Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kadang kadang aku rasa ..

1 . Nak berhenti blogging ..

2 . Nak duduk je kat hutan .. terlalu ramai tikam dari belakang sesama sendiri ..

3 . Dah terlalu mengejar $$ ..

4 . Dah tak tau mana satu kawan , mana satu lawan ..

5. nak duduk jer rumah ..

6. aku jahat ...

7 . aku gemuk ..

8 . aku membosankan orang ..

9 . aku tak reti 'bercakap' ..

10 . lebih baik aku diam ...

Satu trend kah sekarang ? Rela suami simpan perempuan dari bermadu ??

" Aku tak rela laki aku kawin lain .. kalau dia nak ada perempuan lain belakang aku , lantak laa.. tapi aku tak nak dia kawin lain !! " .. Serius beb .. mmg dah wujud skang .. cuma bilangannya masih kecil .. apa nak jadi dengan dunia kita ni ? Pentingkan diri sendiri sampai sanggup belakangkan agama ?

Mari kita lihat apa kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam artikalnya yang lepas yang bertajuk 'Poligami : Pro Barat atau Islam ? ' ..

Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.

Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau ‘mistress’ adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan ‘mistress’ bukanlah satu keganjilan.

Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu.

Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita.

Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.

Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar.

Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi.

Sementara seorang ‘mistress’ yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan.

Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?

Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu.

Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.

Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya.

Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.

Ramai isteri yang menghantar email kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun.

Apabila Allah dan rasulNya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin.

Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.

Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya.

Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.

Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.

Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.

Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.

Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah’ kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.

Amah gaji RM800 ??

Wahh .. aku pon mau.. ada sapa sapa nak amik aku jadi amah dia ? RM800 basic tau.. campur elaun kerja lebih masa ... elaun mental .. elaun kesihatan .. campur campur ... RM2500 .. makan dn tempat tidur , di sediakan oleh majikan yer .. Erk.. bilik , nak yang bilik utama ek .. aircond yer.. ops.. aaa.. nak ada peti ais dalam tu.. ala kecik punya pon ok.. tiga pintu punya yer ?

Haa... kerja.. semua boleh buat .. kecuali basuh pinggan ( kulit tapak tangan sensitif ) , basuh baju ( alah sabun baju ) , bersihkan rumah ( alah pada habuk ) , mop rumah ( tak leh berdiri lama.. sakit pinggang ) , lipat baju ( sakit bahu ) , basuh tandas ( ee.. busuk ar ) , jaga budak ( tak boleh dengar budak nangis , alergic ) dan paling tak boleh ialah memasak ... mmg tak leh masuk dapur .. tak tau la nape ..

Kalau ada sapa sapa berminat .. sila hubungi majikan saya iaitu saya sendiri .. secepat mungkin .. sila uruskan semua dokumen perjalanan termasuk pas kerja dan tiket pergi balik kelas pertama.. terima kasih !

BA : patut lah 'diorng' je nak jadi amah ...

Bila terbau cemburu ..

Sapa tak sayang laki wehh .. mana ada isteri tak sayang suaminya .. begitu juga sebaliknya .. si suami sayangkan isterinya .. sebab tu lelaki sanggup nikah 2 .. terlebih sayang la katakan .. hahahaha.. mencebik dah mulut perempuan yang membaca ni terutama kak UMMI ZAIHADI .. hahaha.. MAMAFAMI ok jer ... kan kan .. hahaha.. guwau yer akak akak .. adik ini tidak bersalah .. Tu tak termasuk bos aku lagi .. hehe.. kalau tau suami dia nak kawin dua , abis kena campak dari atas.. hahaha.. kan bos kan .. hehe.. tapi aku tau , suami suami mereka semua ini setia orangnya .. seperti aku .. aku ???? setia ??? ye ker ?? Masih jauh lagi perjalanan kehidupan ini ... jd janganlah terlalu riak .. apa saja dugaannya , kuatkan iman dan bertawakal .. berdoa pada Allah, jgn dilupakan ..

Perlukah cemburu pada pasangan ? Erm.. isu ni lama dah aku bangkitkan .. malah aku pernah suarakan isu di Parlimen Uganda Timur ari tu .. diorng tak kisah ... nak cemburu apa kan ? Nak makan pon tak cukup .. sempat nak bercemburu ? Jgn kata nak bercemburu , nak bercumbu pon tak sempat dik oiii ... bz cari makanan .. hehe..

Kena ada cemburu .. skit skit .. banyak banyak , buat meluat la pulak kan .. cakap ngan perempuan , nak cemburu .. tengok perempuan skit .. nak cemburu ... tu baru tengok ngan bercakap .. Cuba cakap , nak nikah lagi satu .. Beb.. tak sempat nak cemburu !! Ko lak kena buru !! hahahaha ... ada bran ??

Cemburu tanda sayang .. sayang mesti cemburu .. tak cemburu , kata tak kisah lak kan .. kalau kisah kena cemburu ke ? Ala.. apa saja la ben .. yang penting , jgn terlebih .. apa saja dalam dunia ni kita buat .. jgn terlebey .. terkurang pon kalau boleh jgn.. biar seimbang .. contohnya .. kena seimbangkan lelaki dan perempuan .. camana tu ek ?? 1 : 4 ??? boleh ker ?? Ben.. aku syorkan kau , ikat tali kasut kuat kuat ... lari ke depan .. jgn sesekali pandang belakang ..run ben run !!!!!

Live @ Taman Warisan , Putrajaya



Makan buah sampai pengsan .. hehe.. acah jer .. sampai tak larat la... aku baru makana 3 bijik durian .. buah lain tak usik lagi ..terus aku update blog .. hahaha.. giler tak ? giler siutt ... ni tengah live lagi ni ...

Harga satu kepala baru RM15.. kalau beli durian , jenis elok 2 bijik dah RM35 .. kira bagi aku berbaloi la ... hehe.. kena pandai makan .. jgn tala sampai tak larat .. stop stop jap .. pastu on balik ..

Buah yang ada ... manggis , langsat , durian dan rambutan .. ok la kan ? Sebelum puasa .. makan puas puas .. nanti tak la terliur tengok gerai durian tepi jalan .. Maklumlah , aku kan orang bandar .. heheh.. ok.. nak sambung makan ..

Jom tonton online ..

TONTON .. Penah dengar ? Hehe... dah ada tv online Malaysia buat mereka yang mengadap komputer 24 jam dan yang berada di luar negara ..

Bagus jugak boleh tv online ni .. setau aku sebelum ni ramai tercari cari laman web yang menyediakan tv online .. ada tu mmg ada tapi ada prosedur lak ... suh isi borang dulu la... semak tul...

Kadang kadang bila travel sana sini , leh pasang dalam kereta kan ? hehehe .. menghilangkan rasa bosan .. bukan nak tengok sangat tapi ada suara gak berbunyi dalam kereta .. nak pasang dvd , sah sah nanti tertarik nak tengok .. kalau pasang tv tu , dengar suara gitu gitu jer .. ok la.. dari dengar ada 'suara' kat luar tingkap tu kan .. hehehe .. guwaauu ..

Ok ... nak tengok tak ? jom singgah tv online neh .. > TONTON


Bantulah mereka berbuka puasa


ALHAMDULILLAH... sangat senang bila menerima sembako ini. Syukurlah, masih ada yang murah hati membantu kami di sini. Terima kasih kepada orang Malaysia..."

Begitulah luahan spontan lagi penuh bermakna nenek Mas Odah Ramijan, 73, semasa menerima sumbangan Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi kempen 'Bantulah Mereka Berbuka Puasa' Peringkat Antarabangsa yang disempurnakan pada 23 Julai lalu di Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, Kecamatan Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia.

Malah beberapa ibu lain yang sempat penulis hampiri juga menyuarakan rasa kelegaan malah sehingga ada di antara mereka yang menitiskan air mata kegembiraan atas pemberian sembako (sembilan barangan pokok/asas) itu, memandangkan umat Islam tidak lama lagi akan menyambut Ramadan.

Akui Sumarni Mariyarnom, 75, yang sudah lebih lima tahun tinggal di rumah kebajikan itu, walaupun mempunyai tiga anak tetapi mereka juga bukannya orang senang. Biarpun bergaji, tetapi pendapatan yang diperoleh tidak sampai pun RM150 sebulan.

Sebulan tak sampai RM150? Berkerut dahi penulis. Bayangkan apa yang dapat dibelanjakan dengan jumlah sekecil itu. Saat itu juga, penulis bersyukur dengan kehidupan yang dilalui, meskipun tidak dalam kategori orang berada.

Sebab itulah, kata Sumarni lagi, bila ada program-program sumbangan ini ramai yang susah tidak sekali-kali melepaskannya terutama pada Ramadan dan Lebaran. Malah dua bulan inilah yang dinanti-nantikan mereka yang susah ini.

Pengakuan mengejutkan ini turut disokong oleh pengasas Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, Andi Ismariskiah Sumintapura, 67.

Katanya, sebab itulah apabila didekati oleh pihak IRM, dia mensyaratkan agar penyampaian sembako dilakukan secara tertutup. Bukan bermaksud bersikap lokek tetapi bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Kata Andi lagi: "Adalah lebih baik jika ia dibuat secara senyap-senyap atau tertutup. Kalau tidak berhati-hati, dibimbangi akan berlaku perkara yang tidak diingini atau kemalangan dahsyat. Di mana pernah terjadi sehingga meninggal dunia kerana berasak-asakan".

Pemberian Sembako di kalangan masyarakat Indonesia memang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi mendekati Ramadan dan Syawal.

Sembilan Bahan Pokok atau sering disingkat Sembako ini adalah sembilan jenis kebutuhan asas masyarakat di negara ini iaitu beras, gula pasir, minyak goreng dan marjerin, daging lembu dan ayam, telur ayam, susu, jagung dan sagu, minyak tanah atau gas dan garam.

Berbalik kepada program sehari itu di Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, seramai 125 warga emas wanita yang berusia lebih 60 tahun telah diraikan oleh IRM.

Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas penduduk sesebuah negara diharap dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan Ramadan yang akan datang.

Menurut Pengarah Negara IRM, Zawahir Abdullah, kempen Bantulah Mereka Berbuka Puasa atau Ramadan Feed The Fasting 2010 merupakan program unik dan tahunan anjuran IRM sepanjang bulan Ramadan sahaja.

"Bagi tahun 2010, pihak IRM telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 10,000 penerima bantuan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan.

"Program ini turut dilaksanakan serentak di serata dunia menerusi cawangan-cawangan Islamic Relief yang lain.

"Untuk pengetahuan semua, bagi tahun 2009 sahaja, Islamic Relief Worldwide berjaya mengagihkan pek makanan kepada lebih 1,000,000 penerima di serata dunia.

"Pengagihan peringkat antarabangsa lebih tertumpu kepada golongan yang menghadapi krisis makanan disebabkan oleh kemiskinan, bencana alam, konflik dan juga peperangan," katanya.

Ujar Zawahir lagi, melalui kempen yang telah bermula sejak 2007, orang ramai atau syarikat korporat boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga.

Bayangkan dengan hanya RM50 untuk satu pek makanan, anda dapat menyinari Ramadan mereka dengan adanya sedikit sumbangan untuk mereka berbuka puasa dengan lebih ceria. Fikir-fikirkanlah...

Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi IRM iaitu www.irm.org.my atau menghubungi Farouq Zauji di talian 03-8948 6334 atau 019-397 3558.


sumber : UTUSAN

Bulu hidung terkeluar keluar dari lubang hidung ..


Muka hensem ... hidung mancung .. muka cantik ... bibir comel .. tapi bila borak , korang leh nampak bulu hidung dia terkeluar .. apakah reaksi korang ?? Bila borak dengan si dia yang mana bulu hidung dia terkeluar , mana satu korang nak pandang .. mata dia atau bulu hidung dia ? haaa..

Pernah aku nak membeli barang ( kamera sebenarnya ) di satu kedai ni ... Jurujual dia mmg ok sangat .. tapi di sebabkan bulu hidung dia tu banyak sangat melebihi sempadan , buatkan aku .. erk.. korang paham paham sndiri la yer .. Terus aku kensel beli kat dia.. g kat tempat lain .. huhu..

Kadang kadang lelaki yang spesis 'berbulu lebat ni , terlalai ... tak perasan .. jadi sama samalah kita perhatikan lubang hidung setiap kali mandi .. jgn sampai ada awek dok perati je lubang hidung kita tu .. bukan sebab mancung tapi sebab dia geram nak bulu hidung korang tu buat cam gambar kat atas tu .. huhu ..

Selesai ... SLR Canon AV-1 milik ayah ku .. peewitt..

Hehe..abis sudah shopping .. aku g cheras .. umah orang tua aku .. kat sana , aku borak ngan bapak aku tentang kamera kesayangan dia ... menurut dia , kamera SLR CANON AV-1 yang dibelinya berharga RM1,000 .. aku sendiri belum lahir lagi waktu tu .. bayangkan ..skang aku dah umur 34 .. kamera yang dibelinya tu sblm aku lahir dah ada ..

Ni CANON AV-1 .. sama jenis dengan milik bapak aku .. menurutnya zaman dia tu yang popular ialah CANON AE -1 .. harganya sama tapi AE-1 lebih laris dan kehabisan stok lalu dia membeli AV-1 ..

aku tanya dia , apa bezanya antara keduanya .. menurutnya AV agak sukar nak operasikan berbanding AE -1 .. wallahualam ..


Dia mmg cukup sayang kamera dia tu .. mmg tak kasi anak anak dia usik. kalau kasi pun , cuma jenguk viewfinder tu jer.. hehehe... jgn sesekali usik lens tu.. mau kena karate leher kalau usik .. hehe

Kamera tu masih boleh pakai cuma ada part yang perlu ditukar katanya .. huhu ... Aku sendiri dah berjaya miliki kamera aku sendiri .. sekadar minat .. hehe.. tak bercadang nak jadi pro pon.. tapi sapa tau kan ? Belum mahir lagi .. kalau dah mahir , sapa tau kan ? heheh..

Tapi hobi ni , kos dia tinggi .. bukan murah woo harga kamera dslr skang ni .. kena pikir betul betul masa nak beli tu .. tapi yang penting , jgnlah paksa ibu bapa suh beli... kesian kat diorg .. kan kan .. guna duit sendiri beli ,baru puashati !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI