Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 30 Julai 2010

Aku suka update blog dalam kereta atau di mana mana saja ..

Pasti korang kata aku ni giler update blog sampaikan kat mana mana aku pasti update blog , kan ? Serius , aku suka .. kenapa ? Sebab aku dapat idea fresh masa tu .. terus aku update blog .. segar dari ladang .. hehe ..

Kalau kat opis , aku terkongkong .. aku tak de idea .. tu yang banyak mengarut je belah siang ... bila aku bergerak keluar je dari opis , mencanak canak idea masuk .. apa saja yang aku lihat , semua boleh dijadikan entri ... haha.. sayang je tak leh nak bukak laptop dalam lrt .. nanti orang kata berlagak lak .. hahaha...

Camana pon , mmg aku suka bergerak sambil update blog .. aku harap satu hari nanti , aku dapat pusing malaysia sambil berblog .. live dari satu satu tempat .. ala ala kembara gitu.. melapor dari tempat kejadian .. hehehe..

Mungkin masa tu konsep aku akan berubah 100% .. tak de dah nak buat segmen .. mungkin ada tapi dengan gaya yang terbaru .. hehe ..sapa tau kan ?

Yearghh.. sampai umah dah .. ops... lampu merah .. masih ada satu minit.. hahaha .. ok ok... aku out dulu ... lupa lak .. pesanan aku.. bila bawak keta tu , jgn laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bergayut dengan hp ! menyusahkan orang ! paham ??? tak ?? sila baca lagi ... salam...

Bahaya lepak kedai makan tepi jalan ..

Dulu aku rajin tul lepak kedai mamak tepi jalan.. wajib ! lepas kerja , pasti lepak... tu pon sblm kawin dulu ..

Kenapa lelaki suka lepak kat kedai mamak ? Bagi aku la, masa tu nak ilangkan penat dan tensen sambil melepaskan geram .. Kalau balik umah terus , sah sah ada jeeee keje nak kena buat .. hehe.. tu bezanya antara lelaki dan perempuan .. tapi tak semua lelaki la.. ni bagi lelaki bujang .. lelaki kawin , tak ramai aku rasa buat gitu..kan kan ?

Ada satu kes ... kawan aku .. sampai skang dia trauma .. hampir lumpuh kerana dilanggar dek kereta terbabas sewaktu melepak kat kedai mamak .. Tau tau je la kan .. tokey kedai ni , selagi boleh letak meja makan , kat tengah jalan pon kalau boleh nak letak , diorng letak .. kan ? haa.. seyes wa cakap looo ..

Bayangkanlah .. tengah sedap balun roti canai , tiba tiba kuah kari korang tu ada tayar kereta ? camana ? haaa... malang tak berbau... yelah , aku tau.. makan kat dalam dalam restauran bukan tak de bahayanya tapi risiko tu kurang la ..

Satu lagi.. faktor kebersihan .. kat kedai area rumah aku ( di cheras ) , korang leh nampak tikus main kejar kejar ... tikus ni bukan la kecik kecik anak ! tapi ada yang sampai size anak kucing dewasa wooo .... selamba je berlari lari ibarat mengejar pelangi gitu ... ala ala romantika d amor...

Pernah satu ketika , adik aku nak beli mee goreng kat satu kedai makan melayu tu.. dia nampak orang tu baikk punya dok potong sayur kat atas lantai yang berturap tar ( kalau diikutkan kedai tu kawasan parking keta ) .. haaaa... apa kes ? aku tak kata la dalam restoran tu bersih 100% tapi sekurangnya kekotoran tu tak la nampak depan mata kan.. kalau dah nampak , sah sah kena boikot itu restoran.. paham tak aku cita ni ?? cam tak paham je korang .. nak aku cita dalam BI atau LATINO ke ? hahaha.. guwau jer ...

Haa.. ni aku taip entri ni dalam kereta.. otw nak balik ke putrajaya dari tesco .. baik punya shopping .. aku dapat kebas dua kotak aiskim .. coklat n strawberry .. haaha.. ari oren twister botol besar .. lagi... haa... 100 plus .. maggie tak dapat .. baru sentuh dah kena jegel bijik mata dek si mem besar .. hahaha... cukup la stok untuk aku tu.. lain lain , si dia je cari... aku tolong tolak jeeeeee.... hehehe...

Tesco Time ! Live dari TESCO , Ampang

Ahaks... aku suka g sini walaupun jauh dari rumah aku ... ops.. Tesco Ampang ... Nape aku suka g Tesco ? Ceria je keadaan dia.. lagi ceria dari shopping complex.. lagi satu , selera je tengok makanan kat sini .. hahaha .. adakah ini tanda berakhirnya era aku yakni era badan mantop ? hahaha... janji sihat.. kena rajin bersenam .... nak mantap cam dulu , tak larat dah ... nak kena simpan duit untuk masa depan lagi .. bukan mudah ...

Bila tengok bekas bekas kuih , biskut secara tiba tiba aku rindukan lagu lagu raya berkumandang di corong corong radio atau shopping complex.. meriah gitu ... hahahaa... aku rasa yangakan pasang lagu raya dulu , pastinya Myden ... diorg mmg cepat panas ... hahahaha... yeargh... mari serbu Jalan Masjid India .. hehehe...

Apa yang nak beli kat sini ? Tadi wife aku nak amik udang ... aku tak bagi dah ... asal makan je nak ada udang .. bahaya tul ... silap silap leh kena gout ... kena jaga skit pemakanan .. walaupun aku skang ni kuat makan tapi kena berhati hati ... jgn sampai penyakit melekat .. menyesal nanti .. kan kan ?

Dalam benak aku skang... nak amik jus ..coklat .. aiskim ?? waa.. nak rasa sebelum posa.. hahaha .. tu je lain tak terasa sangat ... wife aku , awal awal dan amik tanah hitam .. nak meluaskan lagi 'ladang sayur' dia yang tak sampai sekangkang kera tu .. hhahaha.. marah dia nnti .. cakap aku tak bagi semangat.. ni aku bagi apa ??? Tolong tolakkan .. hahahah ...

Esok ... plan nak g IKEA DAMANSARA lak .. heheh.. follow ???? i follow !!!!

BA : jimat jimat !!

Melepak di Coffee Box , Cheras

Dah macam wajib lak lepas kerja , suami isteri mai lepak sini .. Bukan pe , saja dok berbual sambil merehatkan minda ..

Coffee Box yang terletak di Taman Tenaga , Cheras ni ( berhampiran Kondominium Sri Mas ) mmg senantiasa dipenuhi orang .. Pelayan mereka boleh dikatakan peramah .. Makanan ? Macam macam ada ...

Lupa lak ... Coffee Box ni mmg dekat dengan gym aku ... penah tengok gym tempat selalu aku workout ? Belum ? Mat Gebu , muak dah kan.. hahaa.. kalau nak singgah , mai la ... Bionic Gym ..

Malam malam , penuh ngan budak remaja .. layan snooker kat atas .. kalau ada bola ... meriah kawasan sini ... tapi aku tak lepak la sini .. hehe.. tua dah ...

Macam satu kewajipan , mana mana restoran mesti ada dah wi fi .. hhehe.. jadi free la neh.. ok ok .. aku nak makan dulu .. wantan mee.. walaah.. jemput makan semua ...

Kenangan Ramadhan Bersama .. Miss Jue

Salam Miss Jue.. ada kenangan yer.. sat nak baca ...

Ala..tak best la aku baca sorang sorang .. meh.. jom baca sekali ngan aku mau ? Jom laaa.... jommm...aku bagi intro skit eh...

cerita ramadhan aku ni tak ada la lawak atau sedih atau apa2 je yang melibatkan emosi. tapi ada kot yang happy =).. kenangan ramadhan ni cerita zaman aku sekolah dulu. aku dulu F1-F5 sekolah asrama semua perempuan. first time aku sambut ramadhan kat asrama masa aku F2 kalau tak salah aku. masa tu seingat aku ramadhan dah dekat hujung tahun, waktu dah nak habis penggal persekolahan. jadi ramai la rakan2 bilik aku yang telah meloloskan diri dari pagar sekolah. tinggal la aku dengan beberapa orang dan kawan2 sedorm. aku tak balik sebab ayahmak aku cikgu, mau aku kena hambat kalau meloloskan diri dari pagar sekolah. jadinya kakak2 tu la yang tukang kejut aku pagi2 ajak pegi sahur TAPI ...

haa ... Skit skit dah la... jom g baca kat blog dia .. meh meh.. MISS JUE

SELAMAT HARI JADI AYIE !

Waaah..tua dah sahabat aku nehhh .. memandangkan hari ni hari jadi dia .. aku nak bagi kek istimewa buatan MAMAFAMI ni untuk AYIE ..

Buat AYIE , SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA..

Buat MAMAFAMI , selamat datang ke dunia blogging .. walaahhh ...

Sahabat Blogger @ Kelab Blogger - Ben Ashaari


Sahabat Blogger @ KELAB BLOGGER : ICAZIESYIRA


Sahabat Blogger kita ni masih baru lagi dalam dunia blogging .. Selamat datang ke dunia maya .. Sekadar ingatan dari mantan PM kita , bila berblogging berilah yang terbaik.. info yg betul... ni pesanan untuk aku dan semua yer..

Apa kata kita ziarah sahabat blogger kita ni untuk mengenalinya dengan lebih lanjut ? .. Jom .. ICAZIESYIRA

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah

Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.

Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan

“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?

Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).

Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)

“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.

6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).

7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).

8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.


www.drmaza.com

Geledah Blog Ramadhan Bersama .. Arediks92


Waah..resepi yang dia reka sendiri ?? Dasat .. kalau aku reka , sah sah .. keluar g beli kat kedai je... hehee..

Apakah nama resepi ini ??? Steam Tauhu & Pak Choi .. Nak tau resepinya ? Meh ... AREDIKS92

Jelajah Blog Ramadhan 1431 .. Mamamya

Salam ... huhu.. Ramadhan semakin hampir ... ramai dah mula gatal kaki nak ke sana sini cari barang mentah .. samada nak meniaga atau nak guna sendiri... kan kan ?

Mamamya pun rasanya dah mula terbayang blog blog mana akan di gegarnya nanti untuk mencari resepi.. tak gitu mama ? haha..

Ok.berbalik pada Jelajah , mamamya ada meninggalkan ucapan buat kita semua.. begitu juga juadah yang di pilihnya .. Erm.. makanan orang johor gitu .. hehe..

Manakala dia nak sesuatu sebagai tanda ingatan jika diberi pilihan ... dia nak ... haaaaaa... g tgok sendiri apakah pilihannya itu .. MAMAMYA

Wajib Tonton : The Expendables


Kenapa aku kata wajib tonton ??? Korang tengok senarai pelakon dia yer ..

Sylvester Stallone , Jason Statham , Jet Li , Dolph Lundgren , Eric Roberts , Steve Austin ( STONE COLD ) , Senyo Amoaku , Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis.

Taraaaaa .. semua pelakong ni , aku minat !!!! Waaa ... tapi yang bestnyer jatuh bulan Ramadhan la pulak.. dekat dekat nak raya dah.. hahah.. ok la..bukan nak buat maksiat pon.. g tengok wayang jer... erk... yeee..taaauuu ...

Tapi yang pasti , jgn tengok dvd cetak rompak mahupon online !!! Takkan puas punya.. kalau tengok gak , sah sah akan kata , ala biasa jer citer ni... Citer yang sesuai tengok online bagi aku ialah .. cerita romantik komedi dan juga komedi ... cerita action atau yang ada banyak kesan khas , tengok kat panggung , baru puas !!! .. pendapat aku..tak setuju , sudah .. lalalala

Siapakah bersalah jika suami boroi ???

Siapa ???? Tak dengar ??? Siapa????? Ya betul !!!! ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI SUAMI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI DUA DUA ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI SUAMI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI DUA DUA ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI SUAMI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI JIRAN SEBELAH ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI KELUARGA MERTUA ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI BLOG MAT GEBU ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI ISTERI MEREKA DAN KELUARGA MEREKA ..

Kau kata kau cinta , tapi kau tumbuk muka aku !

Cinta ? Cinta kemendanya gitu ! Kot ya cinta pon , berpada pada la gak .. Zaman sekarang ni macam macam perangai ! Asal nama cinta jer , sila bukak ! Asal sebut je cinta , sila tanggal .. Asal bisik je cinta , sila terajang ! Boleh ke gitu ?

Saban hari dalam suratkhabar ( dah macam isu wajib ) mesti nak ada cerita pasal sepak terajang ( suh masuk team sepak takraw tak nak ! ) , cucuk sana sini , gaduh sana sini , termengandung ( 'ter' kah sedangkan sebelum ni tak 'ter' pulak ?? ) , rogol sana sini .. seolah dah macam ... jualan mega sales lak .. haih...

Bila cinta , perlu ke buka bukaan ? Perlu ke jeles sampai tahap cipan terajang tenggiling ? bila mata lebam , baru nak nangis tahap drama korea ? atau bila ada yang patah riuk , baru nak sujud mintak ampun pastu buat lagi ? Huk alohhh... camana ni ???

Bagi aku .. wahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii anak anak dara sekaliaannnnnnnnnnnnn.. sayangilaaaaaahhhhhhh diri andaaaaaaaaaaaa... sayangilahhhh keluarga anda !! Kalau tak sayang pon , ingatlah satuuuuuuuuuuuuuuuuu ... ADA BALASAN DI AKHIRAT NANTI ! NERAKA KAH PILIHAN KAMU ??? iNGATLAH , SEDANGKAN SEMUT GIGIT PON KAU DAH MENJERIT , BAYANGKAN API NERAKA MENJILAT TUBUH KAU !!

Sekian .. terima kasih .. lalalalala...

SALT - Best tapi !!


Bikin panas tul budak perempuan sorang ni ... Kalau korang duk sebelah dia sah sah dia dah makan selipar korang tu .. Aku dah macam tengok filem india lak .. sbb aku dok geleng pala je ! geram giler kat minah tu .. kang aku cakap lebih , kata aku mengutuk lak ...

Cuba la korang bayangkan .. dari mula citer start sambil abis.. suara dia kuat je kedengaran ! " eh eh , dia nak buat apa tu " ... " Sedihnyer " .... pastu jap bangun .. duduk balik.. kuarkan handset.. pastu balas mesej ... betulkan shawls dia .. dilebarkan kemudian selimut .. pastu tanya kat kawan dia .. Ya Allah.. sabar je laaaaa ..

Yang bagusnya , dia nak bagitau kat satu panggung yang nama penjahat tu ... sedangkan kat sarikata tu terang terang dah tulis .. siap boleh bagitau kat kawan dia " teror tak aku ? " .. hahaha.. aku nak je cakap ... kak long ... beli je dvd haram.. ada jual dah .. tak pon download je kat internet tu !!!

Nasib baik la sound sistem kuat .. bila bab aksi tu , tak dengar sangat suara dia ! Huh.. selamat ..

OK..berbalik pada cerita SALT.. Sapa kata cerita ni tak best ???? mengarut tul ... serius , mmg best banget cerita ni.. dari mula sampai abis , mmg terhibur .. penuh aksi ! berapa bintang ?? 3.5 bintang ...


Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI