Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 29 Ogos 2010

Mee Janda

Baru pas layan cerekarama MEE JANDA kat Astro .. aku pasti ramai yang tgk gak kan ? Hehe... citer komedi .. Ok la citer dia .. cerita ringan .. pala pon tak semak .. tapi para isteri dok jeling je kat suami masing masing ... Mana taknyer , tersengih je tgok citer ni ..

Org perempuan mmg cukup sensitif eh ngan perkataan 'janda' ni .. Aku pon pelik gak ... Awat nak sensitif sangat ? Ramai perempuan ( bukan semua yer ) cukup takut dengan janda ni .. Lebih lagi janda muda .. perghh... Dalam kepala mesti pakat dok pikiaq nak ngorat laki orang .. Aisey , jgn la gitu .. Apa ingat janda ni tak laku sangat ke kat anak teruna ? Anak teruna skang ni pon pandang janda ni tau ... Orang kata lagi bergetah dari anak dara .. Bukan takat bergetah , berpengalaman lagi .. Haa.. kira soal rumahtangga ni dah tau la ... heheh ..

Cerita dalam tu , aku pasti hanya rekaan semata .. takkan laa sampai tahap kronik lagu tu si laki laki orang ni nak g mencekik setiap malam kat gerai janda ... Huhuh... tapi ada mesej dalam cerita tu .. benar la gak kata laki laki tu ... bini kat umah , bukan reti nak berhias... tapi bila keluar rumah je , tu diaaa.. kalah artis !! Camana tu ? Mana la tak si laki laki ni dok melepak je kat kedai kopi.. selain melepak , cuci mata kan .. kan kan lelaki ?? hehehe ..

Berbalik pada kes janda ni , aku harap para wanita , tolong jgn pandang sini pada kaum sendiri .. mereka sendiri tak nak digelar janda .. mungkin jodoh mereka hanya sampai di situ .. Kalau bukan kaum sendiri yang bantu , nak sapa lagi bantu ? Kang kaum adam bantu , kaum hawa gak hangin satu badan ! Kaum adam ni kalau membantu , silap silap ... lalalalala.. pk la sendiri ekk..

Mat Gebu buat biskut raya khas nama aku ????

Justify FullSebelum Ramadhan ari tu MAT GEBU ada bagitau kat aku yg dia nak buat satu projek khas .. nak buat biskut raya BENZILA .. cuma design dan bahannya masih dalam kelapa dia .. eh , kepala dia .. nak rahsia dulu ... hehe..

Tunggu punya tunggu punya tungguuuuu .. maka siap jugak laaaa hari ni .. keutamaan mestilah pada projek agung dia dulu kan .. money money ... hehehe... Tuuuu , kat atas tuuu ... BEN n ZILA .. Zila tu wife aku ler .. hehe..

Ni CMG buat atas tanda persahabatan yang terjalin .. nak harap aku buat biskut ??? Bolehh... biskut mayat la jadinya .. huhu ... baling dinding pon sahih hancus ... huhu .. Alaa..bukan tak reti , malas jer ... kang aku buat kang ... haaaaaaaaa... sah sah blog aku takde orng nak masuk ...huhu..

Ops .... menurut CMG ( Che Mat Gebu ) , resepi tu akan keluar esok pagi ... apa apa pun , poster dan promosi di dahulukan .. huhu .. Terharu gue .. Eh , sat .. Mat , mmg khas untuk BEN kan ? Kot Ben lain lak , malu gue .. huhu..

BA : Jutaan terima kasih buat CMG ... Nanti raya mai putrajaya eh .. nak buat maggie goreng gebu bersalut ummi .. hahaha.. beserta air bandung sirap mamafami... SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN !!!!! .. HAHAHA...

Bijak berbelanja ..


Dulu , aku antara mereka yang gilerkan LEVI'S .. dari baju , seluar hinggalah ke talipinggang.. semua mesti nak ada cop mohor LEVI'S ... setelah aku mengalami zaman kemerosotan aku , aku semakin berjimat .. aku hanya akan membeli pada barang yang aku rasakan amat berbaloi .. kalau nak 'kalah' membeli pon biarlah pada sesuatu yg sukar nak dapat ..

Bila merancang berbelanja , aku akan sasarkan LEVI'S .. tapi bila sampai ke butiknya , aku terus batalkan niat tu memandangkan sekarang seluar LEVI'S bukanlah murah .. walaupun tak sampai ribuan ringgit harganya tapi bagi aku , kalau sampai sehelai hampir cecah RM200 , aku rasa baik aku sambar je seluar lain yang setanding dengannya , bagi aku ..

Lagi pun kena beringat .. aku bukan lagi bujang .. dah ada keluarga .. kena dahulukan keluarga .. kalau bujang , mungkin la kot tapi nasihat aku pada yang bujang tu , toksah membazir.. ingat hari tua.. nak kawin nanti , takkan nak buat pinjaman kot ?? Anak 3 pon belum tentu abis bayar !

LEE , yg harganya tak sampai RM150 sehelai namun kualitinya kainnya , amat selesa bagi aku .. Aku tak rela nak bergaya dengan seluar tiruan .. Bukan pentingkan jenama tapi keselesaan .. Buat apa aku pakai barang tiruan tapi tak selesa ??

Aku pernah beli perfume .. atas dasar percaya la... kononnya reject .. harga ? Murah skit je dari yang ori .. bila ditanya , katanya sama cuma direject jer .. Tapi bila dah beli , bayar .. hampeh.. tengok botol pon dah tau kena tipu bulat bulat .. huhu.. tapi tak pe la ... nak kata pe..pengalaman..

Jadi bagi aku , baik beli yang murah asalkan kita tau tu barang ori walaupun tak setanding dengan yang berjenama daripada beli yang tiruan tapi hampeh !!

Hari ini kenangan semalam ..

Semalam ...

Tidak bergitu sedap berbanding yang biasa aku beli ..


Ammar , pemilik BEN ASHAARI blog , tidak sabar nak tunggu waktu berbuka ..

Hadiah harijadi dari wife aku untuk si ammar ..

No camera plss !!

Berdoa ..


Hari ini ..
Ada cerita tersendiri.. nak tau ?? sini

Shopping time !! ke Alamanda ..

Bakal dibuka dan pastinya menjadi sasaran aku kelak !

Satu lagi kedai yang gemar aku masuk .. tapi pk berjuta kali untuk membelinya..

Nak cari cucur udang di bazaar tapi semalam dan ari ni , makcik tu tak meniaga.. Frust gue..

Balik ... huwaaa..banyak keje menanti dirumah .. basuh kereta , basuh laman rumah , iron baju... huish.... nasib baik mop rumah ari selasa ... Rasa cam nak lari dari rumah je.. hahaha

Namewee bikin kecoh lagi ?

Hurm.. dalam Mingguan Malaysia hari ni , ada laporan tentang Namewee yg bikin video yang menyemarakkan api perkauman .. hurm.. ko tengok dan nilai sendiri ek ..


video yang bertajuk : Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!


Kot ye pon , bagi aku tak perlu nak berF word dalam tu ... tak sesuai...

Parut , uban dan peluh buat wanita terpikat


Lagi ! Menurut RAPI ( korang bilang la sendiri ) , kajian saintis di Liverpool dan Sterling University telah menjumpai bahawa wanita mengaitkan parut dengan kesihatan dan keberanian.

Parut bukan saja menunjukkan kegagahan yang menjatuhkan lawan , tetapi kekuatan hidup bersama dengan parut tersebut . Selain itu wanita juga mudah terpikat pada lelaki yang berpeluh dan beruban .

Menurut wanita , peluh nampak seksi . Kajian di Universiti California , di Berkeley telah menjumpai bahan kimia di dalam peluh lelaki yang di panggil ( androstadienone) menyebabkan hormon wanita meningkat dan kebangkitan seksual meluap luap. Wanita hari ini juga gemar pada lelaki yang beruban ..

BA : Selalu berpeluh dan janggut pon mula beruban dah ni .. Seksikah aku ???

Lelaki kulit gelap lebih seksi ??

Pagi ni aku nak taip " menurut RAPI ( bil 147 ) sebabnya aku dok membaca majalah tu dari tadi .. hehe... maka banyak la info yg aku jumpa dan nak berkongsi dengan pembaca .. En. RAPI , tak nak amik saya jadi wakil khas di blog ke ?? Hahaha.. guwau jer...

Menurut satu info di ruangan KESIHATAN LELAKI , warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya , citrarasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah , manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian , perawan , baik , budi pekerti mulia dan lemah. Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri ,rakut , bahaya serta ada tarikan seks .

Akhbar Daily Mail melaporkan , ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Uni Toronto , Kanada , yg merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan , mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah dan berambut perang yg dianggap paling menawan . Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik .

" Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan , tetapi hakikat . Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosiol . Boleh dikatakan , apa yg dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta ." kata Dr. Shyon Baumann , ahli sosiologi yg terbabit dalam kajian itu.

BA: tengok cermin sat ... sawo matang rupanya aku .. adakah aku .. ??

Info : Terapi Menangis

Menurut majalah RAPI ( bil 147 ) , jangan sesekali memandang rendah akan kuasa air mata seorang wanita .Selain kajian yang membuktikan kaum wanita lebih bijak berhadapan masalah berbanding lelaki , air mata mereka juga sama hebatnya !

Hospital St.Paul , Amerika , telah mengadakan satu kajian yg menunjukkan sebanyak 85 peratus kaum wanita mengakui bahawa mereka lebih tenang selepas menangis . Kajian yg diadakan cukup mudah , sebuah filem sedih dimainkan dan kebanyakan mereka tersentuh lalu menangis. Sebaik saja tayangan selesai ,kebanyakan mereka mampu tersenyum dan mengakui bahaya mereka kembali tenang selepasa seharian menjeruk rasa tertekan !

BA : nak start menangis ari ni .. mana tau kot leh turunkan tekanan darah .. huhu... hati ini keras mau nangis nehh ( poyo je mamat neh )

Projek ari ni ....

Nak ke rumah Ammar .. anak buah wife aku ... berbuka kat sana .. hehe ..sambil sambil tu aku nak main kamera ..guna manual ok .. hehehe ... ari ni aku godek kat youtube camana nak dapatkan tips menarik .. hehe.. maka inilah hasilnya .. sori la yer .. masih terlalu mentah ..

Aku cuba nak main dari view side mirror .. hehehe ...


Masa ni nak ke bazaar Ramadhan Putrajaya .. nak cari cucur udang.. hehe .. baru kul 3.30 tghari ... ramai gak datang .. malas nak masuk banyak banyak gambar .. nanti nak loading slow .. mana yang sempat jer .. hehe....
Selamat berbuka puasa buat semua ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI