Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 17 Julai 2010

Floria Putrajaya 2010





Esok last day .. macam macam .. nak beli ..erk.... erk... apa ek.. baja la kot ?? Tu je...

Tiada kenikmatan berblog lagi ?

Tidak seindah pada mulanya namun bak kata orang dulu dulu , langit tidak selalu cerah bukan ? Jadi aku perlu fikir positif... Alhamdulillah , aku ada ramai kawan yg boleh dipercayai sejak berblog ini ..

Pada mereka yang baru mula berblog , satu nasihat dari aku ... HATI HATI ... dan pastikan sebenarnya NIAT anda .. JIKA kerana $$ , bersedia berdepan dengan PERSAINGAN .. jika kerana PERSAHABATAN , hati hati dengan LIDAH BERCABANG .. jika SUKA SUKA , hati hati dengan MAKLUMAT PERIBADI ..

Ada mereka suka melihat perpecahan dari perpaduan .. Mereka ini senantiasa dibisikkan oleh syaitan agar menjadi rakan baik mereka .. Sebelum mentertawakan orang , fikir sedalamnya dan letak diri anda ditempat mereka .. dan paling penting , SIAPA YANG IKUT ANDA MENTERTAWAKAN MEREKA ? MALAIKAT ATAU SYAITAN ?

BA : makan time ...

Kaya tapi tak bahagia ?

Bukan semua tapi begitulah nasib seseorang bila memilih kekayaan daripada kebahagiaan .. Bayangkan nasib seorang wanita bergelar ibu yang hidup di dalam kemewahan tapi untuk menjengok keluarganya dikampung memerlukan keizinan dari suaminya yang mana setahun sekali pon jangan harap nak dapat ! Jika diberi pun , hanyalah satu atau dua malam ... Bayangkan jika anda di kedudukan itu.. Mempunyai kerjaya , rumah mewah , duit berlimpah ruah tapi ???

Adakah kita mengharapkan kehidupan sebegitu rupa ? Kadang kadang kita hanya nampak kulit saja ... sedangkan isi kandungan ? Betapa mereka mengharapkan kehidupan seperti kita ini ... Nak ke mana mana tanpa perlu mengeluarkan air mata !

BA : Hargai kehidupan kita tanpa menyusahkan orang lain ..

Ketawalah selagi boleh ..

Tadi kita nampak ada kawan yang kita kenali , tergelincir disebabkan perbuatan yang disengajakan oleh seseorang ... kita ketawa beramai ramai ... sepatutnya kita bantu dia tapi yang berlaku adalah sebaliknya ..

Sampai satu tahap , orang tu akan buat kat kita pulak selepas puas 'bermain' dengan kawan kita tadi.. Waktu tu , sapa akan tolong kita ? Bayangkan ... contoh sekarang ni , kita mengutuk jiran sebelah ... siap buat majlis mesyuarat tingkap lagi .. satu hari , jiran sebelah yang mengutuk kita tu ternampak rumah kita di masuki pencuri .. adakah dia akan mendiamkan diri ? Mungkin ya.. dia akan biar .. tapi dia akan pk , apakah nasib orang orang yang berada di dalam rumah ? Lantak lah kan.. bukan ahli keluarga dia ... Tapi rasanya adakah dia akan membiarkan? Aku tak rasa.. paling tidak dia akan menjerit ... Walaupun dia tau jirannya tu kaki gelakkan dia !

Sedarlah kawan ... kita ketawakan orang hari ini ... seronok lihat kawan ( jika kawan la) kita permainkan hari ni.. tapi berapa lama kita atas muka bumi ini ? Lambat lain akan pulang pada kita ...

Nilaikan sendiri ... buka mata dan buka hati ... Seronokkah hidup dalam dunia yang penuh hasad dengki ini ? Mungkin seronok selagi tak terkena pada batang hidung kita .. Tak pada kita , jgn lupa kita ada keluarga , anak cucu ...

BA: Sekadar peringatan buat kita dan juga aku ...

20 sen pon leh jadi isu !

20 sen ? Besar mana la sangat nilai dia kan ? Bagi yg kurang berkemampuan , 20 sen tetap ada nilai .. Bil air , bil api ...tambang pengangkutan awam ... lihat saja kenaikkan minyak. baru 5 sen jer... bagi yang terasa nilai tu 2o sen tu pasti akan mengiyakan kata kata aku ni ..

Sedekah 20 sen pada seorang budak ... Ada mata memandang pasti mengutuk .. Takkan dua posen ke ?? Sedangkan dia tak tak nampak kenapa pemberi tu beri 2o sen ... dah budak tu mintak 20 sen , maka diberinya ...

Sebenarnya bukan nilai menjadi isu tapi niat ... Mata yang memandang tu , bagilah berapa pon , jika lebih , dikutuk..jika kurang pon dikutuk .. tapi yang memberi tu ? ada ke dia memberi ? Hanya sekadar mengutuk ?

Entahlah ... mmg sesetengah manusia ni suka memandang keburukkan dari kebaikkan yg cuba dibuat.. Segala nampak salah dimatanya .. Kenapa ?? Satu je... SYAITAN MEMBISIK DITELINGANYA !!!

BA : Jangan ketawakan orang . Kelak kita ditertawakan kembali . Hari ini , mungkin kita tidak bernasib baik .. Esok , sapa tau ?

Haih ... geram betul aku nih ..

Dah dua hari macam ni.. kejap boleh kejap tidak aku masuk ke blog aku .. apa punya giler la blogspot ni ? Ada kawan blogger aku tanya kat aku gak kenapa dia tak boleh masuk blog dia... sama kes cam aku la ni ...

Masuk ke dashboard ok , tapi bila nak view blog sendiri tu tak boleh ... Jangan kata blogspot je , nuffnang pon cam tu gak .. bila masuk ke analytics , tak nampak paparan angkanya .. haihh...

Projek ari ni ? Hehe.. nak g floria .. jom turun putrajaya malam ni nak ? haha ... leh pekena abc kat Warisan nanti .. hehe...

Sekejap je sabtu kan ... Bercuti pon dah selesai .. Pas ni masuk opis dengan mood baru .. InsyaAllah ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI