Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 4 September 2010

Dan jawapannya ialaaaaaaaahhhh ...

Jawapan untuk soalan tadi ialah :

D untuk DAVIDOFF CHAMPION PERFUME ... aku baru beli tadi kat Alamanda.. Terbang RM300 .. Kata promoter tu , perfume ni sesuai untuk orang kuat berpeluh .. haaa.. termasuk jugak orang yang suka g gym.. kira lagi berpeluh lagi seksi laaa ... wow weee ..

Siap dapat mintak sample Burberry lagi.. Memula tu aku nak amik Burberry Sport.. sedap bau dia tapi bila dah bau Davidoff ni , terus aku sambar .. Yang PlayBoy tu aku beli untuk pakai waktu petang , lepas g gym jer .. hehe.. Jimat jimat ..

Jadi bagi mereka yg meneka , DUMBELL tu , harap maaf la yer.. hahaha.. takkan la aku nak bagi soalan semudah itu je kot ??? Hahahaha .. maaf yer.. jgn marah ... selamat hari raya .. maaf zahir dan batin yer ... hehehe...

Mat Gebu dah jadi tokey besar rupenyer !!


Tidak ku sangka wahai abe Mat Gebu (CMG ) ! Dah buat bisnis baru diam diam ehhh ... awat tak habaq kitorang neh ?? Takut kitorang mintak diskaun yer ??? Jangan la gitu ... Sungguh pon kitorng ni suka mintak diskaun tapi kalau kawan kawan niaga , takkan nak mintak diskaun kot ? Kitorng siap bagi kompaun lagi , haaa ...

Abe Mat , dah bukak berapa cawangan ? Tamo bukak kat Putrajaya ke ? Mesti meriah gitu... gitu gitu , gitu .... haaa.. akak pon tumpang gembira tauuu .. Huk aloh... buang tebiat ke aku neh ??

Gini cerita dia ... tadi , la kan .. aku dok window shopping kat BLOGGER BUZZ ( kat shopping complex Blogspot ) , aku ternampak laa seorg yang aku kenali amat sangat walaupun tak pernah bersua muka tapi baik sungguh orangnya dan sangat pemurah yakni , SUEJOSHUA .. ada sesuatu yang telah menarik perhatian aku .. Rupanya rupanyaaa .. si Mat neehhh .. dah bukak butik kauuu .. bukan butik kau tapi ... tengok la sendiri haaa gambar ni ...

Amacam ?? Tak percaya lagi ?? Gambar ni aku amik dari blog SUE .. Dia yang shopping kat situ..
Tidak ku sangka Mat !! Selayaknya CMG tukar nama dah .. jadi DMG !! Datuk Mat Gebu .. huhu.. kan kan ??

Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?

Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Ina, Johor


Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:

“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.

Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:

“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:

“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).

Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.


sumber : DRMAZA

Cuba teka , apakah ini ???



Tengok betui betui .. Perhatikan dengan teliti .. apakah ini ??? Klu ?? Takde klu.. hahaha ... ok ok.. bermula dengan D ... alalala..

Hadiah ?? Takde hadiah .. hahaha.. ok ok.. kalau sapa betul ..bagi jawapan dengan tepat dan paling pantas , maka aku akan buat JELAJAH BLOG AIDILFITRI buatnya .. satu satunya JELAJAH BLOG edisi khas untuk tahun ini .. Amacam ??? Siap ropol ropol lagi .. hahaha ..

Ok .. berikan jawapan korang di ruangan komen .. Jawapannya , tengah malam nanti .. hehehe ... Cepaattt....

Hurmm.. sedapnyaa...

Sedap giler rasanya .. aku plan nak simpan untuk raya tapi dah tak tahan sangat.. aku makan guna je la .. hehe..

Tu la .. jgn ingat yang tak popular tu tak best .. Sapa kata tak popular ? Popular sebenarnya tapi kita dibutakan dek promosi bertali arus jer . Dok mengagungkan yang tu jer maka yg lain jadi tak best ..

Harga ? Murah berbanding yang dulu dulu aku suka pakai tu .. Kualiti pon best .. Keselesaan ? Mmg aku berpuashati .. kalau ikut aku , mau je ajak g sambar lagi .. hahaha

Ingat lagi seluar LEE yang aku beli ari tu ?? aku dah rasmi tadi.. Yelah , nak tunggu raya mendanya .. dah ada depan mata .. guna je la .. hehehe .. Lagi pon keluar dengan isteri .. kena la cun cun skit .. Ni takkan nak g kerja je mesti cun kan ??

Berhati-hatilah wahai wanita ..

Dunia makin kejam .. $$ semakin menjadi maharaja ... Segalanya dh bertuhankan $$ .. demi $$ , manusia sanggup lakukan apa saja asalkan tercapai segala agenda ..

Itulah dunia yang kita berada skang .. ke mana mana saja $$ .. takde $$ mmg boleh membuatkan seseorang tu murung .. Tak kira bujang atau berkeluarga , $$ mmg jadi keutamaan dari dulu sehinggalah sekarang ..

Aidilfitri semakin hampir .. Ekonomi pula belum pulih .. Nak cari kerja pon susah .. sedangkan peluang $$ ada di mana mana cuma sikap MALAS tu je yang menguasai diri .. Disbbkan itulah ada manusia yang dihasut syaitan agar melakukan perbuatan terkutuk !

Kebelakangan ini kita sering lihat wanita menjadi mangsa .. begitu juga dengan lelaki .. Terbaru , sekumpulan 4 lelaki menculik seorang wanita di depan sebuah pasaraya di Kuala Lumpur .. Mangsa di heret dan dicampakkan ke dalam sebuah van kemudian dipaksa menyerahkan telefon bimbit dan barang berharga miliknya termasuk dokumen penting .. Kemudian mangsa dicampak di Stesen Komuter Sungai Buloh dalam keadaan tangan terikat.Dipercayai dilakukan oleh orang tempatan .. ( Hmetro )

Hurm... skang ni , nak ke mana mana perlu waspada ... walaupun berteman namun penjenayah tidak takut melakukannya .. Walaupun ada ramai orang pon mereka masih berani melakukannya .. Ini kerana mereka pastinya bersenjata dan mereka yang terlihat kejadian tersebut sudah tentu takut untuk membantu ..

Nasib baik tak dibunuhnya perempuan tu .. haih... Malang bagi seorang guru agama yang dijumpai mati dibunuh dirumahnya semalam ... Al fatihah buat rohnya .. ( Hmetro )

Wahai wanita .. jika tak perlu keluar dari rumah , jangan la keluar .. elakkan membawa atau menunjuk harta benda bernilai di depan orang ramai .. Biar nampak papa .. asalkan nyawa terselamat .. Jgn sesekali mengundang malang .. 'Syaitan' memerhati anda dan mereka berada di sekeliling kita ...

BA : Aku tak tau la apa dalam kepala penjenayah ni .. diorg tak kesian ke kat orang orang yang mereka aniaya ni ??? haih ...

BLOGGER : Apa yang patut anda lakukan sekiranya dapat Buffered ( BE ) di Nuffnang ?

Ada blogger tanya kat aku berkaitan soalan di atas ... Isu ni pernah aku keluarkan dulu .. secara ringkas je ... Kat sini aku akan bagi link , dan korang baca yer .. (BUFFERED ) .. Ini sekadar pendapat peribadi aku ... Kalau ada yg berminat nak menambahnya , dipersilakan ...

Ramai yang tak perasan jika dapat BUFFERED .. senantiasa perhatikan blog dan juga Earnings di Nuffnang .. Tiba tiba je boleh ada BUFFERED EARNINGS .. Kalau dapat tu , bermakna dia nak kasi korang bonus untuk bulan tu la .. tak perlu tunggu setiap hari Isnin untuk mengetahui jumlah $$ yang korang dapat pada minggu lepas .. Yang ni tips untuk BLOG

Tips ni aku dapat dari seorang sahabat yang popular tapi dia bukan blogger namun dia gemar mengorek rahsia blogger top .. hehe.. Thanks bro .. dia cuma suruh aku rujuk pada sebuah blog seorang perempuan muda yg mana $$ setiap bulan dia mencecah 4 angka padahal dia masih lagi belajar ... dasatkan ?

Aku masuk dan baca... simple je blognya.. cerita tentang kehidupan dia tapi bijak menyusun atur blognya .. Aku masuk sekali tu jer.. terus aku print entrinya dan aku kaji .. Aku mencuba ideanya .. Ternyata benar.. Perubahan berlaku sekelip mata ..

Dulu , aku macam korang gak .. mengeluh .. rasa tak berbaloi .. setiap minggu dapat sen sen jer .. hari hari update .. tapi hasilnya ?? Nak kata tak de orang baca , ramai jer .. tapi bila hari Isnin jer .. tngok , 25 sen...50 sen .. huh.. Pastu , iklan tak keluar keluar .. bila keluar , sekali .. pastu ilang .. Mmg aku tensen.. Kemudian aku beralih arah .. guna Adverlets dan Innity .. Bila aku bandingkan ketiga tiga , aku buat kesimpulan untuk kekal dengan NUFF .. Hehe.. tak pe la , kena sabar .. Akhirnya , kesabaran aku dibayar dengan setimpal dan berbaloi ..

Jadi blogger ni kena bijak .. kena kreatif .. kena rajin .. Gabungkan ketiga tiga ni , insyaAllah .. setiap bulan , korang akan dapat duit saku hasil dari blog .. Dari membuang masa melepak , bergossip lebih baik cari duit poket .. Inilah masanya sementara berkemampuan melakukkannya .. Sapa tau , satu hari nanti masa mencemburui kita , nak tengok blog pon dh tak sempat .. InsyaAllah .. harapnya tak berlaku sebabnya , blog bagi aku umpama tempat 'berborak' .. luah perasaan dengan kawan baik .. Yelah kan .. kena tulis dengan lemah lembut dan sopan santun .. Orang membaca blog kita .. Tak kira muda mahupun yang .. senior.. hehe... Tengok , lembut je kata kata aku kan .. hahahaha.... Guwau jer..

Akhir kata .. wahai sahabat sahabat ku yang masih baru ... kesabaran tu penting .. mana ada majalah yang baru diterbitkan terus meletup ? Mereka siap bagi percuma lagi sebagai promosi .. Disamping itu mereka membaiki setiap kekurangan dengan melakukan kajian .. Jangan terlalu cepat berpuashati dengan blog korang .. Rajin rajin buat kaji di blog blog orang lama ... Jika buka mata seluas luasnya korang akan nampak 'rahsia' kejayaan mereka ... Segalanya di depan mata .. Mahu atau tidak jer ... Semoga berjaya .. Nak ucap selamat hari raya pon , lambat lagi kan .. hehe.. Selamat membaca yer ... Jadilah blogger yang terbaik di kalangan terbaik .. Aku harap korang berjaya melakukannya .. InsyaAllah ..

BA : Aku hepi bila tengok kawan aku hepi ... Aku faham erti kecewa ..




Isteri tidur berdengkur .. Apa yang patut si suami buat ?


Eeewwww.... perempuan berdengkur ??? Buruk benor rupenye ehh ??

Tapi tulah hakikatnya .. tak kira laki ke perempuan ke , sama jer .. cuma perempuan berdengkur ni , tetap maintain cun .. Tak caya ? Cuba tanya akak akak yang dah kawin tu .. mesti diaorg akui .. kalau tidur berdengkur tu , laki dia kejut .. kan ? Pastu bila dah jaga .. haa... ok .. balik ke topik asal .. lalala ... ( tau tau ngandung ) ...

Seperti perempuan tadi , wahai lelaki .. sila pastikan yang tidur berdengkur di sebelah anda itu adalah isteri anda .. Jika bukan , sila balik ke rumah anda !! Anda sedang melakukan dosa besar .. Balikkkk !!

Ok.. kenapa isteri kita tidur berdengkur ?? Cuba perhatikan rutin hidup mereka .. Celik je mata ... terus ke dapur .. Terus laksanakan tugas seorang isteri .. Berbeza lelaki .. Celik je mata .. nak tutup balik mata tu .. kan ? haaa .. percayalah .. mula mula jee.. tapi bukanlah semua gitu kan .. cover line skit neh.. jaga maruah lelaki .. lalalaa

Isteri ni , selagi ada dalam rumah selagi tu ke hulu ke hilir ..adaaa je keje nak buat .. Wahai suami.. tahukah bagaimana nak hentikan mereka ini dari bergerak ?? Ada dua .. satu .. sila pasang drama di tv ... tak kira drama melayu, korea , jepun , indonesia , hindustan .. pasti mata mereka terjeling jeling .. Kalau mereka terus buat kerja tu , anda cubalah cakap dengan tv tu .. kira korang beri perhatian pada drama tu la.. mesti tergoda punyalah ! Cara kedua , cuba ajak g shopping .. kata korang dapat bonus ! Tak sempat kelip mata terus dia g bersiap wooo ...

Kalau dibiarkan mereka ni bergerak tanpa henti , maka bila malam menjelma .. belum sempat korang nak ucap selamat malam , dia dah ucap dulu .. dalam bahasa Jerman ! Sah takkan paham .. KROHHH KROOOH KROOH ! Ertinya ... PENATT ... PENATTT... PENATTT ...

Lelaki punya KROH berbeza .. membawa banyak maksud ... aku tak mo bincang kat sini .. kang aku kena tidur luar lak malam ni ... dengeres.. hahaha...

Maka , bila isteri kita tidur berdengkur , maka kejutlah dia secara romantik .. Auwww... Bisikan di telinganya ... sentuh ibu jarinya dengan lembut .. betulkan kedudukan kepalanya ... Kemudian , dodoi sampai dia lena.. pastikan dia lena yer ... jgn buat kerja lain lak ... tak ilang penat dia nanti .. kang awal pagi dah bangun , korang bantai tidur lagi... sampai kiamat la dengkur dia tak ilang ..

Satu lagi tips .. masas isteri korang tu nak tidur ... kasi la urutan satu badan ... ehem.. yg belum kawin , sila tekan pangkah di penjuru kanan browser anda yer .. Tunggu dah kawin , baru leh sambung baca ... Ok , sambung .. gunakan minyak aromaterapi yg mengasyikan .. kasi dia rileks... baru leh tidur dengan aman ...

InsyaAllah ... jika digunakan tips ini , maka isteri korang pasti akan menyediakan sarapan pagi yang enak banget !! Sampai ke katil dibawanya hidangan tersebut .. Tak caya ? Cubalah .. lalala
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI