Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 22 Ogos 2010

Aku nak berhenti berblog..

Laa.. pasai pa lak aku nak berhenti ek ?? Yelah.. maunya tak tensen .. tengok si pengemis dok mengemis kat bazaar Ramadhan , sehari je dah boleh dapat RM300 .. apa kes ?? Aku bukanlah jeles tapi kalau semudah itu .. aku pon mau...

Modal ? Minyak itam terpakai .. kotak terpakai .. Baju putih yang sengaja dikoyakkan .. nak lagi best , mintak kawan tolong tumbukkan muka kita atau patahkan tangan sendiri .. adeh.. tak sanggup aku ..


Aku dah try dah .. takde sapa nak bagi aku duit .. dah melepak lagu ni pon takde orang nak hulur duit .. huwaaaaaaaaaaaaaaaa...

sumber : BHARIAN

Aku nak bermadu ?? Eh silap.. Rendang madu ..

Sensitif betul perempuan dengan perkataan MADU yer? Sat try nak sebut lagi .. MADU.. MADU.. MADU .. haha... gurau jeee ..

Tadi tengahari , di TV2 kalau tak silap aku ..ada drama melayu yg bertajuk Rendang Madu , lakonan Faizal Hussein dan sapa tu ... perempua tu .. ala , haa.. Jasmin Hamid .. hahah.. ok dia berlakon kali ni.. aku tak menyampah dengan watak dia .. eheh..

Pada mulanya aku tak layan sangat cerita tu .. wife aku yang layan lebih .. siap konar baring atas sofa .. aku layan blog jer ..tgk skit skit je.. tapi bila dh lama lama , cam best pulak cerita ni .. hehe.. terus la aku tutup laptop dan layan .. hahaha...

Aku tak tau sepatah haram pasal cerita ni tapi bila dibagitau oleh wife aku , barulah aku tau skit skit.. Wife aku mula menyampah tgk citer tu.. terus dia bangun , g amik penyapu lalu menyapu rumah memandangkan akan ditinggalkan selama beberapa hari ... tapi aku akan balik gak .. nak kena siram pokok sayur dia tu haaa...

Bila aku dok ketawa tengok telatah si Faizal tu , wife aku warning aku.. Jangan sesekali buat perangai lagu tu ! Aku balas la balik , sapa laaaaaaaaaaaaaaaaaa nak kat aku nehhhhh .. dah tua dahhh .. perempuan tengok 2 saat pon dah muntah darah .. Mencebik dia .. Betul apa ?? Dah tak hensem pe .. Erk.. dulu pon tak hensem .. kan ?

Tapi betul la kan .. perempuan ni sensitif tul dengar MADU ... tak caya , cuba tanya kak UMMIZAIHADI kita tu ... perghh... dia bukak langkah pendekar mustar woo.. jgn dibuat main .. dengeress ini olang .. hahaha ..

Apa pun wahai lelaki ..samada dah bernikah atau yang dok bercinta , kalau nak pasang 2 tu , perhatikan yang pertama .. apakah kekurangannya ?? Sekali pon ada kekurangan , sila nilai dengan diri sendiri.. dan bawa bawa berbincang .. kalau harta melimpah ruah sekali pon , bawak bawak bersedekah ... ingat mati lebih baik dari menambah 'seksa' di dunia ni ... Seksa woo ... best jap jer ...


Saya Ingin Memuji Tun Siti..

SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI..
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!


DR.MAZA

Jom gelak sat ...




Bosan ? Tensen ? Sila layan ..

Geladah Dapur Ramadhan bersama .. Zamri Ahmad Tony

Selain MAT GEBU , ni kali kedua aku buat geledah dapur yang mana , Chefnya adalah lelaki .. amacam ? Hehhe.. aku dah geledah dah .. banyak gak resepi dia ..

Chef kita ni nak berkongsi satu resepi dari arwah neneknya .. Hehehe... apakah itu ?? Tu korang kena g tengok sendiri .. berselera .. wawawa .. lambat lagi berbuka nehh...

Pada yang berminat nak geledah dapur orang petang petang ni .... silakan jengok dapur Zamri yer .. >> Corat coret budak boyan

Pertandingan Fotografi - KENZO



Pertandingan Fotografi - Photography contest :

" PEACE WITH NATURE "with a touch of RED


Ada dua kategori :

1 ) ADVANCED CATEGORY for advanced photographers with EXPERIENCE
  • - hadiah utama ialah RM20,000

2 ) CREATIVE CATEGORY for casual shooters with CREATIVITY
  • - hadiah utama ialah RM 3,300
untuk maklumat lanjut , sila layari http://www.kenzopeace.com


Aku ditinggalkan pergi .. akhirnya ..



Berangkat sudah .. flight kul 3 petang tadi ... menuju ke KK .. ada kursus selama 3 hari .. Rabu petang baru balik ..


Aku g antar tadi sampai ke Putrajaya Sentral .. dari sini nak ke KLIA cuma makan masa kurang dari 15 minit .. cepat dan pantas .. tak perlu buang masa nak drive terus ke KLIA .. tambang ? Kalau tak silap aku cuma RM5 lebih jer .. ke RM6 ? Ala .. lebih kurang la ..

Semasa kat situ aku sempat update satu entri sementara tunggu wife aku bersolat .. Ala.. entri yang sebelum ni .. Selesai bersolat , aku ajak dia g kedai menjual majalah berhampiran .. saja beli stok untuk membaca dalam kapalterbang dan di hotel nanti.. mana tau boring kan ..

Aku , pada mulanya nak ikut tapi memandangkan dia pergi pon atas kerana tugas , malas la nak kacau .. nanti dia tak senang duduk lak .. Rugi tu mmg la rugi .. dia dapat satu bilik..seorang tapi memandangkan kos nak ke sana , termasuk makan minum aku nanti , mau mencecah RM1K.. aku rasa membazir gitu je.. lagi pun bukan boleh berjalan jalan .. siang malam dia bz nanti .. rugi je kan ?


Inilah majalah yang aku beli .. Digital Camera ni , kali pertama aku beli .. APO dan UJANG , dah hampir 10 tahun aku tak baca .. huhu .. sejak wujud komik hongkong tu , majalah tu aku tinggalkan .. yelah , mana larat nak beli semua kan .. Akhirnya , aku kembali membacanya ..saja nak bagi tersengih muka aku ni ..

Selepas hantar wife aku ... aku terus balik ke Cheras .. Sampai di Tol Sri Kembangan , haihh ... kereta depan ni wat lawak lak .. lama gak aku tunggu .. tau pasal apa ? Kereta depan dia ni , kereta kawan dia .. siap turun dari kereta , pass kad TOUCH N GO ! Dah la tu , bila dia touch kat panel tu , tiang tol tu tak nak angkat .. Laa.. tak pasal pasal kena tunggu lama lak aku.. kereta kat belakang dah mula 'beratur' .. lama sangat tunggu.. aku terus keluarkan kamera aku , SNAP sekeping .. hehehe ..

Skang .. aku dah sampai umah mak aku .. mula pening dengan bunyi bising anak buah menangis .. Erm.. dok pikir gak .. kalau balik putrajaya , aman jer ..tapi boring .. hehehe.. biarlah bising asal tak boring kan ...

Dan .. yang pasti .. hati ini mula merasa ... hehehe.. sendiri mau hengat la kan ... lalalala....

Serius .. aku paling berkenan ..

Ops.. maaf yer .. aku amat amat suka warna dan susun atur termasuk header aku .. aku rasa ni paling cantik aku pernah buat , secara tak sengaja .. Walaupun aku jenis malas nak berhias tapi kekemasan aku amik kira .. termasuk juga kecepatan sewaktu loading ..

Mungkin akan ada kata header aku keterlaluan tapi kalau nak diikutkan header aku tu cuma gambar biasa .. mungkin ada yg pikir nak ' menunjuk la tu ' tapi maaf la yer .. mmg gitu dah bentuknya.. tak de nak menunjukkan .. cuma sikap kita ni , buat la camana pon , pahat tetap berbunyi gak ...

Aku pasti akan menukar lagi warna blog aku sekiranya ada idea terbaru .. hehe... InsyaAllah ... ok la .. aku nak drive balik ke cheras .. baru lepas hantar wife ke stesen erl PURTRAJAYA .. nanti sampai rumah , aku hupdate lagi eh.. nak g gunting rambut lagi neh... huhu.. ;)

Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca blog ini .. tanpa anda , blog ni sekadar diari harian ..

Khas buat wanita ..

Inner cotton ... nak tau dengan lebih lanjut , jomm .. > Trendy Shawls

Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang Di Blog


Yearghhh ... aku nak menyahut seruan kerajaan .. bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang di kawasan kediaman , pejabat malah dalam blog pon kita patut kibarkan .. hehehe.. jgn tak tau .. negara kita ni aman damai ... berbeza dengan kebanyakkan negara lain yang cemburukan kedamaian negara kita ni .. sering mencari pasal agar bertelingkah .. maka kita sebagai rakyat Malaysia , patut bersyukur dan terus berdoa agar negara kita senantiasa dalam keadaan aman serta harmoni ... InsyaAllah ..

Jadi sepanjang bulan Ogos ni , aku nak pacakkan bendera .. kat sidebar aku .. hehe.. Aku bangga dan bersyukur menjadi rakyat MALAYSIA !

Kenangan Ramadhan Bersama .. Kak Ummi Zaihadi

Ummi Zaihadi aka Home Sweet Home ? Sapa tak kenal dia ?? Dalam dunia blog masakan nama beliau cukup popular .. Ni bukan kali pertama beliau memberi sokong kepada blog ben ashaari dengan menyertai pelbagai segmen yang pernah aku anjurkan.. Kepada beliau , jutaan terima kasih kerana kesudiannya menyertai untuk kali ini ..

Mesti nak tahu kan , apa ceritanya ?? Ok.. aku bagi klu.. heheh.. Korang teka la apa kene mengena gambar dibawah ni dengan ceritanya ... Kalau nak tau .. jom g baca .. cerita panjang kat sini pon , tak guna kan .. heheh .. > UMMIZAIHADI

Rabbit oh rabbit .. Jumpa dek rimau , enak sekali juadahnya ... hehehe

Aku hampir jadi jutawan segera tapi ....

Aku ke Bukit Kayu Hitam untuk pergi membeli belah .. rasanya akan masuk ke siam gak kot .. Tgk macam macam jenis ,warna rupa teko dan pinggan mangkuk .. Waahh ... ni kalau Mat Gebu tengok ni , pasti tertarik menarik ... huhu..

Maka aku plan nak beli kemudian tunjuk kat Mat Gebu .. hehehe.. kalau dia nak beli kat aku , aku akan kata tuungguuuuuuuu 10 tahun lagi .. kasi berganda lagi harganyer .. masa tu sah sah dia dah kaya raya , kan ?

Tiba tiba wife aku panggil aku ...

" Abang .. bangun bang... dah 5.15 dah .. tak sempat kita nak g sahur kat kedai mamak ni.. kita makan biskut jer la yer "

"Haa ... ok jer ... " , jawab aku yang masih keadaan mamai ...

Hancur harapan aku nak jadi jutawan segera ...

Kot ye pon , cover cover laa ...

Lepas keluar dari Sogo .. aku saja ajak wife jalan ke Jalan TAR .. saja nak cuci mata ... Padat jugak orang ... aisey.... aku ajak redah jugak laa memandangkan dah ada kat situ .. Berbagai jenis manusia ada ... Murah ke ? Air tin Ice Lemon Tea , yang biasanya Rm1.50 , jadi RM2.00 .. haih.. padahal kalau beli borong , satu tin tu baru RM1 .. terlebih sudah amik untung ... tu baru air .. yang lain ?

Yang pelik tu.. waktu waktu gitu pon masih ada lagi mak bapak budak dok tolak kereta sorong budak dalam tu !! Giler ke apa ?? Kebetulan , belakang aku lak tu.. habis dok langgar kaki aku... berkali kali ...takkan mak dia tak perasan kot yang dia dok tolak kena orang ? Pentingkan diri betul ! Bagi aku la kan .. tak sesuai sangat la bawak budak kecik masuk situ ... terlalu padat ...

Kena pulak tadi kan... dah la padat .. tiba tiba ... Ya Allah ......... mmg buat nafsu nak membeli padam terus !! Bau beb !! Bau kentut tak hengattt... pahit maung kehidupan punya bau !! macam macam perisa ada .. loya terus tekak aku .. terus aku ajak wife keluar dari situ .. tak sanggup nak harungi kesesakan di Jalan TAR ...

Nak g lagi ke ?? Hurmm... tah ler .. tapi org kata , kalau tak g ke Jln TAR di bulan Ramadhan , tak sah.. rugi wooo ... macam macam ada ... mmg laaaa ... tapi murah belum tentu ... nama je lelong padahal ????
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI