Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 11 Ogos 2010

12 Perkara Larangan Sepanjang Ramadhan - RAPI

Berdasarkan maklumat dari majalah RAPI ( AUG/2010 ) .. taip balik ni.. bukan copy paste yer...

  1. Kurangkan masa menonton tv sebaliknya habiskan masa terluang anda dengan membaca buku berunsur ilmiah dan keagamaan.
  2. Pelihara mata anda daripada memadang gambar gambar yang kurang sopan samada di dalam majalah , katalog , tv dan sebagainya
  3. Gantikan minat anda ke panggung wayang kepada menziarahi masjid untuk menunaikan ibadat wajib dan sunat
  4. Jangan makan menurut nafsu khususnya saat berbuka. Makanlah sekadar yang memadai dan berhentilah sebelum kenyang
  5. Kurangkan pengambilan kopi , teh dan minuman berkarbonat
  6. Jika anda seorang perokok , mula kurangkan pengambilannya di bulan ini untuk membantuk anda berhenti sepenuhnya
  7. jika anda pengemar muzik , nikmatilah alunan ayat suci al-Quran sebagai ganti sepanjang bulan ini .
  8. Isi masa lapang anda dengan bermain permainan yang menjana minda seperti teka silang kata atau permainan abjad dan bukannya bermain kad atau snooker
  9. Kurangkan berbual perkara yang tidak penting malah bulan Ramadhan ini juga mampu dijadikan bulan untuk anda mempertingkatkan prestasi kerja anda
  10. Jika anda seorang usahawan , cubalah untuk kurangkan aktiviti pemasaran yang melibatkan kerja di luar kawasan. Gunakan masa ini sebagai masa untuk meluangkan masa bersama keluarga seterusnya mendekatkan diri dengan Allah dan juga masyarakat sekeliling .
  11. Carilah ketenangan dengan tidur awal dan bangun di tengah malam untuk menunaikan solat tahajjud dan bukannya masih tertekan memikirkan kerja pejabat yg anda bawa balik ke rumah .
  12. Elakkan membazir dengan membeli barangan yang tidak perlu sebaliknya gunakanlah rezeki lebih yang anda ada untuk menderma kepada mereka yang memerlukan .
sumber : MAJALAH RAPI

Boss aku dah selamat sampai DENMARK... tapi

pinjam dari blog sue

Geng MM2H , Motour ... Boss selamat dah sampai sana .. huhu ..tapi kan .. ada masalah skit .. sian dia.. Untuk pengetahuan korang ( pembaca ) , boss aku sambung PhD kat Denmark .. Ketibaan dia di sana , disambut sahabat blogger aku di situ .. Haaaa..sapa kata berblog tak berbaloi ??? Berbaloi baloiiiiiii ... Apa kelas berblog gaduh gaduh .. dengki sana sini .. kan kan ..

Sahabat blogger yang aku maksudkan adalah SUEJOSHUA (Suraya Yusof ) dengan blog masakannya yang popular iaitu AKU , SUE dan MUMMY ... Kepada Sue , jutaan terima kasih diatas segala budi baik yang Sue berikan ...tak tau nak balas camana diatas kesudian sue membantu bos Ben tu ..

Pada boss , Miss Shevren ... good luck boss .. apa apa , FB je .. hehe...

Pada yang nak mengetahui apa cerita sebenarnya ... g la ke blog SUE .. sambil redah cari resepi .. hehee ...SUEJOSHUA

Berakhirnya Jangka Hayat Produk Kosmetik

Memandangkan majoriti pembaca blog aku ni , perempuan maka aku nak berkongsi maklumat ini yang aku jumpa dalam Majalah Rapi ( Ogos /2010 ) ..


Berikut merupakan antara perkara-perkara yg boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti produk kosmetik yg boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakainya :

1 . Bedak asas
- Terdapat dua jenis bedak asas iaitu yg berasaskan air dan minyak . Kedua duanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan , sebaiknya selepas ia pertama kali dibuka.

Sekiranya anda perasan akan perubahan dari segi warna dan mula mengeluarkan bau , maka sudah sampai masanya untuk anda mengantikan produk tersebut dengan yang baru .

2. Penyamar noda
- Biasanya ia boleh digunakan sehingga 12 bulan , tetapi anda perlu membuangnya jika teksturnya mula padat dan menempel apabila disapukan di kawasan bawah mata .

3. Bedak Debu
- Bedak debu lazimnya bertahan sehingga dua tahun. Manakala bedak padat pula tahan hanya lebih kurang setahun krana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk tersebut sekiranya ia tidak dibersihkan dengan kerap. Sebagai tip , jgn buangkan plastik kecil yang dilapik pada permuaan bedak kerana ia boleh melindungi bedak daripada terkena pada span ketika ia tidak digunakan .

4. Pembayang mata
- Ia boleh tahan sehingga tiga tahun tetapi sekiranya ia mula merekah , bertukarlah kepada pembayang mata yang baru.

5. Penggaris mata
- Produk kosmetk ini dapat bertahan sehingga tiga tahun . JIka anda menggunakan penggaris mata dalam bentuk pensel , pastikan matanya sentiasa tajam . Bagi penggaris mata jenis twist up , ada kalanya ia mudah kering selepas satu tempoh masa . Jika ia agak kering pada mata selepas di sapukan , maka ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

6. Maskara
- Biasanya maskara akan tahan sehingga empat bulan . Jika anda menyimpannya terlalu lama , ia akan kering dan merekah .Tip : Jangan pamkan berus maskara terlalu kerap kerana ia hanya akan menyebabkan udara mudah memasuki tiub maskara , seterusnya membuatkannya kering . Cara terbaik adalah dengan memusingkan berus maskara , kemudian keluarkannya dengan cermat.

7. Gincu
8. Pencuci & Pelembab Wajah
9.Pengilat / pewarna kuku
10. Berus

Hehehe.. aku tak leh la tulis semua .. nanti diorng marah .. tak dibenarkan dicetak semula samada menaip atau scan.. salah wooo .. Jadi kalau korang nak tau dengan lebih lanjut , beli je la majalah RAPI .. aku rasa sangat berbaloi ... macam macam ada .. RAPI bulan OGOS tau.. hehe...

Hanya 51 dapur 22 hotel miliki sijil halal JAKIM

KUALA LUMPUR: Hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, sehubungan itu menasihatkan umat Islam yang memilih berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel memilih premis yang disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kelmarin, JAKIM menerima permohonan 10 hotel, dua daripadanya sudah diselesaikan proses dokumentasi, manakala lapan dalam proses semakan dokumen dan dijangka disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Mohamad menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti Bufet Ramadan kerana ia menggambarkan persediaan makanan adalah halal dan boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotel Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts

Orang ramai boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk menyemak restoran dan premis makanan di hotel berkenaan yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM.

HANYA 51 DAPUR 22 HOTEL MILIKI SIJIL HALAL JAKIM - BERITA HARIAN 11/08/2010

BA : Dapur Tanpa Sempadan ada tak sijil Halal ???? hahahah

Ayam naik harga !! Takkan sampai RM 1 kot ?

Asal raya ... ayam dan gula .. sama sama naik ...haih... buat duit jer la... 'Ayam' tu jer turun harga.. Ramai 'insaf' sat ... abis Ramadhan , 'ayam' tu naik la harga balik ...

Ni cerita ayam makan tu laa.. Ayam Kenny Rogers tu haaa..Tinggi lak tu naik .. antara 50 sen hingga RM1 sekilogram ... Adeh.. nk dengan lebih lanjut ... g tengok kat Hmetro ni ..

Makan ikan je la raya ni... protes protes ... hahaa.. mana boleh.. ayam sedap woo.. aku wajib makan dalam satu minggu tu.. hahahah.. Kalau takde , bau pon cukup laaa... Tapi tak pe.. kan ada pemantauan nanti..

Resepi Berbuka Maya Hari ini ialah ....

Yess.. untuk hari pertama Ramadhan .. aku nak makan neh... hehehe .. amacam. ok tak selera aku ?



Ok..cukup untuk ari ni.. hahaha.. menu untuk berbuka puasa .. ringan je tu.. nasi , guna beras oats tu je.. selebihnya ratah je lauk ... sayur tak de ek... sat nak selongkaq..


Tu jer..cukup la.. kurma ada .. Air ? air suam dah .. hehehe... korang lak ?

Puasa 1 : Blogger baik jer kan ..

Hahaha.. ni kali pertama aku berpuasa sebagai blogger picisan .. hahaha.. entri pertama pon pasal sahur .. hehe... Tahun lepas .. aku ligat kat FB .. update memanjang kat situ .. nak bebel lebih lebih , tak boleh .. orang nyampah .. terpaksa la pendek pendek jer ... hehehe ...

Raya , aku sempat la mengupdatenya ... erk.. nak baca ker pasal raya tahun lepas .. sat aku godek balik .. Tak nak ? Tak nak tak pe la.. bagi yang nak tu .. sat ehh .. haaaa.. ada .. sat eh....1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 ,7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 ... haaa.. byk lagi..tapi tu yang selected items je la.. hahaha... teringat lak kat nasi kerabu.. hahaha ...

Apa entri aku untuk raya kali ni ? Kena tunggu sampai abis Ramadhan la.. Sonok lak ada blog sebab boleh update cerita cerita gini .. tapi ingat... kena jaga hal hal peribadi tau .. jgn terlalu open .. hehe...

Kenangan Ramadhan Bersama .. Izah

Bila tiba Ramadhan .. pasti ramai akan terkenang kembali saat saat berpuasa bersama keluarga.. Gelagat si kanak kanak kecil berpuasa ,kadang kadang menciut hati kita .. hehe.. mana taknya , kita pasti mengimbau kembali bagaimana perangai kita yang dok mencari alasan nak ponteng puasa.. hahaha... Ada yang sanggup g minum air kat tandas tu.. aisey.. hahaha..

Ok... Kali ni , Mizz Izah nak berkongsi Kenangan Ramadhannya bersama sama kita .. Hehe.. kalau nak tau , meh jengok blog awek sorang neh .. > IZAH

Jelajah Blog Ramadhan 1431 .. Pencari Cinta



Secebis kata dari Pencari Cinta

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadan datang lagi membawa seribu barakah dan nikmat yang telah Allah janjikan pada hambaNya yg bertaqwa......
Marilah sama2 kita mengimarahkan Ramadhan dgn mempertingkatkan lg amalan2 sunnah di bulan yg mulia ini...
Pada teman2 blogger,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa



Apakah yang ingin disajikan kepada kita sekiranya kita bertandang ke 'rumah'nya yer ? hehe... Masa berbuka nanti la.. bukan skang.. haha.. Jom kita g tengok sendiri... jemput jemput > Pencari cinta

Blog Masakan Meletop Bulan Ramadhan !

Pergh... blog blog masakan dapat trafik percuma bulan ni ... hahahaa... bayangkan blog seperti MAT GEBU , kak UMMI ZAIHADI boleh cecah ratusan sekali gus online terutama blog popular , MAT GEBU .. mmg rezeki tul ...

Itulah 'resepi' terbaik buat blog blog masakan ni ... sampai kiamat ler orang dok google mencari resepi .. hahaha... tak kira di mana jua mereka berada , masakan melayu pasti di cari oleh mereka .. Bukan mudah nak buat blog masakan ni.. kena masak dulu untuk pastikan 'ramuan' menjadi woo... pastu baru nak kena buat entri.. susah susah ... kalau tak menjadi ramuan tu , kena pk lak..

Yang bagusnya , diorng kena 'derhaka'kan resepi 0rg lain .. kena kreatif..tak best la tiru bulat bulat kan ... ibarat kereta .. semua kereta bertayar .. yang membezakan , aksesori, enjin dan juga pemandunya..hehehe..

Tu la... sapa kata blog masakan ni blog kelas kedua ? Sungguh pon yang datang 'bertandang' tu akak akak atau makcik makcik namun ini membuktikan blog masakan sebenarnya dalam kelas mereka tersendiri .. Walaah..

Sori yer..bukan bodek.. tapi blog aku terkena aura dari blog masakan ni dari dulu lagi.. Sbb tu aku , buat Jelajah Blog .. supaya semua kategori blog dapat bersuai kenal antara satu sama lain .. dapat la 'tersentuh' aura masing masing .. Takde la dok jadi 'katak dalam teko' jer .. kan Mat kan...




Dakwa dinodai 40 lelaki

AMPANG: Kejam apabila seorang remaja berusia 19 tahun mendakwa diperlakukan seperti hamba seks selepas dirogol lebih 40 lelaki secara berasingan sejak Februari lalu di sebuah rumah setiap kali suaminya keluar bekerja.

Kejadian terakhir berlaku Rabu lalu membuatkan mangsa akhirnya menceritakan segala rahsia itu kepada suami sebelum dia dinasihatkan membuat laporan polis.


Menurut sumber polis, dalam kejadian terbaru itu mangsa diambil rakan suaminya yang datang ke rumah kira-kira jam 1 pagi dan mengugut supaya mengikutnya jika tidak mahu dicederakan.

Sumber : Hmetro

BA : hurm.. pelik... takkan semudah tu jer ??? Masa kali pertama tu , takkan dibiarkan ? Atau ada rahsia hitamkah ?

Alamak.. aku terlupa baca niat puasa laa.. camana nieh ??

Ke aku patut nyanyi je lagu niat puasa tu ? Boleh ker? huhu.. Cuba fahamkan ..

Syariah mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Tidak sah puasa apabila tidak berniat. Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat pada waktu malam (sebelum fajar). Kewajiban ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (No. 2456), Tirmizi (No. 730) dan Nasai (No. 2332) yang berbunyi: “Barang siapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya“. Sudah menjadi kelaziman untuk mengucapkan niat berpuasa (nawaitu shoimaghadin … ), entah itu dilakukan sendiri atau dilakukan beramai-ramai setelah shalat tarawih.

Pertanyaannya apakah melafazkan niat puasa ini adalah wajib?

Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.

Sebenarnya bersahur sudah cukup menunjukkan bahwa seseorang itu telah berniat untuk berpuasa. Akan tetapi kalau tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk berpuasa keesokan harinya dan tidak sempat sahur, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. Contohnya adalah seseorang yang tertidur atau pingsan sebelum maghrib dan tersadar setelah subuh keesokan harinya.

Diringkas dari buku “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” karya Hafidz Firdaus Abdullah

dari WIEMASEN


Rujukan lain.. sila klik >> sini

Berhati hatilah kita !

Baca sendiri dan fikir fikirkan ..

Bapa bergelut 4 penjenayah halang anak diculik

MELAKA: Bapa dan dua abang seorang budak perempuan berusia 11 tahun nekad menyerang dan bergelut dengan empat penjenayah bertopeng dan berparang bagi menyelamatkannya daripada diculik, pagi kelmarin.

Dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Malim Jaya, dekat sini, kira-kira jam 6.50 pagi itu, budak itu berada di dalam kereta Toyota Vios bersama ibunya untuk ke sekolah apabila empat penjenayah memecahkan tingkap kenderaan dan menariknya.

Walaupun tergamam seketika, ibu budak itu sempat membunyikan hon kereta dan menjerit menyebabkan suaminya, seorang pengurus syarikat serta dua anak lelakinya keluar dari rumah.
Melihat anaknya diangkat penjenayah ke sebuah kereta, Toyota Harrier, yang diletakkan berdekatan rumah mereka, bapa dan dua abang mangsa meluru menyerang penjenayah terbabit hingga berlaku pergelutan.

Syukur Allah menyelamatkan kami sekeluarga kerana jika saya terlambat 30 saat, kumpulan lelaki itu pasti berjaya melarikan anak perempuan saya, kata bapa mangsa sambil menambah kumpulan penjenayah itu kelihatan profesional dan lengkap berpakaian tebal.

Katanya, libasan seorang daripada penjenayah itu nyaris terkena anak lelakinya yang membantu membebaskan adiknya, yang pengsan dalam kenderaan penjenayah itu.

Saya bersyukur kerana dia sempat mengelak dan pemandu Toyota Harrier berkenaan menjerit dalam bahasa Inggeris, time berulang kali sebelum mereka bergegas melarikan diri, katanya.
Beliau berkata, kehadiran jiran yang mula meninjau ke jalan di taman itu juga mungkin membantu menyelamatkan mereka sekeluarga daripada kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, katanya, penjenayah itu menghubunginya petang semalam dan memberi amaran supaya berjaga-jaga dan mengesyaki kumpulan itu memperoleh nombornya daripada dompet anaknya yang tertinggal di dalam kenderaan penjenayah.

Beliau yang ditemui di rumahnya sudah membuat laporan polis dan enggan gambar atau identitinya disiarkan kerana bimbang keselamatan seluruh anggota keluarga terancam selain mematuhi arahan polis bagi melancarkan siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa cedera di lutut dan ibunya luka di siku manakala mangsa dan dua abangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat ini katanya, pihaknya belum dapat mengenal pasti motif penculikan itu dan sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu cuba melarikan orang dari jagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kejadian itu sudah dirancang berdasarkan waktu kejadian.

"Susulan kejadian ini, kita sudah melancarkan gerakan memburu kumpulan berkenaan menerusi Ops Tutup. Kita minta sesiapa yang menyaksikan kejadian ini termasuk jiran mangsa supaya tampil membantu menyalurkan maklumat," katanya.

Sumber : Bharian

BA: Dunia semakin menakutkan .. depan mak bapak pon diorng berani buat jahat ! Jaga jagalah anak kita ...

Kenangan Ramadan Bersama .. Haslina Razali

Salam .. Puasa Puan Haslina ? hehehe.. mestilah kan.. Wajib.. Terlebih dahulu jutaan terima kasih buat Puan kerana sudi join segmen ini ..

Sedikit sedutan dari entri segmen ini ...

Rasanya ramadan yang paling sedih bagi aku ialah bila ARWAH B.I.L (hubby my sis MIMI) passed away on the fifth day of ramadan 4 years back.... cuba korang imagine...masa tu my SIS mimi was preggy with her second child sebulan...ARWAHNYA mengidap ASMA so pagi tu lepas sahur as usual dia hisap rokok sementara nak tunggu waktu habis kan...tetiba dia mengelupur kata dia tak boleh bernafas ...so MIMI call up both her sis in laws (whom were doctors) suruh mereka lekas datang ke rumah... unfortunately ARWAH dah tiada...


One thing i admire the most about my sis at that time was her CALMNESS in handling the situation... she didn't cry hysterically or anything and everytime org bertanya about ARWAH dia boleh jawab dengan tenang sekali even masa her son tanya kenapa ABAH tido tak bangun nih (masa tu DANISH her oldest SON dah 2 years ++) coz i myself could not imagine how to go on without MY DARLING EN FADZ.

Mau tau lagi ? Meh baca kat blognya > HASLINA RAZALI

Belum raya dah dapat hadiah.. dari SHIMA

OOO..saja yer SHIMA ... nasib baik BEN tengah free jap.. maka bolehlah BEN menjawab AWARD dari SHIMA ni .. BEN penah dapat dah dulu.. cuma kali ni ada soalan yg perlu dijawab.. cam UPSR lak yer..

Soalannya :

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
tak langsung.. rasa ICE ICE BEBEH

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Tak pakai wallpaper.. sbb desktop penuh ngan doc..hehe

Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
tak guna ..maka tiada la cerita yer ..

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
minggu lepas... siap tapau bawak balik ..

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
baru jap tadi.. dok tunggu lagu raya kuar kat radio.. hahaha

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
kerja ler ..

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
abang ?

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Hehehe.. saja nak cari pasai ..
  1. MAT GEBU
  2. MAMAFAMI
  3. UMMI ZAIHADI
  4. HANA
  5. EELOBOR
Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
MAT GEBU - penderhaka dari blog masakan ..ahahaha


Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?

Terima kasih sbb rajin tinggalkan komen

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Dengan senduk dan dapurnya ..


Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Pun begitu juga ..


Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
akan daku nikah blog dikau nanti..


Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
Satu cukup la yer.. bos panggil dah tu .. hehehe... SEMUA GENG BLOG YG PERAMAH DAN BAIKHATI .. pst..duit raya mana ? puji dah neh...

Sekiannnn.... Cikguu..nak g tandas boleh ????

Boleh tak aku amik cuti sebulan ?

Dugaan betul naik public transport .. bukan senang weh jadi lelaki bila naik pengangkutan awam ni.. Penat satu hal.. yelah, berdiri sepanjang perjalanan .. umur bukan muda lagi .. nak cecah 20 tahun dah hujung tahun ni .. haih... sabar je la yer..

Dalam erl atau lrt .. mata kena jaga .. tengok luar ? nak tengok luar menda kalau berdiri kat tengah tengah .. pandang kiri ? Dugaan.. Pandang kanan dugaan .. Pandang atas ? kang semua pandang aku lak .. Pandang bawah ? Org ingat aku cari duit lak .. adeh.. Nasib baik aku rabun.. jadi bila aku bukak cermin mata , segalanya kabur ... kira penglihatan terhad la skit .. kabus di hadapan.. hehe

Satu pandangan buat sesetengah perempuan yg beragama Islam yg gunakan pengangkutan awam ni .. pakai baju tu , tengok tengok la skit yer.. kot baju tu kainnya nipis .. sian cik abang cik abang dalam tu .. terpaksa semua tengok bumbung lrt tu .. hahaha.. kalau tak tengok bumbung pon , dok tengok peta perjalanan lrt tu.. hahaha..dah siap hafal weh..

Akhir kata... jangan la ari pertama sampai ke lima belas je beria-ria .. pastu dah mula hitung raya ..

Ya Allah.... malasnyaaaa.... sambung tidur laaa...

Hari pertama sahur... teringat zaman sekolah dulu ... nak bukak mata pon susah ... tapi aku paling rajin bangun sahur..amik berkat ...tapi lepas tuuu... sendiri mau hengat laaa... bestnyaa tidur dengan perut kenyang... teruk betul bila diingatkan kembali ...

Tapi aku bab sahur ni mudah .. makan je apa pun yang dihidangkan .. kalau nak buka selera , wajib ada telur .. mmg abis makan punya .. antara lauk kegemaran ketika sahur , sambal telur atau sambal kicap .. senang je mak aku buat .. saja tak nak susahkan orang tua tu ..

Tapi aku pelik tul la.. zaman sekolah , tidur awal ..bangun antara kul 6 gitu .. pon liat sedangkan cukup dah tempoh tidur tu.. kalau kena time cuti ?? Jangan cerita laaa kul berapa bangun .. mmg teruk zaman sekolah bila bab tidur ni ...

Ni pon ngantuk lagi ni.. ok la.. nak tidur 5 minit.. saja amik berkat.. hahahahha... gilos...

Konda Kondi .. Roundas .. spider ...sapa tau ?

5, 10,15,20 ..... pergh .. permainan traditional ... hahaha... korang bayangkanlah.. aku ni budak bandar tapi hampir kesemua permainan traditional aku main .. Gasing , guli , congkak , batu seremban , roundas , galah panjang , teng teng .. haa.. cakap apa lagi .. main getah .. semua aku layan laaa... main gambar , spider dan paling best , main kawin kawin ..

Part paling best dimana ada awek cun join .. perghh ... masih aku ingat lagi , ada sorang awek ni .. anak buah Noraniza Idris ( dulu dia jiran aku ) , nama dia ANA ..Noraliana kalau tak silap aku .. alaaa .. zaman sekolah rendah gitu.. dah gatal dah aku.. hahahah .. kalau main permainan roundas , laki lawan perempuan atau campur campur .. ops .. roundas ni cam main softball tu .. guna bola tennis.. ada kayu sebagai pemukul .. pastu kalau kena , lari dalam bulatan.. haaa.. Part ni sapa yang kuat pukul , dialah hero .. berebut la awek awek nak satu team.. hahaha ...

Aku tak berapa nak tunjuk hero sangat sbb aku tau aku tak kacak masa tu.. hahaha..segan.. Risiko main roundas ni , banyak cermin tingkap rumah orang pecah ! hahahha... bila pecah tu , semua bertaburan berlari ...

Konda kondi ... antara permainan evil... mesti berdarah kepala punya terkena kayu.. tapi pun mesti terseliuh jari... dah main ngan jantan... pukul ala ala nak membunuh .. huhu .. Tapi paling aku suka ialah main spider .. teror wooo.. kenal mana jantan mana betina .. tapi aku jarang dapat sbb aku tak pandai cari.. Takut woo.. kena redah belukar ..

Penah sekali ... kawan aku... dia dok baekk punya mencari spider .. dok selak selak daun ( antara port dia , daun sirih , daun pandan, daun pisang ) .. tiba tiba dia menjerit ... Ular ular !! Lintang pukang semua lari .. Bila ditanya mana ular tu .. dia kata ada atas daun ..sebesar cacing jer !! Adoi... larinya hampir 2 km !!!

Tu antara kenangan aku semasa kecik .. takde makna la nak main video game... PS2 la... komputer laaa macam budak budak skang ni... Sbb tu la takat nak redah hutan tu.. selamba jer walaupun aku orang bandar.. hehehe...

Benci Bilang Cinta .. Selesai Sudah ..

Dah dah .. aku tamo ikut apa apa cerita dah .. tak senang hidup .. nak ke mana mana pon susah .. asik dok pk kesinambungan cerita tu jer .. ikut punya ikut , ending dia ? Menghampakan ... huh..

Tapi selalunya gitulah kan.. kalau happy ending , ada yang tersengih suka .. ada yang tak suka sebab macam tak kena.. jalan mula , tengah skit punya mencabar ... tau tau , final ? gitu je ?? adoi.. susah nak puaskan hati orang kan ? Tapi bagi aku , cerita ni menghiburkan .. Cuma frust tang penutup ..

Apa pon , sinetron Benci Bilang Cinta telah membuatkan aku selalu balik awal ... hahaha.. hancus gym aku ... Ops ... Esok tetap g gym.. hehe.. lepas buka tu , solat.. terus g gym.. tak lama pon.. atau aku akan pergi gym samada sebelum atau selepas berbuka ..

Dah tua tua gini , kena rajin jaga kesihatan .. ni tanda tanda nak demam pun ada ni.. dari tadi asik bersin..tekak pun dah mula perit... selsema pon ada dah .. huhu.. camana tu ? Takkan hari pertama dah kantoi ??? hahahahha .. oh tidakkkkk
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI