. Kepada blogger yang aktif , pastinya dapat mengesan mana satu yang sebenarnya ikhlas bersahabat dengannya .. Sbb ada yang bersahabat hanya untuk menaikkan statusnya , trafik dan ada yang sebenar benarnya ikhlas ..

Aku sendiri pon senantiasa berwaspada dalam bersahabat ni.. sbbnya takut ada yang terasa hati walaupun cuba sebaik mungkin agar tidak ada yang berdendam ...


Live dari Quek's Ferry

Hehe.. Skang aku atas Quek's Feri .. dan berada di Berjaya Jetty , menuju ke Tanjong Gemok .. Akan tiba rasanya dalam masa satu setengah jam ..

Tambang feri ni , pergi balik rm 70 .. dan tak ramai orang dalam feri ni .. Rupa-rupanya ramai jugak datang ke Tioman ni pada hujung minggu .. sebelum aku check out , salah seorang kakitangan restoran di Salang pusaka tu ada beritahu aku yg mereka sedang menanti kedatangan pelancong tempatan seramai 100 orang .. dan aku rasakan mereka tu adalah pelajar IPT ..

Sambil berblog aku layan dvd yang dipasang di dalam feri ni .. cerita pasal buaya la plak .. hahaha... Dok pening gak ni .. tak tau nak ikut mana kang .. samda ikut JB atau ikut jalan ari tu jer .
Apa pun GPS kena pasang .. penting wooo... dinasihatkan kalau korang nak ke mana mana tempat yang tak tau hujung pangkal , senantiasalah guna GPS .. kelebihan , mencari stesen minyak berhampiran dan juga mudah jika tersesat ..

Oraits..sambung tidur ...

Pelancong tempatan , luar negara dan taraf layanan

Pernah rasa anda di'anaktirikan ' oleh mana mana kakitangan pusat peranginan di dalam negeri ? Anda rasa kenapa begitu ? Adakah kerana anda pelancong tempatan dan seringkali akan menanyakan , ' takde diskaun' ? atau potongan harga ? Atau kerana anda harga yang berbeza dengan pelancong asing ?

Aku tak rasa perkara begini berlaku di pusat pusat peranginan malah ada juga berlaku di shopping complex , restoran restoran makanan yang bertaraf 4-5 bintang .. Adakah hanya kerana kita memakai baju murah dan kain pelikat serta berkopiah , kita layak di layan seperti pengemis ?

Sikap membezakan antara dua darjat ini mmg patut dibuang dalam diri petugas petugas tak kira bahagian perkhidmatan mahupun mana mana jua bahagian .. Jangan lupa , jika tiada pelancong asing , sapa yang akan datang ke tempat itu ? Baru masa tu terkial kial melayan pelancong tempatan seperti raja ..

Bukan meminta disamakan taraf tapi biarlah adil ... Kelebihan pelancong tempatan ini ialah mereka akan mewar warkan kepada orang terdekat !

Kg Salang Pusaka Resort , Pulau Tioman ..

Pada yang berminat nak datang ke Tioman , bolehlah menginap di Salang Pusaka Resort yang terletak di Kg. Salang .. Harga yang berpatutan dan mempunya pelbagai pilihan bilik dan harga .. Dari untuk 2 orang sehinggalah ke keluarga .. Jika nak jimat , boleh try pakej dia ... menarik woo...

Pakej meliputi untuk 3 hari 2 malam :

Tiket Ferri ( pergi dan balik )
Welcome Drink
Breakfast ( 2 kali )
Dinner ( 1 kali ) BBQ ( 1kali )
Lunch ( 2 kali termasuk semasa outting )
Boat trip untuk snorkelling ( 4 destinasi )

Internet : Celcom ( EDGE ) , Maxis ( GPRS ) .. yang lain tak try .. hehe
Malam leh layan movie .. lagu lagu yang dipasang , semua raggae gitu..santai santai .. kakitangan kat sini semua peramah .. tanya je la apa pun pasti dijawab dengan senyuman ..

Harga ? hehe... kalau menurut dalam broucher dia , RM410 per person.. kalau ramai , mungkin dapat murah.. boleh check dengan pengurusnya , BOB .. ;)

Untuk tempahan :

tel : 09 - 419 5317 , 09 - 419 5034 , 013 - 959 8977 atau email : salangpusaka@yahoo.com
website : salangpusakaresort.my







Ini rupa bilik yang aku nginap tu ...




Kawasan depan chalet aku .. sempoi kan ?


Ok geng... masa untuk beredar... kenangan diabadikan : ( 14/7/2010 ) - ( 16/7/2010 )

I'LL BE BACK !!!!

Header baru.. amacam ?


Aku ingat nak tukar header..dah lama sangat header ni ..naik boring dah tengok .. hehe.. jadi ini adalah header baru aku nanti.. amacam ? ok ke tak ? Aku nak tukar semua layout.. boring dah merah .. nak letak warna .. ermm... tungguuu ...

Pagi pagi dah bikin panas !

Aku pelik tul la... nape pagi pagi lagi ni tak leh masuk blog aku sendiri ! bikin panas tul ... tp bagus la gak .. biar la gitu...

Jap lagi nak breakfast..kemas kemas... check out ... feri kul 1 tghari ... target sampai putrajaya , malam .. esok g FLORIA PUTRAJAYA lak .. ahakss... bergambar kat sana lak .. heheheh..

Harap harap takde masalah sepanjang perjalanan pulang nanti ... InsyaAllah.. Doakan kitorang yer .. Terima kasih ..

Spesis baru hidupan laut ditemui !!

Petang tadi , lepas merehatkan diri di bilik , wife aku ajak g mandi di tepi pantai memandangkan esok hari terakhir .. hehe .. aku ok ajeeerr... Sebelum tu g makan dulu.. Kat satu restoran yang nampak sedap kelmarin ..

Order la nasi pataya .. Erm... RM7 .. ok la.. tak kisah pasal harga.. Rasa ? Siap jumpa rambut lagi dalam tu .. apa mau buat ??

Pas makan , gerak g pantai .. Aku tak lepas kamera Olympus aku memandangkan 'dia' boleh menyelam .. hehehe.. Tiba tiba ..Aku ternampak sesuatu bergerak dengan pantas di dalam air ...Aku cuba kejar dia...

Dia menyembunyikan diri dia di sebalik batu karang yang mati tu haa.. nampak tak korang ??? Aku pon tak nampak ..

Aku pon menyelamkan diri aku sendiri ... hehe.. mencari 'menda' tadi tu.. takut pon ada .. sbb tak pernah tengok kat mana mana buku spesis hidupan laut ..

Nampak tak ? Aku berjaya menghampirinyaaa .. pelan pelan aku tekan punat kamera aku .. klik.. dia terkejut ...

Tu diaaa... ada 10 mata !!! Adik beradik tapak sulaiman rupanya... Tapak ben ...yess... aku berjaya mencipta sejarah tersendiri !!
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI