Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Cinta Kirana


Hehe..dah abis Benci Bilang Cinta maka Cinta Kirana lak menggantikannya .. Petang si akak akak takkan boring la kan.. sampai umah sambil sambil menyediakan juadah berbuka , bleh la layan .. jgn terlebih layan dah la yer ..

Pelakon pelakon drama : Cinta Kirana

Randy Pangalila sebagai Galang
Nia Ramadhani sebagai Kirana
Kiky Farell sebagai Baim
Marwa Tsania sebagai Riana

Mama Dahlia sebagai Jihan, mama Baim

Yatty Surachman sebagai Nenek Sita
Arthur Tobing sebagai Kakek Rama
Erly Ashy sebagai Nenek Aida
Emma Waroka sebagai Sandra


Episod 1 :
Cinta Kirana mengisahkan Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan suratkhabar pada pelanggannya, Kirana dilanggar oleh kereta yang dipandu Galang. Kirana hilang sabar lalu menampar Galang kerana Galang mentertawakannya .. selebihnya ?? tengok la sendiri ..

Menurut dari laman web negara seberang , ada 93 episod kesemuanya .. hehe.. jenuh gak eh nak tengok .. apa pun.. selamat menonton ..

Jom pening kepala sat ..


Tengok betui betui....lama lama..

Dua Penghuni Neraka

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:

Terdapat dua golonganpenghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagimencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bausyurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”


Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.

Golongan pertama
ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah.

Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini.


Oleh itu sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.


Golongan kedua
merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai pakaian yang terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.

Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai “trend” masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai
…yang cenderung lagi mencenderungkan.”

Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menyudutkannya ke atas. “Trend” yang digelar sebagai “Sanggul Arab” dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diramalkan oleh Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta menyudut lurus ke atas manakala sanggul arab menyudut ke atas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul arab sementara yang kedua ialah memakai sanggul palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah:Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan.[Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab.


Setelahmenerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkandari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga,tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahalkeharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-duagolongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadiperingatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dandalam fesyen harian kita.


sumber : HAFIZ FIRDAUS.COM


Tidak ku ingin rantai emas itu !

Semalam.. lewat aku makan ubat demam dan selsema ... dalam kul 2 pagi baru leh tidur ... dah set jam kul 5 pagi untuk bangur sahur bagi mengerjakan puasa ... huhu.. terbayang bubur lambuk yang mak aku bersama sambal udang petai .. pergh.. berair kan ?

Maka tidur lah aku dengan nyenyaknya .. Bermimpi aku dan ramai kawan aku menerima seutas rantai emas yang mana si bos tu memberi mengikut kualiti pekerjaan masing masing .. sorang sorang dapat .. lama gak aku tunggu .. tak jugak jugak dia bagi aku. .geram mula muncul dalam hati..

Terus aku bangun ... aku cakap kat bos .. aku kata aku nak berhenti kerja !! aku tak nak dah kerja kat sini.. Terpinga pinga si bos tu.. Erk.. bos dan kawan kawan dalam mimpi ni , sorang pon aku tak kenal.. hehehe..

Aku berlalu keluar dari pejabat tu.. Timbul jugak kekesalan sebab tak nak tunggu bahagian aku tu.. arghh... aku dah berenti keja , apa yang nak aku buat skang ni ?? Ops..takkan nak jadi full time blogger ? Huhu... menyesal lak aku tak sabar ... Tebal tebal lak rantai tu... haih..

Punya la berjela mimpi aku... akhirnya aku tersedar... sedar akibat menyesal menolak tuah.. rupanya jam dah pukul 7 pagi !! Astaghfirullah al'azim .. terlepas subuh dan sahur .. adeh.. rupanya tulah ' bonus ' yang aku terlepas tu... haih...

Takkan nak salahkan ubat lak kan ?? Tapi ubat tu mmg kasi mengantuk ponya .. hurmmm

Al fatihah buat sahabat blogger ..

Aku diberitahu oleh sahabat blogger, Hawa tentang pemergian seorang blogger yang mana aku sendiri tidak pernah mengenali arwah namun atas dasar persahabatan dunia blogging ini , aku ingin memberitahu pada semua rakan rakan lain agar dapat sedekah al-fatihah buat beliau .


Rujukan artikal berita : HMETRO
Blog : http://zazatheblogger.blogspot.com/

Pak Arab tayang kereta di London

Golongan playboy Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.


KERETA SUPER... Bugatti Veyron bernilai RM4.25 juta dan Pagani Zonda Cinque bernilai RM3.28 juta (gambar kecil) ..


Bilionair dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Emiriah Arab Bersatu.

Sepanjang musim panas lalu, sejumlah kereta paling mewah di dunia bernilai lebih RM250 juta tiba di ibu negara Britain itu. Antaranya, kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron yang mempunyai kelajuan 407 kilometer sejam, dipandu di kawasan Knightsbridge dan Mayfair.

Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dipasang di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.

Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai RM6 juta dan Murcielago (bernilai RM1.7 juta) di depan premis berkenaan. Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman. Wartawan majalah Top Gear, Matt Master, berkata peminat kereta mewah kini boleh melupakan Monaco atau Monte Carlo.

“Kini London menjadi pusat kereta mewah,” katanya.

Kata Master, kebanyakan pemilik kereta mewah itu baru berusia 20-an atau awal 30-an yang lahir dalam keluarga kaya-raya.

“Jumlah kereta model Ferrari, Lamborghini dan Bugatti menggunakan nombor pendaftaran UAE memang luar biasa.

“Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,” katanya.


Kebanyakan kenderaan itu diterbangkan ke London untuk digunakan bilionair terbabit ketika mereka melarikan diri daripada cuaca panas di negara asal masing-masing. - Agensi

sumber : Bharian


Azam aku yang semakin tinggal azam .. huhu

Fush...bila tengok gambar gambar aku ni...jadi geram nak g gym skang gak..hahaha...

Ni semua gambar aku dari tahun 2006 -2008 ....gambar sebelum tu , takde dalam koleksi sebab tak cun lagi masa tu..

Teruk giler diet masa ni..kat opis asik makan roti kosong je...asal lunch je , aku bedal roti je..ni je la hasilnya..aku tak layan 'dadah' aaarrr..usaha semua ni...ayam , telur , susu hl..n nitrotech..perghhhh...

2006




2007

Tahun ni , aku mmg besarkan lagi badan...sebab tahun sebelum tu , aku kurus skit..aku tak berpuashati..hehehhe...


2008

Ni tahun kira cemerlang la..dapat cantik....hehehe...


2009 ???

Tahun ni ? korang tengok sendiri kat KANDUNGAN - GYM ...bagi aku..mmg hampeh ar...betui la kata orang ...kawin ni buat nak perut je...huhu..tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk...

2010

Azam baru !! Nak cun kan semula ....tak kira tak kiraaaaaaaaaaa...aku nak jugaaakkkk..kerja keras pun kerja keras laaaa





Terlanjur dengan boyfriend

dari zaharuddin.net


SOALAN

Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.


JAWAPAN

Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)

5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Ogos 2010


Komen : The Expendables


Lakonan :

Sylvester Stallone , Jason Statham , Jet Li , Dolph Lundgren , Eric Roberts , Steve Austin ( STONE COLD ) , Senyo Amoaku , Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis.

Komen aku ??? hahahahaha ... Berbaloi !!!! Hilang ngantuk weh ... jgn risau... takde adegan cium dalam tu .. hahaha ..adegan putus kepala banyak la.. mmg best ..dari mula sampai abis , aksi dan komedi jer ..

Berapa bintang ? Berbintang bintang .. kalau korang minat cerita Rambo , haa.. camtu la... dicampur aksi seni mempertahankan diri Jet Li dan Statham ( Transporter ) ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI