Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 September 2010

Restoran 'Percuma'

Terharu aku tadi bila mendengar dan menonton di buletin TV3 , malam tadi ... Restoran yang menyediakan makanan buat mereka yang miskin mahupun sapa sapa saja yang ingin menjamu selera secara percuma .. Bagus sungguh inisiatif mereka ni ..

BELAMISKIN atau Pertubuhan Pembela Miskin Tegar Malaysia yg mana anggotanya menggunakan wang dari keuntungan perniaagaan mereka untuk melakukan kebajikan ini .. Fush.. dasat... masih ada yang prihatin rupanya ..

Tak kira bangsa .. agama ... rupa ... mahupun yang ada duit pon boleh datang untuk makan di sini .. Segalanya percuma .. tidak perlu bayar sesen pon .. Manakala menunya akan berubah setiap hari .. Menurut jurucakap BELAMISKIN , mereka akan membuka cawangan lagi .. Yang menariknya , mereka yang datang makan ni , hendaklah membasuh pinggan mereka sendiri. .Kira dah pandai makan tu , pandai la basuh yer ... orang lain pon nak makan gak kan .. hehehe..

Selain dari menyediakan makanan , mereka menyediakan kelas tuisyen yang mana guru guru berkaliber akan mengajar secara percuma ... Tiada bayaran !! Guru guru tu pon tidak ada gaji ... haaa.. bagus tak ??? Amal jariah begini bukan mudah dahhh nak ada kat Malaysia .. Kalau ada pon , kena panggil wartawan .. Wajib masuk muka depan suratkhabar tuuu ... Kecuali segelintir saja yang 'diam diam' memberi .. hehehe ...

Ada laagii... banyak lagi usaha yang mereka buat .. nak cerita , tak abis ni ... kalau nak tau atau berminat nak menderma / memberi sumbangan , bolehlah ke serta FACEBOOK ( BELAMISKIN ) mereka atau ke laman web http://www.belamiskin.org ...

Janda Meletup !

Ketepi .. ketepi ... benarkah anak dara mahupun ibu dara ni sensitif dengan perkataan 'JANDA' ? Adakah mereka khuatir janda janda ini akan mengebas suami atau kekasih mereka ?

Aku ceritakan pada korang tentang satu kisah ni .. terjadi pada rakan aku .. Kawan aku ni , orangnya boleh tahan.. ada rupa la.. Nama ? Tak payah la nak tau .. Ok ok.. aku bagi nama dia , Bratt .. Ok ? hahah..

Dia ni kaki internet gak la.. kaki chatting .. Satu hari dia kenal satu perempuan ni.. maka berkawanlah dalam dunia cyber tu .. Kawan punya kawan sampai la satu tahap , perempuan ni bagitau sapa dia ... Dia cerita segala latar belakang..

Antara yang aku ingat , dia ni ibu tunggal anak sorang.. Bekas suaminya pula jenis kaki temberang .. kuat cemburu .. Hartanya , habis dikebas dek lelaki tu dan dijolinya.. Kaki judi , arak dan perempuan .. Korang bayangkanlah , sampaikan si isteri ni balik dari kerja dan masuk je ke dalam rumah , tengok ada perempuan dalam bilik tidur dia.. dan berada di atas katil dia .. dan laki dia ( masa tu la ) boleh buat selamba jer .. Lagi best , dia suruh perempuan tu amik mana mana baju yang dia berkenan dalam almari isterinya tu .. Haa.. tak cukup dengan tu , sepak terajang lagi naik kat badan .. Bab harta , abis ditipunya .. kononnya nak buat bisnis.. maka si isteri pon turunkan tandatangan sebagai sokongan .. padahal , surat tukar hak milik rumah... maka rumah mereka tergadai ! Duit ? Main judi .. Ok.. tu serba ringkas..panjang kalau nak cerita .. Dah la dia berhenti kerja kerana laki tu suruh dia berenti .. Dan berhutang dengan along lagi ... camana tu ?

Maka bercerailah mereka dan si ibu tunggal tadi bawa anak dia ke kampung halaman .. Di sana , orang kampung mula tak senang hati .. termasuk la adik beradik dia sendiri .. Risau dengan status dia tu .. takut laki diorng nak pikat .. Huh.. Dia seolah olah dipulau .. hurmm..

Dicampur lagi dengan bekas laki dia yang giler talak datang menganggu .. nak rampas anak tunggal dia .. satu satu masalah timbul ...

Setelah kawan aku dengar semua tu , dia ajak perempuan tu kawin .. niat dia nak bantu perempuan tu dan anak dia ..

Haaa... macam tu la ceritanya ..ringkas dah tu.. hahaa... Maka , kita ini janganlah pandang sebelah mata pada ibu ibu tunggal ni .. ada faham ? Mereka sendiri pon tak nak bercerai berai tapi dah gitu jalan ceritanya , nak kata apa dah kan ? Sampai situ je jodoh mereka ... Kita kena la bantu .. bukan bantu tengok ! atau bantu buat madu ! tapi bantu memberi semangat untuk teruskan perjuangan .. Mana tau , jodoh mereka nanti dengan lelaki yang baik ... kan ? Tgk artis artis kita tu.. ramai janda .. kawin dengan anak teruna gitu .. mantap lagi.. haaa...

Kesimpulan ... janda always meletup !

Blogger sekalian.. Awas !

Cerita palsu ? Entri fitnah ? Pergh.. hati hati .. Sila bayar RM50,000 atau penjara setahun hukumannya jika disabitkan dengan pertuduhan .. ada berani ??

Maka dengan itu , kita dan mereka yang bergelar blogger tak kira otai , picisan , pinggiran atau berdiri atas pagar , kena la tengok kiri kanan sebelum mengeluarkan entri tu .. Negara kita ni berbeza skit dengan negara lain .. Walaupun kebebasan berblog tu ada namun masih ada batasan ..

Aku rasa batasan tu mmg patut ada ... kalau takde , entah apa punya cerita karut mengarut yang keluar .. Fitnah tu , jgn cakap la... dari mana dapat sumber pon tak tau .. Main sedap jer karang .. kan ?

Blogger ni adalah wartawan kecil yang 'berbayar' ( bukan semua ) ... hehe... maka entri perlulah benar dan tepat .. jangan main kaut je asalkan ramai pembaca .. Tamo tamo tamooo gitu... tak baekk tau.. Kena bijak dan pantas .. Macam wartawan original gak la... pantas dan cepat mencari bahan .. blogger kena la gitu ..

Maka dengan itu wahai sahabat sahabat ku sekalian ... marilah kita gunakan blog ini sebagai medium penyampai berita , maklumat , bahan rujukan yang tepat lagi benar... Aku yakin , satu hari nanti , kita pasti dapat tumpaskan mereka.. Eh.. silap .. salah entri ... Yakin blog akan menjadi bahan bacaan no 1 di Malaysia .. kan kan ?? Manalah Majalah Blogger Malaysia tak terbit terbit lagi nehh...

sumber : Hmetro

BA : Ada mata , pandang ... ada telinga , dengar .... sambung sendiri

80% wanita salah pilih coli

Maaf yer .. memandangkan majoriti pembaca blog aku ni adalah perempuan , maka aku nak berkongsilah maklumat ni .. terjumpa tadi .. rasa cam ok je nak kongsi.. jgn pk bukan bukan yer .. aku pon kena tau gak .. mana la tau kan.. nanti ada anak dara ... leh bagi taklimat skit kat dia .. sapa tau ??

PEMILIHAN saiz coli yang sesuai sememangnya mampu membentuk kontur badan wanita.

Dilaporkan lebih 80 peratus wanita di negara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara berikutan kurangnya pendedahan terhadap pengetahuan untuk memilih saiz coli yang betul. Mereka juga kurang didedahkan dengan kepentingan coli pada payudara yang menjurus kepada kesihatan tubuh badan.


Penggunaan coli yang betul boleh diibaratkan sebagai lapisan kulit kedua bagi wanita. Namun, kebanyakan wanita memilih coli dengan hanya mementingkan aspek kecantikan dan lebih mengikut fesyen terkini semata-mata. Mempunyai bentuk yang menarik sememangnya menjadi aset kebanggaan wanita. Namun semakin usia meningkat, selain melalui proses kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan payudara menjadi punca kepada masalah payudara jatuh atau menggeleber.


Antara kesilapan yang lazim dilakukan ialah memilih saiz mangkuk coli yang terlalu kecil atau coli terlalu longgar, hinggakan tisu lemak di bahagian dada mereka ditolak ke belakang badan atau bawah ketiak. Ia boleh menyebabkan payudara kelihatan kendur dan kekurangan sokongan pada payudara juga boleh mengakibatkan rasa sakit di leher, bahu serta tulang belakang. Justeru, Neubodi berusaha membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi wanita dengan melatih setiap perunding khas untuk membantu pengguna mencapai transformasi segera ke atas tubuh menerusi pemakaian coli yang betul.


Melalui analisis dan diagnosis yang dilakukan ke atas pengguna, perunding Neubodi akan mencadangkan kepada mereka rekaan dan saiz coli yang sesuai. Ini membolehkan setiap pemakai mencapai kedudukan tubuh yang optimum serta mewujudkan penampilan yang lebih sihat, muda dan langsing.


Setiap pasang coli Neubodi direka unik, dipotong dengan cara tiga dimensi dan dibuat daripada fabrik berbeza serta berkualiti tinggi. Ia juga dijahit dengan tangan agar sesuai, malah padan dengan bentuk badan bagi menyerlahkan kontur yang lebih menarik. Selain itu, ia menawarkan sokongan ideal dan selesa kepada payudara. Neubodi tidak ketinggalan menawarkan coli bersaiz besar daripada mangkuk A hingga I pada tawaran harga berpatutan. Andai mahukan badan yang lurus dan tegak, perut yang kempis, kurangkan kesakitan di bahagian belakang dan bahu serta punggung yang mantap, kunjungi pusat jualan Neubodi di Empire Shopping Gallery (Subang Jaya), Dataran Sunway (Kota Damansara), Tropicana City Mall (Petaling Jaya) dan Hartamas Shopping Centre (Sri Hartamas). Untuk maklumat lanjut, layari www.neubodi.com atau hubungi 03-61408385.

sumber : Hmetro

Kak , saya kerja kat sini gak ..

"Cepat kak ... lari skit ... pintu lif ni nak tutup .. "

Sorang sorang masuk .. Aku dok tekan butang 'open' ... Tak pe ... tunggu jelah yer..

"Eh , ada lagi tu.. siap berlari lagi.. tunggu sat Ben " getus hati aku ..

"Ok.. masuk dah.. " Aku tekan butang 'close' .. sambil tengok muka akak akak yang masuk tadi .. Muka masing masing wat dek jer .. tak de rasa bersalah langsung ..

" Kak .. saya kerja kat tingkat 23 .. bukan dalam lif ni " hati aku berbisik ..

" Kot ye pon , senyum la skit kalau dah nak ucap terima kasih pon berat ! " Mula bebel dah hati aku.. Nasib baik puasa .. terus aku batalkan niat aku nak menyambung kegeraman hati aku tu ..

Aku hanya mampu geleng kepala jer ... Dalam lif tu , semua bangsa aku .. Apa nak buek ?? Rasanya bukan budak kecik semua tu ... huhu .. dunia oh dunia ..

Nasib baik aku bijak !

Bijak kenapa ek ?? Bijak dengan bertindak dengan pantas sejurus aku mengetahui bahawa blog boleh menjana pendapatan sampingan ... Maaf .. sekali lagi entri berkaitan dengan $$ ..

Aku kecewa sebenarnya .. kenapa ? Tu biarlah aku simpan sorang sorang .. nanti kalau bicara secara terbuka ni tak pasal pasal aku lak naik mahkamah.. huhu.. tapi serius , mmg aku tak pueh hati .. tapi nak buat camana , nilah hakikat yang perlu aku terima ..

Tapi tak pe ... penyelamat keadaan ada .. senantiasa bertindak mengikut keadaan.. hehehe.. amik segala peluang yang ada .. Jangan diharap pada mendung dilangit . Teruskan mengali tanah ...cari mata air .. insyaAllah jika ada rezeki di langit pun dapat , di tanah pon ada .. yang penting adalah usaha ..

Alhamdulillah , aku kecewa sedikit namun bersyukur dengan hati yang terbuka .. Kiciwa kerana seperti tidak dihargai .. Rasa seperti berat sebelah .. Sebab itulah semangat aku agak luntur tapi tak mengapalah ... amanah perlu terus didokong .. tanggungjawab perlu ditunaikan .. Bersyukur dengan yang ada ...

Semalam aku cashout di nuff.. jumlahnya ? Erm... boleh dikatakan lumayan.. dan masih ada lagi yang dok running ( BUFF ) , dan tadi aku tengok ada tambah satu lagi BUFF ... Huhu.. mmg sungguh rezeki hujung tahun ni.. mmg setiap bulan aku akan cashout .. simpan terus dalam ASB .. hujung tahun baru kira .. tolak sana sini ( kos ) baru tau berapa hasil selama berblogging ni ..

Ada cara sebenarnya nak tingkatkan $$ dalam NUFF .. cuma tulah , kalau aku ajar nanti ada pulak yg tak senang hati .. haih.. nak buat camana ? Aku suka je berkongsi dengan semua tapi .. entah ler... penat minda ku ini .. Tak suka kedekut.. cerita beria ria , tapi ???

Kalau ada sesiapa yg berminat nak dapatkan tips ... bolehlah YM,FB atau email je pada aku ..insyaAllah aku bantu mana termampu ...

Kenangan Ramadhan bersama .. Zatul Alwani

Zatul Alwani .. ada cerita untuk kita pagi pagi ni .. dia nak berkongsi kenangan Ramadhan dengan kita ... apakah ?? hehe..

" Uhuk, puasa yang yok, kenangan terindah zaman kanak-kanak orang kata.. kalo takde kenangan camni, tak sahh!.. aku rasa, mesti semua orang penah ponteng puasa time kecik2 dulu kan?kan? toksah tipuu lah nak cakap kau tak penahh.. hehehe… at least teguk air lam toilet, kan? Betul dak? Tapi tu biasa punya taktik.. aku punya taktikk??? Jom baca…;) "

Nak baca ?? Jom ... >> Zatul Alwani

Terima kasih pada anda dan juga mereka ...


Untuk bulan Ogos dan hampir setahun usia blog BEN ASHAARI ...

Blog masakan menguasai carta top 10 ... huhu..

Terima kasih kerana sudi singgah dan menghabiskan masa membaca dan memberi komen yang bernas dah juga membina apa saja yang ada di dalam blog ini ...

Tanpa anda semua , blog ini tiada makna .. Juga buat mereka yang sudi meletakkan blog aku didlm bloglist mereka , jutaan terima kasih ... ada 1,340 referral kesemuaanya kalau mengikut pengiraan di dalam GOOGLE ANALYTICS ..

Erk.. aku tak sangka jumlah yang sudi meletakkan blog ben ashaari di dalam blog list mereka , sebanyak ini ! TERIMA KASIH sekali lagi ... terharu aku ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI