Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 September 2010

Aku digoda dan aku tergoda .. Perlukah aku curang

 

Aku pernah beritahu pd wife aku .. Dia suruh aku banyakkan beristighfar .. Cukup la satu .. kenapa nak sampai dua atau pon tiga ? Aku beritahunya yang aku dah tergoda dengannya .. Tak kira ... kalau aku nak , aku tetap nak .. akan aku usahakan sampai aku dapat  !

Skang , aku ada alasan kukuh untuk aku memilikinya .. Walaupun wife menentang keras , aku akan dapatkan .. Aku bukan guna duit orang pon.. duit aku sendiri .. so what ?? Bukan buat pinjaman bank atau pon along !! Huh ..

Apa lagi yang aku perlu tunggu ? Dah cukup lama aku nantikan .. Sabar .. sabar .. sabar .. sampai bila ? Skang dah tiba masanya .. Aku takkan pandang ke belakang lagi .. Aku akan dapatkannya ..

Balik KL ni aku akan selesaika segalanya .. Aku akan pergi meminang dan insyaAllah akan terus berkawin dengannya .. Aku takkan berpaling lagi !! HTC oh HTC .. aku pasti memiliki mu satu hari nanti !!

Aidilfitri 2010 : Raya 1 - Cari pasal !

 

Ni baru betul betul cari pasal !!!!! 

  1. Dah tau ada darah tinggi , g makan daging sapa suruh ? kan dah sakit kepala ! Ingat ada ubat , maka pantang larang boleh dilanggar la ek ? Rasakan ... kan dah tersadai dalam bilik ! hellpp !! helpppp... nasib baik bawak roselle knor bgi tu .. huhu..
  2. Dok cakap sangat nak tukar handphone... tu la.. handphone tu dah merajuk ... haih ... tadi masa aku nak naik ke bilik , handphone kesayangan aku yang dah berbakti hampir 3 tahun tu , dah tamat riwayatnya disebabkan jatuh diatas tangga disebabkan kelalaian aku .. duit lagi ni.. haih.. bahaya nih ..

Erm... hari ni je 3 kes .. tadi pasal kereta aku ... ni sakit kepala.. diikuti dengan handphone rosak .. huih... Mintak dijauhkan dari segala bala bencana lagi..

Pengertian OM bagi agama Hindu ..

 

Di awal cerita JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK , ada watak seorang bomoh membaca mantera untuk menghalau saka pada tubuh mangsa .. disebutnya "OM " berulang kali .. Mungkin ianya sekadar skrip je tapi kadang kadang kita tak sedar perkara perkara yang tak disedari yang boleh membawa ke syirik kecil .. rujuk > SYIRIK manakala pengertian OHM bolehlah dirujuk di sini >> OM

Wallahu'alam ..

 

BA : bukan ohm elektrik tu yer ...

Aidilfitri 2010 : Raya 1 - Mental horizental betui !

 

Adus.. kemek sudah kereta ku ini .. Bukan sebab langgar tapi sbb kesilapan sendiri .. haih..

Aku nak keluar dari parking kat umah ayah mertua aku tu.. tak aku sedar sewaktu nak membelok ke kiri ( biasanya ke kanan ) untu keluar tu ada anak tangga kat sebelah aku.. mmg takkan nampak dalam cermin sisi ..

" Screettt ! " merdu jer bunyinya ...

" Ah , sudah " .. hati aku membisik.. aku berhenti jap.. bukak pintu .. nampak... tersangkut .. haih.. geram tul aku.. terus hilang mood nak drive tapi memandangkan ayah mertua , adik ipar aku dalam kereta gak , aku teruskan niat ke rumah adik ayah mertua aku ...

Tapi mmg aku tak de mood langsung.. nak makan pon mati dah nafsu .. Nasib baik tempat yang kemek tu , ada bekas lama gak.. kira ada 'kelukaan' lama hasil karya seni wife aku sewaktu mula beli kereta ni dulu .. kira nanti g repair tu , buat semua sekali la.. aku ingat nak tukar cat sekali .. nak wat color pink gitu ..

Namun aku bersyukur , 'kelukaan' kereta ni kecik berbanding berita yang kitorang terima dimana ada jiran berhampiran , kematian anaknya disebbkan kemalangan .. masuk berita semalam .. 3 anaknya terselamat cuma ibu dan ayah saja .. erm...

Entahlah .. betul jugak kata mak mertua aku tadi .. Kita ni , kena tengok orang yang dibawah kita baru kita reti bersyukur.. kalau dok tengok kat atas jer , susah la.. kecuali bila bab ilmu ni kita kena ikut yang berada diatas ... kan kan ?

Khairy tak bijak orangnya eh ??

 

Nak tegelak bila baca kenyataan dari Menteri Luar , Datuk Anifah Aman berkaitan isu Indonesia - Malaysia tu .. Aku ingat lagi kenyataan Khairy Jamaluddin yang mencadangkan agar Malaysia menarik balik kesemua orang orang di kedutaan Indonesia sebagai tanda protes ( eh ? ) .. huhu..

Aku ada terfikir gak pada mulanya .. tapi kalau berbuat gitu , tidakkah akan memberi kesan pada negara yang mana pasti akan mengeruhkan lagi keadaan .. Aku tau kenapa si KJ mengeluarkan kenyataan tersebut .. Ini kerana anggota keselamatan di Indonesia tu tidak menghalang mereka ( BENDERA ) dari memasuki kedutaan Malaysia ..

Tak patutkan ? Kalau kat negara kita ni , org kita baru je nak bakar bendera pon dah kena tangkap .. kat sana ?? Siap boleh buat khemah depan tu ..

Berbalik isu si Khairy - Anifah ni .. lantak diorng ler ...masing masing ada 'power' ... tunggu je la si KJ ni nak kata pe.. kan kan ?

Kesian kat diorg kan ..

 

Aku tak boleh nak kata aku memahami perasaan diorng sbb aku bukan berada di tempat mereka .. Apa yang boleh aku sampaikan rasa simpati aku terhadap mereka ..

Kasihan .. sehingga sekarang tiada khabar berita dari mereka .. Lama jugak diorng hilang .. Sejak 30hb Ogos ari tu kan ? Skang dah 10hb Sept .. Haih.. Apalah nasib diorng tu ..

Dengarnya sewaktu dia hilang tu dia bawak duit sehingga berjuta juta ( 4 juta ? ) .. Aku tamo kata lebih lebih .. kang jadi salah faham lak.. Cuma apa yang aku nak sampaikan pada keluarga mereka itu , banyakkanlah berdoa .. InsyaAllah mereka selamat ..

Raya ni ramai yang bergembira namun masih ada yang berduka .. sama samalah kita semua berdoa buat mereka yang bernasib malang itu agar dipelihara Allah ..

sumber : HMETRO

Aidilfitri 2010 : Solat Jumaat - nasib baik ..

 

Hurm... tertido lepas balik beraya tadi.. Tidur tak hengat dunia jer .. nasib baik wife aku kejut lepas dia balik dari beraya ... kalau tak , hehe.. solat zohor je ler aku tadi ..

G solat kat masjid dalam kem desa pahlawan .. Entah mengapa tiba tiba hati aku tersentuh bila melihat seorang anggota tentera lengkap berpakaian  .. Pengorbanan mereka menjaga sempadan negara dikala kita semua bergembira di hari raya .. Mengeleng kepala aku bila teringatkan ayat ayat di FACEBOOK  yang bencikan negara kita ini mahukan kerajaan mereka berperang dengan negara kita semata mata kerana negara dia memiliki kekuatan tentera .. Huh.. apakah dia fikir rakyat negara ini berpeluk tubuh ? Hurm... Aku cukup geram bila dpt tau ada dalang di dalam negara kita yang melagakan kedua dua negara ISLAM ini .. Apakah agenda politiknya lebih besar dari keamanan negara ? Huh.. aku harap kerajaan amik tindakan sewajarnya seperti penjarakan je bawah tanah sekiranya terbukti mereka ini terlibat !!

Aidilfitri 2010 : Raya 1 - Arghh..

 

Selesai solat sunat Aidilfitri .. huhu.. kesian pulak kat adik ipar aku nih.. dah la sakit tekak ala ala Mat Gebu sakit tetak tekak ari tu ..Imam pulak tak datang .. tak pasal pasal dia jadi imam sekali .. huhu..

Lepas solat sunat , khutbah raya .. memandangkan suara dah ala ala papa rock gitu maka dia kena la slowkan sedikit suaranya .. Nasib baik duk depan gitu aku .. bolehlah jelaslah sikit ..

P9100765

Lepas tu , aku balik ler rumah terus ... Ayah mertua aku lak ajak pusing kampung dengan geng geng surau .. adusss... mula mula kena g umah ayah tua ( ayah kepada ayah mertua aku merangkap otai kampung ) pastu g umah adik beradik dia... huhu... aku mengekor je laa... kot kot dapat duit raya kan ? sapa tau.. hahah..

Tapi tu episod ngan ayah mertua .. Mak mertua aku lak , ajak g lagi karang.. lepas solat jumaat .. Huk aloh .. 2 round tuu.. kalaulah aku bawah umur lagi , cuba bayangkan duit raya yang akan aku kutip ?? Boleh sambar D300s tuuu ..

Skang D300s adalah sasaran aku yang berikutnya .. huhu..

Aidilfitri 2010 : Raya 1 - Pagi

Segala kegiatan perlu di log kan agar menjadi rujukan pada masa akan datang .. hehe.. mana tau kot kot raya tahun dpn , beraya kat KL lak .. walaupun beraya kat KL tak meriah tapi kena berlaku adil .. kita pon ada parents bukan ? Nanti terasa pulak mereka ..

Ramdhan berlalu , Syawal menjelma ..Kesilapan terhimpun , maaf dipinta .. Perut yang nipis , pasti memboroi ... bonus yang diterima , bakal mengalir keluar .. Apakan daya , itulah rezeki namanya .. Kinta menerima , kanak kanak gembira .. Jangan berduka di hari raya .. Hayati sebenar tujuan Syawal .. Kemenangan berperang menentang nafsu diri .. bukan berpesta muda mudi .. atau pesta menghias diri ..

Aku tak tau apa plan pagi ni selepas solat raya .. nak merayau ? Aku rasa lom lagi kot .. mungkin kalau wife nak ajak merayau pon lepas solat jumaat la.. aku tak de feel nak berjalan lagi ni.. tapi tak tau la karang camana kan ..

Apa warna baju raya korang tahun ni ?

Mana lagi best ?

 

Raya di kampung lagi seronok atau raya di bandar lagi best ?

Hurm ... aku tau apa jawapan korang .. tak kira di mana sekali pon asalkan ada orang yang kita sayangi di samping.. kan kan ? Kampung atau bandar hanyalah sekadar penyeri suasana .. Sapa kata kat bandar tak leh bakar lemang ? Sapa kata kat bandar tak leh pasang pelita atau mengacau dodol ? Kat mana mana pon boleh buat semua tu .. cuma kalau bagi mereka yang membesar di kampung , sudah tentu seronok beraya dengan kesemua ahli keluarga .. kan ? Kena pulak kawan kawan sepermainan semua balik ke kg gak .. Pasti mengimbau nostalgia dulu dulu .. Saat saat mencari rumah paling banyak bagi duit raya pastu pakat buat raya berkali kali .. huhuh..

Tapi aku kureng skit nak g beraya umah org ni .. segan .. tapi kalau umah kawan kawan rapat tu , ok je .. yg nak g serbu rumah orang ni buat malu.. ala.. semua ni berlaku zaman sekolah rendah jer .. nak collect duit raya untuk beli pistol mainan.. hahaha..

Kampung aku di Pulau Pinang .. Tanjung Tokong dan Balik Pulau .. Dua tempat tu mmg masih meninggalkan kenangan manis buat aku .. Aku masih ingat lagi umah arwah nenek belah mak aku .. mmg meriah bila ramai berkumpul .. cuma aku ni bukanlah cucu feveret .. kira agak terpinggir la skit.. malah nak bermain dengan sepupu sepupu yg lain pon agak kureng sbb jarak umur .. aku dikira kanak kana tabika la .. mau tak mau , aku main je ngan adik laki aku .. huhu ..

Jadi skang ni , kalau tak balik ke Penang pon aku tak kisah sangat .. cuma aku masih ada pakcik feveret aku kat sana .. Kalau balik pon mmg ke rumah dia .. atau ke umah nenek aku ( mak ayah aku ) .. cuma kat situ , aku ramai sepupu perempuan .. Zaman aku tu , diorg ni pakat dok ngintai dari tingkap je.. hahaha... adeh. malu la konon.. haih ..macam macam ..

Skang ni , aku kembali beraya di kampung .. tapi belah wife aku .. di kelantan .. bestkah ???  :) ..alhamdulillah ... keluarga dia mabeles ! Esok adik ipar aku yang baru umur 17 tahun , nak kena baca khutbah raya lagi.. tahun lepas dia gak .. katanya bergilir tapi cam takde harapan jer .. dia gak kena .. hahaha .. Aku ?? suh baca bil air surau boleh la .. hahahha

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI