Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 4 Ogos 2010

Cinta Budak Sekolah .. Cinta Suci ?

Reti ke budak sekolah ni bercinta ? Apa yang diorg tau pasal cinta ? Duit sekolah pon mak bapak bagi .. makan pakai pon mak bapak bagi tapi ada hajat nak cerita pasal kawin ?

Atas dasar apakah mereka kata kat gf/bf mereka .. " I MISS U dan I LOVE U " ? .. Apakah benar mereka saling mencintai atau sebenarnya sekadar dipermainkan oleh perasaan mereka sendiri ? Yang sebenarnya itulah ada mainan syaitan agar mereka terpesong dari niat sebenar ... Iaitu , mendapatkan ilmu ..

Mendapatkan ilmu adalah wajib.. wajib setiap manusia yang berakal untuk mendapatkan ilmu selagi bernafas .. Bila niat sebegitu , maka syaitan tak senang duduk maka mereka mulakan pelan perancangan bagi merosakkan segalanya ..

Sebab itulah banyak kes kes budak sekolah mengandung luar nikah .. Budak perempuan yang masih belum cukup matang ni amat mudah dipengaruhi oleh perasaan .. Ditaburkan dengan janji manis .. abis tergoda segalanya .. maka tergadai apa yang ada .. hurmm ..

Budak lelaki lak ,camana ? Cinta budak laki ni sebenarnya bukan lebih pada perasaan .. tapi nafsu .. terpengaruh dengan unsur unsur tidak sihat di internet membarakan lagi nafsu anak anak muda ni .. Bila ada 'mangsa ' , maka tidak dilepaskan segala peluang yang ada ..dipraktikakan segala 'maklumat' yang ada ... Malangnya , anak dara yang terpengaruh jadi mangsa .. Lelaki lepas tangan , perempuan tunduk ke bumi .. menahan sebak di dada dengan penuh penyesalan ...

Cinta pada ilmu lebih baik dari mencintai budak lelaki yang masih tak cukup umur ! Kalau cukup umur sekali pon , selagi bergelar pelajar , lupakan segalanya terlebih dahulu .. Balaslah pengorbanan ibu bapa dahulu dengan mengembirakan mereka dari mengalirkan air mata kesedihan bila melihat anak dara mereka dipermainkan ...


Isu sekolah hamil di Melaka

Anak anda yang masih bersekolah lagi bernikah , adakah anda benarkan ? Katanya dah terlalu sayangkan kekasihnya tu ... camana ?

Jika dah terlanjur , bagaimana pulak ? nak benarkankah ? Apakah tindakan yang ingin anda amik sekiranya anda berada di situasi tersebut ?

Hujah di TV9 malam ni KM Melaka , menerangkan sebab sebabnya .. Sekolah Hamil atau sebenarnya Sekolah Majlis Agama Islam Melaka akan membenarkan mereka yang bernikah bawah umur untuk bersekolah di situ ..

Erm.. aku setuju juga bila mana beliau mengatakan dari mereka melakukan zina dan membuang bayi , lebih baik ada pihak tertentu mengambil berat terhadap mereka . Ini kerana sudah pastinya keluarga dan masyarakat membuang mereka ..

Tapi ini bukanlah satu lesen bagi mereka yang bawah umur untuk berzina atau nak bercinta ketika belajar .. Ada syarat syarat juga bagi mereka yang bawah umur ni untuk bernikah ... bukan semudah itu jer .. tapi ini antara jalan penyelesaian yang mereka nampak .. Alhamdulillah .. Dari mencela , baik cari jalan keluar yang lebih sempurna ..

Boleh ke budak bawah umur ni berkawin ? Kalau kita perhatikan mak bapak kita dulu dulu .. atuk nenek kita , boleh je ?? Kalau kita guna alasan , cikgu dulu dulu lempang anak murid , mak bapak tak kisah , alasan yang sama gak... Mak bapak dulu dulu tak kisah pon anak mereka bawah umur kawin muda ... kan kan ?

Apa pendapat anda ?

Pink Lady @ Mak Nyah ..

Hurm .. Kalau bicara pasal PINK LADY atau MAK NYAH ni , mmg letih .. pelbagai alasan akan diberikan .. antara paling popular , " nak buat camana .. bukannya diorng nak jadi cam ni ? " .. Yeker ? Sama gak alasan penagih dadah dan juga perokok .. Bukannya tak nak berenti tapi sukar .. Sukar sangatkah ? Apa usaha yg dah dibuat untuk membuang semua tabiat tu ? Berapa lama dicuba ? Hurmm .. aku tak nak cakap pasal penagih dadah atau perokok.. diorg tu semua dah sedia maklum tentang hukum hakam agama .. malah dah ada fatwa mengenai rokok tapi ?? Dadah tu ... faham faham je la yer ..

Bab PINK LADY ni ... bolehlah baca apa kata ulama terkemuka di negara kita ni ... Dr. Mohd Asri..

Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!


Bahaya Kencing Tikus

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Pada Mei tahun lalu misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
  • 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
  • 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
  • 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.


Gejala:
  • 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
  • 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
  • 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
  • 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
  • 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
  • 6) Radang selaput mata
  • 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)


INFO: Leptospirosis
  • Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  • Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  • Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  • Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  • Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

    sumber : Bharian
  • Sakit kepala .. Darah tinggi ??

    Hurm ... darah tinggi ? Erm.. tak tau .. hehe.. kalau g klinik sah sah kena marah dek doktor.. mmg aku tak makan ubat ..cuma minum air campuran epal hijau dengan peria katak .. Dikatakan itu antara petua orang lama lama untuk darah tinggi ..

    Ramai pandang ringan penyakit tekanan darah tinggi ni .. Sedikit sebanyak tentang darah tinggi ni ..
    Pengenalan
    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

    Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
    samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
    Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
    Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,
    kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.


    Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

    Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
    • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
    keluarga anda dan kerja anda.
    • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

    Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
    90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
    10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
    • Sebab yang tidak diketahui (90%)
    • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

    Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
    Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
    anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
    seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.


    Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

    Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
    • Cara hidup tidak aktif
    • Umur melebihi 35 tahun
    • Merokok
    • Kegemukan
    • Paras kolesterol tinggi
    • Sejarah keluarga
    • Pengambilan alkohol yang berlebihan
    • Pengambilan garam yang tinggi
    Tanda dan Gejala
    • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
    • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
    • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
    • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

    Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

    Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
    Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

    • Otak
    o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
    • Penyakit jantung seperti :
    o Coronary Heart Disease
    o Congestive Heart Failure
    o Left Ventricular Hypertrophy
    • Komplikasi pada mata
    o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
    • Komplikasi pada buah pinggang
    o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
    Microalbuminuria, Proteinuria).
    • Peripheral vascular disease seperti
    o Aneurysm
    o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

    Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
    Hypertensive/Darah Tinggi?

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
    • tanpa menggunakan ubatan
    o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
    o Amalkan permakanan sihat
    o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    o Melakukan senaman berkala
    o Kurangkan berat badan jika berlebihan
    o Atasi tekanan secara berkesan
    o Berhenti merokok

    Kategori tekanan darah normal/optima
    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.

    Pra Hypertensi
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.
    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
    • Amalkan pemakanan sihat
    o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi
    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
    diarahkan
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
    • Prevent and treat complications early
    • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    o Jantung
    o Ginjal
    o Mata
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi


    Kumpulan Sokongan
    • Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
    • NASAM
    • Yayasan Jantung Negara

    sumber : MOH

    Bila murid pukul guru ..

    Semalam aku ada post satu entri berkenaan video murid pukul guru dan agak panas sedikit pendebatannya lalu aku edit dan simpan komennya.. aku tak nak berpanjang lebar disitu sbb ada salah paham di situ ..

    Aku menyalahkan guru guru yang terlibat di situ ( ada 3 guru ) dan bukannya pelajar .. Ada sahabat yang tidak berpuashati kerana pendapat aku itu mengatakan aku tidak ada pengalaman semua itu .. Perlu diingatkan , aku beri pendapat berdasarkan situasi itu .. Jgn dikaitkan dengan cerita cerita lain ..

    " Mengalah bukan kalah " bagi aku .. sepatutnya murid itu ditenangkan .. atau guru laki tu beredar dulu.. setelah keadaan tenang , baru dia kembali dan menyoal murid tu..

    Siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya jika berlakunya kes seperti ini ? Ini pendapat aku dari pelbagai sudut berdasarkan pengalaman aku ... FYI , aku ada pengalaman mengajar selama 2 tahun di sebuah sekolah ..

    Ibu bapa ...
    Ibu bapakah yang bersalah dalam hal ini ? Kenapa ada ibu bapa pertahankan anak anak mereka ? Yang suka pertahankan anak anak ini , kebanyakkan ibu bapa yang ada sorang dua anak .. Jika mereka ada banyak , aku rasa , mereka tak kisah sangat cikgu nak buat apa pon ..

    Nak dapat anak bukan mudah ! Nak jaga dari bayi sehinggalah ke kanak kanak .. Pelbagai ragam dan kerenah .. Bila dah masuk sekolah , senang senang cikgu nak naik tangan semata mata sesuatu perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan mengikut kebijaksanaan guru ? Ada ibu bapa berfikiran begini yer buat pengetahuan anda ..

    Pengalaman aku sebagai anak : Mak bapak aku , sering marah dan rotan aku jika aku gagal .. apa yang aku rasa ? geram , benci ...tak nak sekolah .. salah sapa ? Nak kata mak bapak tak bagi sokongan moral untuk belajar , diorng dah bagi segalanya ..cakap nak buku apa ? nak tuisyen ? Termasuk la diorng sendiri yang ajar .. semua mak bapak aku dah buat .. tapi aku sendiri ? Sedangkan waktu tu dah besar pon..dah dewasa ... Patutkah aku salahkan mak bapak aku ?

    Pengalaman aku sebagai guru : Aku sendiri hampir diugut saman oleh bapak budak tu semata mata aku rotan kat tangan dia kerana tak buat kerja rumah .. Rotan sikit je tuu...

    Ibu bapa tu ke pejabat guru besar... Aku dipanggil ... Aku turut dipersalahkan oleh guru besar tu .. sedangkan dia patut pertahankan anak buah dia .. tapi sebaliknya berlaku .. Bermula dari situ , aku tak amik kisah langsung tentang budak tu.. Nak tergolek.. nak menjerit .. lantak la... Sbb aku tau , mak bapak dia bagi tuisyen.. Jadi pendidikan kat sekolah ni sekadar tempat bermain bagi dia ..

    Guru guru

    Patutkah mereka ini dipersalahkan ? Guru guru di Malaysia , ada pendidikan khas .. mereka dilatih sewaktu di maktab perguruan agar menjadi guru yang mantap .. Tapi guru adalah manusia jugak .. Takkan takde perasaan ? Sama je... setinggi mana pon pendidikan , kadang kadang terikut jugak nafsu .. marah geram .. semua tu bisikan syaitan .. tak boleh nak lari ..

    Pengalaman aku sebagai murid : Aku pernah ditampar oleh cikgu matematik aku .. hanya kerana aku bercakap dalam kelas.. aku masih ingat lagi waktu tu aku darjah 3 .. kelas matematik.. tajuk mata wang ... seingat aku , aku bukan menjerit atau bising .. cuma berbisik dengan kawan aku .. Aku dipanggil ke depan dan terus DITAMPAR di pipi aku .. Kesan dari situ ? Aku benci matematik !

    Pertama .. ada cikgu tu tanya aku apa yang aku bisikkan ? Kedua .. ada amaran dari dia ? Perlukah dia tampar aku sehinggakan memberi kesan pada pipi aku waktu itu ? Kalau aku beritahu pada ibu bapa aku , aku pulak yang kena marah dan rotan .. YA ! MMG SALAH AKU tapi patutkah aku dihukum kerana perkara sekecil itu ?

    Kedua .. sewaktu aku di sekolah menengah .. aku pernah dipanggil oleh guru disiplin .. Tanpa mengetahui punca , aku terus dirotan di tangan .. Aku dituduh bersubahat membawa VIDEO LUCAH !!! Aku tak diberi peluang untuk membela diri terlebih dahulu malah aku dihukum terus .. Bila dah dirotan , baru dia tanya .. aku yang tak tau hujung pangkal , sah sah dah berair bijik mata .. MALU beb ! Dirotan dalam bilik guru yang mana ramai guru ketika itu ..

    Selepas tu , aku tanya kawan aku tu ( yang bawak video tu ) .. kenapa babitkan aku ? dia kata kat cikgu tu , aku ni saksi dia yang video tu bukan dia punya .. dia sendiri tak tau video tu dari mana datangnya dan aku ini rakan yang senantiasa bersama dengan dia .. Maksudnya , dia nak aku bagitau cikgu disiplin tu yang mana dia tu seorang budak baik ..

    Kesan dari situ ... rasa hormat aku terhadap guru tu hilang ! aku yang gemar bersongkok waktu itu , terus hilang semangat nak bersongkok.. Ini kerana sewaktu aku dirotan tu , aku pakai songkok... aku dipersendakan oleh guru tersebut dengan mengatakan aku berlagak alim tapi ??

    Tapi ada seorang guru wanita ... mengajar subjek Sains .. dia gunakan pendekatan psikologi pada aku .. aku tak suka sains ... dia panggil aku ke bilik guru .. dia bagi aku buku latihan sains miliknya .. Terharu aku ... Aku ingatkan dia garang giler .. sewaktu kelas , aku diletakkan di bahagian depan .. dari tak suka sains , aku suka banget sains waktu itu .. D

    Pengalaman aku sebagai guru : Hanya segelintir guru yang benar benar ikhlas bab mengajar ni .. Zaman sekarang ini , profesion guru hanya KERJAYA .. bukannya lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka .. Masuk kul 730 pagi.. kul 2 petang balik .. Cukup ..

    Sewaktu aku mengajar dulu , aku nampak ada guru ( bukan semua tapi bilangan kecil je ) membahagikan murid ni dua kategori .. pandai dan tidak .. Yang sering jadi perhatian adalah murid pandai .. Bagaimana pula yang tidak ? Dipinggirkan ? Mereka tidak amik kisah sangat murid murid kelas belakang ni .. sebab bagi mereka , mereka dah tak boleh nak diajar ..

    Aku , yang menjadi guru kelas murid kelas paling belakang sekali .. mereka ini terdiri dari anak yatim , mak bapak yang bercerai berai dan miskin .. Bayangkan , budak darjah 3 , hidup di bandar ..mencari tin kosong untuk dapatkan duit belanja harian dan juga di beri pada mak dia !

    Kelas tu .. ibarat terbiar... hanya guru ganti je yang mengajar kelas tu .. ada jugak la guru tetap tapi apa yang aku nampak bila guru tetap masuk mengajar kelas tu , ala kadar je.. alasan mereka , bukan nak buat kerja pon.. main jer ... buang air liur je... Hurmm..

    Bagi aku .. murid kelas belakang ni , sungguh pon mereka bukan pintar ...selayaknya mereka diberi ilmu jugak .. Ajar mereka membaca , mengira ... Beri mereka peluang untuk jadi manusia yang berguna .. Mungkin tidak jadi PM tapi biarlah jadi kakitangan PM .. tu sebagai contoh la..

    Ada satu kes , seorang budak ...nakal ... hari hari ada report tentang dia .. gaduh .. buat bising ..tak buat kerja rumah ... sampaikan ada cikgu yang masuk tu tak tahan dengan dia lalu di serahkan pada guru disiplin .. dia dibawa ke kantin .. di sana ada ramai guru lelaki .. ermm... faham faham je la apa yang berlaku .. kebetulan ada guru perempuan .. guru kaunseling .. wat dek jer .. dia sendiri kata dia tak tau nak buat apa dengan diorng tu .. hehe..

    Murid murid begini bagi aku .. kalau tak boleh dijadikan emas , jadikanlah gangsa .. kalau tidak pon sekadar papan lapis... berguna jugak nak bina bangunan .. jangan dibiarkan jadi sampah terus ..

    Satu perkara yang aku tak gemar ialah 'murid kesayangan ' ... Jika ada murid kesayangan .. haih.. di timang timangnya .. Jika bukan ? Sampaikan seorang ustaz boleh memanggil anak murid yang bukan kegemarannya dengan gelaran .. erm.. tak yah la tulis.. buat sakit jiwa je korang baca ..

    Anak / murid

    Patutkah anak atau murid tu dipersalahkan ? mereka ini ibarat buluh yang sedang dilentur .. tak kira laa dah sekolah menengah sekali pon , kita masih mampu melentur mereka ... cuma nak atau tidak jer ... jgn sesekali dihantar mereka ini ke sekolah budak nakal .. dua kemungkinan akan berlaku .. samada makin teruk atau menjadi manusia ... yang jadi manusia berapa ramai ?

    Budak budak ni belum cukup akal.. mereka buat apa yang mereka nampak .. Kita sebagai orang dewasa , ada pengalaman hidup ..gunakan pengalaman kita itu untuk bimbing mereka .. selagi mereka bernafas , selagi itu kita jgn putus asa terhadap mereka ..

    Pendidikan dari rumah dan sekolah penting buat anak .. Perlu benar benar seimbang.. Keluarga dengan kasih sayang dengan berakar umbikan agama dan adat .. sekolah dengan ilmu serta disiplin diri ..

    Kita yang dewasa ini pon seringkali membuat dosa yang sama , dan senantiasa digalakkan bertaubat .. apatah lagi mereka yang belum matang fikiran ini ??

    Kesimpulannya .... Tak kira kita kerja apa .. polis , doktor , pilot .. sama je... semua datang dari hati dan paling penting adalah keikhlasan ...

    Bukan semua polis tu amik rasuah .. bukan semua doktor tu jual mc .. bukan semua pilot tu kaki perempuan .. dan macam macam lagi ..

    Aku sendiri pon kakitangan awam .. Ada yang bersuara mengatakan kakitangan awam (penjawat awam ) pemalas .. suka melepak .. Tapi adakah semua begitu ?

    Kita buka bukakan mata ... Rambut sama hitam ... hati ?? Aku bukan nak buruk burukkan sesiapa disini ... Sikap kita yang suka menuding jari sana sini adalah punca segala permasalahan ini.. Kita gemar mencari kesilapan dari menanganinya secara bijaksana ..

    BA : Ini sekadar pendapat aku .. jika ada yg terasa .. aku minta maaf ..bukan berniat nak mengoreskan hati sapa sapa.. aku tau ramai pembaca blog ni terdiri dari guru .. pendapat aku ini adalah dari pengalaman aku sebagai anak , murid dan juga bekas seorang guru ...

    Geledah Dapur Ramadhan Bersama .. HomeKreation


    Salam Along .. hehehe..

    Terima kasih laaa bagi resepi ni buah melaka ni .. peberet i neh.. huhu ... nyum nyum ... Dulu mak ben suka buat buah melaka ... macam macam lagi la... tapi sayang.. bakat dia tu tidaklah saya warisi... waris bakat makan tu jer.. huk huk..

    Ok ok.. cita panjang tamo.. dalam blog along ada bnyak lagi resepi antaranya ialah ... Banoffee Meringues ( tergeliat lidah sat ) ... heheh..

    Ok... kalau nak dapatkan resepinya ... mari kita selongkaaarrrrr >> HOMEkREATION

    Geledah Dapur Ramadhan Bersama .. KZai



    Salam Kzai .. hehe..

    Serius suka dua dua makanan neh... lapar dah nih... nasib baik belum masuk ramadhan .. leh merangkak g kedai kat bangi tu.. huhu...

    Nama kedua dua makanan ini ialah Ayam masak gulai kampung dan Shabsuka ..cam nama jepun eh.. hehehe.. Nampak sedap kan ? ok...bagi yg nak mencuba kedua dua resepi neh ... jgn segan segan g pinjam kat blog KZAI kita ni.. baik orangnya .. serius neh.. aku tak penah jumpa.. sbb tu baik.. kalau dah jumpa ??? Lagi la baekkk... mesti nak jamu ngan Shabsuka ni.. i loikeee...

    Ok.. citer banyak tamo.. jom g geledah dapurnya >> KZAI

    Geledah Dapur Ramadhan Bersama ... Secubit Garam ( K.Nor )


    Salam K.Nor..

    Terima kasih kerana sudi join segmen ni ... Waduh..... waduhh.. cantek banget warna dia nehh... cam nak wat bantal tidur jeee... huh

    Mesti korang tertanya.. apakah nama makanan kedua dua ni .. nama dia ialah Ben Purple dan Ben Sardin.. hehehe.. acah jer.. suka suka je curik resepi orang .. tak leh.. nanti kena saman aku...

    Kalau berminat nak tau ... jom..kita g usha dan pinjam resepi kak nor ( SECUBIT GARAM ) nehh... mari mari >> SECUBIT GARAM
    Related Posts with Thumbnails

    Peringatan



    Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

    Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

    Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

    Terima Kasih ..

    BEN ASHAARI