Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 15 Ogos 2010

Lagu Raya ..Evergreen beb !

Lagu raya dah mula berkumandang di corong corong radio .. Handphone masing masing pon dah mula menyanyikan lagu raya bila ada call masuk ... Internet sendiri pon dah mula sesak dengan pencarian lagu lagu raya untuk di download .. Tapi lagu raya manakah yang biasanya popular ??

Sudah semestinya lagu raya nun zaman zaman dulu.. skang punya , susah nak menusuk kalbu ! Kenapa ? Sbb lirik dan cara penyampainya yang penuh syahdu ... Antara lagu raya yang aku gemar dengar bila tiba hari raya , SEPASANG BAJU KURUNG BIRU nyanyian Khairil Johari dan DENDANG PERANTAU nyanyian P.Ramlee .. Selain dari tu , lagu Aisyah , Syarifah Aini dan banyak lagi la .. Sah sah ramai akan download mp3 lagu lagu tu ..

Aku mmg dah ada koleksi lagu tu sejak berkurun lamanya .. haha.. bila tiba masanya pasti rakan pejabat mintak aku pasang lagu lagu tu .. sah sah menitis air mata bila dengar lagu raya .. hukhuk ..

Ok.. jom layan lirik lagu Sepasang Baju kurung biru kegemaran aku nyanyian Khairil Johari Johar..

Tiada Salam Atau Ucapan
tiada Pesan Tanda Ingatan
suasana Penuh Keriangan
ku Teringat Pada Seseorang
oh…

Di Hari Yang Berbahgia Ini
hatiku Kosong dan Sepi Sekali
betapa Manis Kenangi Lalu
menyambut Raya Bersama Denganku
oh…

Korus
tiada Bisikan Lembut Yang ku Dengar
hanya Suara Azan Sayup Bergema
masih Kurasakan Hangat Tanganmu
di Pagi Raya Bersalam Dengan Ku

Tetamu Datang Tetamu Pergi
namun Tak Tiba Orang ku Nanti
hanya Sepasang Kurung Nan Biru
menjadi Teman Mengubat Rindu Ku
oh…


Salleh Gregor Samsa .. sorang sorang cari pasal ek..


Salleh Gregor Samsa .. aku pelik nama ni muncul dalam beberapa blog dan menjadi entri utama .. hurm... tadi aku singgah di salah satu sahabat blog dan membaca punca kekecohan semua ni ..

Pendapat aku .. si Salleh Gregor Samsa ni , mmg sengaja mencari kemarahan umat Islam .. dan yg pastinya orang jenis ni adalah jenis tidak percaya kepada agama .. Dari cara apa yang dia tulis , menunjukkan dia sengaja nak 'melakukan' kekecohan .. hurm... dan aku percaya sebenarnya ramai lagi orang seperti dia di luar sana ... yg hilang pegangan agama.. pedoman hidup ..

Doakan mereka agar kembali ke pangkal jalan ..

gambar dari : RabiaSensei


Aku .. yang kau panggil sayang ...

Tu diaa .. jiwang giler... tadi aku terdengar lagu ni dalam kereta sewaktu ke Bangi .. Sinar FM yang putarkan lagi ni.. haih.. best tull ... kalau baru putus cinta , dengar lagu ni , sah sah cari tisu 8 kotak wooo .. tak caya ? Cuba baca lirik dia ... dinyanyikan oleh KHAIRIL ..

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yg Suci

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi


Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang


Lagu : Afzainizam Ismail
Lirik: Azimah


nak download lagu tu .. meh sini.. DOWNLOAD

thanks Khairool Idlan

Biskut Raya : Beli murah atau buat sendiri ?

gambar hiasan


Apa kata tuan penasihat ? Jgn ingat raya lama lagi tau .. tak lama dah ni .. hehe.. ramai pakar pakar biskut raya dalam blog list SUDU GARPU aku ni ... hehe... nanti kita baca apa kata mereka ..

Ramai orang dah jual biskut raya .. samada di bazaar Ramadhan , pejabat malah di kedai tayar Lim Tat pun ada gak jual .. tak kurang pulak buat sendiri... Yang suka buat sendiri ni , adalah suri rumah sepenuh masa .. akak akak kita ni mmg gemar mencuba pelbagai jenis resepi yang ada.. kena pulak skang ni resepi boleh di dapati dengan mudah .. google jer dalam internet .. boleh jumpa punya ...

Ada yang menjual pulak , masa bagi 'tester' , punya la ok .. tapi bila dah beli..rasanya lain pulak ... tapi bukan semua laa... yang aku bicara ni , ada sesetengah golongan yang jual hanya nak kaut keuntungan berlipat kali ganda .. ni yang tak bagus ...

Aku sendiri pon baru je order biskut raya tempohari .. masa diberi 'tester' tu , mmg sedap la.. rangup aja ... dan satu lagi aku membelinya sebab dia kata yang buat tu ibu tunggal .. Jadi aku nak sedekah je la... bukan nak beli sangat pon .. aku bukannya kaki beli biskut raya .. bab tu aku serahkan pada wife aku je... biar dia je uruskan.. aku cuma ... bagi duit jeeeeeeeee .. huwaaaa...

Aku respek orang yg menjual biskut biskut raya ni yg mana tidak mementingkan keuntungan tapi lebih dari kepuasan ... puas bila orang kata biskut buatannya sedap .. tapi susah nak jumpa dah golongan ni ... sbb zaman kita ni zaman $$ ... ikhlas hanya di mulut ... tapi di hati , tiada siapa yang tau .. kan kan ..

Jadi , sila berikan pengalaman korang .. adakah beli lebih murah dari buat sendiri dan adakah berbaloi ?

BA : sekadar berkongsi cerita dan bukan untuk memburukkan sapa sapa yer ...

Nak kenyit mata pon , tengok kiri kanan la bang !

Lelaki ke buat kerja giler ni ? Atau jantan ?? Pelik kan .. kalau dah nampak ada lelaki berjalan sebelah perempuan tu dalam keadaan mesra , mau sendiri ingat la kan ... takkan adik beradik atau berjalan ngan jiran sebelah kot ? Sah sah la ada hubungan dgn lelaki tu kan .. Kalau tak suami , mestilah kekasihnya kan ..


Zaman skang ni perempuan yang dh kawin biasanya akan menarik perhatian lelaki bujang dan tak mustahil yang dah kawin sekali pon ! Kenapa gitu ek ? Ada yang kata perempuan yang berkawin , serinya lebih meriah ( seperti lampu lip lap raya gitu ) dan tak kurang ada yang mereka lebih gaya .. Perghh.. yeke akak akak dan abang abang sekalian ?? Perempuan yang dah berkahwin lebih hot gitu ??

Yer , mmg bukan semua tapi perempuan yang dah berkawin ni , cara mereka lebih matang .. dari sudut fizikal , aku tamo bincang di bulan puasa ni ... kang ada lelaki terbayang lak.. merbahaya dong ! Matang dari cara komunikasi dan pergaulan.. Dengan suami , aku tak pastilah kan.. tapi kalau dengan rakan rakan , wanita yg dah berkawin ni , mmg bijak bercakap.. pandai amik hati.. mudah tersenyum ... berbanding anak dara .. perlu jaga tindak tanduk.. kalau terlebih mesra , kata gatal lak.. tak mesra , kata sombong lak ..duduk rumah , dikatakan menghabiskan boreh (beras) jer .. camana tu ?

Bagi aku .. tak kisah la anak dara , mak dara ke ... yang lelaki ni , kena bukak mata la skit .. jgn main nak ngorat jer ... awak tu melayu .. beragama Islam .. mau sedar la skit mana satu dosa mana satu pahala .. kalau nak main taruk jer , susah la.. kita pon ada anak perempuan , adik perempuan dan mak kita pon perempuan .. bayangkan kalau diorg kena kenyit mata dek jantan yang rambutnya hidup segan mati tak mahu tu ...

BA : Aku pun tengok perempuan gak tapi mata tak pernah sakit lagi !
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI