Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 Ogos 2010

Tengok depan ..tengok kiri ..tengok kanan..

sekadar gambar hiasan - britannica.com

Bila si suami berjalan ... maka dilihat hadapan... dipimpin tangan anak kesayangannya ..
Dilihat depan ... Wah.. cantiknya....
Dilihat kiri... Wah .. seksinya..
Dilihat kanan.. wah .. gebunya ..
Dan dilihat belakang ... haih... lambatnya dia berjalan ..

Satu tika dulu ...
Si dia yang berjalan lambat inilah si suami memimpin tangannya..
walaupun haram namun digagahi jua ..
sanggup meredah dosa neraka kononnya
demi cinta yang masih belum bersatu
demi kasih yang masih utuh
bukti setia sayang abadi ..

Tapi baru beranak satu ..
Suami depan
dia belakang
langkah panjang
leher jinjang
kalau boleh tambah mata
mau depan belakang ..

Wahai suami ..
bila tidur si dia ..
renungkan wajahnya..
siang malam berusaha
membahagiakan lelaki ..
berusaha agar perut boroi suaminya tidak kembali kempes ..
namun masih tidak langsung mensyukuri kesempurnaannya ?

Apa lagi yang suami mahu ?
Adakah kerana sekarang tidak lagi langsing ?
Buka album lihatlah kenangan ..
Dia dulu seperti yang lelaki gilakan !
Bukan kehendak dia jadi begitu ..
Memenuhi hasrat suami ingatkan waris ..
Namun suami tetap lihat depan , kiri dan kanan ..

Suami , lelaki dan jantan ..
Sunnah nabi nikah 4 jadi pegangan ..
sedangkan yang wajib terkontang kanting ..
ada hajat bersalam lagi dengan kadi ..

Sedarlah wahai suami ..
Dia di belakang itulah
cinta sejati .. kasih abadi ..
dia yang pernah kau cintai
satu tika dulu ..

Anak yatim hanya istimewa pada bulan Ramadan?

Saja aku nak berkongsi artikal yang aku baca semalam (15/8/2010 )di Mingguan Malaysia yang ditulis oleh NORAINI ABD.RAZAK .. mmg best baca .. sbb apa ?? Korang baca dulu .. dan aku pasti korang pon bersetuju dengan penulis ... hehehe...


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

HARI ini hari kelima Ramadan. Lagu raya berkumandang di sana-sini. Hari ini bukan hari pertama lagu raya bergema. Iramanya ada di mana-mana sebelum anak bulan diteropong. Di pusat beli-belah dan di televisyen, irama lagu raya sememangnya kedengaran. Iklan raya juga begitu. Agak lucu, barang-barang yang tidak perlu untuk perayaan turut diberi diskaun hebat. Itulah penangan persiapan raya sehingga kadang-kadang menenggelamkan fadilat serta seribu satu macam nikmat bulan Ramadan.

Sepanjang lima hari berpuasa, berita yang dibaca hampir sama dengan musim-musim puasa yang lalu. Hari pertama bubur lambuk, polis trafik berbuka sambil bertugas, mercun, ditangkap kerana tidak berpuasa, berbuka di hotel tidak halal, berbuka bersama VIP di hotel dan macam-macam lagi.

Tiada yang baru. Maklumlah puasa setahun sekali maka pengulangan catatan itu tidak menimbulkan rasa bosan di kalangan pembaca kerana peristiwa seperti itu tidak berlaku pada 11 bulan yang lain.

Ramadan juga bulan anak-anak yatim diraikan di sana-sini. Bukan saja anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya juga menjadi tetamu istimewa majlis berbuka puasa. Mereka diraikan di hotel-hotel besar tetapi biasanya yang meraikan mendapat layanan istimewa berbanding tetamu yang diraikan. Pelik juga, daripada 12 bulan kalendar Islam, golongan itu hanya menjadi perhatian malah adakalanya jadi rebutan pada Ramadan dan Syawal. Adakah pahala bersedekah dan meraikan golongan istimewa pada kedua-dua bulan lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain? Atau bulan-bulan lain golongan tersebut tersisih daripada jadual korporat?

Beratur

Biar pun istimewa, anak-anak yatim atau warga tua biasanya melalui prosedur orang biasa. Mereka beratur mengambil makanan sebelum berbuka, manakala di meja VIP hidangan disaji rapi. Tidak diketahui apa sebenarnya motif meraikan anak yatim di hotel. Seorang warga tua pernah menelefon mencurahkan rasa. Dia dijemput berbuka di hotel oleh sebuah korporat. Tiba masanya bukan dia dan rakan-rakannya yang diraikan tetapi VIP korporat itu asyik dengan kelompoknya sendiri. Mereka menikmati juadah yang terhidang tanpa peduli mak cik-mak cik yang terpaksa berbaris mengambil makanan. Terbalik pula jadinya. Itu kisah anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya yang kehadiran mereka amat dirasai sepanjang Ramadan dan Syawal.

Satu lagi tabiat yang menjadi-jadi pada bulan puasa tahun-tahun kebelakangan ini adalah sikap tidak menghormati bulan Ramadan. Yang tidak hormat itu bukan orang bukan Islam. Sebaliknya yang tidak hormat itu adalah orang Islam yang diberi pengecualian berpuasa. Golongan wanita yang uzur misalnya tidak malu atau tidak teragak-agak makan di medan selera pusat beli-belah. Mereka juga selamba beratur di restoran makanan segera. Biar pun dikecualikan daripada berpuasa namun bukan bermakna golongan itu boleh bersikap lepas laku tanpa memikirkan kesannya kepada Islam itu sendiri. Apatah lagi makan di khalayak ramai, seolah-olah tidak ada tempat lain untuk mereka mengisi perut yang sebenarnya tidak selapar mana pun. Seolah-olah boleh mati kebuluran jika tak makan.

Islam tidak rigid. Mereka yang mendapat pengecualian dan keistimewaan tidak dihalang daripada makan atau minum tetapi kena ada batasan, tata susila mesti dijaga. Seorang rakan berketurunan Tionghua pada hari kedua Ramadan menitip satu catatan berbunyi: ''Tanpa disedari dua hari saya telah 'berpuasa'. Rakan-rakan Muslim memberitahu saya tidak perlu berbuat demikian. Bukankah pelik untuk makan dan minum ketika orang lain berpuasa. Apa yang saya buat (berpuasa) kerana menghormati orang lain yang berpuasa, itu lebih penting.''

Jika Chloe ada hati untuk meletakkan rasa hormat terhadap rakan-rakan Islamnya yang berpuasa mengapa kita umat Islam sendiri tidak mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.


BA : Mmg ada spesis gini.. kalau tak puasa disebabkan 'jepun datang menyerang' hormat hormat la orang lain skit .. ni siap g tapau.. pastu masuk makan dalam bilik meeting .. apa kes ? Macam kebuluran sangat ! Takkan tak sedar ada 'bau' ?? Mmg la tak terliur tapi boleh gak tergoda..

Tak hujan tapi basah !

Adoi.. betul punya dugaan neh .. Lrt di bulan ni , cam sardin terutama time balik kerja ... berduyun orang .. yang tak terlibat nak berbuka puasa pon kalut nak balik awal .. camana tu ?

Tadi dalam lrt .. haih.. aku masuk masuk je dalam perut lrt tu dah leh terasa.. adeh.. nak keluar balik ke tak ?? Korang tau nape ?? Air cond takde ... huh.. jap lagi orang mesti penuh nih .. Sah sah berhimpit himpit.. dugaan lagi tu... Kena lagi yang tak reti pakai pakaian yang senonoh ?? Tak ke lagi kes haru .. kalaulah boleh nampak markah puasa tu , aku tak tau la berapa percent je tinggal ..

Takkan aku nak tutup mata ... takkan memanjang nak tengok bumbung .. nak baca buku ? mana boleh... sempit .. aku je dah besar .. masuk lagi lelaki yang besar besar .. haa... dah sah penuh ... Tu belum lagi yang masuk spesis tak mandi pagi ! Lagi haruuuu ...

Setitik demi setitik , peluh aku menitis .. kesabaran terus dicabar ... ikutkan hati , mau je aku turun kat mana mana stesen dan tunggu je lrt lain .. tapi kang aku turun , sah sah yang akan datang lagi padat ... baru padan muka aku...

Mau tak mau... berdiri la dalam tu sambil kawal perasaan.. kalau dok memikir sangat , peluh lagi banyak keluar ... cool bebeh ! Bila sampai stesen BTS ( Bandar tasik selatan ) , baru laaa lega.. boleh bernafas skit ... ada udara.. dalam tu tadi ?? Mak aih.. macam macam bau ada ... nasib baik aku sempat sembur perfume .. ada la skit bau bunga melor.. hahaha.. bab aku , ok ajaaa.. hahahaha...

Tapi skg , aku dok berpeluh peluh menunggu ERL lak ... ermm...lagi 6 minit sampai ( sewaktu aku menaip entri ni ) .. Nak diikutkan , wife aku ajak g Sabah minggu depan .. berpuasa di sana lak .. dia ada kursus kat sana.. dapat la bilik sorang satu ... dia ok la..segalanya percuma.. kalau aku ikut ? mau mau dekat RM1K.. nak raya lagi.. kalau tak pk raya , sah sah aku ikut ... saja nak tukar angin berpuasa di sabah .. kan kan ..

Masih ada yang tak sedar rupanya ..

Tergamam sebentar aku bila membaca artikal Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mingguan Malaysia semalam .. benar benar kita sebagai orang melayu Islam amat bertolak ansur dalam pelbagai segi namun masih ada yang cuba pijak kepala kita .. Namun kita masih lagi mampu tersenyum ..

Aku masuk ke blognya .. ada artikalnya.. sat nak copy paste .. kalau suh korang klik , sah sah korang segan kan ... tak pe.. aku tau ..



Jangan terlalu berani mencabar

Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

http://ridhuantee.blogspot.com/

Marahkan isteri , sendiri susah !


Ada satu kes haru .. hehe.. aku ni seperti lelaki lelaki muda satu tika dulu.. jenis ada 'gunung berapi' dalam jiwa .. asik nak hangin tak tentu pasal .. apa saja nak hangin..tapi ngan kawan kawan , ok la pulak .. kan ? pelik tul...

Ada satu kes haru seingat aku .. ni kes baru kawin .. aku ngan wife aku dulu.. sama sama ego ... spesis keras kepala .. Ada sekali tu , nak g kerja .. petang tu plan nak g umah mak aku.. tidur sana .. maka ada la satu perselisihan faham berlaku..

Cam biasa aku kalau hangin , aku akan bebel sorang sorang .. kalau dia kat sebelah.. haha..kena dengar la.. Aku tak hengat kes apa tah ... aku turun ke bawah ( masa tu duk apartment ) untuk ke tong sampah besar .. di tangan kiri aku , beg berisi pakaian.. dan satu lagi sampah nak dibuang ..

Bila sampai kat tong sampah tu ... dengan kepala dok tensen kat si wife neh .. maka aku pon mencampak beg pakaian yang aku nak bawak ke rumah mak aku tu ke dalam tong sampah besar !!! hahahha.. yang sampah nak dibuang tu , kat tangan aku lagi.. camana tu ??

Tak lama kemudian , wife aku sampai dengan kereta .. dia tgok aku tercegat kat tong sampah .. dia tanya mana beg ? Tuuuuu ... dalam tong sampah !! hahahha.. tak pasal pasal.. dengan berbaju kerja.. aku g panjat tong sampah besar dan kutip balik baju baju tu !! hahahhaha .. bengong tul..

Tu la... kalau hangin tak kena tempat ... skang ni aku tak dah hangin .. kalau nak marah pon , aku update dalam blog terus !!! hahahahha....

Menu berbuka puasa aku hari ni ...





Hehehe.. menu berbuka puasa aku hari ini ... taraaaa.... amacam ??? sedap sedap tak ? Tamo makan nasi. .nak ratah lauk jer ... kesemua ni .. korang leh amik resepinya kat blog POTRET KASIH ... Ada ayam goreng mamak , buah melaka , bebola daging , sayur kobis goreng ala mamak dan banyak lagi ... pergh.... tengok jeee..jgn lak g singgah kedai mamak... lama lagi ni nak berbukaa.... huuhuhu..

Anda peminat songket ?? Mai jengok sat ..




Ni baru sikit ... ada lagi banyak dlm blognya ... kalau berminat nak tengok .. tengok jer, bukan kena bayar pon ... hehe.. g la jengok ..kot kot leh buat hantaran atau .. ehem.. hadiah ke.. kan kan.. Kain songket yang tidak panas, tidak mengecut, tidak meregang, tidak pecah dan pelbagai masalah lain yang sering didengar dari produk lain di pasaran.

mai singgah >> KASHFEE ANGGUN

Jelajah Blog Ramadhan 1431 .. Tepung Pelita


Salam buat sahabat kita , Puan Raihan ...

Sempena Ramadhan ni , Puan Raihan telah menyertai segmen yang aku kendalikan.. ala..segmen kecik kecik gitu .. hehe .. Segmen Jelajah Blog Ramadhan 1431 bersama ... haaa.. tu kena baca kat blognya nanti ..

Ada sepatah dua kata darinya .. dan ..... dia juga menyediakan hidangan resepi untuk berbuka puasa serta hadiah .. apakah pilihannya ?? Jom kita ... jalan jalan ke blognya .. > TepungPelita

Kenangan Ramadhan Bersama .. Dila

Kenangan Ramadhan ... erm... kali ni , aku berpuasa sbg blogger.. blogger pingitan kotaraya.. ok lah... ringkas ringkas jer .. eh..ni bukan cerita aku.. ni cerita Dila.. hehe..sowiiee ..

Dila kata , dia ada kenangan menarik yang untuk dikongsi bersama .. Ops... sebelum tu... selamat menyambut ramadhan puan dila ... hehe.. maaf lewat buat entri ni.. bukan tak ingat tapi saja.. nak kasi panas skit .. ala ala tempoyak gitu..kasi berasapp bila makan .. hehehe..

Berbalik pada entrinya .. apa kita lihat sedutan dari entrinya itu ;

Perkara gembira ni berlaku pada tahun lepas 2009 yakni pada bulan Ramadhan yang ke-10......jatuhnya 10 Ramadhan itu bersamaan juga dengan tarikh 31 Ogos waktu malaysia merdeka untuk kali ke-52.....kenapa aku katakan itu adalah kenangan Ramadhan yang paling aku hargai dan mungkin akan berlaku sekali dalam seumur hidup aku.....??

Haaa.. tu lah diaa... apakah dan mengapakah ? sila dapatkan jawapan di blognya sendiri ... jom jom... >> jUST DILA


Selamat berbuka ...

Lelaki tak boleh berFACEBOOK , OK !!

contoh je ok !!


Haaa ... jgn tak tau ! Para isteri dan gf telah sepakat membawa berkat membawa usul ini ke parlimen Uganda Tengah agar semua lelaki yang telah mempunyai ikatan seperti berkahwin , bernikah , bertunang , berkasih-kasihan mahupun yang sedang dalam proses penceraian dan menekel awek , DI LARANG SAMA SEKALI MEMPUNYAI FACEBOOK atau mana mana laman sosial termasuk BLOG !!!

Ini adalah kerana lelaki yg mempunyai status begitu adalah lebih cenderong untuk mengandakan pasangan mereka walaupun mereka tidak berniat begitu .. Mula mula tak nak la kan .. tapi kalau 'ikan' dah datang bermain main di kaki si kucing walaupun kucing ala ala si Garfield tu pon , pastinya akan mengeluarkan kuku ala ala Wolverine dari jari jemarinya ...

Bukan pe , kalau dibiarkan boleh mendatangkan kemudaratan lama kelamanaan .. Satu cara saja untuk menyelesaikan kes ini .. Haa.. camana tu ??? Mudah saja... Pasangan yg berminat untuk memiliki akaun FACEBOOK , hendaklah bertukar password .. Contoh Ali dan Minah .. Hanya Ali saja boleh membuka akaun Minah sedangkan Minah tak boleh buka akaun FACEBOOKnya.. nak tak nak , kena tunggu Ali balik dari kerja .. haaaa.. begitulah sebaliknya ...

Cuma kelemahan kat sini nanti adalah , takut Minah tertarik lak dengan kawan kawan si Ali .. mana la tau , kawan kawan si Ali tu kacak kacak belaka.. kan kan ? Zaman sekarang ni bukan lelaki je pandai main KONDA KONDI .. Perempuan pon teror dah .. Dalam diam dia memadukan pasangannya .. haaa... akhir zaman la katakan .. tapi nak kata akhir tu tak sbb zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu pon ada gak kes 'dalam diam ku mencintaimu ' ni .. kan ??

Kesimpulan .... lantak ler ... nak berMUKABUKU kee ... nak berMUKAMUKA keee ... yg penting kena ada kesedaran diri ! Pandang kat muka isteri /suami/kekasih tuuu .. ADAKAH DIA TIDAK CUKUP BAGUS UNTUK AKU ?? PERLUKAN AKU MELAKUKAN CURANG ??? APAKAH YANG AKU CARI SEBENARNYA ??

Akhir kata daripada penaja , " Nak berlaku curang , tanpa guna Internet pon leh buat... kat kedai kopi pon leh kena ngorat ! "

Bila direnung renung ..

gambar hiasan


Cuba perhatikan wajah anak kecil ... bila mereka bermain , mereka seolah olah dalam dunia sendiri.. berlari ketawa riang .. tidak perlu berfikir apa .. walaupun didepannya duri tajam , mereka berlari seolah duri itu tidak membawa sebarang makna ...

Si ibu pula menjerit memarahi anak mereka .. sedaya upaya melindungi anak kesayangan mereka dari mendapat kecederaan .. Wajarkah anak kecik ini dicubit, dipukul sedangkan mereka tidak mengetahui apa apa langsung !

Dibelikan pistol mainan.. mereka tidak tau apa apa hanyalah menekan bagi mengeluarkan bunyi.Itu sudah cukup mengembirakan mereka padahal tak tau apa pun fungsi semua itu .. Adakah mereka perlukan mainan atau sebenarnya mereka perlukan perhatian ibu bapa mereka ?

Cuba renungkan muka mereka ketika tidur.. betapa nyenyaknya mereka ... betapa mereka sedar mereka dilindungi oleh ibu dan ayah mereka disisi mereka .. sedangkan ayah dan ibu mereka mengeluh kerana penat menjaga mereka ..

Cuba tanya pada mereka ... apakah yang mereka paling takuti ?? Sudah pastinya mereka tidak mahu kehilangan kedua ibubapa mereka yang amat dikasihi .. Perlukah anak kecil ini dipukul ? Walaupun atas alasan ingin mengajar , cuba renungkan kembali ... saat saat anda masih kecil .. apakah perasaan anda sewaktu dipukul ?

Mereka tidak tau apa apa ... Ajarkan ..berikan didikan dengan penuh kasih sayang .. bukan manjaan mereka minta tapi kasih sayang .. ajarkan dengan penuh kelembutan bukan makian.. Kita dulu semasa kecil , berapa kali kita merajuk dengan kedua orang tua kita ? Perlukah kita ulangi semula semua itu ?

Renungkan anak kecil anda yang masih tidur itu ... usapkan rambutnya .. kita belum tentu hari esok akan bernafas untuk mengulangi semua itu .. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian sebenarnya ..

Aduh.. terlepas lagi...

Hah ... 6.20 dah ??? Haihh... terlepas sahur lagi... dah la tu .. keje pulak ari ni ... Hurmm.. Aku terus berjalan menuju ke tangga untuk naik keatas ... mandi , dan pergi kerja ...

Wife aku tegur ... " nak g mana tu ??? " ... " G mandi la.. lewat dah ni " .... aku jawab...

" Baru 520 laaa " ... dia cakap ... " Hah ? ALhamdulilah .. lega .. hehhe " .. leh sahur ....

sahur timeeeee ...... sunnah sahur ni... rugi sapa tinggalkan...

Salam .. minta sedekah bang..

Datang seorang budak .. yang pastinya bukan warganegara kita .. Menunjukkan sekeping kertas yg mana aku dah tau apa isi kandungannya .. Persoalannya .. perlukah aku mengeluarkan duit yg mana pastinya duit tu tidak akan dia miliki sebaliknya ada sindiket yg mempergunakan mereka .. Camana leh tau ?? Dia nak cakap bahasa melayu pon tak fasih , inikah pulak nak tulis atas kertas dengan cantik sekali bahasanya ?

Aku bukan nak berfikiran negatif tapi apa guna aku mengeluarkan duit tapi hati aku berkata kata ? Ikhlas ? Jauh sekali .. Di pintu depan shopping kompleks tadi , ada seorang lelaki tua bersongkok juga mengutip derma... lengkap dengan pengenalan diri dan juga surat kebenaran untuk memungut derma bagi anak yatim .. Senantiasa terpamer senyuman di wajahnya .. tidak pula dia meminta minta .. berbeza dengan budak tadi tu .. hurmm ... jika aku nak mengeluarkan duit dengan ikhlas dan yakin , aku akan beri pada orang tua tadi ..

Tapi jika aku tak beri pada budak tadi , dia pulak pastinya akan dimarah oleh ketua sindiketnya .. malah mungkin tidak diberi makan dan dipukul .. Hurm.. jika diberi , esoknya dia pasti kembali.. bila nak selesai semua ini ?

Tak lama kemudian , datang pulak seorang wanita yang mana aku rasa tu mungkin ibu kepada budak tadi .. haih ... apa yang boleh aku buat , aku cuma mampu jawab salamnya dan sedekah senyuman padanya .. Untuk mengeluarkan duit atas semata mata tidak menganggu aku , aku rasa tak perlulah aku berbuat demikian .. Aku bukan kedekut tapi .. entahlah .. serba salah .. jika memberi , aku mengalakkan lagi.. jika tidak , aku serba salah ..

Buat tak tau ? Sememangnya aku bertindak kejam tapi bagi aku ... biarlah tangan kiri aku tak tau jika tangan kanan aku memberi .. Yang penting , niat aku kena betul .. ikhlas atau tidak , biarlah Allah yang tentukan ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI