Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 11 September 2010

Rancangan TV semakin membosankan ..

 

Adus.. yeker ? ASTRO ... bayar mahal mahal ..cerita ? Dok ulang dari awal tahun lepas sampai skang .. berkali kali main ... Kalau nak tengok movie lain , sila bayar lagi.. nak tengok tu , bayar lagi.. nak tengok ni bayar lagi.. Berapa banyak bayar da ??? Bila hujan , tgk jentik jentik kat tv , sapa lak nak bayar ? aisey.. buat la satu pakej jer .. kan senang .. Dah la bayar , siap ada iklan lagi !! Dulu kata ASTRO tanpa iklan .. skang iklan ngan movie sama naik ... apa kes ?

Rancangan kat TV1 , TV2 dan yang lain ... lebih kurang je la.. takde yang membina minda betul .. Ada ke ?? Kot ada la .. aku yang terlepas pandang .. tapi bila malam menjelang , mmg sangap .. ke sebenarnya aku semakin tua ??

Dulu bapak aku cukup menyampah tgok cerita melayu kat tv... Skang baru aku tau perasaan dia .. Waktu dia kata menyampah tu aku ingat dia jeles la kot.. hahahha.. sebab tv anak dia konker abis abisan ...

Aku terpikir gak .. last cerita melayu yang aku tengok dan ada mesej ialah PAPADOM .. lain dari tu .. apa ek ???  hurm.. tak pe.. aku nak tunggu Merong Mahawangsa lak .. mana tau lain dari yang lain kan .. hehe...

Jika aku berhenti berblog .. itu tandanya ..

 

Sebelum aku mengenali dunia blog , aku hanya menghabiskan masa dengan mengupdate status di blog .. Main game tu tak la. Sbb mmg bukan jenis aku dok layan game kat internet ni .. Kenapa ? Ada banyak pendapat la kan.. Jadi terpulang pada masing masing ..

Wife aku adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan dunia blog .. Pada mulanya aku tidak berminat langsung . Kenapa ? Hurm.. aku tak tau kenapa tapi yang pastinya aku tak mencubanya lagi .. Hehe..

Kali pertama aku mencubanya bila wife aku meminta aku membuat satu blog untuknya .. Mudah rupanya .. Dulu aku pernah memiliki blog sendiri tapi bukan seperti skang ini.. Dulu aku buat dalam geocities .. laman web percuma .. Di dalam tu , aku menulis cerpen..Kisah cinta .. ehem .. cinta sapa ? Ada laa.. haha.. Ala , zaman aku blajar dulu .. Tidak lama kemudian , aku padamkan segalanya .. :)

Dan inilah blog pertama aku .. BEN ASHAARI.com .. Setelah mengetahui di dalam blog ini adalah tempat mencurahkan segalanya ( aku ingat blog dulu hanya untuk orang politik ) maka aku menggunakan sepenuhnya keistimewaan blog ini .. Aku jadikannya tempat luahan perasaan aku dan juga diari kehidupan .

Ada pelbagai dugaan aku terima . Namun segalanya aku telan saja .. Lumrah kehidupan .. Untuk maju , aku perlu langkah ke hadapan dan menoleh kebelakang untuk memastikan langkah kita itu benar dan tepat ..

Pada mulanya , aku ingat blog ini semudah yang disangka.. Buat je , nanti ada la orang masuk baca .. Sapa yang nak masuk baca ?? Sapalah kita ini untuk menjadi tarikan orang untuk membaca kisah kita ? Aku bukan artis.. Aku bukan ahli politik malah bukan juga cendiakawan .. Jadi bagaimana aku nak suruh orang masuk baca blog aku ? Pelbagai usaha aku buat .. Kajian demi kajian sehinggalah aku terjumpa resepi aku tersendiri .. Namun begitu masih ada yang memandang remeh .. Apa nak buat kan ? Bukan senang nak memuaskan hati semua orang ..

Aku tetap dengan langkah aku ..  Biarlah mereka nak mengeji dan mengata .. Biarlah yang mengenali aku sahaja tau apa niatku .. Aku bukannya insan mulia .. Aku sedar semua itu ..

Aku terfikir .. Apalah yang mampu aku tinggalkan untuk mereka yang mengenali aku sekiranya aku tiada lagi di dunia ini ? Biarlah secebis kenangan ini bisa menghilangkan rindu mereka buat aku..

Maka sebab itulah aku akan senantiasa mengemaskini blog ini .. Blog ini umpama diari kehidupan aku .. kemana saja .. apa saja .. akan aku update .. Beri aku 5 minit maka akan aku gunakan dengan sebaiknya ..Tiada sebab .. tiada alasan .. antara malas dengan tidak sahaja..

 

DSC_0554

Peneman setia aku .. Senantiasa berada di dalam beg sandangku ..

DSC_0756

Malah di gym pon akan aku update sekiranya ada sesuatu di benak aku.. Takkan biarkan ianya berlalu begitu saja ..

DSC_0647

Setiap pagi dan petang mahupun malam , jika aku berada di ERL dan di dalam ERL , aku akan tetap update .. Masa itu emas bagi aku... terlalu berharga sekarang !

image

Ketika bersosial sendiri pon akan aku update blog.. Alhamdulillah , aku memilik rakan rakan yang memahami minat aku ini ..

DSC_1058

Pergi membeli belah bersama isteri , akan aku tetap update .. Peluang update itu akan datang bila dia nak ke tandas atau nak mencari sesuatu yang memakan masa maka aku akan cari tempat duduk lalu keluarkan laptop.. hehehe..

DSC_1221

Dalam kereta ? Hanya akan berlaku sekiranya aku jadi penumpang .. Takkan aku nak bahayakan nyawa orang lain kan ? Aku masih waras .. hehe..

DSC_0288 

Pergi bercuti ? hehehe ... cuti cuti gak kan .. blog perlu diteruskan .. walaupun tak kerap namun perlu diupdate ..

Setiap kali aku update , satu kepuasan timbul dihati aku .. walaupun ringkas tapi sampai maksud .. Sepanjang setahun aku berblog , pelbagai kritikan membina aku terima .. Antaranya entri yang terlalu panjang.. penggunaan bahasa yang tidak standard .. dan banyak lagi.. satu satu aku ubah .. dan aku masih lagi dalam proses pembelajaran ..

Aku dan kamu sama saja ...tidak ada kurang , tidak ada lebih .. hanya usaha sahaja akan membezakan kita .. Siapa rajin , dia diatas ..

Blog ini hanya akan terhenti bila aku sudah tiada lagi di dunia ini .. InsyaAllah ..

BA : Jangan salahkan penonton jika stadium kosong sedangkan corak permainan tidak berubah dan tidak bermutu ..

Pelik tapi benar ..

 

Jalanraya depan umah mertua aku ni kan , aku tak pernah tengok ada kenderaan bergerak dengan perlahan .. semuanya menderu laju .. Yang aku peliknya , ni dah kira kawasan kampung dan bukannya highway tapi menderu seolah olah 110kmj punya had ..

Apakah kempen kempen keselamatan yang dibuat kerajaan tidak mendapat sambutan ? Saban hari ada saja yang menjadi mangsa kemalangan .. Takkan kerajaan nak tunjuk gambar mangsa tu kat dada akhbar mahupun media elektronik ? Mau pengsan orang yang tengok nanti.. dok elok elok nak makan ketupat , terus jadi lemang orang yg tengok tu haa..

200438.thumb 200453.thumb

Kalau tak sayangkan nyawa sendiri , jgn korban nyawa orang lain .. Kalau gambar ni belum mampu memberi kesan pada anda , aku ada blog yang mana korang boleh jadikan rujukan dan panduan sebelum memandu kereta ala ala schumacher ..> SINI

Bagaimana aku nak harungi 4 hari lagi kalau ..

celcom

Kalau beginilah ke' poweran 'an CELCOM , aku rasa lg 2 hari tekanan darah aku mencapai tahap maksimun .. Di sini jugak MAXIS menunjukkan kecemerlangannya .. Tapi tak de bukti bergambar namun aku pernah gunakan MAXIS cuma yang tak bestnya MAXIS ni takde unlimited .. tu satu hal gak ..

Kat Malaysia ni , broadband masih lagi menyedihkan .. bunyi je gempak.. dah nak sampai tahap 4G padahal , masih ibarat EDGE punya jer ... Huh.. kasi baiki dulu la tahap mutu perkhidmatan .. Ni gempak je ngan promosi bertali arus .. promosi non stop action di mana mana jua tapi .. kualiti cam kuali.. hampehhh .. yg diorg tau , cukup jam  SILA BAYAARRR !!!  hampehhh ..

Aku skang ni kat KOK LANAS .. duduk tepi dinding pon lagu tu , duduk dalam bilik , lagi laaa... kira nak post satu entri tu aku sempat lagi g turun bawah pekene teh o dulu baru naik.. settle.. huh ..

Kalau kat putrajaya ? umah aku tu ? Berulangkali dah aku bagitau dalam entri aku ni .. dok lagu tu gak.. Kang nak maki , aku pulak kena saman ... @#$@^@^!^%*&(%^&( !!!

Aidilfitri 2010 : Raya 2 - Kemubu

 DSC_1234 DSC_1247

Ziarah ke kubur arwah nenek wife .. kemudian ke rumah adik mak mertua aku ... Layan bihun sup kat sana .. ermm .. setakat ni , tu je la aktiviti aku dari pagi tadi .. hehe.. plan kang nak g KB ..

Menurut adik ipar , kat KB murah lagi hp dari kat KL .. Tu yang nak g usha sat .. ni dok patah kaki sbb takde phone ..

Ammar pulak , semakin besar semakin nakal .. hahaha..penat gak layan kerenah dia .. Tapi biasa la budak .. ada hangin dia nak layan gurau .. huhu..

Peringatan dari kawan ..

Terpulang pada korang semua tapi aku dah bilang berkali kali dan jangan sampai korang jadi mangsa ..

Dunia Internet ni , satu dunia yang tak boleh dijangka langsung akan aktivitinya tapi yang pasti mereka yang suka mengambil kesempatan terlalu tinggi bilangannya ..

Pagi ni , setelah aku dapat keyword akak liya , aku menyelongkar sebentar laman web tersebut .. Agak terkejut jugak aku kerana majoriti gambar gambar yg berada dalam tu adalah gadis melayu yang mana aku rasa dia mengambilnya dari laman laman sosial di internet ini .. Gambar gambar wanita tersebut ada yang bertudung dan juga tidak .. Tapi yang pastinya mmg jenis gambar yang 'seksi' ..

Sekarang ni , gambar wanita bertudung menjadi sasaran mereka yang dah rosak otaknya .. Mereka lebih tertarik pada wanita bertudung dari tidak kerana sekarang ni wanita bertudung lebih seksi dari tidak bertudung.. Aku rasa korang faham maksud aku ni kan ..

Aku pasti Syawal ini lebih banyak gambar yang akan diuploadkan ke dalam internet .. Satu je pinta aku sbg seorang rakan , hati hatilah.. jika korang rasa gambar tu tak sepatutnya berada dalam internet , maka simpan saja .. tapi sebaiknya musnahkan kerana kita tidak jangka apa yang akan datang kelak .. Handphone ilang .. kamera ilang ... kalau gambar tu ada dalam tu ??

Pucuk pangkal , segalanya terletak di tangan korang sendiri .. Jangan teriak tiba tiba gambar korang lak ada dalam laman web yang .. hurmm...

Sama sama kita mengelakkannya ..

Akak liya yang umur 40 dan masih bergetah

 

Hari ni , satu keywords yang agak pelik berada di akaun Nuffnang milik aku.. 

akak

Lalu aku google mencari jawapannya ... Maka inilah hasilnya ..

akak2

Hurmm... ada komen komen terhadap gambar ini ..

akak3

Maka , fikirkanlah sendiri .. jenayah kes cabul , rogol , buang bayi dari mana puncanya ...

Perhatikanlah anak anak kita tu .. lebih baik mencegah ... hurm..

Aku diganggu dek hantu raya ..

Berpindah ke rumah baru tidak menjanjikan kedamaian seperti yang disangka .. Rupa rupanya diganggu dek penghuni asal sebelum rumah itu didirikan membuatkan aku dan keluarga aku tidak senang tidur malam ..

Aku bercadang nak menghalaunya sendiri .. Aku mengajak wife aku bersolat berjemaah .. Sewaktu aku melaungkan azan , suara aku tersekat sekat.. ibarat ada sesuatu di tekak.. aku cuba melawan.. berusaha melaungkan azan ...

Namun masih belum berjaya .. Aku berzikir di dalam hati.. kuatkan jiwa dan tenangkan fikiran .. Aku usaha sekali lagi .. Aku berjaya melaungkan " Allah Huakbar " berkali kali lagi ... Aku kuatkan lagi laungan aku .. Semakin lama semakin berjaya ..

"Abang .. bangun... yang abang bertakbir raya ni nape ?? Mimpi bertakbir la pulak dia ni " Wife kejutkan aku dan aku terdengar dia membebel ..

Huk aloh .. sah sah adik ipar aku yang tidur kat bilik sebelah dengan aku bertakbir raya jam 2 pagi tu .. huh ! Bikin panas betul arrr..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI