Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 13 Ogos 2010

6 tips elak ketiak berbau dari RAPI


Hehe... bau ? masam ? tengit ? masin ? eh ... masin ? mana tau tu ? aku tak pernah tau lak ketiak masin .. hahaha.. lom rasa lagi .. Ok ok... ari tu aku ada tips untuk mekap .. skang untuk ketiak lak... hehe.. ops...tips ni bukan aku punya tapi dari MAJALAH RAPI untuk bulan OGOS/2010 ..

6 tips tersebut ialah ;

1 . sewaktu mandi , pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh .Kemudian , pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian bawah lengan anda. ini kerana rerambut yg dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh .

3. elakkan dari memakai pakaian yg ketat di bahagian bawah lengan. keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. kesannya , kulit akan berpeluuh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .memang ia akan berbau harum tapi itu hanyalah seketika. kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .

5. pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu dibahagian bawah lengan setelah mandi. ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Sekian.. terima kasih RAPI ... nanti aku bagi tips 7 cara cukuran lak ek..

Member aku berlakon dalam Lagenda Budak Setan ( Siri )

Aku terperasan dia sewaktu adegan si Farid Kamil tumbuk dia kat perpustakaan .. Pada mulanya , aku cuma cam suara dia .. kemudian bila aku tengok tv , laaa.. mmg dia .. patut la lama tak turun gym ..

Dia tu dulu mmg model .. Berlakon ada gak katanya cuma aku je tak perasan .. Aku pernah gak di paksa dia g buat photo shooting ... beberapa kali gak la.. last last aku akur .. aku g gak laa..tapi bukan minat aku walaupun dulu aku penah berangan nak jadi cover majalah .. hahaha.. tapi sapa la aku kan ... hehehe.. (ada pic dia ngan aku dalam blog ni tapi tak tau kat entri mana.. ada 2 ribu lebih entri dalam blog aku ni.. huhu )

Satu peristiwa yg aku tak boleh lupa melibatkan dia ialah waktu aku tersalah antar sms .. hahaha .. lawak betul.. tak pasal pasal dia ingat aku gay.. Aku nak hantar sms kat wife aku .. nak bagitau sesuatu.. biasalah kan laki bini ..ada la perkataan sayang menyayang tu kan .. tapi aku tak sedar , sewaktu aku taip sms tu , aku reply yang kawan aku tu punya .. tak pasal pasal member ni sudah ceramah kat aku .. aku pon pelik gak.. bila aku bukak balik sms di bahagian send tu .. ler.. patut la member ni ceramah kat aku ... hahaha.. malu siot.. Esonya aku g gym .. aku cerita balik kat dia... Ceh..selisih malaikat 44 .. takde maknanyaaa aku gay .. caittt..

Dia cerita kat aku .. mmg ramai pelakon dan model terlibat ngan gelaja gay ni.. tu dia cakap kat aku awal awal .. kang aku dah jadi model , aku jadi gay .. gilo ko apa ??? Wanita adalah seindah indah kejadian Allah !!

BA : nak bayangkan pegang tangan lelaki pon geli.... adeh..

Kad Raya online menanti anda ..

Mencari kad raya online ? Disamping mengepos kad raya ( traditional ) , kita boleh gak gunakan cara modena kan ? Dua dua dapat .. hehehe..

Kad raya dibagi sebagai tanda ingatan .. Tak bagi tak semestinya tak ingatkan .. hehe.. cuma kesibukkan menjadi musuh utama dalam menunaikan utusan persahabatan ini ..

Pejam celik pejam celik , akan tiba masanya jua.. tak perlu menghitung hari kerana ianya pasti menjelma.. Hayati dengan penuh bermakna bagi setiap saat yang ada .. Jgn ditunggu masa yang mendatang ...

Ok.. disini ada sahabat kita yg telah mencipta kad raya online atau e-raya card.. hehe.. Ada 90 jenis kesemuanya dan menanti untuk didownload.. jika berminat.. bolehlah g ke laman sesawangnya untuk mencuba ... jom >> KAD RAYA

Tak suka tak semestinya benci ..

Kat bazaar ... macam macam ada juadah .. tak tau nak pilih mana satu .. kalau aku , pastinya aku cari yang sememangnya aku minat dari dulu cuma skang ni , ramai pulak yang buat jenis yang tu .. terpaksalah aku tengok betul betul .. tersalah pilih , nak tak nak kena habis gak kan ..

Nak masuk 3 hari kita berpuasa .. aku lom jejak kaki aku kat mana mana bazaar... Kalau jejak pon selera aku pastinya pada ayam .. hehe.. ayam mmg feveret aku .. Kenapa tak cuba yang lain ? Bukan tak nak , tapi biasanya hampa .. nampak sedap tapi bila makan .. hampeh .. bukannya free , kena bayar .. nak bayar tu , kena guna duit sendiri.. nak dapat duit , bukan mudah .. jengoh gak bergaduh dengan orang pasal kerja .. haa.. bila ada duit , abis gitu jer .. tak berbaloi ..

Dari aku membuang masa .. baik aku makan je apa yang ada .. tak perlu lah aku menjelajah mencari makanan yg lebih sedap ( buat masa sekarang ) memandangkan masa yang ada pun terhad .. tapi mana la tau kan .. kot tetiba rajin tu ... g la jalan jalan ..

Prinsip aku satu jer ... kalau tak suka , kita g main jauh jauh .. tak perlu bermuka muka .. tak perlu nak rasa dalam hati .. tak kira dalam dunia apa sekali pon kita , keikhlasan amat sukar diperolehi .. senang melafazkan tetapi segalanya tersembunyi .. jgn dok menyanyi saya ikhlas tapi hakikatnya dalam hati ??

Ikhlas bukan sebuah lagu .. keluar kat mulut tapi dalam hati berbunyi lain .. Seperti dunia yang aku sedang berpijak ini .. apatah lagi dunia yang penuh dengan kepalsuan yang mana segalanya berkepentingan sendiri , jgnlah dikompangkan 'SAYA IKHLAS KERANA ALLAH ' tapi ada jurugambar di hadapan untuk berita utama malam ini !

Kalau nak menari , menari sajalah .. tak perlu menyuruh orang ikut sama kerana belum tentu rentak irama itu diminatinya .. Kalau pandai menari sekali pun , tak perlulah dipertontonkan untuk semua .. simpan untuk pertandingan jer !

Kau berenti je kerja.. Biar aku tanggung segalanya !

Si suami yang berpendapatan kecil sanggup menyuruh si isteri yang bergaji besar ,berhenti kerja semata mata cemburu ? Boleh ke gitu ? Sedangkan selama ni , duit makan , duit rokok dia pon bini dia salurkan .. dan dia boleh mintak isteri dia berenti dan makan je apa yang ada .. Susu anak pon si isteri yang belikan dan kerana cemburu , maka itu permintaan dia ..

Aiseyman ... jgn jatuhkan maruah lelaki , bang oi.. kalau cemburu sbb isteri berpakaian seksi.. atau kerja asik tinggalkan keluarga tu , boleh la lagi diceritakan .. tapi tak perlulah sampai suruh berhenti... Gaji awak sendiri pon tak cukup , camana nak bagi makan anak bini ??

Jgn diturutkan hawa nafsu .. semata cemburu nak hancurkan rumah tangga.. si isteri belum lagi buat kesalahan tapi dah nak dihukum satu keluarga ... Sedangkan tau tindak tanduk si isteri tu tapi sbb tak tahan cemburu , maka abis semua kelambu di bakar ?

Lelaki oh lelaki ... kadang kadang tak sedar dek untung .. Salah orang nampak ! Bila sendiri mengatal dengan betina lain , ditutup matanya dengan mencari kesalahan si isteri ?? Jgn diikutkan sangat amarah tu.. kelak hancur segala kebahagian ... Tidak cukupkah lagi dengan pengorbanan si isteri tu ???

Tak sampai hati betul la ..

Bila dengar budak budak teriak .. menangis nak ikut kita ... bersungguh sungguh diorng nangis.. kalau boleh nak bagi keluar anak tekak tu , diorng sanggup buat (rang dewasa skang guna hailer jer ) .. kalau itu tak mampu menarik perhatian kita , diorng akanmenangis guling guling (orang dewasa skang gelak guling guling ) ..

Kalau ikut dek geram orang tua dia , sah sah kena penampar kat situ .. tapi bila direnungkan kembali , zaman kita budak budak .. kita berperangai begitu .. kenapa ? Sbb bosan nak duduk melangot kat rumah .. Pastu kalau ikut orang tua , dapat la satu dua barang ... Perangai tu kita bawa sampai ke dewasa sebenarnya tapi kita tak sedari ... G mana mana mesti nak ada buah tangan .. mesti nak beli sesuatu untuk diri kita sendiri tapi bila budak budak buat gitu , kita marah lak ???

Mmg diorg akan menangis.. mmg akan menarik perhatian orang tapi dah orang tau perangai budak gitu .. takkan nak dimarah pukul ?? Hurmm .. Tadi sewaktu aku nak g klinik , anak buah aku nak ikut .. menangis beria nak ikut .. sian pulak dia ... aku nak bawak tapi memadang aku sendiri jalan kaki ke klinik , membahayakan dia ( adakah itu alasan yang kuat ?? ) dan takut hujan ( alasan lagi ??? ) ... mmg hujan pun laaa ... aisey ... aku pujuk bagi cool , baru keluar.. huhu..

Aku tau dia boring duk umah.. kat luar dia leh terlompat lompat .. hehe... balik dari klinik , aku terdengar budak meraung dengan kuat... hahaa.. jiran umah mak aku tu.. bapak dia nak keluar g keje.. anak kecil dia meraung nak ikut .. 3-4 kali toleh ke belakang.. aku tau dia serba salah nak biarkan anak kecil dia menangis .. tapi terpaksa dia pergi gak...

Gitulah adatnya kan .. anak ni , amanah Allah .. nak dapat , 9 bulan ngandung .. sebelum tu , berpuluh ribu abis dengan kenduri kendara .. bila dapat ? Senang senang nak bagi orang pukul ? Naik tangan ? hahahha... Pukul untuk mengajar takpe.. tapi pukul untuk melampiaskan nafsu tu , patut di rejam je orang tu !!

BA : Sayangkan anak , tangan tangankan .. sayangkan bini , ganda gandakan .. boleh ??

Menu berbuka aku hari ini ialah ... jeng jengg..


Aku tamo makan nasi .. ari ni aku nak ratah ayam jer.. hahaha ... aku mmg giler makan ayam .. makan yer ..bukan langgan .. dosa tuuu ... hahah..guwau jer..

Jadi pilihan aku ialah Lemon Rosemarry chicken grilled dan Bread Pudding with Chocolate Sauce..Dan jika masih lapar lagi ... aku nak makan skit jer lagi .. hehehe.. Tortilla with fish nugget filling..

Korang jgn tak tau ... ni semua masakan international ... campur campur gitu.. Chefnya ada darah korea ngan bollywood .. haaa... tak caya ? tanya sendiri mamafami .. kan mama kan .. haa.. tu dia angguk geram kat aku.. hahahha ...

Air ?? Ala..sat nak selongkar lagi .. cari air lak.. Ok.. mamafami dah sediakan hot choc kat blognya .. kalau nak , sila bawak kupon yer ... hehe..guwau jer ... ok .. kalau nak dapatkan resepi semua ni ... g la amik sendiri kat blognya ... MAMAFAMI

Doktor , saya puasa ok !

Semacam je doktor ni tengok aku.. mesti dia ingat aku nak jumpa dia sbb nak ponteng puasa .. hahaha... dia tanya aku sakit apa .. Doktor.. kalau saya tau saya sakit apa , baik saya jadi doktor .. hahaha... guwau jeee... Aku cakap la.. aku selsema ,batuk dan selsema.. pastu aku cakap tekanan darah aku naik .. Dia tanya aku , camana aku tau ( loh.. dalam rekod tu kan ada catitan aku ada darah tinggi ! ) aku cakap la aku pernah datang sini .. baru dia cek rekod tu .. ler... apada.. mentang mentang aku laki... hahahah. ..

Tapi betul la.. dulu ada satu doktor perempuan kat situ.. kalau dia layan pesakit , bagus tul .. tak kira la laki ke perempuan .. ok jer ... tapi ngan aku ok lagi kot , sbb dia siap hafal dah nama aku.. katanya nama aku unik.. hahahaha... ye kee doc ?? hahaha..guwau arr... Ala.. mem dah usha aku tu.. hahahah

Dia cek tekanan darah aku.. tak bagitau pon berapa .. dia kata ok dah .. lohhh... pastu dia tanya aku , ada apa apa lagi ke ? Ele.. mesti dia ingat aku nak mc tu.. huh... aku kata takde apa apa dah .. hahaha.. ucap terima kasih kat dia .. terus keluar ..

Kat kaunter , pembantu klinik tu tanya aku , nak mc tak .. mestilah nak.. sapa tak nak kan ? hahah..orang tak keje je tak nak .. Tapi tu la kan ... dia tak yah check suhu badan aku pon... terus main bagi ubat jer .. hurmm... adakah dia ingat aku datang semata nak mc atau ?? Malas nak pk lebih.. puasa .. apa pun doc , saya bayar yer.. bukan murah ... kena la bagi perkhidmatan yang lebih ramah .. bukan ramai orang .. klinik swasta ni...

Hukuman mati untuk kes buang bayi ? Tak sesuai !

Aku rasa hukuman mati , tak berbaloi sungguh ... buat apa mati ? Baik sebat dan penjara seumur t hidup tanpa maaf .. biar dia merasa kesal sepanjang umur hidup dia ... sekurangnya dia boleh bertaubat kan .. peluang kedua .. dosa dia tu , tu antara dia dan Allah ..

Semasa muda ni , aku rasa semua menda nampak sedap .. tak kira dah dosa pahala .. bila dah buat sesuatu yang diluar kawalan , maka mereka tak tau nak buat apa dah ! Masyarakat pandang hina .. keluarga pula buang diorng .. nak kawin , tak berkemampuan .. abis tu ? nak buat apa ? terpaksalah buang je kan ? Kalau diusung bagi kat pusat kebajikkan , sah sah segala keterangan akan diambil ..sama gak kan.. malu dia ...

Bila ada cadangan nak dibuat sekolah wanita hamil di melaka , ada pulak tentang .. merendah maruah wanita kononnya .. ada paaaaa.. abis tu , takkan rela je diorng buat semua menda tu ??

Aku bukan mintak diorg ni terus berbuat zina tapi sekurangnya perlu ada pendekatan untuk diorng ... MATI bukan jalan penyelesaian .. Tangkap , sebat dan penjara .. bagi contoh pada yang lain .. sekurangnya dia berhak dapat peluang kedua dalam hidup dia .. mana tau , berguna pada masyarakat satu hari nanti ..

BA : sekadar pendapat aku jer ..

Masa untuk ?????


Hehehe.. dah cukup diberitau di dalam banner tu .. macam macam ada .. khas buat wanita .. amacam ? Nak tengok lagi ? meh la.. bukan kena bayar pon nak tengok ... klik jer CIKBIBAHTRENDYSHAWL

Ramainya Follower dia !! Bagus sangatkah blognya ??

Adakah ' follower' menentukan kepopularitian sesuatu blog ? Aku pernah bincangkan isu ini satu tika dulu .. Satu isu mudah tapi dibincang berkali kali terutama oleh blogger blogger yang baru bertapak ..

Follower adalah salah satu gadget yang ada dalam blog .. Mereka yg berminat terhadap blog itu dan ingin mengikuti perkembangan blog tersebut selagi blog itu tidak membosankan mereka hanya dengan menekan butang FOLLOW ..

Yang sering menjadi persoalan dan isu adalah adakah follower itu akan kembali untuk membaca blog tersebut ? Sangat mudah ... ada dua .. satu , mereka klik follow ketika itu adalah kerana tertarik dengan blog itu samada dari sudut entri mahupun layoutnya .. Kedua , sbb blognya sendiri telah difollow blogger blog itu .. Jadi untuk membalas 'budi baik' blogger tersebut, maka dia membuat kunjungan balas .. Ok la kan .. win win gitu ..

Samada follower ni nak baca kembali blog kita atau tidak , terpulang .. takkan nak paksa , kan ? Satu hal lagi yg sering jadi isu , follower / pembaca ni wajib tinggal komen ke ?? Ada yg suka jadi silent reader jer .. ada yg suka komen .. ikut selera la .. Contoh blog aku yang mana pembacanya ramai tapi yang tinggal komen sedikit .. Aku tak kisah pon sbb aku bukan jenis nak berbalas komen kecuali komen yang minta pendapat atau pandangan ..." tak semua penonton panggung wayang akan memberi komen bertulis setelah menonton filem tersebut .. kan ? Dah abis tonton , balik je la.. kan kan ? "

Bagi aku .. follower memainkan peranan terhadap blog tersebut .. Mereka suka dengan entri tersebut atau blog it maka mereka akan follow sekiranya mereka mempunya akaun google .. Ini ibarat mereka klik butang ' LIKE ' ... mudah kan ? Sedikit follower tidak menunjukkan blog itu tidak bagus dan ramainya follower tidak membuktikan blog itu popular ..

Aku tak amalkan konsep , ' i follow u jika u follow me " .. kalau ada blogger buat gitu , terpulang .. cara masing masing .. strategi masing masing .. Yang paling penting , pastikan blog anda senantiasa ada pengunjung .. Jangan biarkan blog anda seperti rumah banglo 4 tingkat .. sepi walaupun berpenghuni ..

Jadi , tak perlu nak bahaskan isu follow dan komen ... perhatikan trafik anda ... trafik adalah pembaca .. bukan mengejar populariti atau ranking .. Ramainya pembaca akan menaikkan semangat untuk mengupdate entri ..

RESTAURANT @ MAEPS - BUFFET AROMA RAMADHAN

Dengan tibanya Ramadan, ucapan kepada semua masyarakat Islam di mana sahaja mereka berada, selamat menyambut bulan yang diberkati untuk berpuasa, beramal dan menyucikan diri.

Apabila beduk dibunyikan, menandakan waktu berbuka, kita seronok bersama-sama sahabat handai, keluarga dan rakan sekerja untuk berbuka puasa. Masih teringat, waktu kecil-kecil dahulu, bau menyelerakan daripada masakan yang disediakan dan kegembiraan berada bersama-sama mereka yang akan berbuka.

Restaurant Taman Ekspo Pertanian Serdang (RESTAURANT@MAEPS) menganjurkan AROMA RAMADHAN bermula 13 Ogos ini.
Menggunakan konsep asli dan tradisional Melayu, Cina, India, Thai dan Barat, semua hidangan Rasa 1 Malaysia akan disediakan oleh Chef Firdaus dan pasukannya.

Antara makanan yang disediakan ialah daging rendang, daging masak kicap, sayur campur cina, ayam kong po, kalian ikan masin, kambing panggang, tandoori ikan, ayam percik, nasi goreng thai, sotong sambal utara, udang masak lemak, murg kadai, thai green curry, ikan keli goreng, ulam ulaman, ayam kuzi berempah, tumis taugeh bertempe, sayur lemak lodeh, paru rendang masak cili api, ikan bawal masak tomato, thai papaya salad, satay, asam pedas tenggiri.

Lebih menarik, melalui konsep baru ini juga, pelanggan yang datang berpeluang merasai suasana berbuka puasa ala ‘garden view’ dan seperti makan di rumah sendiri dengan pelbagai pilihan pakej mengikut cita rasa pelanggan.

Konsep yang diperkenalkan kali ini memang berlainan dan lebih menarik berbanding tahun lepas.
Pelanggan yang hadir bukan sahaja boleh merasai suasana ala nusantara dari segi hidangan makanan malah persekitarannya juga kerana akan diiringi dengan alunan muzik tradisional ghazal oleh Seri Mahligai.

Kemudahan lain seperti tempat sembahyang juga disediakan.

RESTORAN MAEPS juga menyediakan 15 gerai di luar bangunan untuk pelanggan dan bazaar ramadhan.
Kami mengenakan bayaran yang amat berpatutan iaitu serendah RM39.90 nett bagi dewasa dan RM19.00 nett untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun bagi tempahan berkumpulan, banyak pakej disediakan.MAEPS akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan selain menjamin kualiti makanan yang disediakan.

BUFFET RAMADAN DENGAN 200 JENIS
HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA :

DEWASA RM 39.90 NETT SAHAJA
KANAK-KANAK RM 19.00 SAHAJA

- KAWASAN LUAS YANG BOLEH MENAMPUNG 700 ORANG.
- KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA.
- SEMUA HIDANGAN DITANGGUNG HALAL.
- KEMUDAHAN SURAU.
- KEMUDAHAN WARUNG
- PERSEMBAHAN GHAZAL

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan sila hubungi kami di talian talian 012-3903191, 012-3131091,
012-3955091

kami juga mengambil tempahan untuk kumpulan dan
untuk majlis keramaian.

MAKANAN DISEDIAKAN OLEH
Hjh Maznah Food Industry Sdn Bhd

Cara cara nak ke MAEPS RESTAURANTS

A) From Kuala Lumpur or Seremban (Using PLUS North South Expressway)

01. Take the PLUS North South Expressway (KL to/ from JB), then exit at Kajang Toll Plaza. (EXIT 210).
02. After Kajang Toll Plaza, KEEP RIGHT and GO UP the flyover proceeding towards Putrajaya/Cyberjaya.
03. Then head towards Puchong/Serdang Hospital.
04. DO NOT turn into Putrajaya.
05. Keep lookout for Serdang Hospital Signboard on the LEFT.
06. Take LEFT exit to Serdang Hospital by GOING UP the flyover.
07. Bypass Serdang Hospital (which is on the right) and proceed straight for about 800m until reaching the 2nd Traffic Light.
08. Turn RIGHT at the traffic light and proceed straight for about 1km.
09. Turn LEFT at PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.


B) From Puchong (Starting Point opposite Puchong IOI Mall)
1. Starting Point on LDP Expressway (Lebuhraya Damansara Puchong) with Puchong IOI Mall on the RIGHT.
2. Drive straight on LDP towards Putrajaya/Cyberjaya bypassing Puchong Tesco (which is on the RIGHT).
3. Bypass Puteri Puchong (which is on the LEFT) and take the RIGHT BEND about 800m ahead.
4. Turn LEFT heading to Seremban/Kajang immediately AFTER the right bend.
5. Continue to travel straight on LDP for about 5km until you reach Puchong Selatan Toll Plaza.
6. After the Puchong Selatan Toll Plaza, continue to travel straight on LDP for about 2.5km.
7. Then exit LEFT heading to Seremban/Kajang/IOI Resort.
8. Travel straight on the SKVE (South Klang Valley Expressway) for about 6km heading to Kajang/Sg. Long/Cheras.
9. DO NOT turn into Putrajaya.
10. Lookout for Serdang Hospital and IOI Resort Signboards on the LEFT.
11. Exit LEFT immediately at the Serdang Hospital Signboard.
12. Proceed straight for about 100m until reaching a Traffic Light.
13. Turn LEFT at the traffic light and proceed straight for about 1km.
14. Turn LEFT at PINTU 1 (Entrance 1) into MARDI, MAEPS.



Peta @ maps ke MAEPS

Inspektor polis lelaki itu tiba tiba mengaku seorang wanita !

mak aih.. dah kawin ni .. tiba tiba istiharkan dirinya tu seorang wanita .. dan mintak isterinya menganggap dia sebagai anak perempuannya .. camana tu ? Yang lucunya , dia ni pegawai polis yang berpangkat Inspektor ! Keputusan yang dibuat itu terus menghancurkan kariernya ..

Aisey.. inspektor sahab hee... awat la lagu ni ???

sumber : postkota

Buffet Ramadhan 2010

Untuk mereka yang berminat untuk berbuka puasa secara buffet di sekitar Kuala Lumpur .. bolehlah mencuba di tempat tempat berikut ( list of ramadhan buffet 2010 ) :

Hotel Maya Ramadan Buffet di Maya Brasserie
Harga : RM80 Dewasa (setengah harga bagi 5 -12 tahun)
Tempahan : 03-2711 8866 ext 258
Alamat : 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet
Harga: RM135++ dewasa t RM75++ kanak kanak 3~11
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Alamat: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Restoran Sri Melayu – Buffet Ramadhan Ramadan

Harga : RM70++ dewasa, RM40++ kanak kanak, 15% untuk warga emas
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Alamat : No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Boulevard Hotel Mid Valley Wild Rice (tingkat 9) – Aneka Selera Ramadhan
Harga dari 11 -15 Aug 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Harga dari 16 Aug - 5 Sept 2010: RM85 adult, RM43 Kids 6 ~ 12yrs
Harga dari 6 - 8 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Tempahan : 03-2295 8124
Alamat: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Cititel Mid Valley Ramadhan Buffet
Harga dari 11 -17 Aug 2010: RM60 adult, RM30 Kids 6 ~ 12yrs
Harga dari 18 Aug - 2 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 ~ 12yrs
Harga dari 6 - 8 Sept 2010: RM55 adult, RM27.50 Kids 6 ~ 12yrs
Tempahan : 03-2296 1188
Alamat : Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Harga : RM68.00++ dewasa RM34.00++ kanak kanak *
Tempahan: 03-4043 7777 ext. 3301.
Alamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Hotel Nikko Middle Eastern Treats Ramadhan Ramadan Buffet
Harga : RM90.00++(dewasa) RM45.00++(kanak kanak diantara umur 6 to 12)
Early Birds Special Rate: 11th to 17th Aug at RM80.00++(dewasa ) RM40.00++(kanan kanak diantara umur 6 to 12)
Tempahan: 03-2782 6168
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

PNB Darby Park The 39 Resaturant Ramadhan ramadan Buffet
Harga : RM99++ Adult, RM69++ Child
Tempahan : 03-7490 3939
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

PNB Darby Park Cafe Ramadhan ramadan Buffet
Harga: RM65++ Adult, RM35++ Child
Tempahan: 03-7490 3838
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

Corus Hotel Ramadhan ramadan buffet – Balik Kampung Buka Puasa
Haraga : RM85++ dewasa, RM42.50++ kanak kanak
* 50% untuk August, 11 – 15 and September, 6 – 9.
* 20% untuk August, 16 – September, 5.
Tempahan: 03-2161 8888 ext 123
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Corus Hotel Ramadhan ramadan buffet – Oriental Buka Puasa Buffet
Harga: RM63++ Dewasa, RM43++ kanak kanak
Tempahan: 03-2161 8888 ext 127
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

sumber : travelmalaysia

Bos .. saya mc ari ni ..

Tersadai jugak aku kat rumah akhirnya setelah dua hari menahan sakit kepala ... Ni pon dah mula terasa kesannya semula sbb aku makan ubat penahan sakit pun mlm semalam .. tadi masa sahur pon dah minum air rebusan daun betik .. hehe.. cam orang berpantang bersalin lak .. pahit giler ..

Masa berbuka semalam , menu makanan sangatlah ringkas .. tak perlulah ala ala buffet tu .. makan sampai pengsan ... Ala kadar je.. tu pon banyak dah aku makan .. Bercerita tentang buffet , ermm... kat tempat aku kerja tu ( PWTC ) ada beberapa hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa .. Antaranya Legend Hotel , River Side Restaurant dan Seri Pacific Hotel.. Bagi aku , ketiga tiga tempat ni mmg best .. aku pernah rasa dah.. Bagi yang kaki buffet ni , bolehlah mencubanya .. Harga pon boleh tahan la.. pastikan menikmatinya setanding harganya .. baru berbaloi baloi ..

Aku bukan kaki buffet.. Kalau diikutkan dalam senarai makanan buffet yg di sediakan oleh hotel hotel sekitar kuala lumpur ni , aku kurang berminat .. tah ler.. kurang bernafsu skit bab makan ni .. mungkin mengenangkan lemak perut yang semakin terbina dengan jayanya .. hehe.. Lagi pun aku kena jaga makan kan...

Apa pun , bagi peminat buffet , selamat menjamu selera .. makan bila lapar , berhenti sebelum kenyang.. jgn sesekali menapaunya ...kang malu kawan sebelah tu.. hahahaha...

BEN ASHAARI II kembali beroperasi ..

Setelah sekian lamanya , blog no 2 aku kembali beroperasi ... sebelum ini aku jadi blog no 2 tu sebagai blog peribadi.. cerita hal hal aku jer.. tak de dunia dengan orang lain .. hehehhe ..

Bab layout dan template tu , aku buat simple jer la .. loading cepat .. mata korang pon tak sakit dengan benda asing yang ada dalam tu .. kan kan ?

Tujuan sebenar aku buat blog 2 ni selain dari nak lebih peribadi ialah backup segala entri entri lama aku .. hehehe.. mana la tau kan... hahaha ...

Pada yang berminat tu , boleh la g lepak kat sana .... hehe.. thankss .. BEN ASHAARI II
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI